Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label detikbersalinkananiq. Show all posts
Showing posts with label detikbersalinkananiq. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

kaitan GL n layanan dlm wad


salam.sesambil berehat kat umah,ibu buat sikit persiapan utk aisy yg akan hello kami sumer insy di awal jan nt (atau mungkin lebih awal drp jangkaan). utk kelengkapan asas dia ibu rasa tak ada apa yg tertinggal lagi kot.bdasarkan pengalaman yg lepas.suma da sedia cuma belum angkat masuk keta saja.

td tengah duk pikir2 lagi ape perkara yg ibu tertinggal,bru ibu tingat GL atau guarantee letter utk disertakan dengan buku merah ibu bila masuk wad nanti.

waktu aniq 2 tahun lepas ibu masuk wad hosp kerajaan guna GL suami.itupun bila dah 3 hari ibu admitted baru ibu serah GL selepas diminta oleh pihak hospital.. masa tu bulan 11 2010, kebetulan wad bersalin penuh,ibu yg takda pengalaman ni redha je lah duk dalam wad kelas 3.bila tiba waktu melawat mcm2 jenis orang ibu tengok.tp takda pelik sangat.kita kan 1 malaysia.haha. tp memang riuh la dengan budak2 kecik. ibu enjoy tgok diorg wp dlm hati gundah gulana mengenangkan aniq yg sudah overdue.stress pun ade jg tengok penghuni katil yg bersilih ganti sedangkan ibu masih kekal pegun kt katil sendiri.uwaaa, 

tak sampai sehari lps ibu serah GL ibu dipindahkan ke bilik kelas 2 bilik berempat.ibu tak pasti kenapa. mungkin rank jawatan suami melayakkan ibu duk kelas 2 atau kelas 1 penuh. ibu akur tanpa bersoal lanjut.  ms tu tak rasa ade beza dari segi layanan di situ melainkan makanan yg dihidang elok atas pinggan berbanding atas tray masa ibu menghuni selama 3 hari kat kelas 3.

bila dapat pindah ke bilik ibu agak lega sikit sbb ibu dpt lakukan aktiviti rutin seperti bersolat dll tanpa risau mengganggu pandangan rakan sebelah katil. lokasi katil ibu plg hampir dengan tingkap jd mudahlah ibu nk bsembang dgn suami dr dalam terutama bl habis waktu melawat. suami slu paking keta dekat dgn wad ibu duduk.slalu juga buat drama episod nangis2 tiap kali habis waktu melawat. tido dlm wad kali pertama tanpa suami sgt sedih ye kwn2.huhu.

ibu duk wad genap seminggu sebelum aniq lahir plus semalam lg selepas aniq lahir. dengan kadar bayaran rm1 kos bersalin aniq serta layanan yg diterima ibu berpuashatilah. dpt pengalaman duk di kelas blainan dgn layanan yg sama. 

kali ni tak apalah klo ibu gunakan GL suami lagi drp guna GL ibu.ibu rasa duk kelas 2 berempat should be ok. itupun dgn harapan wad tak penuh lagi mcm yg lepas.ade jg kawan2 ibu nk sembang nt n xsunyi.banding kat kelas 1 berdua nt tentu ibu sunyi klo jiran da balik umah..da tentu waktu mlm agak creepy..

ibu harap kali ni ibu tak menghuni lama dalam wad.doakan perjalanan ibu melahirkan anakanda aisy selamat dan dipermudahkan. dlm hati ibu mungkin suatu pengalaman baru jika suami dpt temankan ibu semasa proses bsalin nt memandangkan kami tak dapat peluang itu semasa menyambut kelahiran anakanda yg pertama dulu. mungkin ibu perlu book rakan bayi dulu atau camna ye?

tp jauh di sudut hati ibu sendiri tak sampai hati nk lihat suami susah hati lagi lihat keadaan ibu nt. maka biarlah ibu hadapi sendiri. selama ibu mengandung suami da banyak bantu ibu n berkorban melayan mjaga aniq waktu ibu xlarat.tiba masa ibu mbalasnya.

sekian.

kenangan ibu 'berkampung' di wad selama seminggu menantikan anakanda aniq  sekitar november 2010.rakan sebelah ibu tu setia menjadi watak pembantu setiap kali tiba episod penuh emosi ibu ditinggal bermalam sensorang dalam bilik wad (jiran tetangga sumer da selamat bsalin balik ke umah masing2). keje ibu dalam wad menanti jam 8 pagi waktu melawat.


psstt:ibu gagal utk buat perbandingan servis GH vs private hosp memandangkan kami suamisteri hanya keja krajaan. maka,bdasarkan kes ibu hipotesis tiada perkaitan yg kukuh antara GL yg dikemukakan dengan layanan staff semasa di wad bsalin GH. bgantung pd hosp yg anda check in.tiada jaminan anda akn dilayan dgn sempurna.ibu bdoa sajalah.

psstt: hospital kerajaan tempat ibu bersalin ni memang ade nostalgianya. sbb pd 1984 ibu pun dilahirkan di sni. menurut citer mak ibu,masa tu banjir.mak bersalinkan ibu dalam keadaan persekitaran hospital yg dilanda banjir.hm ibu sendiri masih tak dapat membayangkan bgaimana keadaan staff,ibu bsalin n baby yg dilahirkan pd ketika tu.sampai sekarang struktur bangunan n lokasi wad bersalin tidak banyak perubahan.almaklum hospital kerajaan.tak banyak yg kita boleh expect.

pssttt: terima kasih kepada semua staff yang baik hati membantu ibu sepanjang berada di wad n labor. paling ingat, sorang nurse yg 'menyelamatkan' ibu daripada menjadi 'bahan eksperimen' 2-3 orang doktor pelatih masa labor yg baru nak belajar2 pasang tiub air kencing dll. masa tu memang episod pahit ibu ye kawan2. ibu sangat tension.grrr..

psstt: kenangan menempuh labor pain datang lagi.oh my. 




Monday, November 14, 2011

'pedas pedas sambal. biarpun pedas, tp kt makan juga.'

ibu duk tepi tingkap sambil hirup udara petang dr tingkat 4 umah ibu ni. suami tgh kusyuk tgk bola team msia vs kemboja. ssekali sorakan penyokong2 msia kedengaran meriah drp blok2 len juga.. ibu senyum sendirian. . bukan ibu tak patriotisme, cume ibu kurang minat sukan bola.

suami mandikan aniq awal arini, lepas mnyusu ibu biarkan dia men bola melon ibu beli rm4.90 kat kdai uncle india kemarin.  tgk kalendar hset, arini ..
13 November @ 6.46 p.m. .

segera kotak ingatan ibu menerjah pd 1 kenangan yg kemas tersimpan dlm memori hidup ibu. pd tarikh ini waktu ini di tahun lepas, ibu setia berada dlm wad bersalin HTI yg dah masuk hari ke-6. masa melawat pun hampir tamat, suami dgn berat hati tinggalkan ibu kat bilik wad. ibu tkulat-kulat mengiring pljanan suami keluar dgn linangan airmate. huu. lagi sedih drp tgk drama korea lagaknya. tp siyes mmg sedih ms tu. tambah lg 3 katil yg len sume dah kosong, memandangkan semua penghuninya tlh selamat bsalin. secara rasminya, mlm tu ibu akan tdo bsendirian.

tiada tanda-tanda nk bsalin lagi wp dah melepasi tarikh jangkaan 8 November lepas.hset ibu tak lepas. ibu kocek dlm bju seragam pink 'ibu mengandung' ke mana2. ibu usap2 perut, 'haaiii laa aniq bile nk kuar ni nak. ayah da nak habis cuti ni. .  ' seakan-akan mengerti, si aniq menendang2 manja perut, ibu rs tegang sekejap. 'cerdik btul dia. mcm tau kerisauan ibu ni.' getus ibu.  

usai solat magrib, ibu da mula rs xselesa duduk. perut ni mcm memulas pulak. ibu bwk baring kat katil, sakit juga, ibu duduk plak. lega kejap. .pastu sakit lagi. ibu xsedap hati. nk buang air kot ni. ibu g bilik air. lama................xde ape 'hasil'. ibu kuar balik. bdiri plak tepi tingkap, ibu texting suami . . ibu sakit perut ni.(dlm hati. . dup dap dup dap. jgn la ibu bsalin mlm ni plak. suami ibu dahla tak ada ni.) tdengar dr hujung talian suami dah cemas. klo suami dtg bukan leh masuk wad pun. ibu bungkam. hm. . sudahnya ibu janji klo msuk labor mlm ni ibu akn call dia. (suami stanby umah mak Cik kat tmn ciceley. dekat je dgn hosp ibu).

ibu mundar-mandir dlm bilik tu. kejap2 ibu jenguk keluar pintu, tgk misi-misi yg duty mlm tu tgh asyik melayan pt. yg kat luar. 'xde ke misi ni nk dtg sni. ibu nk mintak minyak angin ni.' tgh ibu duk diam2 sakit dtg lg 'menggila'. apa saja ayat yg tlintas dlm ruang ingatan ibu, ibu baca. sampai berpeluh2 rasa menahan tu. jari mcm xlrt nk tekan msg. ibu bc msg reply suami, duk tanya. ibu ok ker. jwp ibu sepatah saja, 'ok'. hset diam. .

dkt kul 9 misi dtg ke bilik ibu, dia bgtau kul 11 nt bt ve (vaginal examination). alamak. . ibu da tbyg ape misi nk bt kat ibu. tp ibu abaikan prasaan tu sbb ibu pikirkan perut ibu yg sakit kejap dtg kejap pegi ni. ibu xdpt nk redakan prasaan waktu tu. keadaan agak tense dgn ibu sensorg dlm bilik tu xde teman nk bual. ibu dail lg no suami. ibu bgtau keadaan ibu tak bp ok ms ni. kami duk memikir ape bende yg ibu mkn siang td ...................................(ibu benti menaip kat sni, sbb da dkt mgrib)

- - - - - - - - - - -- - - -- -- -- - - -- - - - -- - - --  - --

..skg ibu sambung balik. . bl bt ve, bukaan cume 2 cm saja. misi ckp mgkn klo xde ape tanda pg esok dia akn masuk ubat bg cpt bsalin. ibu angguk, terus balik ke katil. (hilang kate2 nk mintak minyak angin. smp katil ibu marah diri sndiri)..misi tutupkan lampu, tgl 1 lampu tgh je. ibu baring dlm gelap. ALONE.  tak lama pastu dtg balik sakit. kli ni rs lagi kuat, baring, duduk, bdiri, bjalan sume xkena. misi yg onduty tu pasan ibu mundar mandir kat tp pintu. dia dtg dekat. 'knp ni, da sakit ke? ' ibu angguk lg. misi bg cdgn, 'bwk bjalan dlu. tgu setengah jam lg. klo sakit sgt, pgl sy.' dlm ati ibu, 'APE, STGH JAM LG????!!!' huu..........(cte bersambung..)

******

pssssttt: msia menang td 4-1. nt 17/11 jupe indonesia. keep our finger cross

pssssttt: setiap org melalui cabaran bersalin yg berlainan. pengalaman adalah guru terbaik dlm kehidupan. 
             i was in pain, but i was thankful for that. mcm kata pepatah org jawa, 'pedas pedas sambal, 
            wp pedas kita makan juga.' ( ibu dpt drp sorang makcik yg dtg melawat ibu n bb aniq sms kami
            berpantang d kg)