Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Saturday, February 04, 2012

Belasungkawa. .late Cik Triboh

salam. .

ibu kembali berbloging pagi ni. ibu akan bercuti dgn gumbira n sng ati di umah saja selama 4 ari ni. itupun slps dikejar dateline penyerahan Fail Induk Koku, BRM. . .wats not spjg mgu lepas. 


pertamanya, biar ibu kabarkan berita yg menyentuh hati ibu spjg mgu ni. .

1. pemergian partner tugas meronda suami yg terlibat dlm kemalangan di LDP last kamis. menurut suami, isteri dan anak2nya masih kecil yang kini tinggal di sarawak. suami pegi melawat kt church pj sebelum diterbangkan balik ke kg halaman semalam. 

takziah. (tak dapat ibu bayangkan perasaan isterinya bile dpt perkhabaran ini. . sudahla lama pjj. .bile kembali ke sarawak hanya menerima jasad suami tercinta. .)


skg, we keep on reminding each other to drive safely because suami knows ibu well abt how reckless I am especialy biler da lewat ke skola. . 

almaklum sumer grafiti yg bertepek kt kete skg ni 80% hasil perbuatan ibu. oopps!

psssttt: hargai siapa yg berada dlm lokus hidup kita kerana kita tak tahu bile mereka semua akan pergi meninggalkan kita atau kita yang akan ditarik pergi dari hidup mereka. sekian. 

psssttt: mode; insaf.

                                                         

bunga kemboja a.k.a bunga kubur. ade sepohon besar tumbuh berhampiran pusara ayah dan abang ibu. setiap kali melawat ibu akn bawak balik sekuntum balik. genggam sampai lunyai di tangan bru ibu rs rindu pd yg pergi tu kurang. 

Sunday, January 29, 2012

Qanaah cuma senipis kulit bawang

salam. .

ibu terjentik hati bila sorang ustaz ini menyebut sifat 'qanaah' di dalam tazkirahnya. qanaah ni dalam maksud bahasanya ialah berasa cukup dengan apa yang ada. .dlm konteks perbincangan ustaz itu menyentuh besarnya kebaikan sifat qanaah seorang isteri/suami di dalam mengurus tadbir harta rumah tangga.

sifat qanaah dizahirkan dengan pengucapan syukur di atas rezeki yg dibawa pulang oleh suami/isteri untuk keluarga, membeli barang sekadar perlunya, tidak membazir dan tidak berbelanja melebihi kemampuan sebenar.

lalu, sekali lagi ibu semak diri. . ibu rase ade sedikit clash di antara prinsip hidup ibu dengan pengamalan sifat qanaah ini dalam urusan hidup seharian. ibu akui kesilapan berlaku di sini. .ibu dan suami sependapat kalo pada sesuatu ketika itu kami mampu menampung untuk suatu perbelanjaan mmg kami akan belanjakan. . 

ibu maksudkan untuk barang kehendak (maksudnya, klo tak beli barang itu atau tak pergi ke sesuatu tempat itu untuk melancong contohnya ia tak menjejaskan kelangsungan hidup kami.) 

lazimnya, barang kehendak ini menelan belanja yang agak tinggi. kalo kami buat keputusan untuk membeli, tentunya ade sedikit adjustment di sana sini untuk memastikan bulan berikutnya kami tidak mengalami defisit..dan itu sememangnya tugas ibu untuk mengurus akaun keluarga. . 

ataupun, jika keadaan meminta kami untuk memperuntuk sebahagian daripada pendapatan untuk membantu ahli keluarga yang lain. jarang kami katakan tidak untuk itu kerana inginkan orang dipihak yg meminta tidak berjauh hati melainkan jika keadaan mendesak.

seperti mendapat hidayah malam ni. . syukur Tuhan kerana Kau memberi teguran pada ibu melalui ustaz ini supaya ibu lebih peka ke mana sebaiknya aliran wang ini disalurkan.

kerana ibu ini sifatnya mudah lupa dan terkadang bersikap hanya sambil lewa. . sekian.

psssttt: tingat zaman kecik ibu tengok mak ibu korek tanah dan pendam botol kaca nescafe berisi gumpalan tebal not kertas berikat getah. bertahun mak ibu mengumpul duit. sampai ade not yg dimakan anai-anai. ironinya, mak ibu taruk bawang, paku, rambut dan cebisan jala. katanya, nak elak kena copet ngan toyol.(toyol ijau tu bukan kepala itam a.k.a manusia tapi menoyol.hikhik)


not rm20 lama. banyak dalam simpanan mak ibu walaupun bank da h tak kuarkan lg not ini.
pic credits 

psssttt: kakak ibu menurun sifat mak yg berjimat-cermat malangnya, bukan ibu. sob sob. ibu. .ibu. .bawak-bawak la menyimpan. tapi ini takdir yg boleh diubah kan? ( berangan nak jugak ade peluang ko ibu. .duss!) 

psssttt: mode : insaf yang bukan sekejap. selalu sangat terjadi bile ade lebihan gaji sukenye nk membeli. . ade je laa bende yg hajatkan. bile da dapat baru timbul rase membazir je beli barang ni. . camne tuh? ibu. .ibu. .
qanaah mu senipis kulit bawang.
cantek kan design duit baru. ibu da shake hand ngan suami nk kumpul sapa banyak not rm20 oren tu.  woohoo!kabarnya bulan 6 ni beredar dalam pasaran. pic credits




Saturday, January 28, 2012

Semak Diri di Penghujung Hari

salam. .

ade ketika ibu rasa seolah-olah macam lupa tujuan utama hidup pula. . bukan kah kita telah berjanji dengan Dia sebelum dilahirkan ke dunia. .???

ibu. .ibu. . kau ni mudah lupa. .

sebelum tido ibu rase ok juga klo sekali-sekala bt sesi mencermin diri  sendiri sementara anakanda kesayangan ibu tgh beradu. . (selalu ibu tak sempat nk buat sesi ini jika teramat letih. asal letak kepala kat bantal. bismilah. ibu pun padam. . .)

ibu petik secara rawak satu video di kalangan ratusan atau mungkin mencecah ribuan video yg bertebaran di youtube tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus buat ingatan diri pada malam ni.

Pesan Ustaz Idrus:
1. manusia sifatnya tidak lari daripada melakukan kesilapan, dosa, dan sejarah hitam. hanya Nabi sahaja yg bersifat maksum. oleh kerana manusia ini penuh dengan kecederaan (hati ibu tersentuh kala Ustaz melafazkan patah kata itu) maka itu Allah sayang. .jangan merasa diri lebih hebat. . baik dari segi harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. ini kerana yg 'lebih' itulah selalunya mendatangkan kemurkaan Allah.

baik, Ustaz. ibu ingat pesan Ustaz.

ibu berharap kasih sayang Allah supaya terlindung keluarga ibu daripada melakukan perkara yg menjadi kemurkaan Dia. amin.

sekian. .wallahualam.

Pic credits
psssttt: aniq sejak azali memang suke indah iman astro oasis. lately, stesen alHijrah jadi kegemaran ibu. ade gak topik nk leisure talk dengan suami.

pssttt: xdapat nk dtg majlis ilmu kat surau/masjid. berpuas hatilah ibu sekadar berkain sarong sambil duduk dpn tb melayan ragam si anak. .