Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label Buku Baru Ibu. Show all posts
Showing posts with label Buku Baru Ibu. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Recap 1436H

Lembaran baru 1437H

Salam.sembah syukur atas kurniaan waktu.Allah panjangkan tempoh kita semua bernafas, menggantikan buku baharu utk 1437H.

Di hari pertama tahun baharu ini ibu abadikan catatan di sini sbg kenang-kenangan. Mengimbas kehidupan spjg thun lepas..beberapa peristiwa penting dah blaku dlm hidup ibu. Setiap satunya mberi ibu bermacam rasa. Ada manis ada pahit ada gembira ada yg sedih.

Bermula dgn detik mgandungkan Annur. Seakan tak berasa 9 bln bjalan pantas. Pernah ibu menangis sambil memandu balik dr rumah pengasuh. Semua gara2 rasa bsalah kerana leka menyiapkan kerja sampai tak sedar jam sudah lewat kul5. sebaik saja lihat muka ank2 depan pintu rumah pengasuh, ibu diburu sayu. Anak2 penat menanti ibu hari itu. Bersalahnya ibu hari itu,sedangkan awal pagi ibu da janji dgn aniq nak balik awal..bukan sekali dua tapi banyak kali..

2015 ..tahun yg sangat bermakna.aniq melangkah ke dunia psekolahan.kami pakat menghantarnya ke tadika Islam berdekatan dgn ofis huby. Nampknya aniq selesa bsekolah d situ.alhamdulilah.kdg2 ibu watsap Ustazah Nusaibah btanyakan progres aniq di dlm kelas.biasanya huby mguruskan aniq skola.bila ada kerja luar dptlah ibu curi masa meneman aniq sebelum masuk ke kelas.

Anakanda aisy ibu masih titipkan ke rumah mama ina.aisy ank yg lasak n berani mencuba.cedera benjol sana sni mmg da biasa. Byk mulut pulak tu tak mcm si abg.kdg pening kpala ibu melayan keletahnya.ibu kena pandai jwp soklan kbat aisy yg selesa mbahasakan dirinya Zapi.

Yg dinanti da tiba.bulan April dtg mengukir indah kenangan menyambut kelahiran puteri pertama famili kami.ibu sendiri xmenyangka bakal mnerima anak perempuan kerana scan 2x sebelum ini positif menunjukkan ciri bb boy.it ws a pleasant surprise..sebaik bsalin dimaklumkan ibu dpt a girl huby da tersengih d sebelah xbkata ape.semua terkaku mcm bmimpi.pas 10 saat bru diserang teruja.kami syukur xthingga..

Fasa hidup ibu kembali mengikut rentak.diserang penat dikejar masa mgurus keluarga dan kerja pkara biasa.doakn agr ibu sentiasa sihat ya.

Penutup tahun 1436H yg begitu bermakna dgn perkhabaran baik dari huby.dia lulus temu duga kemarin.alhamdulilah.tahniah buat huby.semoga terus bjaya dalam karier.

Ibu berperang waktu mengurus keperluan anakanda.melihat mereka sihat kami jd semangat.ibu,jgn penat meredahi waktu.Allah kan ada. .

Semoga hari berganti menjadikan ibu sedikit lebih baik dari hari sebelumnya.amin.

Sekian catatan ibu.salam maal hijrah 1437H.

Kenangan APC 2014. Foto bersama Pengetua n rakan sejawat d sekolah yg turut menerima anugerah pd 5 Ogos yg lalu.abaikan muka bulat ibu.sindrom pasca bsalin katekan.ihihihi

Nota kaki: heboh dlm media isu ubat pcm yg dibekalkan oleh kebanyakan klinik dan hosp kerajaan.syrup Redon yg dikatakan tak menetapi syarat pelabelan..sian ank ibu.diorg dahla tak serasi dgn ubat farmasi.mohon Allah sentiasa berikan kesihatan.amin

Friday, September 05, 2014

Tambah Satu

salam,

lama ibu menyepi dari menatap blog ni. bukan ibu melupakan. tapi mungkin ledakan fb dan watsapp menenggelamkan idea ibu menulis di sini.

hari ni ibu kembali menulis kerana akhirnya ibu menyedari perasaan ini hanya jujur melimpah di sini. tiada apa yang hendak dirisaukan kerana blog ini hanya sekadar coretan perjalanan hidup seorang perempuan biasa..tiada yang istimewa kecuali dalam ruang hidupnya sendiri. jika dibandingkan dengan post di fb maka akibatnya beratus-ratus umat membacanya tulisan ibu dan tidak sedikit pula yang ingin membuat penilaian tanpa diminta. jadi biarlah coretan dari hati ini mengalir di sini..

perkembangan hidup ibu setakat hari ini, alhamdulillah anakanda berdua membesar dengan sihat. aniq bakal menyambut hari jadi yang ke-4 november ini. sudah pandai bercakap dan memahami banyak perkataan. ibu lihat dia seperti sudah tidak sabar lagi memasuki alam prasekolah. ibu sedang mengusahakan sekolah pra yang sesuai untuknya. Manakala aisy sudah berusia 1 tahun 9 bulan.boleh menerima arahan dan sangat gemar bermain air. hidup kami sibuk menguruskan keperluan mereka yang sedang membesar..

kerjaya ibu masih begini. menjalani rutin ke tempat kerja. berkursus, bermesyuarat, dikejar dateline sana sini. ada banyak ketika ibu diserang kepenatan. tapi apakan daya, kalau diikut perasaan tak menjadilah semua kerja nampaknya..

dalam menjalani hidup mendatar..tiba2 hidup kembali ceria. ibu disahkan mengandung lagi kali ke-3. alhamdulilah. ibu merasakan rezeki ini terlalu cepat untuk kami kerana sejujurnya tiada perancangan selepas aisy. tapi sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. syukur di atas perkhabaran ini. ibu harap dapat menjalani tempoh mengandung dengan baik dan menjaga kandungan kali ini. buat masa ini, hanya alahan biasa. ibu masih dapat mengawalnya.. tidak mengapa, bb lelaki atau perempuan..asalkan anakanda sihat itu dah sebesar rahmat untuk kami sekeluarga.

cuti sekolah menghampiri..seminggu sahaja lagi. masih berkira-kira mahu berjalan ke mana. awal lagi ibu dah mendapat jemputan kekanda untuk turun ke johor. insyaallah. besar kemungkinan kami sekeluarga akan ke sana. adalah bajet sikit tidak seberapa boleh lah nak buat belanja nanti. selebihnya, kami akan menghabiskan cuti di kampung saja. lama dah tak balik sejak Aidilfitri lepas.

ibu tamatkan coretan di sini buat masa ini. insyaallah bila ada kelapangan ibu akan menulis lagi. salam kasih sayang.



notakaki : sebenarnya, ada banyak nak tulih tapi otak rasa beku. tekak pun meloya. arggghh penyakit ibu datang lagi...hahhaa.




Monday, January 28, 2013

: Pertama 2013:

Salam. .

Ni entri pertama utk tahun 2013. Ibu kembali menulis hanya setelah 28 hari berlalu bulan Januari. Tak apalah. Niat ibu berblogging sekadar berekspresi dgn diri sendiri bukan untuk jadi femes mengejar trafik. kepada rakan2 kecik dunia blog ibu yg sudi berkongsi kisah hidup ibu hargai kerajinan korang menjadi pengkomen tegar entri2 ibu sebelum ini.

Sesungguhnya, banyak peristiwa menyentuh hati ibu telah berlaku tatkala 2012 menutup tirainya.nt ibu akan kongsikan di entri2 yg len.thun ni  ibu maju sekedepan lagi menghadapi kehidupan ibu yang naik satu lagi angka (erk..ayat novel mana plak ibu taip kat sni?) maaflah, macam ni lah rupe entri yg dihasilkan jam 4 pagi!

ibu semak last entri lepas, ibu ade janji nk up kan stori kek kahwin impian ibu yg ibu tempah sempena majlis perkahwinan adik ipar ibu yg pertama. . 

mini pelamin kenduri pengantin sebelah pompuan. kenduri berlangsung di Sijangkang,Klang
seminggu awal sebelum majlis sambut menantu di Perak.

. .tapi sudahnya turned out jadi kek kahwin impian sape tah ni. . hu hu. nak tau x kenapa. .? ibu syak ni masalah komunikasi. sebelum tu, meh ibu up dlu gambo barang sekeping dua. abaikan model mak budak baju ungu yg BamBam Subhanallah tu yer. fokus kat kek saja!
mereka ini bukan subjek utama dlm ini entri. tp mo up juga bt kenangan.
gula hati ibu. 2 tahun 1 bulan. kaki ligat xmo duk diam kecuali ditangkap oleh ayah beliau suh makan. budak tak sporting. aniq yg hanya tau merap dgn ayah n ibunya.
30122012 kek kahwin yg ditempah selamat tiba ke bumi perak. credit to kakak ibu yg sudi menaja pengangkutan dr banting-puchong-simpang4 perak.

kek plain english design idaman hati yg telah bertukar rupa jadi kek floral yg sgt  tipikal   kat mana2 kenduri kawen orang kita. hadooiii...
ok, ibu buka utk menerima sebarang komen. nt kalo ibu yg komen bukan komen namanya. . panjang berjela jadi mengomel pulak kan. pening lalat membaca jadinya. .

sekian.

pssttt: projek ujung tahun yg gagal. siyes kecewa tgk kek dgn pelaburan yg xberbaloi. ape nk buat. nasi da jadi bubur. hadoooiii lagi.
pssttt: apepun, tahniah buat adik ipar ibu yg baru bergelar raja sehari. semoga bahagia ke akhir hayat. 



Saturday, November 26, 2011

Tukar Buku Baru 1433

1432H. .beransur pegi sedikit masa lg. . (sambil hirup udara pagi, lps bsarapan) ibu ambil kesempatan ini merenung kembali pjalanan hidup yg ibu tempuhi bersama suami spjg thun ni. .

BiG highlights:
1. kehadiran insan kecik anakanda ahmad aniq zikry
bukan senang rupanya tugas seorg ibu mude. thun ni ibu dan suami rela meng'adjust' byk perkara to fit in aniq dlm kehidupan baru kami. awal2 tahun kehidupan bb byk menuntut kesabaran drp ibu bapanya. ibu sendiri yg pertama kli bergelar ibu mengakui saat itu plg stress dlm hidup ibu.

plg membimbangkan biler maternity leave ibu da tamat. maksudnyer, ibu dan suami terpaksa meletak kepercayaan kpd org len utk menjaga buah hati kami krn ibu da stat keja semula. huhu. stress lg. bbs aniq a.k.a mama ina direkomen oleh kwn keja ibu. suami yg plg bimbang sbnyer. . tp tawakal je la. try. (klo idak aniq kena letak kt kg, masing2 xsggup meninggalkan dan meninggalkan 'imam cilik' ni. )

bile kenang balik pengalaman mengurus aniq yg masih kecik dan terkenal ngn mcm2 ragam2nyer tu. . bt ibu nangis ketawa sensorang.  .ibu tak habis cekap lagi nk urus aniq, keje dan umah tgga dlm ms yg sama. hasilnyer, awl thun aritu rasanyer kami yg plg rajin menabung kat kdai makan psl asek bli lauk siap gara2 ibu xdan nk masak melainkan klo ari cuti.  .  tibe jam da jemu, goreng telor kuah kicap pn da ok. . mujur suami ibu jns xbyk komplen. klo idak 'masak' laa ibu. ish3. .

2. cabaran thun pertama keja. .
sbnye, ibu mule posting in midle sept 2010. lps tu ibu ambik maternity leave. so, thun ni laa sbnye ibu get attached dgn keja ibu sbg sorg pendidik anak2 orang. . apa-apa keja pun klo da namanya org baru mesti ada cabarannya kan?

ringkasnye, tahun pertama ni ibu ibaratkan diri ibu bukan sbg 'lilin' tp mcm 'sponge' (tbayang katun spongebob kaler kuneng tu ye..) knp mcm tu? mana taknyer. . da nama org bru da tentu keje ibu 'menyerap' sberape byk maklumat dan pengalaman drp guru2 len. . idak ler ibu ni idup lurus sgt. .(komen sorg cikgi senior pd ibu dlu. dlm surat tulih A ibu pun A laa. . pdhal, leh je B klo kena gayanyer. huhu. manalaa... ibu tau. .)

...ibu redha takdir rezeki ibu d sni. lupekan soal org yg suke 'mempolitikkan' dunia pendidikan, yg da burn-out jd ckgu nk jd bende len plak. ., yg komplen/demo sana-sini ntah apa yg diperjuangkan pn xtau. .  bek ibu duk senyap wat keje. . xpela, jadi budak skema. yg penting ibu da sah jawatan. ~hepi!


1433 H . . ahlan wasahlan. . . klo ade umurku, Tuhanku berilah peluang ku berbakti kpd suamiku, ibu bapaku, anak ku dan mereka yg boleh mendapat manfaat drpku. terimalah hijrahku. amin.

pssstttt: salam maal hijrah utk rakan-rakan belog sopan ibu. semoga anda sumer bahagia dlm kehidupan masing-masing. jgn lupe sama2 kite bc doa akhir tahun lps asar ni dan doa awl tahun lps maghrib nt.