Tuesday, October 10, 2017
Wednesday, August 23, 2017
Aisyah Versi Duet
Inilah aktiviti hujung minggu anak2 di rumah. Suka betul diorg lagu yg tgh trending ni. Aisyah by Projector Band. Lirik digubah semula oleh Aisy😂
Aktiviti petang.melayan tekak pulak si ibu.teringat gerai durian di hujung pekan Salak.
![]() |
| Durian kampung beli di Salak.durian ada byk gred.ibu beli yg mampu dgn poket.almaklum tengah bulan ni.amalkan dasar berjimat😉 |
![]() |
| Makan seorang seulas durian sambil layan The Incredible😃 |
Seminggu ini perlu ketabahan tahap tinggi mengurus semua anak2.semoga diberi kemudahan.Aminn..
![]() |
| Aniq dan Irfan. team mate sejak berpampers bersama mase kecil dulu. Sekarang jadi geng sekolah agama😂 |
Tuesday, August 15, 2017
Ujuan Prestasi 2 SRA Aniq
Salam
Hati dikejar rasa sayu mengenang episod minggu Ujian Prestasi sekolah agama anakanda Aniq.awal Julai lalu kami baru dapat daftarkan dia ke sekolah agama.
Bayangkan....
Sudah setengah tahun Aniq ketinggalan silibus sekolah agama Tahun 1. Apabila minggu lepas guru sekolah menitipkan surat siaran berupa Jadual Ujian Prestasi 2, hati ibu diasak bimbang.
Bagaimana anakanda harus melalui fasa ini sedangkan nota harian baru sehelai 2...duduk betul di kerusi juga masih belum stabil..menyusun jadual masih terkial..
Ibu menekup muka sambil berfikir panjang..'Apa sebenarnya yang kuingini drp anakku?' Soal hatiku.
Ibu mahu lihat Aniq gembira melihat hasil usahanya.
Son,let's fight.
Maka, dengan sisa waktu yg ada.di mana masa terluang ibu menuntun Aniq mengulangkaji subjek Akhlak,Bahasa Arab, Tawhid, dan Fiqah. Bukan mudah kerana jiwa anakanda yang masih suka bermain dan sering hilang fokus dgn gelagat adik2 yg suka mengusik.
Boleh tahan berat content subjek2 itu. Seperti yang dijangka, malam tadi anakanda broke into tears apabila dia mengaku tidak boleh menjawab dgn baik paper Akhlak di siang harinya. Nyata raut wajahnya yang kecewa.
Ibu menyembunyikan seribu rasa n cuba meniup semangat positif ke jiwanya. Anakanda senang dipujuk. Nyata anakanda mewarisi sikap ibu kala seusia dgnnya. Tetap membaca walaupun bonda sekadar menemani dengan secawan kopi kala masa belajar di rumah.
Situasi Aniq berbeza.
Hari ni anakanda ada Ujian Bahasa Arab.malam tadi usai menghabiskan silibus ibu hanya berdoa dlm hati agar Aniq dapat menjawab dengan baik sekurang2nya 50% daripada semua soalan yang diajukan.
Ya.target ibu hanya 50% untuk semua paper Ujian Prestasi 2 sekolah agamanya. Itu telah jauh memadai memandangkan anakanda hanya mula belajar sebulan sahaja di sekolah itu tahun ini.
Buat anakanda.semoga dapat menjawab dengan baik sebagai suntikan motivasi. Ibu percaya anakanda Aniq anak yang cerdik. Syukur Allah kurniakan anakanda utk ibu menumpang sedikit bahagia.

| 4 Januari 2017 pic day 1 Tahun 1 di SK Bandar Utama Damansara (4) |
Tuesday, July 25, 2017
Salam Payday
Salam pagi yg indah..
Bangun awal pagi seperti biasanya menyiapkan anakanda berdua untuk ke sekolah.sambil menggoreng karipap sebagai bekal utk mereka hati seperti bernyanyi riang.
Oh ya...hari ni org gomen masuk gaji.wee~ alhamdulilah.setelah sebulan lebih menanti selepas Syawal.kekeringan berakhir hari ni.
Nota:ibu sila berjimat utk mengelakkan episod kering berulang!

| Kenangan Syawal. Raya hari pertama di rumah bonda Parit 21. Heaven! |
Sunday, July 23, 2017
Tetamu daripada Damansara
![]() |
| Berbesar hati menerima kunjungan famili pengasuh anak2 daripada Damansara.terima kasih sudi datang |
Salam Ahad.pagi Syawal minggu terakhir.barangkali masih ada jemputan Rumah Terbuka hari ni.
Kenalkan pengasuh anak2 ibu di Damansara,k.ina a.k.a mama ina panggilan mesra anak2. Aniq,Aisy dan Annur membesar di rumahnya Balai Bomba Damansara.
Walaupun sedikit jauh daripada rumah sewa, kami sanggup juga redah asalkan anak2 selamat di bawah jagaannya semasa kami keluar bekerja.
Orangnya sangat baik dan ada jiwa keibuan. Tidak pernah berkira dan sentiasa bersedia menjaga anak2 jika kami terpaksa kerja lebih masa. Sakit pening anakanda mama ina tidak kekok menjaga. Alhamdulilah. Kebaikan itu yang ibu tak dapat lupa.
Seperti keluarga sendiri ibu melihat tiada gap antara kami. Ibu mencedok kecekalannya membesarkan 8 orang anak di kuarters. Semua kenangan membesarkan anak di sana akan kekal dlm ingatan kami berdua.
Alhamdulilah.7 tahun berlalu..tiada peristiwa pilu berlaku. Cekap menjaga budak2 dan kerja rumah. Terima kasih kepada beliau. Semoga sihat selalu dn dimurahkan rezeki.
Terubat hati meninggalkan bumi Damansara. Ada juga kenangan yg singgah ke tanah baru daerah Sepang😁 ibu berbesar hati menerima tetamu daripada Damansara.
Subscribe to:
Posts (Atom)