Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label familiku. Show all posts
Showing posts with label familiku. Show all posts

Monday, July 01, 2013

6m. . Doa bt anakanda Aisy

aisy in his blessing 6 m today. may Allah protects u from any harm n discrepancies.
dear son, may u stay healthy. amin

salam,

1 Julai
tahniah buat anakanda. aisy cukup 6 bulan arini. dah beragam budaknye. pandai bermain dengan kekanda. nampak soft n bertimbang rasa. kali pertama diserang demam lebih seminggu kami struggle menguruskan kehidupan yang agak tunggang langgang. . huhu. hati risau bukan kepalang melihat anakanda tido tak tenang. 

mujur anakanda aniq tak banyak ragam. kadang2 je angin taufan mintak perhatian ibu naik geram. tp dipujuk hati sabo je kan lah. . demi anak. kami layankan.

aisy da boleh angkat badan maju ke depan belakang. ibu tak sabo tunggu stage seterusnye dia mula merangkak. tentu lagi havoc umah dikerjakan. ohya, awas ya ibu. jika kamu sedang emosi jgn bf si budak kecik ni. dia peka! 

ikut perkiraan, 6 bulan aisy baru stat makan makanan pejal. tp ibu da selamat bg dia nestum cair sejak usia 5 bulan. . sekadar mengikut cadangan kakak ibu yg merasakan aisy budak xkenyang susu. ibu malas nk bersoal jawab, apa lagi nk menyatakan hujah medik. haha. (nampak x malas nya ibu di situ?) aisy sihat. alhamdulilah.

sekian.

notakaki: mimpi apa tah hb ibu weekend ni rajin memasak utk kami semua. bila ibu tanyakan, ni aktiviti tahunan ker? he. dia gelak jer. heran plak ibu. x paham x paham.

notakaki2: ibu ade hobi baru, pkai tdg awning lak g skola. ngeh3. pingsan hb ibu nk byo bil kt jiran sebelah. pembekal setia tdg2 ibu yg shantekk ! ! wee~

notakaki3: ahlan wa sahlan ya Ramadan. 10 hari lagi. ibu tak sabar nk lalui. tahun ni kami ber4! alhamdulilah


Tuesday, October 23, 2012

CARTA PERGERAKAN BABY

salam..  jam kehidupan pantas berputar. diam2 usia kandungan ibu sudah masuk minggu ke 30. aisy semakin ligat bergerak dalam perut nih sama ligat dengan keje harian yg ibu lakukan. 

maka, dengan ini bermula juga lah aktiviti bangun malam ibu kerana tido sudah tidak lagi seselesa dlu. ibu kerap terjaga samada nak ke toilet atau lapo. memandangkan sudah melalui pengalaman sama sebelum ni, ibu biarkan saja suami melayan mimpi.

selain itu, rutin harian yg ditugaskan oleh misi shomell kkia ss17 ialah mengira pergerakan baby bermula jam 9 am sehingga 10 mlm. 10 kali sehari dan perlu dicatat di dalam carta gerak yang disediakan di ruangan belakang buku merah ibu mengandung tu.

rentetan kejadian bleeding yang lepas dan tekanan darah rendah, ibu cuba untuk lebih peka dengan pergerakan aisy seharian. bila cukup 10 kali dia bergerak, baru ibu rase lega. begitu lah adanya ibu setiap hari dalam melayan kesibukan keje. 

alhamdulilah, setakat ni tiada perkara yg ganjil berlaku lagi. purata, aisy cukup 10 kali gerakan aktif bila menjelang 5 pm. jadi, keesokan pagi sebelum memulakan keje tugas pertama ibu ialah menanda carta gerak bayi seperti di bawah ni. 

menunggu gerakan aisy untuk kali yang ke-10 setiap hari buat  ibu diserang perasaan  resah. biasanya gap masa pergerakan ke-9 dan ke-10 lebih sejam. mana lah ibu tak bimbang.
sekian.

pssttt: ibu, sila istiqamah makan obimin dan iron tab yg dibekalkan untuk memperbaiki tekanan darah ibu.banyakkan makan buah-buahan dan minum air masak ok.

pssttt: baru ni dapat makan buah durian musang king setelah puas mencari sbb sekarang bukan le musim durian ibu aniq oiii... naya ayah aniq melayan kerenah ibu mengandung. aduhaiiii...(versi aniq)

Wednesday, September 12, 2012

:: Kerjaya vs Keluarga ::


salam


alhamdulilah masih dapat menghirup udara Syawal ke-25 ari ni. ketika ibu menaip entri ni hati ibu sedang diserang kebimbangan. .puncanya. .

biar ibu mulakan. .

sejak awal ibu menceburi bidang kerjaya ibu ni ibu sudah berjanji ibu tiada hasrat untuk berpencen nanti dgn memegang jawatan tinggi. cukuplah sekadar ibu bekerja untuk menggembirakan hati ibu dan arwah bapak yg telah berusaha untuk menyara persekolahan ibu dahulu. (sesi balas jasa). selain menyokong perbelanjaan isi rumah kami anak-beranak duk di bandar ni.

oleh sebab itu, kerja ibu habis di pejabat saja. ibu jrg sgt bawak bekal balik ke rumah. sebaliknya, ibu lebih suka beri laluan kepada pihak suami untuk dia maju dalam kerjayanya. pada pandangan cetek ibu lelaki tetap fungsinya sebagai pemimpin bukan hanya dipimpin. untuk berada di kedudukan itu bukanlah senang.ibu akui.


susah senang menjaga dan membesarkan anak memang ibu harungi suami isteri. setiap pagi hari bekerja suami eskot ibu ke umah bbsiter aniq tanpa gagal. teman ibu utk temujanji klinik aniq dan ibu bila tiba tarikh.  rutin beli barang keperluan dapo..dll. bila bab anakanda sakit, kebiasaannya mmg ibu yg ambil cuti n suami akan bantu ibu bila habis waktu keja. begitu lah selalunya.hampir 2 tahun suami keja shift,jadi ibu sangat memahami perasaan kwn2 merangkap ibu2 muda yg ditinggalkan suami keja xtentu masa.huhu.


diringkaskan cerita, waktu ibu hamil sulong 2 thun lps suami dpt tawaran utk perkembangan kerjayanya. alhamdulilah.bertambah rezeki kuarga. tp memandangkan keadaan ibu n keterujaan utk menimang cahaya mata pertama kami sepakat dgn rela hati melepaskan dulu tawaran di hadapan mata. suami tak pernah bangkitkan isu itu n masa bergerak kami jalani kehidupan seperti biasa.


benarlah kata org, rezeki anak kita tak boleh jangka. ia ada d mana2. dptlah kami menampung perbelanjaan kuarga wp tidak semewah mana. alhamdulilah.


tup2. .
saat ibu hamil anak ke 2 ni suami dpt sekali lagi tawaran. akhirnya kebimbangan ibu menjadi nyata. klo benar rezeki ini sudah ditulis utk kuarga kami maka ibu perlu bersedia mulai hari ini yg kemungkinan besar ibu akan berjuang melahirkan anak sendirian di labor room tanpa kehadiran suami.


dan. .
yg buat ibu cuak skali nk menguruskan aniq n aisy serentak dlm keadaan kesihatan yg blm stabil tanpa bantuan suami. skg hati ibu msh berbelah bagi utk melepaskan suami ibu pergi utk setahun lagi atau minta dia berada di samping ibu di waktu penting ni.


setiap kali ibu bangun pagi, ibu toleh suami yg lena tdo n wajah anakanda hati ibu jd sayu. akan dtg juga masanya nt ibu harus berdikari utk menguruskan kuarga tanpa suami untuk sementara waktu.


Tuhanku, kau Maha Tahu. permudahkan urusan kami n ringankanlah hati kami utk menjalani kehidupan ini. sesungguhnya, ibu tak pernah berpisah dgn suami maka Kau biarkanlah hati ibu redha. sekian.

Wednesday, August 15, 2012

:: Lupa sekejaP ::

Salam. . Sibuk buat psiapan raye utk kuarga kecik ibu kengkadang sampai tlupa ibu tgh preggy adik aniq. Mgkin kerana kandungan masih muda ibu belum begitu terasa ade insan di dlm ni.

Bila ibu baring keletihan terasalah anak ibu ni berombak2.ibu senyum sendiri.sihat anak ibu dalam ni makan obimin stiap hari ye.

Setakat hari ni,persiapan raya kuarga ibu baru 3/4 siap.stat dengan bungkus duit raye,tempah biskut raye, beli baju salin aniq n ayahnya sampailah ke baju raye ibu.alhamdulilah.rezeki Ramadan thun ni ade bajet raye lagi mcm tahun lepas.

Untuk raye tahun ni kuarga di kg pilih kaler ungu.maka,secara automatik kuarga kecik ibu berungu juga tahun ni.

Misi seterusnya ialah pencarian baju melayu ungu utk suami n anakanda.semalam merayap ke sg buloh tp xbjumpa yg bkenan d hati kata si tuan punya badan.misi gagal.

Nampaknya,kami kena turun ke jln tar yg sesak itu juga lah gayanya ni.mmg ibu ingat kat sana ade banyak pilihan kain baju melayu siap pelbagai saiz.untuk mengelakkan kesesakan parking ibu cdg g nek pengangkutan awam saja ke sana. 

Klo jadi,ni kali ke2 bawak aniq naik putra lrt.dulu kami penah bawa sekali masa aniq baby.skg dia da pandai blari. .camne la gamaknya. .(ibu tutup mate)<3

wpun hakikatnya,suami ibu xda cuti thun ni tp ibu tetapkan hati juga persiapan raye mesti bjalan spt biasa.anakanda ibu da besar,dia da tau erti seronok.jadi, raya thun ni penting untuk dia.

Ibu tumpang gembira.syukur apa yg ada.

Sunday, October 30, 2011

mentua dtg melawat

baru mlm ni ibu sempat duk belek belog ibu yg xsepertinya ini..
si aniq pn da tdo. idak ibu duk belek dia jer abes mase 1 ari.
(entri simpan dlm draft mlm td, kes ttido.only pagi ni ibu sempat abeskan kate2.hik hik)

alhamdulilah..
ibu tlh slmt menerima kunjungan mesra famili mertua selama 3 ari kt pondok kami ni
stat kamis lepas
itu agak sibuk sket. tibe2 jadual harian jd padat. klo idak ari2 lps asal free je
duk melepet join suami tgk cd 'pecah penjara'!


fuhhhhh legaaa...
spt leganya slps menyiapkan sebuah esaimen zaman 'kanak2 ribena' ibu kat matrik pj dlu.
tau tak knp?

rasanya....
klo menantu pompuan di luar sn mesti leh agak jwpn..
besa klo mertua dtg umah,
perkara pertama yg disusah hatikan ialah.................

1. ape menu nk masak? sedap ke ?2. umah da cukup kemas kah?
3. cukup selesa kah diorg menginap di umah sni 4. adakah soklan2 sensitip yg nk ditanya?
5. senarai..........on....on...and on.


haaa... klo tgk dr list tu pkara yg plg ibu ssh hati ialah..
ape makanan yg nk dihidangkan spjg 3 ari diorg kat sni.
xkan ibu nk order delivery kot tem lunch ngn diner 
mau kene tembak ngn suami.


harusla ibu bgtau ye MIL dtg bersame adik2 ipar sume yg sdg membesar bgai johan
kli ni FIL xdtg. g bandung berkursus.
pondok kecik ibu ni pack skali diorg dtg.
jd, kene msk utk skala besar la ibu..
timaseh kpd kecanggihan teknologi, xpayah susah2 selak majalah..ibu on je tenet
selak2 belog DTS jupela kombinasi menu yg agk2 leh dicuba..
berperang silat bagai ibu kat dpo. mjur adik2 sume ringan tgn. nk mnolong kakak ipo deme yg agk lampi ni klo bab masuk dpo.
kuang kuang kuang.


ni ler klo budak membeso di asrama jer, bl da kawen skil masak ni tumpo (bak kte org perak)
mmg punah ranah hancus bersepai klo dak digilap.
bkn slh juga ibu mengandung ye sidang hadirin sklian,
dulu2 (ceh mcm lamo sgt je ye bunyinyer)
mak ibu mmg slu je ngajak msuk dpo tem ibu balik bcuti,
tp ibu je..yg suke mengelat xmo duk dpo,
ibu lebih rela ngemas 1 umah drp duk masak je kat dpo tuh
tapi....
klo suruhnya makan, ibu la mnusia plg awal smp meja mkn.
mak ibu da paham sgt pangai buruk ibu ni.
ibu pn da lali ngn kritikan 'ala adlin AR' oleh kekanda2 ibu
ade aku kesah ker korgnye kutukan itu?? (setan kecik ckp)
hahhaa... ibu la adik plg kurang asam antare semua.
keje mngelat jer...

haaa sudahnye....
lps kawen ko jawab sendiri la dekat mentua anak oiiii....
hu hu
ibu strugle gak la masak kli ni. mujur rmai dayang dan hulubalang duk melayan aniq
dptla ibu masak dgn tenang kat dpo.


perkara kedua...
mslh bl nk tdo. mmdgkan pondok kecik ibu ni cuma 2 bilik je yg bfungsi dgn baik (1 lagi da diwartakan sbg stor) kesian bl nengok diorg tdo yg manakan muat je. .
yg da beso bujang ibu setel 1 bilik. 1 bilik lg utk yg pompuan.
ibu dan famili??
tdo ja kat ruang tamu sudaa...:D

igt dlu ms mule kawen bantal pn cukup2 ja, skg da upgred sket alat klengkapan utk tdo beramai2 dlm umah ni termasuk gak lah pinggan mangkuk..( bru ni mak bg lg 1 set pinggan mangkuk bt spare bl org dtg umah ibu). ibu sgt mls nk memilih pgan mgkuk di pasaraya wp ibu sbnye bukan alergik brg perhiasan/keperluan umah.
leh tak? hihihi

ibu kira ini bakti utk suami ibu juga
dek kerana sshnye dia nk cuti dan bawak kami skeluarga blk kg, kdtgn famili menjenguk kami di sini mrupakan momen yg sgt dinantikan
ibu tgk suami pn hepi dpt kumpul adik beradik, sembang ngn org tua..
ibu pun tumpang gembira jelah sbg isteri.

okla, si aniq ni da menari nari bwh meja ni mintak d angkat
so ibu stop kt sni dlu la ye.
salam penghujung cuti deepavali kpd sumer.
yg keje seangkatan ngn ibu, sile bgn esok pg g skola ok.
tattaaa!!

* * *

p/s: bawah ni pic rye tahun ni ibu ngn famili mertua. idea bapak mentua laa ni.
baju juga dsponsored. hahha. jimat kan ibu jadi menantu. leh ibu smpan wet bli gelang :P



Friday, September 16, 2011

i- city lokasi utk release tensen mgu ni

j a r a n g . .
klo hb offer diri nk bwk kami jenjalan klo time hari keje
slu aku ler yg bg idea nk kuar bejalan. xkire ler awl bulan ke tgh bulan ke ujg bulan. .
(nmpk no ibu aniq kuat jln ye. .hiii

a w a s !

ms aku tgh bad mud xpyh la bwk bejalan. . alamat laa nt  . .
hb mmg da masak sgt pangai buruk bininyer ni. .haish  sajakan?idup mnyusahkan org.
t a p i . .
mlm td mmg lain benar. hb offer diri ajak kuar g i- city
hairan pn ade.
hm.. aku pn menurut perintah la. siapkan aniq dan diri sendiri


m a n a l o k a s i . .??
hb drove kami g i- city shah alam
ni kali pertama aku g tgk suasana i- city wp dah lama tempat ni dibuka
tgk lampu2 bebagai warne agak sonok juga lah.
ujan renyai kejap then reda. dpt la kami bejln2 sekitar kwsn tu. rmai gak famili mude2 cam kami bwk ank memasing. .
rsnye dlm 2 jam gak kami merayau dlm tu. .tgk aniq pn dah restless kami pn tolak balik dmsara.

klo korg jenis suke hang out memalam klo xde lokasi nk g leh la ke i-city ni. tgk2 org yg rmai lg2 bl nk ujg minggu tu kan. . 

pics. . nt uplod ye. .

timaseh suamiku
. . kerana berusaha menghiburkan ati sy . . minggu ni sgt mencabar.
syukur tuhan krn kau slu ada.

sekian dlu
* * *

Sunday, April 24, 2011

chenta_ hati sy




suami sy ada berpesan..apa2 hal pun famili yg utama

maka...
sebagai pembuka tirai blog sy ini...
ign sy perkenalkan dulu insan yang tlh memberi makna dlm kehidupan sy
sebagai seorang wanita..
beliau tidak lain iaitu suami sy
ahmad zahrein b. muhd suod. 
( di lain masa sy akn kongsikan cerita perkenalan kami).
..dan keduanya ialah anakanda kami yg dikasihi..
ahmad aniq zikry.
semasa sy menulis ini aniq bru menjengah 5 bln.alhamdulillah
 mereka ini lah nadi hidup sy.. 
sebagai memetik kata bijak pandai
Cinta itu hanyalah keindahan perasaan
Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila terbinanya sebuah rumahtangga

renungan utk semua..