Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label hubywifey. Show all posts
Showing posts with label hubywifey. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Warkah sentimental buat Diri Sendiri

salam

mata ibu takmo lelap pula mlm ni. mungkin diserang rindu kepada bonda yg belum pn sampai 24 jam ibu hantarkan pulang ke kampung halaman. mak datang menjenguk ibu hampir 2 minggu lamanya. .mak ibu tak rajin berjalan. maka, duk umah melayan keletah n kerenah cucunda aniq n aisy saja pn bagai tak sedar masa berlalu pergi dengan cepatnya. . sonok dapat buka n bsahur sama. sembang2 plus ngomel2 bersama. hm bonda janji nk dtg lagi nt cuti ujung tahun. ibu tunggu masa itu. temankan ibu di umah mengomel2 sama anak2 yg ade.

raye nk dekat. ibu xbape in mood nk beraya tahun ni wpun ibu konfiden dapat puasa penuh lagi tahun ni. ibu tak tahu nk jelaskan bagaimana. bukan kerana cuti suami yg tak tau konfem idaknya, mahupun bonus rm500 suami isteri yg diterima utk tahun ni (beza tahun lepas 1/2 bulan gaji), ataupun baju manik ungu yg payah nk jupe yg berkenan di hati, jauh sekali kerana isu komitmen duit kutu sampai bulan 5 tahun depan, apatah lagi kerana harga emas naik turun skg ni tp ibu xleh nak beli. ibu sedang mengenal pasti punca ni.

melihat anak-anak tido lena di sisi ayahanda mereka buat ibu rasa lega. pada penilaian ibu masih banyak yang perlu ibu lakukan untuk mereka. ibu perlu mencuba lagi sedaya upaya. ibu akui lately diri ibu bagai diserang kerisauan berkaitan hal kerja di sekolah. ade perkara ibu tak suka lakukan tapi atas tuntutan kerja ibu terpaksa juga lakukan. ibu terlalu push to the limit. itu buat ibu penat mental. keadaan sekeliling tak begitu menyokong . kedua, ada kala ibu dan suami juga beza dari segi pendapat tak berhaluan. tp kan asam garam berumah tangga. lagipun kami sebaya. ada masa gurau bergaduh kalah anak2 kecil di jalanan lagaknya. tak sampai sehari sudah berbaik semula. tapi bila kerap terjadi ibu stress juga. mujur masa genting itu bonda ada menemani. ibu lega sekejap. sekarang ibu da pulang. perasaan cemas itu kembali. . 

Tuhanku,
buangkan cemas ini dari hatiku, mindaku, perasaanku,ingatanku
gantikan lah ia dengan ketenangan
pinjamkanlah aku kesabaran milikMu
agar masa ke depan ini hambaMu ini mampu
menggalas tugas amanah sebanyak-banyak
yang tergalas di bahuku

Tuhanku
rahmatilah perjalanan ku
keluar masuk mencari rezeki untuk membantu suamiku
bersihkan lah berkati lah setiap butir nasi
yg kami suap ke mulut anak-anak kami ini
jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur
dan sentiasa tercukup dengan rezeki yg datang kepada kami
dulu, kini, dan yang nanti2.

Tuhanku
ampunkan aku
temukan aku dengan
malam qadarMu.

sweet 7 mths aisy. melting everytime we seeing his smiling.how time flies so fast.
ibu keep recalled the hard bitter sweet time when delivered him as witnessed by hubby.


aniq is reaching his 3 years life. resilient n manja ibu would say!
nota kaki: aisy mula angkat badan untuk merangkak. syabas anak.

nota kaki: blog ibu diserang virus. credit to sahabat lama yg tlg recover blog ibu yg x sepertinya ni. syukran.

  

Wednesday, December 19, 2012

:: k e k k a h w i n ::

salam. kira da jadi signature untuk wedding mesti nak ada kek kahwin kan? saiz bentuk dan rupa kek tu pulak mcm2 variasi terpulang kepada tuan punya kek tu. 

alkisah, 30hb ni kuarga mertua ibu bakal menyambut menantu di majlis yg akan di adakan di perak nanti. maka, slps bermeja bulat dgn suami kami sepakat nk tempah kek sempena perkahwinan mereka. 

keje tempah menempah kek kahwin ni merupakan pengalaman ibu kali pertama. memandangkan masa kami kahwin dulu kek kahwin da termasuk dalam pakej butik pengantin.maka, tak ada request bagai untuk kek tersebut. apa kedai bagi itu kami potong. kesian kan kisah ibu? almaklum, ibu kahwin masa belajar. jadi bajet kahwin memang cukup untuk melaksanakan perkara utama saja. . sedih lagi. .

jadi, agak terkedu seketika bila suami tugaskan ibu menggugel design kek kahwin yg bertebaran di internet. masyaAllah...punyalah banyak. rambang mata ibu mn satu nak pilih. itu tak masuk design cupcakes yg super cumels trend skg org suke gabungkan dlm persembahan kek kahwin atas meja kek pengantin tu. (ibu terpaksa lupakan design cupcakes sbb da pening mn nk pilih.)

then, nk jadi tambah pening pulak bila pikir kat mn nak tempah. memandangkan kami jarang balik kampung dan tak ada idea sebaik mana hasil kerja kedai kek sekitar taman perumahan simpang empat ke teluk intan. hm...masalah lagi. (sebenarnya, ibu mls da nk bw testi drp blogger yg penah buat tempahan kat sana. klo btul2 cari ada kottt)

hm.. lps duk bertenang ibu tingat adik abg ipar ibu yg mengusahakan bisnes bakery daripada umah. ibu try call dia n nego harga kek kahwin fondant. call after call, n sms after sms ibu dapat harga final untuk kek kahwin yg kami nak. 

design...? hm... umpama menyempurnakan impian masa kecik ibu yg mengidam nak potong kek kahwin ala english yg belum kesampaian. wpun ibu da selamat 3 tahun berkahwin. agak ralat juga sebenarnya. jadi nasihat ibu, nak kahwin kene tempah kek kahwin sendiri.lagi best! (pinjam jap tagline myvi) 

untuk hadiah kek perkahwinan mereka kami berbesar hati memilih design wedding kek ala english mengikut kaler tema soft purple katanye.. suami turut sama finalise design kek sebelum diemel kpd k.ira (adik abg ipar ibu). paling tidak tertunai juga hasrat ibu nk beli kek wedding ala english wpun kek tersebut bukan ditujukan untuk perkahwinan kami tp untuk adik. 

memegang polisi bonda ibu, 'alang2 niat nak bagi orang, biar barang yg paling elok'. maka memetik pesanannya, ibu gugel design wedding kek ala british. 4 tingkat lagi. nah, ambik. camne la k.ira tuan punya kedai irabakeri nak buat tuh? request ibu mengandung kepada ibu mengandung juga. memang tak ada kesian. . . haha

hasilnya nt, ibu akan snap pic n post dlm entri akan datang ye. sebelum ibu tutup entri ni, ibu selitkan gambo kek ms ibu kahwin dulu ihsan butik pengantin ibu tempah. simple habis. . . sekian! 

gambo kek solo jelah tanpa tuan punye kek bersama  kes  tak menepati piawaian aurat yg dibenarkan.
kek sebelah lelaki design serupa kaler je biru. haa.. btul2 simple kan?

pssttt: ibu cume cakap dgn suami impian kek kahwin ibu hanya selepas 3 tahun berkahwin dengannya. reaksi dia? 'okla, kita beli wedding kek utk apis.nt ibu pilih design kek.' katanya. (betul kan ibu cakap, suami ibu bukan spesis romantik.) nasib la laki polis. memang tak emosi, tacing2 nyer. lurus. setel kes itula suami ibu.




Sunday, December 16, 2012

t.i.g.a

Salam. . kami sudah bertiga di hari ulang tahun perkahwinan yang ketiga. alhamdulilah. ada 2 tahun lagi bagi menghabiskan fasa pertama alam rumah tangga. kami masih muda. jauh lagi perjalanan hidup berkeluarga yang bakal kami berdua tempuhi. semoga ditingkatkan keimanan kami bagi mengemudi urusan hidup. insyAllah dgn izinNya.

2009 sweet rendezvous honeymooners 
pssttt: sembang bantal dgn suami di pagi ahad. topiknya pengalaman zaman bersusah-susah dulu.lucu pula bila teringat kali pertama menyuarakan hasrat utk berumahtangga. bukan kat taman bunga atau paling tidak restoran tapi kami berdua hanya duk di meja sebuah warung makan tepi jalan area taman melati sewaktu tunggu order. 3 bulan saja buat persiapan untuk bertunang dan kahwin.alhamdulilah. ibu pecaya niat yg betul Allah akan mudahkan perjalanannya.

#takda angin ribut tiba2 cakap dengan makayah di kg nak kahwin. reaksi pertama mereka? 'duit da cukup ker?' hahaha. igt macam main pondok2 pulak kan? bersyukurlah dengan kehidupan kini.

Thursday, November 29, 2012

kaitan GL n layanan dlm wad


salam.sesambil berehat kat umah,ibu buat sikit persiapan utk aisy yg akan hello kami sumer insy di awal jan nt (atau mungkin lebih awal drp jangkaan). utk kelengkapan asas dia ibu rasa tak ada apa yg tertinggal lagi kot.bdasarkan pengalaman yg lepas.suma da sedia cuma belum angkat masuk keta saja.

td tengah duk pikir2 lagi ape perkara yg ibu tertinggal,bru ibu tingat GL atau guarantee letter utk disertakan dengan buku merah ibu bila masuk wad nanti.

waktu aniq 2 tahun lepas ibu masuk wad hosp kerajaan guna GL suami.itupun bila dah 3 hari ibu admitted baru ibu serah GL selepas diminta oleh pihak hospital.. masa tu bulan 11 2010, kebetulan wad bersalin penuh,ibu yg takda pengalaman ni redha je lah duk dalam wad kelas 3.bila tiba waktu melawat mcm2 jenis orang ibu tengok.tp takda pelik sangat.kita kan 1 malaysia.haha. tp memang riuh la dengan budak2 kecik. ibu enjoy tgok diorg wp dlm hati gundah gulana mengenangkan aniq yg sudah overdue.stress pun ade jg tengok penghuni katil yg bersilih ganti sedangkan ibu masih kekal pegun kt katil sendiri.uwaaa, 

tak sampai sehari lps ibu serah GL ibu dipindahkan ke bilik kelas 2 bilik berempat.ibu tak pasti kenapa. mungkin rank jawatan suami melayakkan ibu duk kelas 2 atau kelas 1 penuh. ibu akur tanpa bersoal lanjut.  ms tu tak rasa ade beza dari segi layanan di situ melainkan makanan yg dihidang elok atas pinggan berbanding atas tray masa ibu menghuni selama 3 hari kat kelas 3.

bila dapat pindah ke bilik ibu agak lega sikit sbb ibu dpt lakukan aktiviti rutin seperti bersolat dll tanpa risau mengganggu pandangan rakan sebelah katil. lokasi katil ibu plg hampir dengan tingkap jd mudahlah ibu nk bsembang dgn suami dr dalam terutama bl habis waktu melawat. suami slu paking keta dekat dgn wad ibu duduk.slalu juga buat drama episod nangis2 tiap kali habis waktu melawat. tido dlm wad kali pertama tanpa suami sgt sedih ye kwn2.huhu.

ibu duk wad genap seminggu sebelum aniq lahir plus semalam lg selepas aniq lahir. dengan kadar bayaran rm1 kos bersalin aniq serta layanan yg diterima ibu berpuashatilah. dpt pengalaman duk di kelas blainan dgn layanan yg sama. 

kali ni tak apalah klo ibu gunakan GL suami lagi drp guna GL ibu.ibu rasa duk kelas 2 berempat should be ok. itupun dgn harapan wad tak penuh lagi mcm yg lepas.ade jg kawan2 ibu nk sembang nt n xsunyi.banding kat kelas 1 berdua nt tentu ibu sunyi klo jiran da balik umah..da tentu waktu mlm agak creepy..

ibu harap kali ni ibu tak menghuni lama dalam wad.doakan perjalanan ibu melahirkan anakanda aisy selamat dan dipermudahkan. dlm hati ibu mungkin suatu pengalaman baru jika suami dpt temankan ibu semasa proses bsalin nt memandangkan kami tak dapat peluang itu semasa menyambut kelahiran anakanda yg pertama dulu. mungkin ibu perlu book rakan bayi dulu atau camna ye?

tp jauh di sudut hati ibu sendiri tak sampai hati nk lihat suami susah hati lagi lihat keadaan ibu nt. maka biarlah ibu hadapi sendiri. selama ibu mengandung suami da banyak bantu ibu n berkorban melayan mjaga aniq waktu ibu xlarat.tiba masa ibu mbalasnya.

sekian.

kenangan ibu 'berkampung' di wad selama seminggu menantikan anakanda aniq  sekitar november 2010.rakan sebelah ibu tu setia menjadi watak pembantu setiap kali tiba episod penuh emosi ibu ditinggal bermalam sensorang dalam bilik wad (jiran tetangga sumer da selamat bsalin balik ke umah masing2). keje ibu dalam wad menanti jam 8 pagi waktu melawat.


psstt:ibu gagal utk buat perbandingan servis GH vs private hosp memandangkan kami suamisteri hanya keja krajaan. maka,bdasarkan kes ibu hipotesis tiada perkaitan yg kukuh antara GL yg dikemukakan dengan layanan staff semasa di wad bsalin GH. bgantung pd hosp yg anda check in.tiada jaminan anda akn dilayan dgn sempurna.ibu bdoa sajalah.

psstt: hospital kerajaan tempat ibu bersalin ni memang ade nostalgianya. sbb pd 1984 ibu pun dilahirkan di sni. menurut citer mak ibu,masa tu banjir.mak bersalinkan ibu dalam keadaan persekitaran hospital yg dilanda banjir.hm ibu sendiri masih tak dapat membayangkan bgaimana keadaan staff,ibu bsalin n baby yg dilahirkan pd ketika tu.sampai sekarang struktur bangunan n lokasi wad bersalin tidak banyak perubahan.almaklum hospital kerajaan.tak banyak yg kita boleh expect.

pssttt: terima kasih kepada semua staff yang baik hati membantu ibu sepanjang berada di wad n labor. paling ingat, sorang nurse yg 'menyelamatkan' ibu daripada menjadi 'bahan eksperimen' 2-3 orang doktor pelatih masa labor yg baru nak belajar2 pasang tiub air kencing dll. masa tu memang episod pahit ibu ye kawan2. ibu sangat tension.grrr..

psstt: kenangan menempuh labor pain datang lagi.oh my. 




Tuesday, April 03, 2012

Chess vs nostalgia cinta budak nerd

salam,

melupakan seketika kekecewaan akibat kegagalan mendapatkan kasut idaman hati semalam. 2 jusko terjah sampai ke wangsa maju pun hampa. tak ada luck~ ok, arini ibu nak sembang kejap tugas khas yang bakal ibu jalani untuk 3 hari bermula ari ni.

satu perkara ibu suka dengan kerjaya ibu sekarang ialah ibu dapat melihat banyak peluang untuk meneroka bidang baru. pokoknya, kita ada keinginan untuk belajar dan cuba menguasai sesuatu bidang tugas itu. contohnya, satu bidang tugas yang ibu terokai sejak 2 tahun ni ialah menjadi guru penasihat kelab permainan yang memang ibu suka sejak di zaman sekolah lagi. apa lagi kalo bukan permainan chess. cuma beza kali ini, ibu berada di posisi seorang guru bukan lagi sebagai wakil sekolah. perasaan itu sangat berbeza dan ia berharga. 

untuk tahun ni ibu mengambil peluang untuk berkhidmat sebagai arbiter chess mssd. ini khidmat sukarela dan ibu tak menerima sebarang elaun pun untuk mengawas sepanjang 3 hari games berlangsung. ibu hanya mahu kutip pengalaman sementara masih berpeluang di samping menaikkan moral team sekolah. ibu teruja untuk menjalani tournament untuk 3 hari ni memandangkan ibu dapat keistimewaan untuk berada dalam set semasa pertandingan berlangsung. harap tahun ini, pemain sekolah dapat memberi cabaran kepada pemain lawan mereka. ibu tahu mereka sangat menjiwai permainan ini seperti ibu juga suatu ketika dulu. 


citer tentang chess ni, ibu ajak pembaca mengimbas sedikit citer zaman ibu di bangku persekolahan. boleh lah kalau ibu kategorikan diri ibu sebagai pelajar yang tidak popular. status ibu sebagai budak baru (tukar sekolah masa form 4) dan karakter ibu yang agak pendiam menyebabkan ibu tak punyai ramai kawan kecuali seorang kawan baik yang tentunya pangai sepesen ibu juga, susaniah namanya. oh Tuhan, masa ibu menaipkan entri ini ibu rindukan dia. lama sungguh kami tak jumpa. kami kongsi hobi yang sama, tido dalam kelas masa guru tak ada, library lepas habis waktu sekola, picit jerawat, men chess bawah meja dan baca komik. tengok kan? sumer aktiviti yang ibu sebut mana ade rakan lain semangat nk join kami. haha. yang lucunya, habis spm kami berdua dapat masuk universiti yang sama tanpa dirancang! memang ade chemistry laa orang purba kata ~

manakala, beza karakter ibu dan suami jarak macam langit dan bumi ibu rasa. kami sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. ibu boleh kategorikan dia jenis manusia yang easygoing dan popular di kalangan teman-teman seangkatan. sukan dia minat pun sumpah ibu tak suke sbb kena berpanas. banyak perkara kami tak sama itu yang menyebabkan sebilangan besar kawan-kawan seangkatan hanya berspekulasi tentang hubungan cinta monyet kami. biler ditanya sumpah ibu tak mengaku girlfren. ibu masih ingat, sampaikan ustaz perli dalam kelas mintak mak ibu jangan letak hantaran tinggi. kesian kat zahrein yang merujuk suami ibu laa itu. sampai gitu pun, ibu buat muka berlakon tak reti-reti lagi. haha. nak rahsia sangat ye? tapi, Tuhan tentukan dialah jodoh ibu. mujurlah. tak monyet dah~

sekarang, memandangkan dia tak ada masa nk menghayun reket tenis kat gelanggang. masa terluang kat umah kami share hobi. men chess lah. lappy ibu ni penuh dia doload chess macam2 versi. kadang aniq tido dapat la duk men sekali. kalo idak ngan anak ibu sekali duk atas chessboard. saja nak sabotaj ibu ayah pasal takda orang nk layan dia. ironi, suami boleh suke men chess lagi drp ibu! kuat juga penangan bile da kawen ni. so, prinsip wat urs is mine memang termaktub dalam klausa peraturan umah tangga kami berdua~

itulah citer serba sikit tentang kepingan sejarah hidup ibu. ibu rekod di sini untuk bacaan anak ibu bila mereka sudah tahu menghargai nilai kasih sayang sesama anggota kuarga. wow dasatnya ayat skema ibu. ampun. kepada pembaca sopan belog ibu  tima kasih daun keladi kerana menghabiskan bacaan anda hingga titik terakhir ayat ibu. ibu pasti anda juga punyai pengalaman hidup yang indah juga kan. lets us cherish all the best moment dat we have ya! salam qaseh to all. bye!

zaman baru nak belajo pakai tudung lilit-lilit ala  wardina la ni. pic first time jumpa lepas suami kuar pulapol in 2008. maafkan tahap 'kehangusan' suami yang begitu menyerlah tu. 


psssttt: mud berblogging tenggelam timbul lately. idea ade tapi masa tak mengizinkan. maka, idea kekal jadi tukun dalam kepala ibu menaikkan kadar trafik jer.~

psssttt: cepat tul masa berlalu. . kagum juga dengan keupayaan otak mengimbas kenangan 10 tahun yang lalu. rasa kembali remaja pulak~ sudah-sudah la tu ibu. 

psssttt iii: ok la. xde p/s lagi. ibu terpengaruh p/s bloggers len. x mo dah!


Tuesday, February 28, 2012

Kesah 17 dan 15 emosi berbeza

salam,

rindu sama belog ibu. wp xde perkara yg fun n interesting ibu nk share tp ibu nk juga hapdet entri arini. . saja ilangkan sikit penat tuntutan tugas yg sama stiap ari. kebetulan aniq tdo sekarang ni. buku chicken soup pn da abes bace minggu ni maka boleh lah ibu menulis sepatah dua kata dlm belog ni isi masa lapang. 

sepanjang minggu ni ibu lebih senang jadi observer saja di kalangan rakan sejawat n di rumah. workload yg makin bertambah hari demi hari dan ragam studen yg pelbagai buat ibu memilih utk meminimakan kata utk perkara penting saja. bagi ibu jika berkata banyak akan kurang impak malahan worst ia mendedahkan ibu  pada risiko menyinggung hati orang lain atau dimanipulasi oleh pihak lain tanpa mercy. 

17 bulan bergelumang--persekitaran keje ibu terasa sedikit stressful nowadays. ibu tiada pilihan selain berusaha mewujudkan benteng kesabaran setinggi yg boleh supaya ibu masih kekal rasional. bukan senang nk pujuk hati tapi bukan perkara mustahil kan? sabar ya ibu. ibu akan lebih memahami dan hidup dengan kerjaya ini selari dengan masa. ini sekadar dugaan kerjaya. semua orang menghadapinya malah ada yg lebih hebat lagi. terima sajalah. .

-----
dalam ibu bergelut dengan masa, sampai terlupa nk aply cuti utk temujanji klinik aniq kat kkia ss17 damansara. mujur suami ingatkan ibu. jadi takdalah terlepas tarikh. sejak ibu pakai buku merah lagi ibu check-up sana. mama ina merangkap bbsiter aniq pun klinik situ. jadi misi da kenal ibu dan aniq cuma aniq yg tak mesra alam budaknya. asek menyorok kat kain ibu je bila misi-misi pelatih pegang dia. 

wp da kenal misi ibu rasa kurang sopan pula nk minta delay tarikh hanya disebabkan kekangan tugas. maka, ada baiknya ibu comply saja. lagipun bagus juga sesekali dapat luangkan masa dengan suami n aniq ke klinik. seingat ibu hanya sekali ibu pg check-up sendiri. lepas tu tak pernah dah.

untuk 15 bulan berat aniq 9.5 kg naik 1.1 kg dari berat dia masa umo setahun dan tinggi 77cm naik 3cm. alhamdulilah aniq membesar sihat seperti kanak-kanak lain.

ohya. first time aniq guna timbang berdiri. takpayah buka baju suar dia mcm biasanya. ibu teruja tengok misi sukat tinggi dan berat dia. cepat betul anak ibu membesar ibu tak perasan. ari2 gomol2 dia macam baby jer.

tahniah untuk diri sendiri dan suami merangkap rakan kongsi tomnjerry yg telah berjaya menjaga aniq sehingga hari ini. kami hidup!yeay!

my boy is growing up.
pssttt: rindu sama mak ibu d kampung. ibu ada beli kain pasang corak yg seakan sama dengan ibu. ibu kirim pada adik yg akan pulang ke kampung minggu ni. harap dia akan suka. . apa ya reaksi mak?

pssttt: minggu ni saja kuar awal pagi. bertenang memandu ke tempat keje. sempat layan radio. kagum dengan kebolehan Johan n the gang mengendali segmen. ok lah. leh juga sengih sensorang dlm kete awal hari.

Sunday, December 11, 2011

Kesah sepaGi di haRi aniBesari

sungguh B.L.U.R ibu rasakan waktu ibu menaip entri ni. . lidah rs kelu otak jammed. .kenapa ya. .tiba2 saja. . (aniq nk dpt adik kah. hahaha. suprise! ) bukan itu laaah...nakal yek. babap karang!

tp . . .

hati ibu sgt yakin ni mesti akibat kesan sampingan ibu membuat suprise utk kali pertama pd tahun ini utk suami pagi td. ni bsempena ulang tahun perkahwinan kami yg masuk tahun ke 2. tahun sebelumnya, ibu dlm tempoh berpantang di kg halaman. 

sbnye, ni ad hoc plan ibu yg kebetulan dan kemujuran telah  menjadi tadi. hahhaa. ssh2 sgt kan mlm td pikir cmne nk bagi adiah aniversary thun ni kat suami. ibu nk pangkah la adegan romantik2, malu ah. cewaahh. (siyes, mmg ibu xmo. diulangi . malu. hahhaha)

sudah nyer, abes pikir. sbelum suami btolak pegi keja td. ibu hidang segelas air suam n di sbelahnyer ibu letak bungkusan adiah. (suami ibu jenis xmkn pagi, nt sakit perut katenyer. itu jd sng keje ibu. )

da siap sume, ibu duk ngn aniq buat2 tekun dpn tv (mujur aniq mberikan kerjasamanya utk tidak men'spoil' rancangan ibu). suami pun da siap2 nk pkai kasut. ibu pelawa suami minum air dlu.

jeng... jeng... jeng...suprise!



suami tsengih biler tpandang bungkusan tu. ibu senyum saja sambil memerhati suami membace kad sebelum membuka bungkusan yg ibu taruk atas meja.

biler terpandang je isinyer. . suami sengih lg (mmg tabiat dia, jgn heran) smbil ucap terima kasih.  ( adegan seterusnye, ibu xtulih kat sni. sok aniq beso, dia bace. kah kah kah. ) . syahdu pulak ibu rasa. . ibu senyum sorg2 smpai laa ni. . 

ni ler penangan org xreti buat suprise utk suami sndiri kan. skali dpt buat hepi xtentu arah jadinya.
oooohh... adakah ibu jatuh cinta lagi ?

ok, itu saja ibu share dgn cikbelog dan pembaca sopan belogibu arini kesah ibu yg termalu-malu sendiri selepas mensuprise suami di pagi hari anibesari kami thun ni. (punah tul ayat ibu ni. harap anda paham.. minta ampun.) 

syukur Tuhan yg mengizinkan ibu menghirup udara nyaman 11 disember 2011 di samping suami dan bagi insan kecil seperti ibu ini sudah memadai. sekian.... 

timaseh anak ibu yang setia menemani pencarian kita semalam.

psssttt: sonok juge wat suprise ni. timing kena betul. mud kena cantek..mcm ahli kaji cuaca ibu pagi td. cess..
tp cukupla yg ni dlu bt penutup thun ni. sesak nafas da ibu. . he.














Thursday, October 27, 2011

. . pleasant surprise. .

stat je cuti skola, ibu ade tny suami ade ke kemungkinan kte dpt blk kg. .suami mcm besa jwp, blm tau lg mcm nyer xde can kot.(almaklum, skg tgh operasi. turn suami off yg sehari tu pn da lintang-pukang. so xleh nk jangka bl ade cuti) tibe2 mlm kemarin suami call suh kemas brg esok blk kg. waaahhhh tibe2 ibu rs sgt suke!!

2 ari ibu rs mau pinggsaannnn(mengemas umah yg nk ditinggalkan n menyiapkan brg2 nk blk kg) tp sgt gumbira krn dapat menghirup udara segar kg halaman. plg bermakna bila dpt menatap wajah mak.. lama xjupe. nyembang smp xsedar kul2 pagi bru nk tdo nak2 pula dgn kesihatan aniq yg tidak begitu mengizinkan. . berjagalah kami anak-beranak.timaseh pd mak yg byk tlg menguruskan aniq sejak lahir smp tem ni pun aniq msh suke 'mengaji' lg. .sob sob


wp aniq xsht sgt ibu dan suami harungi juga aktiviti percutian kami di kg( da biasa, asal blk kg je mesti aniq kurg sihat) almaklum suami sgt ssh nk dpt off wp ibu cuti sminggu. .( ibu da dpt menerima hakikat mengharungi cuti2 pjg tanpa dpt pulang ke ke kg. .udah tak meroyan mcm ms mule2 kawen dlu. .heh. )

xsempat ibu nk posing2 cuti kli ni. gara2 anak bujangku itu yg nk 'mlekat' je kat ibu dia. da mcm ibu kangaru ibu rs. hu. hu. ade la bp pic ni sempat ibu tgkap wat knangan cuti kli ni :) timaseh kpd suami utk sudden blk kg kli ni. ilang jap rindu ibu pd kg halaman. . enjoy all the pics!
plg suke klo blk kg bl dapat tgk pemandangan spjg pjlnan dmsara-k.sel-sabak.
tgk ijau pokok2 , jln yg xsibuk..mmg hapening.
tem ni ibu benti jap kat gerai buah, hajat nk bli mangga tp bukan musim.
so, dpt 2 bijik mgga muda saiz beso leh ks jiran sebelah nt kan.


meh kite tgk keindahan ciptaan Tuhan ni. masyaallah.
she's sooo adorable.
memperkenalkan puteri ke 3 abg yg lahir in sept lps.
sii tomeii nur asyikin. manis kan?
(hope to have one like her :P )


lapang semacam kan jln ni? inilah dia highway LATAR. jln pintas sg buloh ke k.selangor .
dgn rm2 saja skg ibu tak perlu nk lalu jln bengkang-bengkok area rawang tu.
bahaya.plg ngeri bile kenderaan berat lalu ala F1 kat situ..
istighfar byk2 ya wahai hamba Allah sekalian..


tgk muke ank bujang ibu yg tidak 'mesra' kamera pd cuti kli ni.
gara2 ulser dlm mulut dia, 'mengaji' sakan dia d umah embahnye.
waaah..sabo je la ibu layankan. .
ayah dia?
haa.....boleh kan aje.


Saturday, October 22, 2011

Cik ke Puan seterusnya Ibu


pics di bwh sy uplod di kalangan ratusan pic yg tersimpan dlm memori lappy ni. sy abadikan dlm entri kli ni krn ia merupakan detik indah yg telah berlaku dlm kehidupan sy. setiap peristiwa yg berlaku ada nilai sentimental tsendiri. hari pertama bergelar isteri dan ibu membawa perasaan yg sama tp pengertian yg berbeza. . sy igt lg, ada yg bertanya 'knp nangis?bukankah hari ni hari yg plg gembira?' . . sy mmg xdpt nk sedia jawapan utk soklan ni krn mmg sejak azali sy sorg yg cengeng bl menyentuh soal peribadi. . 

sy melalui tempoh berkenalan yg agak lama dgn suami. suka duka ssh sng mmg redah sama2. seolahnya kami membesar bersama. pernah juga satu masa sy rs xdpt nk teruskan lg. sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna, rupanya ujian yg plg menduga kesabaran dan iman itulah akhirnya membuahkan kemanisan. rupanya jodoh sy dekat saja. .  spesel thanks kpd rakan2 lama yg byk tlg mperbaiki hubungan kami. 

stlh mengikat janji maka, bermula lah tugas sy menjadi isteri kpd suami. sonok juga jd suri rumah ni. hal2 dlm rumah mesti under control. mn ade pembantu rumah? sendiri setel la semuanya yer. . waaah klo kena ari keje mmg penat berganda. tp jd isteri ahmad zahrein tak ssh. . klo letih, tapau je lauk. janji kenyang n bdn ckup rehat utk mulakan hari esok.


dah jadi adat berumahtangga gurau senda rajuk semua ada. . sdgkan lidah lg tergigit. bila jupe setiap ari ade ms perselisihan faham dan pendapat mmg perkara yg tak boleh dielakkan. . klo dlu zmn bercinta boleh la nk off hs tanda protes, skg ni da kwen nk off hs juga ker??. .tak praktikal dah teknik tu. tp da tabiat sy klo mogok tu xsmp 24jam mesti da elok. slu tu suami mmg da tau klo isteri dia nk stat perang dingin mule la dia cr topik bg sy cakap jugak ngn dia. . part tu dia mmg pandai. . kdg2 soklan yg sama diulang balik. emm sudahnya sy yg ketawa geli hati. suami oo suami . benarlah kata org 5 tahun yg pertama adalah ujian dlm perkahwinan. shingga ari ni ktorg msh belajar dan mencari titik serasi. doakan ya. got 3 years more to go!

hidup lebih indah bila diperkenankan doa utk melahirkan zuriat utk suami tercinta. tingat lg betapa tabahnya sy mengharungi kesakitan d dewan bersalin utk melahirkan putera hati kami. ditemani staff nurse sy nekad saja melahirkan aniq wp suami setia tgu ibu di luar mnunggu dipanggil masuk. hasrat mmg nk suami teman saat kritikal mcm ni tp sy bimbang klo renung muka suami nt xleh nk push. almaklum sy  isteri yg cengeng. . udah terbukti sejak zmn mengandung lg. hi hi. drp sshkan hati suami sy nekad redah sensorg. tepat 11.07 pg aniq selamat lahir. . alhamdulilah.pjg umo sy. Allah bg peluang berbakti utk suami lg.


spjg tempoh berpantang suami berulang alik menjenguk sy di kg. itu kli pertama berpisah dengan suami. bermula lah episod cengeng sy selama 2 bulan tu. bl suami nk blk kl je sy mghntar ke muka pntu dgn air mte. teruknyer. .

skg. . 11 bulan berlalu. semua dugaan, cabaran membesarkan anak kami redah sama2. . drp sekecil-kecil tugas sampailah ke berjaga mlm, merawat ank sakit, suami tlg setel. yg lucunya suami yg overly concern ttg aniq drp sy. . pantang aniq nangis cpt2 ditangkaonya budak kecik tu. klo kuar jln je msti ade bende d beli. ibu aniq layan kan saja. aiii... bertuah  jadi ahmad aniq. isteri ni da jadi pkara kedua yg dirisokan suami. hu. beginilah nasib. kan.  bulan depan anak kami akan mencecah usia 1 tahun. kehadirannya mmg sangat mengujakan. setiap hari melihat ank membesar d dpn mata itulah kepuasan yg sebenarnya bagi kami sbg ibu bapa. 

tiada perkataan lain selain S.Y.U.K.U.R perjalanan hidup tambah bermakna apabila diberi peluang mendaki tangga usia bersama insan2 yg sy sayangi. alhamdulilah. bertuah sy kerana dpt merasai detik2 manis kehidupan sbg seorang wanita sebagaimana org lain. besarnya rahmat Allah.sy berdoa semoga hari2 depan dpt dilalui dgn extra kesabaran extra ksh syg. ini ialah catatan thun kedua perkahwinan kami utk rujukan d ms depan.
salam kasih utk suamiku ahmad zahrein n our litle boy ahmad aniq zikry. .

kenangan hari pertama bergelar isteri
tarikh 11/12//2009

lena di ribaan ayahanda di wad bersalin HTI
ahmad aniq zikry  3.46kg 11.07 14/11/2010