salam
Tuhanku,
buangkan cemas ini dari hatiku, mindaku, perasaanku,ingatanku
gantikan lah ia dengan ketenangan
pinjamkanlah aku kesabaran milikMu
agar masa ke depan ini hambaMu ini mampu
menggalas tugas amanah sebanyak-banyak
yang tergalas di bahuku
Tuhanku
rahmatilah perjalanan ku
keluar masuk mencari rezeki untuk membantu suamiku
bersihkan lah berkati lah setiap butir nasi
yg kami suap ke mulut anak-anak kami ini
jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur
dan sentiasa tercukup dengan rezeki yg datang kepada kami
dulu, kini, dan yang nanti2.
Tuhanku
ampunkan aku
temukan aku dengan
malam qadarMu.
mata ibu takmo lelap pula mlm ni. mungkin diserang rindu kepada bonda yg belum pn sampai 24 jam ibu hantarkan pulang ke kampung halaman. mak datang menjenguk ibu hampir 2 minggu lamanya. .mak ibu tak rajin berjalan. maka, duk umah melayan keletah n kerenah cucunda aniq n aisy saja pn bagai tak sedar masa berlalu pergi dengan cepatnya. . sonok dapat buka n bsahur sama. sembang2 plus ngomel2 bersama. hm bonda janji nk dtg lagi nt cuti ujung tahun. ibu tunggu masa itu. temankan ibu di umah mengomel2 sama anak2 yg ade.
raye nk dekat. ibu xbape in mood nk beraya tahun ni wpun ibu konfiden dapat puasa penuh lagi tahun ni. ibu tak tahu nk jelaskan bagaimana. bukan kerana cuti suami yg tak tau konfem idaknya, mahupun bonus rm500 suami isteri yg diterima utk tahun ni (beza tahun lepas 1/2 bulan gaji), ataupun baju manik ungu yg payah nk jupe yg berkenan di hati, jauh sekali kerana isu komitmen duit kutu sampai bulan 5 tahun depan, apatah lagi kerana harga emas naik turun skg ni tp ibu xleh nak beli. ibu sedang mengenal pasti punca ni.
melihat anak-anak tido lena di sisi ayahanda mereka buat ibu rasa lega. pada penilaian ibu masih banyak yang perlu ibu lakukan untuk mereka. ibu perlu mencuba lagi sedaya upaya. ibu akui lately diri ibu bagai diserang kerisauan berkaitan hal kerja di sekolah. ade perkara ibu tak suka lakukan tapi atas tuntutan kerja ibu terpaksa juga lakukan. ibu terlalu push to the limit. itu buat ibu penat mental. keadaan sekeliling tak begitu menyokong . kedua, ada kala ibu dan suami juga beza dari segi pendapat tak berhaluan. tp kan asam garam berumah tangga. lagipun kami sebaya. ada masa gurau bergaduh kalah anak2 kecil di jalanan lagaknya. tak sampai sehari sudah berbaik semula. tapi bila kerap terjadi ibu stress juga. mujur masa genting itu bonda ada menemani. ibu lega sekejap. sekarang ibu da pulang. perasaan cemas itu kembali. .
Tuhanku,
buangkan cemas ini dari hatiku, mindaku, perasaanku,ingatanku
gantikan lah ia dengan ketenangan
pinjamkanlah aku kesabaran milikMu
agar masa ke depan ini hambaMu ini mampu
menggalas tugas amanah sebanyak-banyak
yang tergalas di bahuku
Tuhanku
rahmatilah perjalanan ku
keluar masuk mencari rezeki untuk membantu suamiku
bersihkan lah berkati lah setiap butir nasi
yg kami suap ke mulut anak-anak kami ini
jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur
dan sentiasa tercukup dengan rezeki yg datang kepada kami
dulu, kini, dan yang nanti2.
Tuhanku
ampunkan aku
temukan aku dengan
malam qadarMu.
![]() |
| sweet 7 mths aisy. melting everytime we seeing his smiling.how time flies so fast. ibu keep recalled the hard bitter sweet time when delivered him as witnessed by hubby. |
![]() |
| aniq is reaching his 3 years life. resilient n manja ibu would say! |
nota kaki: aisy mula angkat badan untuk merangkak. syabas anak.
nota kaki: blog ibu diserang virus. credit to sahabat lama yg tlg recover blog ibu yg x sepertinya ni. syukran.


No comments:
Post a Comment