salam..
hari berganti bulan berlalu pergi, rupanya lebih 5 bulan ibu tak menulis sebarang kata dalam belog kesayangan ini. entah kenapa lidah terkelu, hati terbungkam bisu dan jari menari lesu tatkala tersampai niat untuk mencoret sesuatu di sini.
bahtera rumah tangga makin menghampiri ulang tahun ke 4 tidak lama lagi. lumrah berkongsi hidup dan saat membesarkan anak-anak. semua asam garam manis kelat kehidupan ibu sedang berusaha untuk sabar menghadamnya. melihat raut wajah kesayangan suami dan anak-anak buat ibu betah menghadap aneka kerenah dan ragamnya.
cinta , begitu luas dan mendalam maksudnya,. kalau boleh didefinisikan dengan baris kata takkan tercapai maksud yang sebenarnya. dalam pengamatan ibu, kami berkongsi pandangan sama mengenainya. cinta biarkan ia beredar seiring masa..kehidupan ini singkat, ibu nikmatilah n syukurilah seadanya. berbaktilah selagi punyai masa.
ditelan kesibukan masa mengurus kerja n keluarga kini ibu sedang melalui fasa tenang. cuti persekolahan sudah bermula. seluruh tenaga masa dan perhatian tertumpah pada kedua anakanda comel yang kian membesar di rumah, aniq dan aisy. ada ketika had kesabaran teruji tapi ternyata harga kesabaran itu tidaklah begitu mahal pada kami sebagai ibu bapanya. mereka hanya anak kecil, tidak tahu apa mengenai hidup ini. jadi, bersabarlah hati. di kebanyakan masa, mereka lah sebenarnya pengutus bahagia dalam rumah tangga. semoga kamu berdua membesar sihat n sejahtera wahai anak.
oh ya, ibu juga bakal menginjak usia 30 tahun tidak lama lagi. ibu akui keadaan fizikal wanita ibu tidak secergas dulu. ada ketika ibu berjaga tengah malam diserang sakit belakang. mungkin kesan epidural semasa melahirkan aniq dulu. otot kaki juga tidak sekuat dulu untuk mendaki tangga 4 tingkat umah sewa kami ini. mungkin sudah tiba masanya kami serius mencari tempat tinggal sendiri. ditambah dengan natur keja ibu yang banyak memerlukan ibu memanjat anak-anak tangga untuk menuju ke kelas.
Ya Allah, pinjamkanlah aku ini kekuatan untuk menjalani hidup. biarkanlah aku berbakti dengan sempurna untuk keluargaku tanpa diriku pula sebaliknya yang menjadi beban kepada mereka. Ya Allah perkenankanlah dan mudahkanlah segalanya bagiku. Amin.
Sekian.
![]() |
| beautiful aisy. mula belajar menapak tp takda gigi lagi. peramah n tak banyak ragam itula aisy. penghibur hati |
![]() |
| abg aniq sudah 3 tahun . makin cerdik n pandai membawa diri. mulut bertih goreng. kesayangan ibu n ayah. |


No comments:
Post a Comment