salam,
lama ibu menyepi dari menatap blog ni. bukan ibu melupakan. tapi mungkin ledakan fb dan watsapp menenggelamkan idea ibu menulis di sini.
hari ni ibu kembali menulis kerana akhirnya ibu menyedari perasaan ini hanya jujur melimpah di sini. tiada apa yang hendak dirisaukan kerana blog ini hanya sekadar coretan perjalanan hidup seorang perempuan biasa..tiada yang istimewa kecuali dalam ruang hidupnya sendiri. jika dibandingkan dengan post di fb maka akibatnya beratus-ratus umat membacanya tulisan ibu dan tidak sedikit pula yang ingin membuat penilaian tanpa diminta. jadi biarlah coretan dari hati ini mengalir di sini..
perkembangan hidup ibu setakat hari ini, alhamdulillah anakanda berdua membesar dengan sihat. aniq bakal menyambut hari jadi yang ke-4 november ini. sudah pandai bercakap dan memahami banyak perkataan. ibu lihat dia seperti sudah tidak sabar lagi memasuki alam prasekolah. ibu sedang mengusahakan sekolah pra yang sesuai untuknya. Manakala aisy sudah berusia 1 tahun 9 bulan.boleh menerima arahan dan sangat gemar bermain air. hidup kami sibuk menguruskan keperluan mereka yang sedang membesar..
kerjaya ibu masih begini. menjalani rutin ke tempat kerja. berkursus, bermesyuarat, dikejar dateline sana sini. ada banyak ketika ibu diserang kepenatan. tapi apakan daya, kalau diikut perasaan tak menjadilah semua kerja nampaknya..
dalam menjalani hidup mendatar..tiba2 hidup kembali ceria. ibu disahkan mengandung lagi kali ke-3. alhamdulilah. ibu merasakan rezeki ini terlalu cepat untuk kami kerana sejujurnya tiada perancangan selepas aisy. tapi sesungguhnya perancangan Allah lebih baik. syukur di atas perkhabaran ini. ibu harap dapat menjalani tempoh mengandung dengan baik dan menjaga kandungan kali ini. buat masa ini, hanya alahan biasa. ibu masih dapat mengawalnya.. tidak mengapa, bb lelaki atau perempuan..asalkan anakanda sihat itu dah sebesar rahmat untuk kami sekeluarga.
cuti sekolah menghampiri..seminggu sahaja lagi. masih berkira-kira mahu berjalan ke mana. awal lagi ibu dah mendapat jemputan kekanda untuk turun ke johor. insyaallah. besar kemungkinan kami sekeluarga akan ke sana. adalah bajet sikit tidak seberapa boleh lah nak buat belanja nanti. selebihnya, kami akan menghabiskan cuti di kampung saja. lama dah tak balik sejak Aidilfitri lepas.
ibu tamatkan coretan di sini buat masa ini. insyaallah bila ada kelapangan ibu akan menulis lagi. salam kasih sayang.
notakaki : sebenarnya, ada banyak nak tulih tapi otak rasa beku. tekak pun meloya. arggghh penyakit ibu datang lagi...hahhaa.

No comments:
Post a Comment