salam..
tulisan tengah malam selepas ibu berputus asa menunggu i-think yang tengah me'loading' lewat 45 minit yang lalu.. sampai sekarang pun xlepas lagi. aduhai...lalu, ibu ambil keputusan untuk merayau dalam belog sendiri.
baki cuti Deepavali bersisa 2 hari saja lagi.. hati sayu kerana bakal kembali meletakkan anakanda2 di bawah jagaan orang lain untuk kesekian kalinya semasa ibu keluar bekerja... dan yang paling ibu terkilan bila menghampiri hujung tahun hidup di sekolah seakan berada di medan perang. dengan kerja yang bertimbun menggunung semakin cuba disiapkan semakin banyak pula yang datang bertimpa-timpa. ibu lelah menghadapi semua ini sehingga kadang kala ibu terlupa ibu sedang membawa sebuah nyawa lagi dalam diri ibu sekarang...
ibu harap dapat mengatasi semua tugasan yang ada dengan sebaiknya..amin. berbaloi lah nampaknya cuti sekolah hujung tahun kali ini, konfem ibu lebih rela duk memerap di rumah dengan anak-anak daripada memikirkan soal dunia luar. i've had enough!
selain kerja, ibu tak terlepas daripada terjebak dengan rasa mual/loya mengandung. yang pelik dan hairan nya rasa loya ni kadang-kadang jer dia datang tapi agak lama juga untuk pulih. kadang sampai 2-3 jam ibu melepek tak berfungsi atas karpet tunggu masa nak berkejar ke sinki. aniq dan aisy dah terbiasa. bila ibu berlari ke dapo diorang pun meluru mengekor jadi supervisor..kadang sambil muntah ibu tergelak dengan gelagat diorang yang sibuk mencarikan air masak untuk ibu minum. hai laa anak, kalau lah dirimu tau kenapa ibu jadi begini....
ibu tak jaga SPM tahun ni. alhamdulilah. dapat lah ibu meluangkan lebih masa untuk keluarga. dan yang paling best masa ibu tak terikat. ibu bebas buat macam2 aktiviti dengan diorang bila-bila masa. ibu tak sabar nak cuti ujung tahun dah ni. walaupun takda ape-ape plan. hahhaa. boleh gitu? nampak tak betapa selama ni kami tak cukup masa dengan anak2. jadi ibu sangat menghargai detik itu nanti..
semoga dengan terbukanya 'buku baru' ibu dapat bekerja dengan lebih semangat dan membesarkan anak2 dengan lebih baik lagi. juga tak dilupakan ibu berniat untuk memperbaiki waktu solat ibu. semoga ibu dapat selalu bersolat di awal waktu dan tidak disibukkan dengan hal dunia sehingga terlalai dunia 'di sana' yang lebih kekal.
jika tiba masa ibu dijemput Tuhan, semoga ibu dapat bersedia. salam Maal Hijrah 1436H. ya Allah hijrahkan lah diriku. amin...
No comments:
Post a Comment