Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label KantaHati. Show all posts
Showing posts with label KantaHati. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Puisi buat Anakanda

salam

sesekali mata terpaku di skrin komputer melawat belog sendiri tp jari terasa kaku nk berlarian di kepingan huruf atas keyboard seperti kebiasaannya. .

ibu syak ni kesan sampingan dek kerana terlalu menjebakkan diri dan melayan rutin harian. .sama dan berulang setiap hari. wpun di hujung hari saat merebahkan badan di atas tilam urat saraf seakan kejang dan memberat tapi di hati ibu terbit kelegaan melihat anak-anak tdo bersusun kekenyangan di samping ayahandanya yg sering saja belayar dulu menikmati mimpi indah. ibu adalah manusia terakhir yg dimatikan Allah untuk seketika di penghujung malam. .

umur sudah meningkat tanggungjawab seakan memberat. ibu sedang menggali ilmu mendidik anak-anak dengan harapan mereka membesar tanpa tersalah didikan akibat kelalaian dua manusia bergelar ibu dan bapanya. seringkali kami ingat mengingati agar yang tercacat atau terkhilaf itu tidak ketara di mata anak-anak.

anakanda aniq,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ayahanda n bonda
kau bukti janji cinta kami
cahaya cinta yang pertama

anakanda aisy,
hadir dirimu mengukuh tali cinta yg sudah bertaut
walaupun kau yang kedua
kasih sayang kami tetap sama

anakanda aniq dan aisy kesayangan kami
membesar lah kamu berdua di pondok sewa kami ini
jangan lelah meredah payah melayan tangis tawa bersama
jika ada kekurangan kami dalam mendidikmu
di awal kalam kami pohonkan kemaafan
kerana kami juga sedang belajar erti kedewasaan

anak-anak kami
jadilah apa pun dalam kehidupanmu nanti
kerana. .
ibu yang melahirkan
ayah yg tidak pernah keluh kesah mencari di mana ada rezeki
dunia dan akhirat kau tetap anak kami
anugerah Allah sekadar pinjaman
cinta kami pada kalian tidak pernah berhenti
atau berganti

sayang kasih selalu,
ibu mu.

(dialog ibu dengan aniq)
ibu:kalau ibu boleh terbang seperti burung ini mesti ibu bawak aniq kat sayap kanan, aisy belah kiri ibu.
aniq: ayah...???
ibu:jangan bimbang ayah berada di hadapan jadi pemandu arah kita :)
aniq: ...???
ibu: (anak..kau terlalu muda untuk faham)
gambar ihsan gugel.


Thursday, October 25, 2012

KantaHati

salam

Besar kuasa Tuhan ditiupkannya ruh seorang insan di dalam diri seorang insan.

Maka, berlindunglah akan insan suci itu dan bergantung hiduplah ia selama 9 bulan 10 hari di dalam ruang vakum itu dengan selesa. Mereka berkongsi segala rasa, peristiwa dan cerita sehingga tiba masa nanti telah ditetapkan insan suci itu melihat dunia. 

..Alhamdulilah, syukur atas pengurniaan ini Tuhanku dan kesihatan serta semua limpahan rezeki yg Kau tetapkan bagi kami sekeluarga.

Sesungguhnya, semua ini hanya pinjaman dunia dan kami sedar suatu hari kami semua akan kembali menemuiMu.  

Maka, peliharakanlah langkah kami agar jalan kami lurus dan benar. Amin.