salam
anakanda aniq,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ayahanda n bonda
kau bukti janji cinta kami
cahaya cinta yang pertama
anakanda aisy,
hadir dirimu mengukuh tali cinta yg sudah bertaut
walaupun kau yang kedua
kasih sayang kami tetap sama
anakanda aniq dan aisy kesayangan kami
membesar lah kamu berdua di pondok sewa kami ini
jangan lelah meredah payah melayan tangis tawa bersama
jika ada kekurangan kami dalam mendidikmu
di awal kalam kami pohonkan kemaafan
kerana kami juga sedang belajar erti kedewasaan
anak-anak kami
jadilah apa pun dalam kehidupanmu nanti
kerana. .
ibu yang melahirkan
ayah yg tidak pernah keluh kesah mencari di mana ada rezeki
dunia dan akhirat kau tetap anak kami
anugerah Allah sekadar pinjaman
cinta kami pada kalian tidak pernah berhenti
atau berganti
sayang kasih selalu,
ibu mu.
sesekali mata terpaku di skrin komputer melawat belog sendiri tp jari terasa kaku nk berlarian di kepingan huruf atas keyboard seperti kebiasaannya. .
ibu syak ni kesan sampingan dek kerana terlalu menjebakkan diri dan melayan rutin harian. .sama dan berulang setiap hari. wpun di hujung hari saat merebahkan badan di atas tilam urat saraf seakan kejang dan memberat tapi di hati ibu terbit kelegaan melihat anak-anak tdo bersusun kekenyangan di samping ayahandanya yg sering saja belayar dulu menikmati mimpi indah. ibu adalah manusia terakhir yg dimatikan Allah untuk seketika di penghujung malam. .
umur sudah meningkat tanggungjawab seakan memberat. ibu sedang menggali ilmu mendidik anak-anak dengan harapan mereka membesar tanpa tersalah didikan akibat kelalaian dua manusia bergelar ibu dan bapanya. seringkali kami ingat mengingati agar yang tercacat atau terkhilaf itu tidak ketara di mata anak-anak.
terima kasih kerana hadir dalam hidup ayahanda n bonda
kau bukti janji cinta kami
cahaya cinta yang pertama
anakanda aisy,
hadir dirimu mengukuh tali cinta yg sudah bertaut
walaupun kau yang kedua
kasih sayang kami tetap sama
anakanda aniq dan aisy kesayangan kami
membesar lah kamu berdua di pondok sewa kami ini
jangan lelah meredah payah melayan tangis tawa bersama
jika ada kekurangan kami dalam mendidikmu
di awal kalam kami pohonkan kemaafan
kerana kami juga sedang belajar erti kedewasaan
anak-anak kami
jadilah apa pun dalam kehidupanmu nanti
kerana. .
ibu yang melahirkan
ayah yg tidak pernah keluh kesah mencari di mana ada rezeki
dunia dan akhirat kau tetap anak kami
anugerah Allah sekadar pinjaman
cinta kami pada kalian tidak pernah berhenti
atau berganti
sayang kasih selalu,
ibu mu.
No comments:
Post a Comment