Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Friday, March 15, 2013

Warkah untuk Anakanda

Salam

Aniq sayang,
Anak ibu yg tak jemu minta perhatian
Apalagi bila ibu selalu hilang tumpuan
Bila sibuk menguruskan hal kehidupan
Aniq pun mula lah mencari ragam kerenah alasan
Dengan harapan dapat semua perhatian
Yang sejak mula kehadiran adinda
Perhatian sudah terbahagi dua

Aniq sayang,
Abang Long,
Anak ibu yang sulong,
Ibu ayah sangat sayang pada kamu
Sama seperti kami menyayangi adinda mu
Maka dengan itu
Jangan terlalu menduga kesabaran ibu
Sebab bila sensorang melayan kamu
Ibu boleh naik antu

Aniq sayang,
Kamu sangat comel di mata ibu
Maka nya
Dalam comel kamu itu harap bersabar lah
Beri ibu pertimbangan, peluang
Supaya dapat mengurus kamu berdua
Membesar sihat seadanya
Sama seperti anak2 lain yg seusia dengan kalian berdua

Aniq sayang,
Kamu teman lelaki terbaik ibu
Selepas ayahmu
Maka dengan itu
Terima kasih kerana selalu membuat hari ibu
Terasa ada maknanya bukan sekadar plain ungu

Aisy sayang,
Sudah dua purnama dirimu ibu dakap
Hari berlalu ibu rasa sekejap
Melihat, menyentuh, merasa tubuhmu yg semakin kejap
Tidak beragam hanya senyum yg menambat
Memikat mata ibu yg melihat
Sungguh kuasa Allah tiada had

Aisy sayang,
Semoga dirimu bertambah sihat
Agar reda benak ibu yg pernah terpaku celaru keliru
Akibat khabar dari wad NICU
Dua purnama yg dahulu

Aisy sayang
Banyak sekali yg ingin ibu betulkan
Andai masa itu boleh dikembalikan
Sungguh ibu pohonkan kemaafan
Kerana musim mengandungkan dirimu ibu tak pernah diam
..dan kurang menjaga kesihatan
dek kerana sibukkan hal keduniaan

Aisy sayang
Terima kasih kerana ajarkan ibu
Sabar itu apa maknanya
Bagaimana caranya
Bukan sekadar sepatah kata
Tapi,
Perlu berani kata itu dikota
 
Anakanda berdua,
Kesayangan ayah dan ibu
Ingin sekali buat diri kalian tahu
Kami relakan lebih daripada yang semua kami ada
Hanya untuk memastikan kalian membesar sihat gembira dan sempurna
Jika di pertengahan terkesan kekurangan
Sama sabar kita mengatasi cabaran
Menyulam mawaddah sakinah dan rahmah milik Tuhan.

Sayang selalu
Ibumu

Sekian.

Abg Long yg rajin 'menolong'.  suke sgt sembang 'ayam-itik' berdua.

Me'ngerja'kan dua orang budak ni selalu buat graf adrenalin ibu tidak sekata.
penghibur hati teman tawa berduka ayahbonda
(pic: aniq 2.4 yrs aisy 2mths)

psstt: to-date, baki cuti bersalin ibu tinggal 2 minggu. . hati berat~



No comments: