salam,
ibu ambil masa mencuci habuk yg melekat pada belog kesayangan ni. . dalam hati da macam ade sebuah jam randik berdetik membilang waktu untuk ibu kembali semula bertugas. diam tak diam cuti 4.5 bulan semakin tiba ke penghujungnya. minggu depan ibu da stat keje.
sesungguhnya, percutian ini tidak sesekali dirancang. atas izinNya jua Dia mengurniakan ibu sekeluarga ahli baru hujung tahun 2012, iaitu anakanda yg dikasihi ahmad aisy zafry. maka cuti sekola hujung tahun bersambung dengan cuti bersalin. semangat kami membesarkan anak2 di rumah. haha. tempoh berpantang kali ni ibu lalui berdua suami isteri sahaja lantaran keadaan kesihatan anakanda aisy yg tidak begitu mengizinkan di awal kelahirannya.
benarlah, pengalaman itu guru paling setia. ibu diberi peluang belajar bermacam perkara mengenai kehidupan melalui anak2. blaja erti kesabaran dan ketekunan. selain menjiwai peranan sebagai isteri n ibu kepada anak2. syukur Dia melorongkan jiwa n perasaan ibu untuk menjadi lebih sensitif pd permintaan persekitaran yg selama ini ibu selalu biarkan. sudah menjadi lumrah, kita hidup mahu jd manusia yg lebih baik dari hari sebelumnya kan.
tapi,
ibu rasakan masih banyak ruang ibu perlu perbaiki lagi.. terutama soal membahagi masa, mendidik anak dan menyempurnakan tugas isteri. walaupun diancam rindu pd bonda dan kampung halaman, nampaknya ibu tiada pilihan kerana sememangnya tempat isteri di sisi suaminya. tarik nafas panjang dan hembuskan. mohon Allah berikan ibu ketenangan agar tidak selalu memikirkan.
bukan senang nk bercuti panjang, melihat dari sudut lain ibu rasa bertuah kerana dapat melihat n bersama kedua anakanda melalui proses tumbesaran diorang. seharian dari mula anakanda celik mata sampai diorang masuk tido balik. mcm2 ragam yg buat ibu ketawa, geram, lucu, nak marah dll semuanya akan jadi ingatan dan kenangan pengalaman keibuan.
paling mengujakan, bila mulut comel anaknda aniq sudah lancar menyebut perkataan 'ibu' sejak ibu balik dari wad selama 14 hari menjaga anakanda aisy. sudah kenal huruf abc sebahagian alif ba ta n mengira 1-10. klo tengok tv pun sudah boleh duduk lama melayan kartun n cite drama beremosi. Subhanallah cepat sungguh anak kecik blaja.
manakala anaknda aisy dia tak lokek senyum wpun semasa tido. sejuk lah hati ibu yg kerap berjaga malam menyusukan. aisy jarang sangat meragam. di situ kami memang lega bila bab menjaga aisy. bleh la ibu bertenang.
manakala anaknda aisy dia tak lokek senyum wpun semasa tido. sejuk lah hati ibu yg kerap berjaga malam menyusukan. aisy jarang sangat meragam. di situ kami memang lega bila bab menjaga aisy. bleh la ibu bertenang.
rasa ralat juga sbb mula minggu depan ibu akan menyerahkan sementara tugas menjaga anakanda berdua kepada pengasuh aniq a.k.a mama ina semasa ibu keje. harap sabarlah dia hendaknya melayan keperluan anak2 ibu. . ibu risau sebab aisy blom pandai isap ssu botol lagi sampai la ni. . kesian dia. hurm. .
hasrat nk mengembalikan momentum keje tu buat ibu xlena tido dah skg ni. . ibu harap semua d skola baik2 saja n ibu, suami serta anak2 cepat menyesuaikan diri dgn kehidupan baru kami nt sekembalinya ibu ke rutin harian sebagai ibu yg bekerja.
ibu kena cari jalan nk menyeru semangat kembali bkeje. entri akan datang. Sekian.
notakaki: apepun, kami redah sajalah. . susah ke senang. lupekan saat berehat2 kerana yg pasti ibu bakal berdepan dengan situasi badan yg tak cukup rehat demi keje n keluarga. diri sendiri....?? sejak menjadi ibu bapa kami da lupa bila kali terakhir hanya kami berdua!
notakaki 2: semoga selamat pergi balik keje utk kami skuarga.amin.

No comments:
Post a Comment