Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label peristiwa. Show all posts
Showing posts with label peristiwa. Show all posts

Monday, January 28, 2013

: Pertama 2013:

Salam. .

Ni entri pertama utk tahun 2013. Ibu kembali menulis hanya setelah 28 hari berlalu bulan Januari. Tak apalah. Niat ibu berblogging sekadar berekspresi dgn diri sendiri bukan untuk jadi femes mengejar trafik. kepada rakan2 kecik dunia blog ibu yg sudi berkongsi kisah hidup ibu hargai kerajinan korang menjadi pengkomen tegar entri2 ibu sebelum ini.

Sesungguhnya, banyak peristiwa menyentuh hati ibu telah berlaku tatkala 2012 menutup tirainya.nt ibu akan kongsikan di entri2 yg len.thun ni  ibu maju sekedepan lagi menghadapi kehidupan ibu yang naik satu lagi angka (erk..ayat novel mana plak ibu taip kat sni?) maaflah, macam ni lah rupe entri yg dihasilkan jam 4 pagi!

ibu semak last entri lepas, ibu ade janji nk up kan stori kek kahwin impian ibu yg ibu tempah sempena majlis perkahwinan adik ipar ibu yg pertama. . 

mini pelamin kenduri pengantin sebelah pompuan. kenduri berlangsung di Sijangkang,Klang
seminggu awal sebelum majlis sambut menantu di Perak.

. .tapi sudahnya turned out jadi kek kahwin impian sape tah ni. . hu hu. nak tau x kenapa. .? ibu syak ni masalah komunikasi. sebelum tu, meh ibu up dlu gambo barang sekeping dua. abaikan model mak budak baju ungu yg BamBam Subhanallah tu yer. fokus kat kek saja!
mereka ini bukan subjek utama dlm ini entri. tp mo up juga bt kenangan.
gula hati ibu. 2 tahun 1 bulan. kaki ligat xmo duk diam kecuali ditangkap oleh ayah beliau suh makan. budak tak sporting. aniq yg hanya tau merap dgn ayah n ibunya.
30122012 kek kahwin yg ditempah selamat tiba ke bumi perak. credit to kakak ibu yg sudi menaja pengangkutan dr banting-puchong-simpang4 perak.

kek plain english design idaman hati yg telah bertukar rupa jadi kek floral yg sgt  tipikal   kat mana2 kenduri kawen orang kita. hadooiii...
ok, ibu buka utk menerima sebarang komen. nt kalo ibu yg komen bukan komen namanya. . panjang berjela jadi mengomel pulak kan. pening lalat membaca jadinya. .

sekian.

pssttt: projek ujung tahun yg gagal. siyes kecewa tgk kek dgn pelaburan yg xberbaloi. ape nk buat. nasi da jadi bubur. hadoooiii lagi.
pssttt: apepun, tahniah buat adik ipar ibu yg baru bergelar raja sehari. semoga bahagia ke akhir hayat. 



Thursday, November 22, 2012

False Labor aisy 8m+



salam. lebih smgu ibu tak menulis. bukanlah sesibuk mana. hanya duk umah saja menjaga urusan rumahtangga di samping melayan ragam anakanda yang semakin panjang akal bila masuk usia 2 tahun ni.

oh ya..kandungan ibu da masuk 8 bulan arini. kerap juga ibu mengalami braxton hicks terutama bila ibu sedang rehat selepas selesai buat kerja-kerja umah.

pernah satu malam baru-baru ni ibu terduduk dalam bilik air tak dapat nak bangun. sakit perut yang amat sangat. badan pun da seram sejuk. peluh dingin persis ibu alami kat dewan bersalin 2 tahun lepas. ingatan itu datang kembali lagi. mulut ibu kelu nak panggil suami yang sedang melayan aniq depan tv. ibu cuma dapat gegar pintu bilik air dengan harapan suami perasan. mujur dalam 10 saat bantuan tiba.

lega. .

suami pindahkan ibu ke katil dan salinkan semua baju yang da basah kena air n pakaikan stokin. ibu cuba bertenang dalam tempoh 2 jam dengan sakit perut sekejap datang sekejap pergi. kejap-kejap ibu raba kain mana tau air ketuban tumpah atau kesan darah. tapi tak ada. .

kesian suami tergopoh-gapah sediakan keperluan ibu. habis muntah baru ibu dapat telan sesuap nasi buat alas perut malam tu. itupun selepas dipaksa makan oleh suami.

aniq cuma berdiri memerhati di tepi pintu bilik seolah mengerti ibu sedang sakit. sesekali dia datang mencium pipi ibu tanpa disuruh. anak. .anak. .kau membesar penuh emosi. (ni penangan melayan slot adam hawa hd dengan ayah dia la ni) ibu sempat balas dengan senyuman dalam kesakitan.

suami da ajak ibu ke hospital tapi ibu enggan. memandangkan kandungan masih 8 bulan sambil otak ibu ligat mengingatkan momokan kalo bersalin bulan genap petanda tidak baik. walahualam.

agak lama ibu melawan perasaan sampai kan tertido. sedar2 da kul3 pagi ibu belum solat isya lagi. ibu tengok suami dan aniq da tido bergelimpangan di sisi ibu. kesian. .

waktu preggy aniq ibu tak alami kejadian seperti ini. hanya alahan teruk yang pasti ibu kenang sepanjang hayat. manakala preggy aisy ibu dapat pengalaman tekanan darah rendah, bleeding n false labor ekstrem yang buat ibu n suami cuak seketika.

sejak kejadian malam tu, ibu tak berani makan lambat lagi dan buat kerja-kerja umah yang berat (selalu ibu yang degil nak buat juga walaupun da berulang kali diingatkan suami n mak d kampung) suami pun ade point nak mengomel balik kat ibu kalo dia nampak ibu ter'cergas' sikit skg. huhu. nasib badan.

tak tahulah. mungkin pembawakan budak aisy ni  agaknya. ibu jadi tak betah tengok keadaan yang tidak kemas terurus dalam umah. pasti ibu nk mengomel. sampaikan aniq terpaksa salin baju banyak kali dalam sehari walaupun hanya ade sikit kesan kotor atau basah selepas dia makan atau minum. (harap ini bukan sindrom OCD la.nauzubilah)

okla, setakat ini dulu stori ibu tentang kes false labor yang dialami di kala usia kandungan aisy 8 bulan. buat kenangan. bila tingat cuak ade geli hati da tentulah. .haha. tu la. ingkar lagi nasihat suami.

sekian.

pssttt: ibu tinggalkan entri dengan pics kenangan cuti famili kecik ibu ke genting baru-baru ni. terima kasih kepada abang besar ibu dari JB yg menaja percutian kami kali ni. alhamdulilah. rezeki.

18112012 mini cameron stoberi farm di genting.  tengok 2 beranak tu bergaya ala pengurus ladang. mata tak lepas tengok buah stoberi segar berjuntaian. oh ya, ni pengalaman kedua ibu melawat ladang stoberi. last ibu pegi masa rombongan skola rendah tahun 4 dulu. lama kan?
stoberi segar. mula terpandang aniq tak berani nk pegang. mungkin  pelik tengok buah terjuntai-juntai.



dah berani sikit. pegang juga lah. .


hasil 'tangkapan' petani berjaya. 100g = rm8. sebakul tu kos rm28 sahaja. jadilah. buat buah tangan turun genting. lupakan hasrat nak pegi cameron dalam keadaan ibu begini.huhu.


kenangan 18112012@awana. ayah,ibu,aniq n litle aisy  8m+ . 6 weeks more to go. ibu sila tabah.














Saturday, February 18, 2012

S.E.N.T.A.P tentang semua perkara

salam utk semua,

dalam minggu ni saja ada beberapa perkara buat ibu 'sentap'. ibu sendiri pun hairan kenapa tiba-tiba ibu menjadi manusia perasa. ada banyak miskomunikasi di sana-sini. (mengandung lagi kah ibu ni. haha.. seramm)

kes pertama. venue: umahmanisku. suami gurau tak kena tempat. ibu kecik hati. hu. sebagai hadiah, sengaja ibu mogok tiga ari. dalam mogok tu ibu masak juga. tapi kita yang mintak pujuk dia plak yg merajuk xmo makan. ibu plak yg susah hati.ade ke patut? ade satu malam ibu sengaja pura-pura tido awal, ibu nampak suami sudu nasik makan dalam terang cahaya laptop sambil tgk cite katun onepiece dia tuh.. aduh. tacing ibu. kata...merajuk konon. menyampah! (sedang lidah lagi tergigit kan, sekarang kami da jadi manusia normal balik.he)

kes kedua. dalam kelas: masa waktu relif, sorang pelajar menunjukkan sikap kurang ajar. memang pantang ibu laa ni. ape lagi. memang menyirap.. ibu marah secukup rase pastu ibu anta nama dia masuk ke Unit Disiplin. sian anak murid lain yg tak bersalah terpaksa menyaksikan kejadian itu. selama ini diorang ingat ibu guru mesra telah bertukar menjadi 'harimau jadian' di dalam kelas. dalam geram tu ibu nak ketawa juga dengan pangai diorang ni. . mase ibu nk masuk keta balik sekola ade 2 orang budak laki cina datang pada ibu ala-ala delegasi dari kelas yang membuat onar dengan ibu pagi tadi. dengan penuh ambik berat bertanya samada ibu masih marah pada clasmate dia sambil menjelaskan pelajar tu penah juga buat kes dengan guru len. ibu balas, ibu bukan benci pelajar itu cuma ibu tak suka sikap dia yang degil dan tak hormat orang yg lebih tua. .

kes ketiga. semua guru dimaklumkan sekolah tercalon utk sekolah kluster. maka, sebagai persediaan antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah bahagian dokumentasi. itu buat ibu stress juga. dengan guru yang tak cukup di sekola, ibu ditambah waktu mengajar n nak buat semua keja filing lagi. . ohhh Tuhan. bantulah kami. ibu sangat penat.(sian kawan ibu yang dah 2 minggu tempah koset dgn ibu, ibu tak sempat nak setel lagi. .huhu.)

. . mujur ade juga belog ibu nak mengadu. ibu tak da kawan pompuan nk ngomel2 mcm zaman single dulu. kalo dengan suami ibu lebih suke sembang hal len yang takde kena mengena ngan keje. itu mmg rules of thumb kami. 

sekian.

pssttt: tak kira keje ke tak keje stress tu datang dari pelbagai sumber kan. memang tak dapat dielakkan. so, peace laa ibu. jangan sentap okehh! 

2 orang manusia ini selalu buat suhu badan ibu naik turun. . sabo laa banyak2 wahai kamu ibu. 




Sunday, February 05, 2012

Mencari Keberkatan di Maulid Rasul

salam. .

kebelakangan ni ibu kerap bermimpi arwah ayah dan abang. ibu rasa ibu terpandang mereka sekilas dalam mimpi itu kemudian lenyap pergi. bila ibu terjaga. . kolam mata ibu bergenang.

semoga berkat hari Maulidur Rasul 1433H dapat meringankan rasa kerinduan ibu pada insan-insan yang telah pergi jauh meninggalkan kami. 

ibu sekeluarga akan pulang ke kampung hari ini. sesungguhnya, ibu sangat berharap dapat meluangkan masa utk melawat pusara arwah ayahanda dan kekanda ibu dalam tempoh singkat percutian kami kali ini. .

hati ibu cedera setiap kali teringat kenangan membesar dgn arwah abang. byk yg kami kongsi bersama. tp bila sampai di akhir hayatnya ibu xsempat ucap selamat tinggal terhadapnya. ibu sangat kecewa.
manakala ayah ibu, ibu bersyukur kami sekeluarga sempat berjumpa arwah 2 jam sebelum dia pergi. .itu yang membezakan di antara keduanya. tp Allah lebih mengetahui. kalau keduanya ibu gagal, pasti cedera hati ibu ini berganda-ganda bukan. .

sekian dulu.salam Maulid Rasul kepada semua. .

psssttt: hati-hati memandu kepada semua yang berpergian sementara cuti kali ni. doakan juga ibu sekeluarga selamat pergi dan kembali semula ke pondok kami.




Saturday, February 04, 2012

Belasungkawa. .late Cik Triboh

salam. .

ibu kembali berbloging pagi ni. ibu akan bercuti dgn gumbira n sng ati di umah saja selama 4 ari ni. itupun slps dikejar dateline penyerahan Fail Induk Koku, BRM. . .wats not spjg mgu lepas. 


pertamanya, biar ibu kabarkan berita yg menyentuh hati ibu spjg mgu ni. .

1. pemergian partner tugas meronda suami yg terlibat dlm kemalangan di LDP last kamis. menurut suami, isteri dan anak2nya masih kecil yang kini tinggal di sarawak. suami pegi melawat kt church pj sebelum diterbangkan balik ke kg halaman semalam. 

takziah. (tak dapat ibu bayangkan perasaan isterinya bile dpt perkhabaran ini. . sudahla lama pjj. .bile kembali ke sarawak hanya menerima jasad suami tercinta. .)


skg, we keep on reminding each other to drive safely because suami knows ibu well abt how reckless I am especialy biler da lewat ke skola. . 

almaklum sumer grafiti yg bertepek kt kete skg ni 80% hasil perbuatan ibu. oopps!

psssttt: hargai siapa yg berada dlm lokus hidup kita kerana kita tak tahu bile mereka semua akan pergi meninggalkan kita atau kita yang akan ditarik pergi dari hidup mereka. sekian. 

psssttt: mode; insaf.

                                                         

bunga kemboja a.k.a bunga kubur. ade sepohon besar tumbuh berhampiran pusara ayah dan abang ibu. setiap kali melawat ibu akn bawak balik sekuntum balik. genggam sampai lunyai di tangan bru ibu rs rindu pd yg pergi tu kurang. 

Wednesday, February 01, 2012

Kes ape laa . .pepagi ibu jadi mesin hampagas

salam. .

:: tiup-tiup sket habuk yg singgah dlm belog ibu ni. misi ibu pagi ni ialah menghapdet entri laju-laju (klo yg bace tu, nk lagi cepat bace 1 napas jer. hehe) ::

kesahnyer. .

kul 5.30 am. pusing kiri kanan aniq dan ayahnye still in lala land lagi. ibu bangun sesambil gosok-gosok mate, gosok-gosok tinge (mmg habit ibu biler bangun tido )

suddenly............... alamak!
ilang ah subang kunci ibu (setengah orang panggil subang paku. bende ni kecik ringan je. )

sebelah je plak tu. . hu.

patut ah slu mimpi buruk je lately. (eh, ade kaitan ker mimpi ngn barang ilang?? ahh retorik jer tu. ibu saje exaggerate citer bagi dramatik.)

sudah. . xleh jadi nih. . da mcm mesin hampagas ibu menelek setiap ceruk penjuru. . cepat-cepat. ibu bagi mase 10 minit jer klo idak nt xpasal2 ibu lambat smpai skola..

scan punye scan . . jumpe subang ibu terdampar kat lantai bilik air. fuuuhhhh. . gembira. cari-cari plak kunci belakang dia. bende alah tu maha laa kecik mana mungkin ibu jupe tem sesak gini.


GIVE UP!
maka, bermule la sesi soal-menjawab cik hati dan en. otak ibu. .

hati:  . . ni mesti laa xjupe kunci si subang ni. awal bulan plak ni, amat la kejam klo nk ajak suami g kedai emas plak nk cari replacement. .kan?
otak: aah. tau pun. xpayah pkai subang la klo gitu. . tunggu duit kutu ke tunggakan nt je baru cari.
hati: em.. aah la. cepat ah siap. nt lambat plak nk transit aniq ke umah mama ina. sangkut kat jem baru tau. .ibu sain la attendance depan muke Pengetua nt akibat lambat. sanggup??
otak: tak sanggup. ok, lupekan subang.

(apabile da berjumpe mutual consensus antara keduanya ibu pun siap mcm besa. sempat la ibu report kat suami kejadian pepagi subuh tu. .)

ape reaksi dia? ?

. .citer bersambung. .

lebih kurang gini la ibu nyer. . pic ihsan toke kedai emas ni. leh  la datang menziarah cuci-cuci mate kan.
psssttt: last ibu ilang benda alah ni waktu kem B.I.G kat Gombak 2 tahun lepas. ms tu kes nk menyelamat member ibu yang mujur tak hanyut dibawak arus deras. udah ler kawan tu xtau dia tgh preggy. aiyo. saspen gak ah. .

pssttt: tinggi sentimental value subang nih. ibu beli sekali dengan cincin kawen suami kat pokong tlk intan. huhu.

Sunday, January 22, 2012

39.9c

Salam pagi ahad. .
sejuk udara pagi ditemani deruan ujan yang menyimbah bumi dmansara utk ke sekian kalinya selepas diuji dgn cuaca yang agak luar biasa di awal minggu kemarin. .

minggu ini kami sekeluarga diuji. barangkali ibu sedang menerima teguran dari yang Di-Atas sana.

ibu berpegang kepada kepercayaan 'when u'r too comfort with something. . but u'r less thankful for it. .then u wait.' 

mungkin itulah yg terjadi pd ibu pd masa ini.

setelah bermuhasabah kami suami isteri, maka kami terima jugalah keadaan ini dgn rela hati. . our heart broke into pieces everytime we listened to his crying. . shafakilah aniq 


aniq demam slps ari pertama pd tahun ni ibu anta ke bbsiter senin lepas.

asal tibe mlm suhu badan dia naik 37c-38c. ibu igt demam biasa saja. ade stok ubat dlm fridge pemberian mama ina, ibu sukat bagi aniq minum. ade ubat demam redon, batuk dan selsema.

sampai lah. . .

mlm semalam. bacaan suhu aniq nek 39.9c. 1 badan aniq drp kepala smpai ke hujung jari kaki panas. ok. enough waiting. 

jam menunjukkan 12.30 pagi. ibu sarung je baju yg ade, isi beg diapers kami bergegas ke hosp selayang.

kul 1.10. . masuk bilik 1 jumpe misi comei amek suhu latest aniq. da turun 38.6c. misi bagi dos pcm (seperti dlm stok ibu) based on berat semasa aniq. utk 9 kg dos pcm yg sebaiknya ialah 5.6 ml.

kul 1.30. . .tgu giliran. aniq merengek xselesa. ayah aniq mundar-mandir. ibu da pening.

kul 2.30. . .masih lagi tgu giliran. aniq merengek lg kuat mengalahkan bb yg ade dlm dewan tu.. aduii la. . ank bertuah.

kul 3.05. . dah nek lenguh ibu bergilir mendukung aniq bertuah yg xmo duduk kat kerusi biru itu brula terdengar nama dia dipanggil. ALHAMDULILAH.

kul 3.15. . lepas bt case study doc arahkan ibu pg amek darah kat pintu satu lagi.

kul 3.40. . result darah aniq masuk ke bilik doc. ibu dimaklumkan tiada sebarang tanda infection termasuk bahagian paru-paru.

l e g a

lps amek ubat ( next entry ibu post kan pic ubatan faberet aniq sejak azali itu) kami bergegas balik ke damansara. ms tu kul4 pagi dah. . ayah aniq msuk keja pagi ari itu.

mmg exhausted tp perasaan lega tu mengatasi semua. (gara-gara ibu terbaca artikel ttg kematian baby akibat jangkitan kuman di rumah pengasuh di Ampang semalam.)

status up-to-date:
1. badan aniq dah meringan. mungkin akibat kehilangan selera mkn sejak 5 ari yg lalu. ibu bg minum ssu picky-eater s26  buat sementara waktu. sgt mencabar ibu nk kasi aniq makan ms dia tak sihat ye kawan-kawan.

2. da mula cergas memunggah sana-sini berbanding 3/4 seharian yg lalu dihabiskan dgn tdo atau melepek kat toto dpn tb. aniq si budak baik tinggal khayalan saja. .

3. poo-poo aniq masih cair mungkin kesan ubatan yg diambil.lucu bile aniq meneran poo-poo nye. dia akan cari port tersembunyi utk menjalankan 'projek' itu.

4. selsema da hilang tp kesian bile dengo aniq batuk berkahak pekat. sengsara. .

pssttt: ibu niat nk pulut kuneng bl aniq da betul sihat nt. . kegembiraan utk dikongsi bersama kan.

pssttt: pengambilan dos pcm yg betul dapat membantu proses penyembuhan yg cepat. ibu cepat belajar.

pssttt: dpt sms tesco sale pampers cap x rm 29.88 . . padahal ibu beli 3 ari lepas rm 34.99 . 2 pek plak tu. . arghhh. ruginyer. . .


Tuesday, October 18, 2011

sebuahrinduygsebenarnye

Bila aku sudah tiada--Hujan



Bila, aku sudah tiadaSimpan semua lagu ku Jangan di tangis selalu Mungkin, itu sementara Bila jumpa pengganti ku jangan di lupakan aku Pagi itu indah seperti biasa Tidur yang lena terhenti di sana Layap kuyu masih tak terdaya Bukalah tingkap mu Curahkan cahaya… Siapa yang sangka Bila tiba masa kita Untuk pergi selamanya Takkan terduga Jika saat ni Tuhan tentukan Aku lah orangnya Gelak tawa tangisan yang hiba Kenangan kita masa di dunia Alangkah indahnya jika Kita mampu hidup selamanya




pagi td sementara menunggu enjin keta pns , radio memutarkan lgu ini.. tb2 igatan ibu terimbau pd sebuah kenangan ..mesti antara korang sumer yg dah besa dengo lgu daripada Hujan ni kan. ni antara faberet song ibu..ibu rse lirik dan melodi nya sgt dekat d hati


..sbnye ade cite di sebalik lgu ni.. ia merupakan sebuah titik sedih dlm plot perjalanan hidup ibu dan terjemahan rindu yg sgt mendalam pd seseorang..cukuplah ibu ringkaskan pd entri kli ni ia adalah lgu kenangan ibu bersama arwah abg kandung yg disayangi. dia telah dijemput bertemu Pencipta yg Esa pd 16 mei 2007..pd usia 34 tahun.pd yg sudi sama2lah kita hadiahkan alfatihah utknya..semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..


giliran kita entah bila..sama2lah kita membuat persiapan.

Friday, April 29, 2011

perkahwinan diraja william & catherine

sweet couple william & kate

bagaikan melihat sebuah fairy tale..arini berpeluang menonton 'live' perkahwinan william (pewaris ke-2 takhta britain slps putera charles) dgn kekasih hatinya kate middleton. kate adalah refleksi puteri diana. orgnya bukan sahaja cantik secara fizikal tetapi bijak dan disenangi rakyat britain. bila melihat lautan manusia yang berduyun meraikan perkahwinan mereka dgn jelas memberi petunjuk kate bukan sahaja diterima dlm keluarga diraja tetapi juga di hati rakyat.

-------------------------------------------------

finally...it's jumaat.alhamd........lega sgt kerana dptlah sy merehatkan badan n minda stlh smggu dilanda kesibukan kerja..bersyukur wp dihambat masa huby msh dpt bersabar n trun pdg mengurus anakanda aniq.klo x mestila hidup sy lg 'kachong'..hu