Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label storimori. Show all posts
Showing posts with label storimori. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Warkah sentimental buat Diri Sendiri

salam

mata ibu takmo lelap pula mlm ni. mungkin diserang rindu kepada bonda yg belum pn sampai 24 jam ibu hantarkan pulang ke kampung halaman. mak datang menjenguk ibu hampir 2 minggu lamanya. .mak ibu tak rajin berjalan. maka, duk umah melayan keletah n kerenah cucunda aniq n aisy saja pn bagai tak sedar masa berlalu pergi dengan cepatnya. . sonok dapat buka n bsahur sama. sembang2 plus ngomel2 bersama. hm bonda janji nk dtg lagi nt cuti ujung tahun. ibu tunggu masa itu. temankan ibu di umah mengomel2 sama anak2 yg ade.

raye nk dekat. ibu xbape in mood nk beraya tahun ni wpun ibu konfiden dapat puasa penuh lagi tahun ni. ibu tak tahu nk jelaskan bagaimana. bukan kerana cuti suami yg tak tau konfem idaknya, mahupun bonus rm500 suami isteri yg diterima utk tahun ni (beza tahun lepas 1/2 bulan gaji), ataupun baju manik ungu yg payah nk jupe yg berkenan di hati, jauh sekali kerana isu komitmen duit kutu sampai bulan 5 tahun depan, apatah lagi kerana harga emas naik turun skg ni tp ibu xleh nak beli. ibu sedang mengenal pasti punca ni.

melihat anak-anak tido lena di sisi ayahanda mereka buat ibu rasa lega. pada penilaian ibu masih banyak yang perlu ibu lakukan untuk mereka. ibu perlu mencuba lagi sedaya upaya. ibu akui lately diri ibu bagai diserang kerisauan berkaitan hal kerja di sekolah. ade perkara ibu tak suka lakukan tapi atas tuntutan kerja ibu terpaksa juga lakukan. ibu terlalu push to the limit. itu buat ibu penat mental. keadaan sekeliling tak begitu menyokong . kedua, ada kala ibu dan suami juga beza dari segi pendapat tak berhaluan. tp kan asam garam berumah tangga. lagipun kami sebaya. ada masa gurau bergaduh kalah anak2 kecil di jalanan lagaknya. tak sampai sehari sudah berbaik semula. tapi bila kerap terjadi ibu stress juga. mujur masa genting itu bonda ada menemani. ibu lega sekejap. sekarang ibu da pulang. perasaan cemas itu kembali. . 

Tuhanku,
buangkan cemas ini dari hatiku, mindaku, perasaanku,ingatanku
gantikan lah ia dengan ketenangan
pinjamkanlah aku kesabaran milikMu
agar masa ke depan ini hambaMu ini mampu
menggalas tugas amanah sebanyak-banyak
yang tergalas di bahuku

Tuhanku
rahmatilah perjalanan ku
keluar masuk mencari rezeki untuk membantu suamiku
bersihkan lah berkati lah setiap butir nasi
yg kami suap ke mulut anak-anak kami ini
jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur
dan sentiasa tercukup dengan rezeki yg datang kepada kami
dulu, kini, dan yang nanti2.

Tuhanku
ampunkan aku
temukan aku dengan
malam qadarMu.

sweet 7 mths aisy. melting everytime we seeing his smiling.how time flies so fast.
ibu keep recalled the hard bitter sweet time when delivered him as witnessed by hubby.


aniq is reaching his 3 years life. resilient n manja ibu would say!
nota kaki: aisy mula angkat badan untuk merangkak. syabas anak.

nota kaki: blog ibu diserang virus. credit to sahabat lama yg tlg recover blog ibu yg x sepertinya ni. syukran.

  

Tuesday, July 09, 2013

Nazar Sempurna

salam.

antara momen penting selepas menerima kedatangan cahaya mata dalam keluarga ialah sunat memberi nama pada hari ke 7 kelahirannya dan menyempurnakan aqiqah buatnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dan keselamatan sepanjang proses mengandung dan melahirkan mereka. 

bagi kes ibu, selesai sudah nazar buat kedua-dua anakanda setelah kelahiran anakanda aisy. buat anakanda aniq ibu bernazar untuk mandi air daripada 7 masjid setelah selesai melahirkan dia dulu. ibu tak tau dari mana datangnya idea berkenaan. ia terlintas dalam fikiran dan terus tersemat niat di dalam hati. ibu diamkan sehinggalah selesai semua urusan kelahiran ibu ajukan pada suami. 

maka, berusahalah suami mencari 7 masjid untuk mendapatkan airnya. ibu masih ingat ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari kampung Perak ke KL. bayangkan kalo dah berenti kat setiap masjid di sepanjang perjalanan? memang la da macam nek bas hop on hop off mcm kat kl tuh. hehe. alhamdulilah. sekian lama bersusah payah ibu dapat lengkapkan mandian air masjid ke 7 semasa mengandungkan aisy.

memang gembira perasaan bila dapat menunaikan niat yang sekian lama tertunda. alhamdulilah masih ade umur dan kesempatan untuk melengkapkan nazar itu. bila tiba giliran aisy, ibu cuma berniat untuk menyempurnakan akikah untuk anak2 kami ketika diorang kecik. mudah-mudahan perjalanan hidup mereka semasa melalui proses tumbesaran mendapat inayah dariNya dan dikurniakan juga kesabaran dan ketekunan buat kami sebagai ibu bapanya untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.in sha Allah

ok, sekian dulu buat masa ni. entri akan datang ibu catatkan pula perjalanan sepanjang majlis aqiqah dan naik buaian anakanda aisy yang sempat fotographer peribadi ibu rakamkan . hehe. wasalam

smt berpuasa yer. buat ibu sile rajin memasak utk berbuka dan bersahur . semoga puasa n amal ibadah diterima.
 #ibu 'sopan' kan aniq. hahaha. saja. membayangkan my future dotter. nge3





Sunday, June 09, 2013

: : kompilasi 2 purnama : :

salam. .

sesambil menyapu habuk di belog kesayangan. maafkan ibu kerana dihimpit masa sampaikan tak berkesempatan menitip berita hampir 2 bulan lamanya. .

byk peristiwa terjadi, byk situasi ibu suami isteri tempuhi. . semuanya seakan terlipat kemas dalam ingatan dan mata hati melewati masa untuk hadam semuanya jadi sebahagian kenangan hidup berumah tangga n membesarkan anak2. ada manis, ade suka, ada duka, ade gundah, ade lega, ade macam2 rasa. . syukurlah, kami redah saja semuanya!

angkara kesibukan dlm mei, aisy terlepas temujanji klinik utk pertama kali. bila rescheduled, baru kemarin suami dapat anta kami ke KD ss17. berat aisy 5 bulan, 5.9kg naik kira-kira dalam 800grm saja dari berat sebelumnya. misi kate berat aisy kurang cantek since berat dia jatuh betul2 kat borderline graf BMI.

ibu da susah ati ni sebenarnye. . mula ibu mikir ape sebabnye. klo ikut kekerapan bf, memang aisy kerap bf. cuma tak lama. ibu anggarkan dlm 15-20 minit saja 1 sesi. kedua, aisy semakin aktif berjaga skg. kalo berjaga memang takda keje len la 2 beradik ni klo bukan main je kejenye.

ketiga, atau mungkin ibu rase ade masalah dengan susu ibu ni. kurang zat seimbang kot. maklum sejak ibu kembali keje, berat ibu turun mendadak terus ke berat asal 47 kg. phewww.. ni da menyamai berat sbm kawen ye.huhu. punca, ibu sibuk plus makan tak tentu mase. bile ank2 da bertenang sumer tido baru ibu senduk nasi. atau, kdg bila hb ade ibu bergilir makan dgn dia. mana laa. . tak hilang berat tu. bukan alasan berdiet atau makan jamu bersalin ker. huhu.

ibu takda pilihan len bt masa ni, kecuali terus bf aisy n mula ambil suplement untuk tambah zat air ssu seperti yg dicadangkn oleh hb. . waaahhh. . ambil suplemen ni perkara paling tak rajin ibu nk buat. huhu. tapi, kerana kesihatan aisy. ibu tabahkan hati juga la ye nak. .

klo entri lepas ibu tulis aniq suke nanges skg situasi da bertukar. aniq da jadi abg yg prihatin, jrg dia nanges n boleh ibu harapkan utk jaga adik aisy kejap2 kala ibu masak kat dapo. mungkin kerana umo dia da bertambah, cerdik sket la kotnya. da mula faham n sebut byk perkataan yg kdg2 ibu sendiri strugle nk faham maksudnya. hihihi. anak. . anak. . cepat betul masa berlalu. ibu masih ingat kenangan menjaga baby aniq yg demanding satu ketika dulu.

kini, 'piala' sudah bertukar tangan. rasakan penangan anakanda aisy pulak yg mengambil alih malahan mengkopipes sebijik pangai abang dia mase kecik. aiiiii... sabo je laa ibu. cuma, beza sket je ibu rase. aisy agak 'mesra alam' sket wpun dgn org lain selain ibu dan ayah dia.

sekian dulu catatan utk masa ni. buat anak2 ibu sekalian, doakan kami tabah membesarkan anakanda berdua. bersabarlah dengan kami, mohon rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kita sekeluarga.

salam sayang,
ibumu.

kamcing: aniq n aisy leka main keter. abg tgh in mood, boleh la kongsi mainan dia.

si madu ibu ayah: aniq 2y7m aisy 5m. notti n playful. 

notakaki : 1 day left. slmt kembali bkeja utk ibu.
notakaki2: Ramadan kian dekat. alhamdulilah ibu da sempurnakan niat beraqiqah buat kedua anakanda



Thursday, March 28, 2013

Ku seru

salam,

ibu ambil masa mencuci habuk yg melekat pada belog kesayangan ni. . dalam hati da macam ade sebuah jam randik berdetik membilang waktu untuk ibu kembali semula bertugas. diam tak diam cuti 4.5 bulan semakin tiba ke penghujungnya. minggu depan ibu da stat keje.

sesungguhnya, percutian ini tidak sesekali dirancang. atas izinNya jua Dia mengurniakan ibu sekeluarga ahli baru hujung tahun 2012, iaitu anakanda yg dikasihi ahmad aisy zafry. maka cuti sekola hujung tahun bersambung dengan cuti bersalin. semangat kami membesarkan anak2 di rumah. haha. tempoh berpantang kali ni ibu lalui berdua suami isteri sahaja lantaran keadaan kesihatan anakanda aisy yg tidak begitu mengizinkan di awal kelahirannya. 

benarlah, pengalaman itu guru paling setia. ibu diberi peluang belajar bermacam perkara mengenai kehidupan melalui anak2. blaja erti kesabaran dan ketekunan. selain menjiwai peranan sebagai isteri n ibu kepada anak2. syukur Dia melorongkan jiwa n perasaan ibu untuk menjadi lebih sensitif pd permintaan persekitaran yg selama ini ibu selalu biarkan. sudah menjadi lumrah, kita hidup mahu jd manusia yg lebih baik dari hari sebelumnya kan.

tapi,
ibu rasakan masih banyak ruang ibu perlu perbaiki lagi.. terutama soal membahagi masa, mendidik anak dan menyempurnakan tugas isteri. walaupun diancam rindu pd bonda dan kampung halaman, nampaknya ibu tiada pilihan kerana sememangnya tempat isteri di sisi suaminya. tarik nafas panjang dan hembuskan. mohon Allah berikan ibu ketenangan agar tidak selalu memikirkan.

bukan senang nk bercuti panjang, melihat dari sudut lain ibu rasa bertuah kerana dapat melihat n bersama kedua anakanda melalui proses tumbesaran diorang. seharian dari mula anakanda celik mata sampai diorang masuk tido balik. mcm2 ragam yg buat ibu ketawa, geram, lucu, nak marah dll semuanya akan jadi ingatan dan kenangan pengalaman keibuan. 

paling mengujakan, bila mulut comel anaknda aniq sudah lancar menyebut perkataan 'ibu' sejak ibu balik dari wad selama 14 hari menjaga anakanda aisy. sudah kenal huruf abc sebahagian alif ba ta n mengira 1-10. klo tengok tv pun sudah boleh duduk lama melayan kartun n cite drama beremosi. Subhanallah cepat sungguh anak kecik blaja.

manakala anaknda aisy dia tak lokek senyum wpun semasa tido. sejuk lah hati ibu yg kerap berjaga malam menyusukan. aisy jarang sangat meragam. di situ kami memang lega bila bab menjaga aisy. bleh la ibu bertenang. 

rasa ralat juga sbb mula minggu depan ibu akan menyerahkan sementara tugas menjaga anakanda berdua kepada pengasuh aniq a.k.a mama ina semasa ibu keje. harap sabarlah dia hendaknya melayan keperluan anak2 ibu. . ibu risau sebab aisy blom pandai isap ssu botol lagi sampai la ni. . kesian dia. hurm. .

hasrat nk mengembalikan momentum keje tu buat ibu xlena tido dah skg ni. . ibu harap semua d skola baik2 saja n ibu, suami serta anak2 cepat  menyesuaikan diri dgn kehidupan baru kami nt sekembalinya ibu ke rutin harian sebagai ibu yg bekerja. 

ibu kena cari jalan nk menyeru semangat kembali bkeje. entri akan datang. Sekian.

akaun yippie-i maybank islamic. ambik sorang satu rimau.ayah buka hari ni.
harta dunia kami simpankan untuk anaknda berdua buat memudahkan perjalanan masa depan kalian nanti.
(aniq: 2.4 yrs, aisy 2++ mths)
notakaki: apepun, kami redah sajalah. . susah ke senang. lupekan saat berehat2 kerana yg pasti ibu bakal berdepan dengan situasi badan yg tak cukup rehat demi keje n keluarga. diri sendiri....?? sejak menjadi ibu bapa kami da lupa bila kali terakhir hanya kami berdua!

notakaki 2: semoga selamat pergi balik keje utk kami skuarga.amin.

Tuesday, February 12, 2013

Ebm untuk aisy

Salam,


Ibu kira tempoh menyusukan anakanda aisy adalah satu lagi perjalanan bermakna untuk ibu lalui. kali ini agak bersemangat untuk memberi susu ibu secara ekslusif setelah ibu berjaya mengharungi episod kecederaan. 

.......episod kecederaan. . .????

yalah, mana tak cederanya. hari pertama aisy menyusu puting ibu da melecet teruk. siap berdarah lagi. sakit sampai bergenang air mata menahan bila anakanda mula menyusu. aduhaii..  struggle  2 minggu juga baru puting ok. legaaa...tak ada petua. ibu cuci dgn air suam dan biarkan kering. ibu buat masa anakanda tengah tdo. { pengalaman pertama menyusu anakanda aniq: ibu cukup trauma menyusu anak bila puting melecet. masa tu mak ibu dah campo susu formula memandangkan luka puting ibu tak sembuh.aniq pula kuat menyusu. sedih bila ingat kenangan tu. syg, masa tak boleh diputar kembali. tentu ibu boleh buat lebih baik lagi untuk aniq. sob sob} 

alhamd. sampai ari ke-43 arini ibu masih meneruskan aktiviti membuat stok ebm untuk aisy sambil rutin menyusu 2 jam sekali. semasa awal pantang aritu, 2x pam purata  ibu boleh dapat hampir 15/16 oz.{ibu tak rajin mengepam. senang df lagi sbb tak payah nk asemble pam susu ibu.hehe}

sekarang anakanda aisy semakin kerap bf. ibu pula kurang selera makan plak ni. bila pam susu, purata 10/12 oz saja. jamu bersalin ibu ade banyak lagi kene dihabiskan. .ade org kata ibu bf bila makan jamu boleh mengurangkan kuantiti susu. wallahualam. tunggu ibu try error dlu yer. hm..mungkin juga sudah tiba masa ibu cari milk booster kott. .

Sekian.
stok ebm untuk anakanda day 43. sikit2 lama2 ....xcukup storage. huhu. peti ibu da xmuat.
hasil perjuangan ibu melawan mengantuk tengah2 malam.

anakanda aisy day 43. bw 3.97 kg. syg anak ibu :) cepat besar ya nak.
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman:14)


Aisy,
Doakan ibu dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kemampuan untuk memenuhi keperluan penyusuan dirimu sepanjang 2 1/2 tahun pertama kehidupanmu ini. Ibu sungguh berharap dengan titis-titis susu ibu yang mengalir dalam tubuhmu ini dapat menjadi benteng dan menyembuhkan penyakit yang sedang atau bakal hinggap di tubuhmu nanti. Melihat kau membesar dan sihat seperti kekandamu adalah rahmat untuk kami. Amin.




Monday, January 28, 2013

: Pertama 2013:

Salam. .

Ni entri pertama utk tahun 2013. Ibu kembali menulis hanya setelah 28 hari berlalu bulan Januari. Tak apalah. Niat ibu berblogging sekadar berekspresi dgn diri sendiri bukan untuk jadi femes mengejar trafik. kepada rakan2 kecik dunia blog ibu yg sudi berkongsi kisah hidup ibu hargai kerajinan korang menjadi pengkomen tegar entri2 ibu sebelum ini.

Sesungguhnya, banyak peristiwa menyentuh hati ibu telah berlaku tatkala 2012 menutup tirainya.nt ibu akan kongsikan di entri2 yg len.thun ni  ibu maju sekedepan lagi menghadapi kehidupan ibu yang naik satu lagi angka (erk..ayat novel mana plak ibu taip kat sni?) maaflah, macam ni lah rupe entri yg dihasilkan jam 4 pagi!

ibu semak last entri lepas, ibu ade janji nk up kan stori kek kahwin impian ibu yg ibu tempah sempena majlis perkahwinan adik ipar ibu yg pertama. . 

mini pelamin kenduri pengantin sebelah pompuan. kenduri berlangsung di Sijangkang,Klang
seminggu awal sebelum majlis sambut menantu di Perak.

. .tapi sudahnya turned out jadi kek kahwin impian sape tah ni. . hu hu. nak tau x kenapa. .? ibu syak ni masalah komunikasi. sebelum tu, meh ibu up dlu gambo barang sekeping dua. abaikan model mak budak baju ungu yg BamBam Subhanallah tu yer. fokus kat kek saja!
mereka ini bukan subjek utama dlm ini entri. tp mo up juga bt kenangan.
gula hati ibu. 2 tahun 1 bulan. kaki ligat xmo duk diam kecuali ditangkap oleh ayah beliau suh makan. budak tak sporting. aniq yg hanya tau merap dgn ayah n ibunya.
30122012 kek kahwin yg ditempah selamat tiba ke bumi perak. credit to kakak ibu yg sudi menaja pengangkutan dr banting-puchong-simpang4 perak.

kek plain english design idaman hati yg telah bertukar rupa jadi kek floral yg sgt  tipikal   kat mana2 kenduri kawen orang kita. hadooiii...
ok, ibu buka utk menerima sebarang komen. nt kalo ibu yg komen bukan komen namanya. . panjang berjela jadi mengomel pulak kan. pening lalat membaca jadinya. .

sekian.

pssttt: projek ujung tahun yg gagal. siyes kecewa tgk kek dgn pelaburan yg xberbaloi. ape nk buat. nasi da jadi bubur. hadoooiii lagi.
pssttt: apepun, tahniah buat adik ipar ibu yg baru bergelar raja sehari. semoga bahagia ke akhir hayat. 



Wednesday, December 19, 2012

:: k e k k a h w i n ::

salam. kira da jadi signature untuk wedding mesti nak ada kek kahwin kan? saiz bentuk dan rupa kek tu pulak mcm2 variasi terpulang kepada tuan punya kek tu. 

alkisah, 30hb ni kuarga mertua ibu bakal menyambut menantu di majlis yg akan di adakan di perak nanti. maka, slps bermeja bulat dgn suami kami sepakat nk tempah kek sempena perkahwinan mereka. 

keje tempah menempah kek kahwin ni merupakan pengalaman ibu kali pertama. memandangkan masa kami kahwin dulu kek kahwin da termasuk dalam pakej butik pengantin.maka, tak ada request bagai untuk kek tersebut. apa kedai bagi itu kami potong. kesian kan kisah ibu? almaklum, ibu kahwin masa belajar. jadi bajet kahwin memang cukup untuk melaksanakan perkara utama saja. . sedih lagi. .

jadi, agak terkedu seketika bila suami tugaskan ibu menggugel design kek kahwin yg bertebaran di internet. masyaAllah...punyalah banyak. rambang mata ibu mn satu nak pilih. itu tak masuk design cupcakes yg super cumels trend skg org suke gabungkan dlm persembahan kek kahwin atas meja kek pengantin tu. (ibu terpaksa lupakan design cupcakes sbb da pening mn nk pilih.)

then, nk jadi tambah pening pulak bila pikir kat mn nak tempah. memandangkan kami jarang balik kampung dan tak ada idea sebaik mana hasil kerja kedai kek sekitar taman perumahan simpang empat ke teluk intan. hm...masalah lagi. (sebenarnya, ibu mls da nk bw testi drp blogger yg penah buat tempahan kat sana. klo btul2 cari ada kottt)

hm.. lps duk bertenang ibu tingat adik abg ipar ibu yg mengusahakan bisnes bakery daripada umah. ibu try call dia n nego harga kek kahwin fondant. call after call, n sms after sms ibu dapat harga final untuk kek kahwin yg kami nak. 

design...? hm... umpama menyempurnakan impian masa kecik ibu yg mengidam nak potong kek kahwin ala english yg belum kesampaian. wpun ibu da selamat 3 tahun berkahwin. agak ralat juga sebenarnya. jadi nasihat ibu, nak kahwin kene tempah kek kahwin sendiri.lagi best! (pinjam jap tagline myvi) 

untuk hadiah kek perkahwinan mereka kami berbesar hati memilih design wedding kek ala english mengikut kaler tema soft purple katanye.. suami turut sama finalise design kek sebelum diemel kpd k.ira (adik abg ipar ibu). paling tidak tertunai juga hasrat ibu nk beli kek wedding ala english wpun kek tersebut bukan ditujukan untuk perkahwinan kami tp untuk adik. 

memegang polisi bonda ibu, 'alang2 niat nak bagi orang, biar barang yg paling elok'. maka memetik pesanannya, ibu gugel design wedding kek ala british. 4 tingkat lagi. nah, ambik. camne la k.ira tuan punya kedai irabakeri nak buat tuh? request ibu mengandung kepada ibu mengandung juga. memang tak ada kesian. . . haha

hasilnya nt, ibu akan snap pic n post dlm entri akan datang ye. sebelum ibu tutup entri ni, ibu selitkan gambo kek ms ibu kahwin dulu ihsan butik pengantin ibu tempah. simple habis. . . sekian! 

gambo kek solo jelah tanpa tuan punye kek bersama  kes  tak menepati piawaian aurat yg dibenarkan.
kek sebelah lelaki design serupa kaler je biru. haa.. btul2 simple kan?

pssttt: ibu cume cakap dgn suami impian kek kahwin ibu hanya selepas 3 tahun berkahwin dengannya. reaksi dia? 'okla, kita beli wedding kek utk apis.nt ibu pilih design kek.' katanya. (betul kan ibu cakap, suami ibu bukan spesis romantik.) nasib la laki polis. memang tak emosi, tacing2 nyer. lurus. setel kes itula suami ibu.




Tuesday, April 03, 2012

Chess vs nostalgia cinta budak nerd

salam,

melupakan seketika kekecewaan akibat kegagalan mendapatkan kasut idaman hati semalam. 2 jusko terjah sampai ke wangsa maju pun hampa. tak ada luck~ ok, arini ibu nak sembang kejap tugas khas yang bakal ibu jalani untuk 3 hari bermula ari ni.

satu perkara ibu suka dengan kerjaya ibu sekarang ialah ibu dapat melihat banyak peluang untuk meneroka bidang baru. pokoknya, kita ada keinginan untuk belajar dan cuba menguasai sesuatu bidang tugas itu. contohnya, satu bidang tugas yang ibu terokai sejak 2 tahun ni ialah menjadi guru penasihat kelab permainan yang memang ibu suka sejak di zaman sekolah lagi. apa lagi kalo bukan permainan chess. cuma beza kali ini, ibu berada di posisi seorang guru bukan lagi sebagai wakil sekolah. perasaan itu sangat berbeza dan ia berharga. 

untuk tahun ni ibu mengambil peluang untuk berkhidmat sebagai arbiter chess mssd. ini khidmat sukarela dan ibu tak menerima sebarang elaun pun untuk mengawas sepanjang 3 hari games berlangsung. ibu hanya mahu kutip pengalaman sementara masih berpeluang di samping menaikkan moral team sekolah. ibu teruja untuk menjalani tournament untuk 3 hari ni memandangkan ibu dapat keistimewaan untuk berada dalam set semasa pertandingan berlangsung. harap tahun ini, pemain sekolah dapat memberi cabaran kepada pemain lawan mereka. ibu tahu mereka sangat menjiwai permainan ini seperti ibu juga suatu ketika dulu. 


citer tentang chess ni, ibu ajak pembaca mengimbas sedikit citer zaman ibu di bangku persekolahan. boleh lah kalau ibu kategorikan diri ibu sebagai pelajar yang tidak popular. status ibu sebagai budak baru (tukar sekolah masa form 4) dan karakter ibu yang agak pendiam menyebabkan ibu tak punyai ramai kawan kecuali seorang kawan baik yang tentunya pangai sepesen ibu juga, susaniah namanya. oh Tuhan, masa ibu menaipkan entri ini ibu rindukan dia. lama sungguh kami tak jumpa. kami kongsi hobi yang sama, tido dalam kelas masa guru tak ada, library lepas habis waktu sekola, picit jerawat, men chess bawah meja dan baca komik. tengok kan? sumer aktiviti yang ibu sebut mana ade rakan lain semangat nk join kami. haha. yang lucunya, habis spm kami berdua dapat masuk universiti yang sama tanpa dirancang! memang ade chemistry laa orang purba kata ~

manakala, beza karakter ibu dan suami jarak macam langit dan bumi ibu rasa. kami sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. ibu boleh kategorikan dia jenis manusia yang easygoing dan popular di kalangan teman-teman seangkatan. sukan dia minat pun sumpah ibu tak suke sbb kena berpanas. banyak perkara kami tak sama itu yang menyebabkan sebilangan besar kawan-kawan seangkatan hanya berspekulasi tentang hubungan cinta monyet kami. biler ditanya sumpah ibu tak mengaku girlfren. ibu masih ingat, sampaikan ustaz perli dalam kelas mintak mak ibu jangan letak hantaran tinggi. kesian kat zahrein yang merujuk suami ibu laa itu. sampai gitu pun, ibu buat muka berlakon tak reti-reti lagi. haha. nak rahsia sangat ye? tapi, Tuhan tentukan dialah jodoh ibu. mujurlah. tak monyet dah~

sekarang, memandangkan dia tak ada masa nk menghayun reket tenis kat gelanggang. masa terluang kat umah kami share hobi. men chess lah. lappy ibu ni penuh dia doload chess macam2 versi. kadang aniq tido dapat la duk men sekali. kalo idak ngan anak ibu sekali duk atas chessboard. saja nak sabotaj ibu ayah pasal takda orang nk layan dia. ironi, suami boleh suke men chess lagi drp ibu! kuat juga penangan bile da kawen ni. so, prinsip wat urs is mine memang termaktub dalam klausa peraturan umah tangga kami berdua~

itulah citer serba sikit tentang kepingan sejarah hidup ibu. ibu rekod di sini untuk bacaan anak ibu bila mereka sudah tahu menghargai nilai kasih sayang sesama anggota kuarga. wow dasatnya ayat skema ibu. ampun. kepada pembaca sopan belog ibu  tima kasih daun keladi kerana menghabiskan bacaan anda hingga titik terakhir ayat ibu. ibu pasti anda juga punyai pengalaman hidup yang indah juga kan. lets us cherish all the best moment dat we have ya! salam qaseh to all. bye!

zaman baru nak belajo pakai tudung lilit-lilit ala  wardina la ni. pic first time jumpa lepas suami kuar pulapol in 2008. maafkan tahap 'kehangusan' suami yang begitu menyerlah tu. 


psssttt: mud berblogging tenggelam timbul lately. idea ade tapi masa tak mengizinkan. maka, idea kekal jadi tukun dalam kepala ibu menaikkan kadar trafik jer.~

psssttt: cepat tul masa berlalu. . kagum juga dengan keupayaan otak mengimbas kenangan 10 tahun yang lalu. rasa kembali remaja pulak~ sudah-sudah la tu ibu. 

psssttt iii: ok la. xde p/s lagi. ibu terpengaruh p/s bloggers len. x mo dah!


Friday, March 30, 2012

Entri LEGA

salam,

sumpah. ibu letih giler mengharungi ari-ari dalam minggu ni. rasa kaki berjalan atas angin jer. sumer nk extra cepat. anak bertuah ibu di umah tengah menguji kesabaran dengan demamnya, tambah dengan anak murid ibu di sekolah pun tak kurang bertuahnya. kerenah diorang pun buat ibu pitam.  

bila sampai ari jumaat baru terasa menghayati menghirup udara segar kurniaan Allah ni. lega. kesihatan anakanda sudah semakin baik. selera makan dia pn dah kembali. keje sekola sumer da setel setelah hampir semput dikejo dateline. wat a relief~


hmmm. .ibu rase nk pegi buat manicure jer kekdahnyer.wee~. aktiviti menge'pau' poket suami hujung bulan nih. bak kate suami, kalo ibu punye idea asek rugikan dia jer. . hehe. sekian.
rilek ye ibu. jangan stress. aniq cume testing je. sabo idak ibu jaga aniq. sile senyum mcm aniq! pic: aniq at his early age. day 54. 

pssttt: mana lak datang idea nk ber'manicure' ni ibu? kes ibu terbace iklan promo kedai manicure kat cineleisure bbrape ari lepas. nak gak lah merase. best ker yer??
pssttt: aniq demam nk pandai sebut 'ibu' kot. first time he uttered the word ibu rase nk nangis. siyes!

Friday, March 16, 2012

beger. orang salji. katak

salam,

gelagat aniq: siap duduk serong lg sambil muncung2 mulut dia nk masuk duit ke dlm tabung.lama dah berlatih nih. skg je baru mahir.

ni dia koleksi tabung kuarga ibu: beger. orang salji. katak.
cepat je dah sampai jumaat. cuti sekola tinggal berbaki 2 ari je lagi. tahap kesihatan anakanda pun da semakin baik selepas ibu dan suami mengharungi cabaran 4 hari 3 malam menjaga aniq budak bertuah yg demam.

entri kali ni, ibu rekodkan aktiviti kuarga iaitu melatih aniq kenal duit syiling n tabung orang salji.beger. katak. selain mainan aniq yg sebakul itu dan beberapa gajet yg len, tabung ni pun masuk gak dlm senarai mainan dia.

maka, terpaksa ibu letak tabung yg berat ni agak jauh dari capaian si budak aniq demi nk mengelakkan kejadian kaki bengkak akibat tertimpa kan si tabung nih. sbb slu main dgn benda alah ni, skg klo ibu bagi duit syiling, kelam-kabut dia nk masukkan dlm tabung. haha. kdg lucu gak ibu tengok tgn kecik aniq yg terkial-kial nk masukkan duit ke lubang kecik tabung tu.

pesanan untuk aniq: rajin-rajin menabung ye anak. ikut pangai ayah yg rajin saving. jgn ikut ibu yg suke spending. tak elok. duss!

klo citer bab tabung ni sebenarnye ade tersembunyi kenangan hidup ibu. tabung pertama ibu ialah tabung 'burung nuri' keluaran bank rakyat. ibu dapat ms ibu sekola tadika sekali dengan buku bank. ibu ingat lagi, punyalah ibu sayang. sampai tido pun sebelah tabung. almaklum tabung pertama.sekarang akaun tu da tak aktif lagi. 

tabung kedua, 'gajah biru' keluaran BSN masa tu ibu sekola darjah 2 tahun 1992. tambah bersemangat ibu menabung kononnya. lama da ibu tak jupe tabung design tu lagi. seingat ibu masa tabung tu da memberat iaitu menunggu masa utk dimasukkan ke akaun tabung gajah ibu tu ilang. memang frust juga ibu masa tu. tapi, frust kanak-kanak kan masa tu. . nangis hentak-hentak kaki sehari je. esok dah tak ingat dah. .

tabung ke tiga, arwah abang ibu adiah kan tabung ' pos malaysia' tak lama lepas kejadian tu. ibu kembali menabung. bile penuh jer. . ibu bukan masuk akaun. tapi ibu pegi belanja beli sepit rambut reben la. . pegi pasar malam lah. . tanpa pengetahuan mak ibu. kalo idak mau kena 'seludang' ngan mak. hu.hu. mak ibu dulu garang ye kawan-kawan. arwah ayah ibu sporting. memang kenangan tabung pos ni. sampai sekarang ade lagi, ibu wariskan kat adik bongsu. dah jadi harta dia.

lepas tu, sampai habis zaman solo ibu takde tabung spesifik. klo ade syiling memang ibu pakat letak dalam dompet la, kocek seluar, beg mekap, henbag, beg sekola, bawah tikar, celah buku rujukan, komik, dalam almari pakaian dsb. . cume lepas ibu kawin dan ade anak baru la ibu ubah tabiat buruk berkenaan. itupun terpengaruh dengan suami yang suke ajak ibu lumba  tabung siapa paling berat. ibu kembali bersemangat menabung. tambah pula, persekitaran umah jadi selamat khasnya bila anak da mula pandai menyelongkar!

antara ketiga-tiga tabung di dalam gambar tuh. yg paling tua si beger. ibu bagi hadiah besday pd suami dalam tahun 2003 dulu. almaklum, zaman tu ibu kat matrik lagi. maka bajet ciput sajalah..(heh. kedekut sebenarnyer.) apelaa kan. bagi adiah pun tabung. x romantik langsung. haha.

kedua, orang salji. tu ibu dan suami berusaha mendapatkannya sekitar tahun 2007. masa tu kami men indoor games kat genting. kumpul kupon banyak2 hasil men game basket ball.  pastu tukarkan dengan tabung tu. padahal klo beli kosnya tak la semahal RM yang ditukar dlm bentuk coins! kaedahnya, makin banyak shoot bola makin banyak kupon dapat. memang syok la game tu. sampai skg ibu tingin lagi nk men. cume takde peluang lagi nak naik genting dengan aniqku sayang.again. suami susah nk dapat cuti.

ok. yg last tu katak. ibu dapat masa acara tukar hadiah dengan kawan2 DPLI ibu di tahun 2009. itu yang terkini. sebenarnyer, ade satu lagi tabung tin biskut munchy's takde dalam gambar. ibu simpan dalam almari tak bagi aniq main. sbb tabung tu kalo tertimpa kaki si aniq alamat seminggu kami xtdo malam ler jawapnyer! 

semua empat tabung ni ambik mase lama juga nk penuh. last time ibu kire hasil duit tabung awal 2010 lepas. masa tu ibu tunggu posting. maka, harusla diingat ibu tak bekerja yer kawan-kawan. duit tabung tu suami guna untuk renew road-tax n insurance kereta. hu. hu. sedih kan? mujurla ade duit tabung.

kalo ikut jadual tahun ni la kami menuai hasil lagi. haha. sekarang tengah berusaha nk penuhkan tabung orang salji saja yg tinggal sikit lagi nak penuh. . tak ada plan lagi nk buat apa dengan duit tu. samada masuk ke akaun yippie aniq atau masuk akaun sogo ibu! duss! amek kaw ibu. . tak reti-reti lagi nk menyimpan???!!

sekian. adanya. selamat berhujung minggu rakan pembaca sopan belog ibu.

pssttt: sikit-sikit lama jadi bukit. ajarkan aniq menabung sambil mengajar diri ibu juga. jangan nanti aniq beso dia pun ajak ibu lumba tabung sapa yg paling berat sudah. tentu la ibu de last bottom 3. konpem calon tersingkir. hahha.

Sunday, February 26, 2012

Tukar baju

salam,

bukak saja belog ibu arini tibe terlintas di hati nk 'tukar baju' dia kaler len plak lah. . bukan da jemu dgn bg yg lama. . cume ibu rase lately idea mengembang menguncup setakat dlm minda je tak tertumpah ke cik endey. . sesak jugalah trafik dlm kepala ni. .

dengan harapan bile da 'tuko baju baru' ni maka, jari ibu akan lebih rajin mengetuk kibod utk menghasilkan entri buat kenangan ibu sekeluarga di masa depan. .

selamat berhujung minggu sumer. . :)

duta senyum kat umah ibu


psssttt: tak sempat ibu nk coding bagai cik belog sbb suami ibu duk ligan ibu suh cepat siap nk kuar merayap arini. 


psssttt: tugas keje semakin bertambah jawatan itu ini. sampaikan ibu tertanya: mengapa ibu yg dipilih sedangkan ramai yang jauh lagi layak daripada ibu dari pelbagai segi .. hmm.

psssttt: daripada ibu duk bermenung. .baik saja ibu doa semoga Allah mengurniakan sifat tabah dan ikhlas semasa ibu melaksanakan semua tanggungjawab itu.



Saturday, February 11, 2012

Soalan Buatku Terkedu

salam,

sesekali biler ade yg mule bertanye lebih kurang mcm ni maksudnyer, "bile nk tambah ahli kuarga?"  ibu tak tau nk jawap ape. cume mampu tersenyum kelat je. dalam kepala ligat pictures aniq bersilih ganti da mcm filem lame. 

insyaAllah. .bile sampai masanya. tentulah suka. . (mode: trauma ms labor pain tak abes lagi nih. hoho)



kenangan. suami tgh leka membelek2 bb aniq. bile ingat balik rindu plak aniq yg masih bb. skg dia da pandai macam2.  
sekian.

pssttt: nk jadikan anak itu menjadi seorang manusia. itu cabarannya. ibu masih berusaha untuk aniq.

Wednesday, January 25, 2012

Angkara mesin timbang duplohsen


50.4 kg. .. .?????

ibu tk pasan bile ibu gaining weight. yg ibu pasan pola makan ibu memang huru-hara sejak menjak ibu mule cuti skola ujung tahun lepas. mmg ape terdetik kat hati tu ibu akan makan saja.. argghh ini la akibatnya. .

patutlaa. . lately, ibu terbuka hati memakai balik koset lama terlipat kat almari kain ibu tu pegi ke tempat keje atau outing. .

sampai sekarang masa ibu menulih entri ni ibu masih xpecaya yg ibu da nek lagi 2.4kg cume dlm tempoh 2 bulan bcuti rehat saja. . hadoiii.


pasni bertambah lagi satu agenda harian ibu nk menurunkan berat badan plak. . haiii baru berangan-angan nk tempah baju kurung moden . . nmpaknye kena tunda camni.



malasnye ibu nk mule diet balik ni. . nyesal plak g mesin timbang tadi.
leh tak wat azam utk tahun depan punye. huhu.
koleksi photobucket ibu


psssttt: terngiang-ngiang nasihat mak ibu yg slu pesan labur sket duit gaji tu beli jamu. .kite ni org pompuan. dulu ibu dgo mcm angin sepoi-sepoi bahasa je. skg ni. . tampar pipi laju-laju. duss! tu laa ingkar lagi pesan org tua.




Sunday, January 15, 2012

Bile perasaan itu hilang..

salam ahad.

rasa nya hari ni bru dpt duk betul2 depan lappy bersantai dlm belog kesayangan ibu ni. .

waktu ibu menaip entry ini ibu menghadapi kesukaran utk mencari perkataan yg sesuai utk menterjemahkan perasaan yg ibu rasai skg ini.. wow bunyinye mcm siyes jer yek.

haah. ssungguhnya mmg benar jangkaan tuan/puan pembaca belog sopan ibu. ari ni ibu menghadapi sindrom kegagalan utk mengenal pasti perasaan apakah yg sedang ibu alami ini. .

hampir seminggu ibu suffer keadaan ini. hmm.

hal ni mmg betul mengganggu tumpuan ibu. .

bygkan, bile ibu kat dpo mlm semalam dgn tujuan menyediakan apam coklat utk famili. .but, unfortunately. .it has turned out menjadi setalam puding coklat akibat tlalu lama kt dalam periuk kukusan. .

ibu tgk hasil akhir antara pecaya dan tidak saja. . suami ibu da geleng kepala. dia tau benar, klo resepi ibu xmenjadi hari ni. . esok luse pasti ibu akan buat ulang tayang menu yg sama kasi jadik. haha.

suami dan aniq gak jadi mangsa kene makan resepi berasaskan coklat ibu utk 2x seminggu. rekod tuh!

skg ini ibu hampir pasti i'm not in the state of happiness, or sadden. .or love. .or disgust. .or anger. .or fear to someone or something. .


i feel so numb. 


susah kan. . bile fasa ini terjadi buat pertama kalinyer after a few years when i'm so sure of wat i'm doing with my life. . 


sok ibu kembali bekerja. hrp dis uneasiness akan hilang begitu saja. .


sekian dlu ibu mengadu di belog. salam.

sumber:koleksi photobucket ibu

Thursday, November 24, 2011

1000 T.K. .

arini. . drive ke pusat exam dgn bertenang sbb ibu tinggal aniq d umah dgn ayahnye. bl bgn kul 5.30 am td, sempat ibu masak bubur aniq, bt sarapan utk 'mr. mama' 1 hari anak ibu. .bukan itu je, sempat juge ibu tacap lama2 sket dpn cermin.

waah. ajaib plak ibu rase. sbb agak da lama ibu tak buat 'hobi ngadap cermin' tu sejak2 ade anak nih. my time management was sooo bad. ibu xde ms utk diri sendiri. but i'm hepi dat way. idup utk famili.kul7 tepat ibu turun umah. (umah ibu tingkat 4, bukan 4 tingkat okehhh. huhu.)

dlm pjalanan ke skola td, sempat ibu bukak radio sesambil layan prsaan ms pgg stereng keta tu. tibe2 ibu tkenang zaman2 ibu bru grad dlu. . mkn ns lemak singgit, tumpang squating bilek mbr kat uia, q pjg2 nak nek PUTRA ke opis, bhujan panas cr sales (okehh, tu ibu tambah.. hujan ibu benti teduh dlu. nge'teh' kat kdai mamak ngn mbr. hehe) . bl tgk jln depan tu da mcm ade 'big screen' dpn mate . . terase penat nye ms idup single dlu.

(pjalanan ke skola amek ms 20 minit je.dekat.)bl sedor diri balik, ibu senyum sensorang.  rupenyer, perancangan Allah itu Maha Sempurna. diberi cabaran hidup supaya kita lebih mnghargai krezeki yg dtg d kemudian ari..

Alhamdulilah Terima Kasih Tuhan yg memberi sy kehidupan. wp bukan sehebat mana, tp kami merasa cukup dgn yg ada.

pssstttt: sengal ibu ni. byk kli slh taip. mls edit. sile abaikan typing eror tu ms mbace okehhh. peace!

Saturday, November 12, 2011

. .tiba sudah giliranku

sore da mcm 'kak ramlah'.. ble ckp antara dgo tidak sore sndiri, tekak lak gatal je. klo batuk smp 'tannjatt' aniq. .heran kot dia tgk, ni ibu dia ke sapa ni..kasar nyer.. huhu. ( ni ler penangan dmam selsema) angin tak, ribut tak, alih2 kena dmam. xlogik kan?? ibu pn konpius. .

ibu rs ibu tgh mengalami 'physical upset' skg. ni sumer gara2 skola nk dkt tutup xlama lg, jadi mmg byk pkara perlu diselesaikan sbm bcuti panjang (tgal seminggu saja sesi pskolahan. tp byk kelas dah direhatkan utk mberi laluan kpd calon spm). aiii....smp dmam2 dbuatnya. tp kn cekal juga, sbb klo layankan dmam ni mmg xsiap laa keje ibu. .

thun ni 'thun istimewa' bt ibu. klo thun lps ibu menikmati keindahan cuti bersalin  :P tp thun ni tiba giliran ibu menjadi 'insan tpilih' utk jaga spm plak. huuhuu. ini bermakna, secara rasmi, tiada istilah cuti pjg bt ibu pd thun ni. sbb last paper pd 14 Dec 2011, maknanya tinggal lebeh kurg 2 mgu je masa ibu nk 'bjimba jimba' ngn kuarga. huhu.. sedey kan....
(kpd anakandaku aniQ: sila bertabah d umah mama ina ya. kpd suamiku ahmad zahrein: dapo ibu jrg2 berasap utk sbulan lg .  mintak ampun ya.)

ooohya, sbm tlupa, ibu ucapkan tahniah kpd yg tekun mengisi eg-tukar yg dah diluluskan. smt pulang ke pangkuan kuarga msg2. .dan smt btugas di tempat baru ya. (skola ibu cuma sorg saja yg bjaya. )

pssssstttt: cuti takda lama. suami da bercadang2 nk ke genting. (harap aniq sihat smp ari yg dijanjikan)

pssstttttt: hidup mcm roda. kejap di bawah, kejap di ats. sntiasa bsedia.








Saturday, October 22, 2011

. . pengalaman keje chapter 2. .

slm sabtu sumer... smt brhujung mgu bersama keluarga n slmt bercuti pjg sempena Deepavali yg bakal tiba tak lama lg nih kan. arini slps menyemak blog ibu tgk ade topik yg ibu blm hbs citer ttg pgalaman keje ibu..so, entri arini memerlukan ibu sedikit berusaha utk recall the second half kronology of my working history ( ckp omputeh lak yer ibu ari2 cuti ni..cehh). .


mengapa ibu perlu menceritakan kembali pengalaman keje ibu 3 tahun ni??...personally ibu merasakan 3 thun ni sgt singkat tp so many changes were happen dan ibu can't just shut it off. terlalu byk yg ibu blajar dan nilai kan dlm hidup ini terutama sepak terajang dunia pekerjaan. kdg2 'hati yg keras' dan sifat 'degil' mberi kelebihan dlm situasi ini. .pepatah mengatakan 'pengalaman adalah guru yg paling berjasa'. siapa kita skg adalah refleksi ms lepas kita. .ibu harapkan dgn catatan ini ibu dpt mengingat kembali di mana point mula, jatuh bgn agar di masa depan ibu tau menghargai perkara yg terjadi / akan terjadi. tiada kesalan kerana pengalaman dlu ade yg lebih teruk lg. so, wat is the big deal kan? 


ok, entri yg lepas ibu citer insiden ibu n bff kene tipu, then ibu tuka keje as a telemarketer. ms ibu tgh enjoy bt sales, agak stedi then ibu tuka fikiran n beralih keje kat maybank ikut sorg lg bff ibu. still bt sales juga n keje kontrak cuma $$$$ agk lumayan berbanding keje sebelumnya. ape ktorg jual. .?? ha ha. kli ni ibu berjinak2 dgn industri kad kredit. merata negeri ktorg pegi demi nk mndapatkan sales. 1 kad yg aproved ktorg dpt komisen $50...so, klo sbulan plg min ktorg dpt bt sales 25 dan max penah capai dkt 40 kad plus gj basic. mmg sonok la keje ni tp korg tau kah betapa ssh nye nk dpt figure tu? huhu...xpenah ade sweet wiken utk kitorg. . suami tgk ibu ke sn ke mari dia pun da ssh hati. . dr raut wajah ibu tau, tp besa la kan. . saja wat2 xtau. . haha. budak 'begik' kate kan. .


slu ibu pg bt sales ngn bff ibu ni. mmg org kte ni ktorg ni sehati sejiwa laa... klo aritu ibu mls, bff pn xpg la cr sale n begitula sebaliknye. kdg2 keje mengulat jer. . xde mud. dpt mud rajin. . smp mlm ktorg cr sale. mcm2 org ktorg jupe drp pkerje kilang, keje sendiri, kerani, misi, cekgu, polis, bomba, tentera smp ke profesor n bankruptcy ktorg approach.pendek kte yg ade slip gaji sume ktorg cuba. emm...along the process byk pglaman n pengajaran yg ibu dapati. ade yg senang nk close sale, ade org yg ssh. byk ragam lah. kdg2 smp cam nk nangis dek krn tensen. tp bl blk opis bwk app yg byk tu sonoknyer . .


keje ms ni plg best pd ibu n bff. wpun kami xbp bgaul sgt ngn ofis mate since keje ktorg ni slu outstation n jrg ade kat opis. so, ktorg xbp ambik pot sgt hal2 yg blaku d opis. kdg2 smp xkenal org baru masuk. ape2 skandal, politik opis mmg ktorg xcampo. tp 1 perkara ktorg tau manager mmg 'syg' ktorg. hii hii. bdg sales ni besalah ade ups n downs. ade ms ktorg xcapai target sale tp alhmd manager tlg back up. n mungkin tu menimbulkan prsaan kurg senang sstgh pihak terhadap ktorg berdua. ibu tau tp ktorg bt xtau je. .sukati korg la.  jnji hepi. . kan. 


dlm sonok ibu dpt gaji, spending as much as i like . duit bukan isu di sini. bergaul dgn customer laki pompuan. .(masih ade batasan anda jgn bimbang bl bce statemen ni) ade ketika ibu tpikir balik inikah hidup yg ibu mahukan?smp bila ibu nk habiskan masa di luar mncari org dan peluang semata2 utk mengejar target kompeni? berbaloikah dgn gaji sebanyak ini tetapi sbnye ibu tidak menikmati kehidupan. . ibu xda ms utk keluarga, xde masa nk blk kg tgk org tua, ibu abaikan perhatian org yg menyayangi ibu....etc. dan yg plg ibu ralat ialah, persoalan di mana berdosakah ibu kerana mencadangkan org apply kad kredit n bermain2 dgn riba bank?stlh dicongak campur tolak ibu rs dah tiba ms ibu meninggalkan semua kecintaan dunia ini....elok kiranya ibu tamatkan perbahasan ttg isu riba d sni.


baiklah, len ms ibu sambung lg citer keje ibu yg seterusnya. ok.
moral entri ibu ari ni ialah....
1. jgn putus asa, kgagalan hanyalah sebuah batu loncatan utk lebih berjaya.cekal kan hati. 
2. kdg2 sebuah matlamat perlu sbg motivasi untuk kita berjaya. tp itu xbermakna klo kt aimless akan gagal.
3. muhasabah diri tak kira waktu kita ssh atau sng, sempit atau lapang...lihatlah situasi dgn mata hati krn slunya ia lebih jujur..
4. jgn bersedih kerana meninggalkan sstu yg menjadi kesukaan kita, krn barangkali Dia janjikan yg lebih baik drp itu. siapa tahu....
5. banyak, sikit rezeki Allah beri sila bersyukur.


sekian, slm syg dr ibuaniq :)



Saturday, October 15, 2011

. . . .pengalaman keje chapter 1 . . .

lama sudah ibu berkira-kira untuk menulis ttg perkara ini di belog ibu tp tiada kesempatan sehinggalah ari ni..hal ini tidaklah terlalu peribadi untuk dikongsi cuma bila ibu hrp dgn menulis perasaan ibu akan dapat baca dan renung kembali ms lepas yg sgt ibu rindui..


alhamd..tidak lama lg ibu akn menjengah usia 27 tahun. pantasnya masa bergerak melakari kehidupan ibu dari 1 fasa ke 1 fasa. sejak hari pertama ibu grad uia tiada istilah cuti dlm diri ibu. ibu sentiasa cari idea nk buat apa dgn masa yg ade ni.


ok, arini ibu nk stori perjalanan kerjaya ibu yg menjadi punca kenapa ibu rs masa itu terlalu singkat..entri kli ni akan jadi sgt pjg...sori. so, sms d thun akhir first deg lg ibu da mule berjinak2 keje part-time kat restoran d maju junction. (ms tu ibu igt lg huby da join pulapol 6 bln, so xde istilah dating2 ok) lama gak ibu ulg-alik kl-gombak nek bas metro 91 ngn sorg mbr (mc/ haida)..siap ttdo2 dlm bas tuh. mcm2 gye manusia ade..bkn mudah juge klo keje bhgn f&b ni..tgn pun luke2 duk bt keje dpo..rehat pn kejap je. xleh lame2. lyn ragam cust....etc. gaji lak kire 3.50/ hour. slu ibu ambik 5 jam atau 8 jam. klo public holiday dia byo double..dlm 3 bln gak ibu sempat keje sn. sempat ibu beli jam tgn...dlm rm70 kot rege dia pd ibu da mhl da tu. almaklum wet sndiri.kedekut! hehe.pastu ibu benti sbb nk dkt sgt final exam. nk study woo..giles arr nk msuk exam hall otak '0'. tu kire 'bunuh diri' tu.


abes study jer, the next day ibu da mula keje ngn 1 company ni plak kat jln ampang. korg tau kami keje ape?? dia janji post kami ialah Admin Executive dgn gaji 1800-2500 sebulan. keje opis analisis pasaran saham forex. msti korg heran bl ms plak ibu aply keje ni? haaa.....nak tau. ms tgh final exam final year tu ibu da tgk paper cr keje kosong. siap book date interbiu lg..alhmd. dpt. hati gembire tidak terkata apetah lg dpt keje sn dgn 2 org lg kwn ibu yg sama2 g interbiu... kami pun berulang alik nek putra gombak-klcc setiap ari..rs sonok gak berhimpit-himpit pg--ptg dgn manusia len. wp penat tp org kte kan itu pglmn...mmg happening. (waah...ibu da stat rindu besfren ibu wktu tulih cte ni)....ok sambung balik. so, ni kan first keje ibu yg betul2 keje jd sumber kewangan sgt terhad ms tu. bygkan ...dgn duit dlm poket cume cukup2 utk tambang n mkn nasi lemak rm1 kat cafe hostel setiap hari. ibu sgt berjimat n bajet ms tu smp kan xberani nk cr umah sewa. mjur ade kwn ibu yg lom abes study sudi bg tumpang bilik hostel dia utk ibu..huu. sedih kan? nk keje punye psl. sanggupp....! ms ni mak xtau ape ibu bt kat kl, mak kat kg cume tau ibu keje. ibu pn xde mintak duit blanja drp dia. ade lebih loan ptptn ituler sumber pendapatan utk menampung kehidupan sementara menunggu gaji pertama ibu nt.  (penat x bc entri ibu ni? hoh. dh 2 perenggan kan?)


ok. ibu teruskan lg..almaklum la keje pertama lps grad, jd ibu dgn kwn ni pun mencurahkan usaha tenaga taat setia kpd company bru yg terchenta ni...chewwaaaah! wp poket makin 'menipis' tp kami ttp positif meneruskan pkerjaan kami smp lah bulan berganti bulan..masuk bulan ke 3 kami da mula terpikir... knp yer manager hold gaji kami ni.. asala tanya gaji je dia cte hal len smp kami lupe permintaan asal kami tu. korg bygkan kami keje tanpa gj selama 2 bln lebih! ms tu bf yakni huby ibu ni da stat 'bising' daa...ape la keje ibu ni..dia da syak ibu n kengkawan da kene tipu tp ibu slu tepis ckp dia. haaa..ala2 budak 'begik' gitu..punye naif kami ni, ambik ms 3 bln bru kami sedar yg ' e eh yalah....kite da kene tipu ni..' sbnyer, ms tu ibu bleh klasifikasikan sbg 'detik kegelapan' dlm sejarah pekerjaan ibu. .GRRRaaaaaaMMMMM tu xleh nk ckp laa... modus operandii kompeni ni dia target budak lpsn u yg bru nk cube2 keje. so, name kompeni ni Practical Support Sdn. Bhd. dgn manager ponpuan yg muke kudus tp sbnye 'kuat wayang' ...mmg ibu igt smp mati cara dia memperdaya ibu n mbr2..jumpe la ko kat akhirat nt. huh. kpd sesape yg tau kompeni ni ..hati2 laa...mmg kompeni penipu. 


so, tanpe notis ape2 ktorg letak jwtn n blah dr kompeni tu. huby xckp ape dah..ms tu dia pn bru mule keje, jd dia ikut flow ibu je. xserik lg tu.
... ibu ngn bff ni cek lg kat paper nk try keje len plak.. so terpandang laa iklan 'telemarketing executive' kat area jln ampang juga. kami decided to give it a try. mn tau kli ni rezeki..diorg suh dtg interbiu kt area klcc kami pun g lah..ari yg sama gak kami diterima msuk utk training di bhgn callfloor. gaji basic 1500 je tp komisen pn dpt juge bgantung sales bln tu. kire ibu terjun bidang sales la ni. keje ibu bt call n promote produk insurans bank kpd pemegang kad kredit..ibu xperlu jupe org, hanye duk kat opis pgg telepon n bt call dr kul9 smp kul5. rmai je kengkawan yg grad drp u len keje sni..of cos sume mude remaja mcm ibu gak n we work as a family. bl sorg dpt bt sales 1 floor akan bg sorak semangat. then updet board. mmg bermotivasi laa pendek kate.. mkn lama keje ibu makin pndai bt sales. mcm2 org ibu call. ade yg baik, ade yg sombong, ade gak cust bank tu org kg ibu..waah. sume tu pengalaman lah..plg syok bl dpt gaji masyukk tu. penah juge ibu dpt hampir 3000. pd ibu tu da ckup byk daah...dkt stahun ibu keje sni. n mampu nk sewa umh kat tmn melati. duk laa ibu kat sn ngn bff ibu...


klo da ok knp ibu benti keje yg di atas???? hurm....huby ibu la pengaruh beso kpd transition ini...di bgtau ibu smp bile nk keje kontrak cmni. kuar pg blk mlm, sabtu keje lg...xtetap plak tu bl2 ms leh kene buang..ibu pn termakan ckp dia...aah ye. tol gak. smp bl ibu nk keje ~lalalala~ cmni. pikir punye pikir. ok la fine. kli ni ikut ckp huby la..(cehh..sebenarnye da serik dgn peristiwa kena tipu yg lepas.....) 


waah... ibu letih la ...sok2 ibu sambung yer.