Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Tuesday, April 03, 2012

Chess vs nostalgia cinta budak nerd

salam,

melupakan seketika kekecewaan akibat kegagalan mendapatkan kasut idaman hati semalam. 2 jusko terjah sampai ke wangsa maju pun hampa. tak ada luck~ ok, arini ibu nak sembang kejap tugas khas yang bakal ibu jalani untuk 3 hari bermula ari ni.

satu perkara ibu suka dengan kerjaya ibu sekarang ialah ibu dapat melihat banyak peluang untuk meneroka bidang baru. pokoknya, kita ada keinginan untuk belajar dan cuba menguasai sesuatu bidang tugas itu. contohnya, satu bidang tugas yang ibu terokai sejak 2 tahun ni ialah menjadi guru penasihat kelab permainan yang memang ibu suka sejak di zaman sekolah lagi. apa lagi kalo bukan permainan chess. cuma beza kali ini, ibu berada di posisi seorang guru bukan lagi sebagai wakil sekolah. perasaan itu sangat berbeza dan ia berharga. 

untuk tahun ni ibu mengambil peluang untuk berkhidmat sebagai arbiter chess mssd. ini khidmat sukarela dan ibu tak menerima sebarang elaun pun untuk mengawas sepanjang 3 hari games berlangsung. ibu hanya mahu kutip pengalaman sementara masih berpeluang di samping menaikkan moral team sekolah. ibu teruja untuk menjalani tournament untuk 3 hari ni memandangkan ibu dapat keistimewaan untuk berada dalam set semasa pertandingan berlangsung. harap tahun ini, pemain sekolah dapat memberi cabaran kepada pemain lawan mereka. ibu tahu mereka sangat menjiwai permainan ini seperti ibu juga suatu ketika dulu. 


citer tentang chess ni, ibu ajak pembaca mengimbas sedikit citer zaman ibu di bangku persekolahan. boleh lah kalau ibu kategorikan diri ibu sebagai pelajar yang tidak popular. status ibu sebagai budak baru (tukar sekolah masa form 4) dan karakter ibu yang agak pendiam menyebabkan ibu tak punyai ramai kawan kecuali seorang kawan baik yang tentunya pangai sepesen ibu juga, susaniah namanya. oh Tuhan, masa ibu menaipkan entri ini ibu rindukan dia. lama sungguh kami tak jumpa. kami kongsi hobi yang sama, tido dalam kelas masa guru tak ada, library lepas habis waktu sekola, picit jerawat, men chess bawah meja dan baca komik. tengok kan? sumer aktiviti yang ibu sebut mana ade rakan lain semangat nk join kami. haha. yang lucunya, habis spm kami berdua dapat masuk universiti yang sama tanpa dirancang! memang ade chemistry laa orang purba kata ~

manakala, beza karakter ibu dan suami jarak macam langit dan bumi ibu rasa. kami sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. ibu boleh kategorikan dia jenis manusia yang easygoing dan popular di kalangan teman-teman seangkatan. sukan dia minat pun sumpah ibu tak suke sbb kena berpanas. banyak perkara kami tak sama itu yang menyebabkan sebilangan besar kawan-kawan seangkatan hanya berspekulasi tentang hubungan cinta monyet kami. biler ditanya sumpah ibu tak mengaku girlfren. ibu masih ingat, sampaikan ustaz perli dalam kelas mintak mak ibu jangan letak hantaran tinggi. kesian kat zahrein yang merujuk suami ibu laa itu. sampai gitu pun, ibu buat muka berlakon tak reti-reti lagi. haha. nak rahsia sangat ye? tapi, Tuhan tentukan dialah jodoh ibu. mujurlah. tak monyet dah~

sekarang, memandangkan dia tak ada masa nk menghayun reket tenis kat gelanggang. masa terluang kat umah kami share hobi. men chess lah. lappy ibu ni penuh dia doload chess macam2 versi. kadang aniq tido dapat la duk men sekali. kalo idak ngan anak ibu sekali duk atas chessboard. saja nak sabotaj ibu ayah pasal takda orang nk layan dia. ironi, suami boleh suke men chess lagi drp ibu! kuat juga penangan bile da kawen ni. so, prinsip wat urs is mine memang termaktub dalam klausa peraturan umah tangga kami berdua~

itulah citer serba sikit tentang kepingan sejarah hidup ibu. ibu rekod di sini untuk bacaan anak ibu bila mereka sudah tahu menghargai nilai kasih sayang sesama anggota kuarga. wow dasatnya ayat skema ibu. ampun. kepada pembaca sopan belog ibu  tima kasih daun keladi kerana menghabiskan bacaan anda hingga titik terakhir ayat ibu. ibu pasti anda juga punyai pengalaman hidup yang indah juga kan. lets us cherish all the best moment dat we have ya! salam qaseh to all. bye!

zaman baru nak belajo pakai tudung lilit-lilit ala  wardina la ni. pic first time jumpa lepas suami kuar pulapol in 2008. maafkan tahap 'kehangusan' suami yang begitu menyerlah tu. 


psssttt: mud berblogging tenggelam timbul lately. idea ade tapi masa tak mengizinkan. maka, idea kekal jadi tukun dalam kepala ibu menaikkan kadar trafik jer.~

psssttt: cepat tul masa berlalu. . kagum juga dengan keupayaan otak mengimbas kenangan 10 tahun yang lalu. rasa kembali remaja pulak~ sudah-sudah la tu ibu. 

psssttt iii: ok la. xde p/s lagi. ibu terpengaruh p/s bloggers len. x mo dah!


No comments: