Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label dapoku berasap. Show all posts
Showing posts with label dapoku berasap. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Resepi di kala sentap.. Roti John Ibu Majuk

salam.. almaklum, hormon wanita kurang stabil sejak kan preggy ni. ibu jarang majuk, ade sesekali tu 'menjadi' juga majuk ibu pada ayah aniq. huh. geram. konon.. nak majuk seminggu ke sebulan.. tapi hati tak sampai.

dalam majuk2 tu tingat pula aniq dan ayah dia belum makan malam lagi. lalu dengan hati cedera ibu gugel lah belog masak2 jap sesuaikan dengan bahan2 yang ade kat dapo yang leh dijadikan makanan.

maka, terhasillah satu menu malam tu ibu namakan "Roti John Ibu Majuk". ikut versi asal di sini.tapi ibu dah olah mengikut bahan yang terdapat dalam peti ibu.

bahan-bahan:
roti frankfurter (ibu tak ada, ganti roti empat segi massimo)
serbuk kari daging/ikan
bawang besar
2 keping daging burger (cincang dan goreng tanpa minyak tabur sikit lada hitam)
telor 2 biji
mix vege
kobis
timun
cili besar
sos cili
sos lada hitam
mayonis  (ibu tak letak.)
garam secukup rasa

cara membuat:
pertama, pukul telor campurkan dengan bawang besar potong dadu, daging burger cincang yg telah dimasak, mix vege, cili, serbuk kari, sedikit garam dan lada hitam. ibu asing 2 bahagian, 1 bahagian tak pedas untuk aniq.


kedua, panaskan kuali leserkan margerin sikit atas roti dan bakar kejap. setel. ketepikan. kemudian cairkan sikit margerin dan mula tuang adunan dalam kuali,tekapkan dengan roti tu. biarkan kejap dan angkat. masak sampai habis adunan.



hiaskan dengan kobis, timun, sos lada hitam, dan sos cili. boleh la hidang.
tadaaa....



suami ibu sengih je ibu hidang makanan atas meja. xda mud nak plating bagai. selagi ibu sudi masak lagi tu kiranya petanda baik la.. ibu tak 'lancarkan' perang dingin lebih daripada 24 jam. itu memang polisi rumahtangga kami sejak awal kawin lagi.tamat la episod sentap ibu ari tu. haha. sekian.

pssttt: sambil makan,suami buat muke seposen mintak simpati. aniq plak makan sambil sebut '...dapp. ..dapp' (bahasa dia merujuk kepada perkataan sedap, wpun menu ibu malam tu bukan lah sesedap mana. anak.. anak.. kecik lagi kau pandai ambil ati ibu ye) aishh.. 


Monday, February 20, 2012

Si Peminat Dadih

salam,

mana tumpah kuah kalo tak ke nasi, perli ayah aniq selalu. ala. .ibu dah kebal kalo takat sindiran berbaur cemburu itu. . ape ade hal. . heh. 

situasi ini selalu terjadi bila aniq buat ragam payah nak makan atau menyusu. itu kesah aniq masa dia 7 bulan - 1 tahun tempohari. sekarang aniq da 1 tahun 3 bulan. selera makan da makin baik. semua menu kami dialah yang wajib rasa. bertuah anak.

----entri kali ni ibu nak dokumenkan kudapan kegemaran aniq. seangkatan kuarga puding lebih mesra dipanggil dadih. tak sampai 10 minit dadih siap boleh dimakan suam atau sejuk. resepi ajaib dijamin ringkas, mudah, cepat dan memenuhi selera budak kecik macam aniq. kos produk hanya sekitar 3 hinggit saja. . konpem berbaloi sebab sesuai juga dinikmati oleh orang beso. (keje part-time promoter layak daa ibu ni.he.)

ni dia pek ajaib dadih siap bancuh 3 minit. first tem cube ni agak neves juge kalo tak jadi. ibu men petik je  brand ni kat rak tesko semalam.

dapo ibu takde acuan bes bentuk love ke ikan, so ibu pakai je cup kecik  mana yg ade.aniq tak kisah ibu.beritahu aniq dalam bahasa asing jerman-spain beliau.

tengok. kan da siap tuang. tibe muncul tuperware biru plak masuk korum. cara buat: cume larut dan kacau 3 minit serbuk dadih dalam 550ml air panas.boleh hidang suam atau sejuk dari peti.  
senang kan? aniq suke makan dadih ni. mujur je dia tak reti bukak-tutup peti ais ibu. kalo idak. . .(ibu pun geleng kepala tak pecaya membayangkan situasi itu.he) 

sekian adanya.

pssttt: ibu beli kat luar dadih serupa camni RM2 per cup.kalo aniq sekali makan habis 2 cups. .ari-ari camni serupa ibu takyah beli vacum bulan nih. hihi.

pssttt: resepi senang jimat masa. prinsipnya, janji anak ibu makan. 


Wednesday, January 25, 2012

Tak tergamak nak tolak permintaan bos

konflik betul ibu ni. . xsampai 1 hari berniat nk diet awal pagi arini ibu da open table ngan menu nasi lemak.

kesahnye, mlm tadi sebelum bertolak g keje suami menyatakan harapan beliau nak mkn nasi lemak buatan ibu pagi ni. .alahai. tak sampai hati plak ibu nk kabo kt dia nasi lemak buatan sendiri boleh menyebabkan ibu terlupe ibu on diet nanti. .

almaklum, agak-agak bile hidang sekali dengan nasi tambah ape akan terjadi??? ish. .ish. .ibu sendiri tolong mkn pengat tapi saja tak mo ingat. hahaha.   

oleh yg demikian kawan-kawan,
maafkan ibu klo lately ibu asek ter'up' entri psl mkanan. almaklum, cuti-cuti sekola ni baru ade can nk mengasapkan dapo umah. selagi boleh ibu sediakan.

. .dan terpakse rela ibu delay dulu la niat nk berdiet ibu tu. ok la, jamu mate tgk menu pagi ibu sekeluarga yg tak sepertinya utk ari ni. .
wasiat daripada onyang. set pinggan lame kesayangan yg menyimpan byk kenangan zaman kecik ibu. 

sekian.

psssttt: ank ibu si budak aniq pun layan gak nasi yg di atas. sekali harung je la. ibu tgk bahan nk wat sup aniq tak cukup. maaf ya anakku. dis is my total fault. ibu lupe nak cek stok. 

Tuesday, January 24, 2012

Belajar-belajar buat kek sensorang kat dapo


ibu up picas kek chocmoist ni utk kenangan peribadi saja. . sejak 27 tahun hidup ni seingat ibu bru 5x ibu godek2 tepung wat kek kt umah sendiri. .termasuk kes arini.

{rentetan kisah ini}sesambil duk bertenang kat dpo pg tadi, ibu bancuh la bahan2 ikut resepi pemberian bbsiter aniq. . (klo ade kwn2 yg nk tau cara buat kek gini leh la pecut ke belog masak2 yg bertebaran di dunia maya ni. ibu segan la nk up resepi kat sini since ibu ni penggodek tepung amatur saja. .)  

kali ni ibu wat kek dgn suntikan 'berjiwa' sket lah. . pendeknya, mind, body & soul tu intact semasa ibu membancuh semua bahan2 yg diperlukan utk menghasilkan sebuah kek itu.

beza dgn tem ibu bru blajar2 dunia kek dulu (ms ibu baru2 kawen. . knon nk hidang menu spesel utk suami terchenta. chewaah.)

bygkan,  ibu slu terkonpius bahan2 penting dlm sebuah kek. cthnye: antara baking powder dgn soda bikarbonat. nmpk sama je. klo sebut esen vanila pun ibu xde idea ape bende tu. dgn sukatan yg terlebih kurang.

so, mesti korg bleh bygkan hasil akhir kek ibu tu camne kan??  hikhik.

panjang citer klo ibu kenang kembali kesah ibu mule mendekatkan diri dgn pinggan mangkuk kuali periuk sudip dan yg seangkatan dengannya ni. . nt biler2 ibu catat kat sni lah ye. .


ibu tutup entri kali ni dgn picas di bawah ni ye kawan-kawan.

awas! begini la keadaan bile anak ibu makan tanpa pengawasan ibu bapa.
comot ya Rabbi ...
sekian adanya.



pssttt: ibu baru kesan aniq sangat suke makan kueh berasaskan coklat. bile ibu cube2 wat kek atau manisan memaksa ibu kurangkan sukatan gula to suit selera si kecik itu.

suami ibu pula kurang minat mkn kek coklat. tp dia paham sgt dah minat isteri beliau yg suke menggodek2 tepung. jadi setiap kali tibe ari belanja dapo dia tau da klo ibu berdiri lame kat rak bahan2 kek kat pasaraya tu ade la bende yg dihajati. dia offer la suh ambik. lalu, tanpa membuang ms ibu pun petik ah barang2 tersebut. hahaha.  

kali ni, ibu bancuh ala kadar cukup utk makan sekeluarga n tapau siket utk jiran sebelah. len kali ibu niat nk wat kek pandan kegemaran suami. tp sampai skg lom jupe resepi yg btul2 yakin ibu nk wat. .cess bunyi cam alasan je kan. ape nak wat. . ini kenyataan:D




Saturday, November 12, 2011

resepi hidayah masterChef

sbnye ibu tgh pikir dlm 3 arini ape nk buat dgn daging korban yg suami bwk dr balai tempoh hari.. frankly speaking, mmg ibu agak lampi sket klo msk2 guna bhn dgg ni. . jd bl dpt je dgg korban suami tnye 'awk nk masak ape dgg ni nt?' ibu telan air liur. 'nt sy selak2 belog ye.' jawab stengah jujur. kpala da ligat pusing cmne nk kerat, slh kerat nt liat plak. cmne nk msk, slh resepi nt xsedap pulak. syg je..dgg korban tu dpt stahun skali. dlm ati ade gak pikir nk bg mama ina (bbs aniq) suh dia masak je. haaha. tp malu plak nk luahkan.
kat mata da tbyg kecekapan mak ibu masak daging ni ms dedolu.
(tu ler.. ibu ms dlu mak ajo masak keje ngelat jer, skg, ko jwp ler sndiri. huhu.)
sudahnyer. . dgg tu tsimpan indah mendiami peti ais ibu tanpa diapa-apakan oleh tuan punye dpo. .

namun begitu. .


ntah cmne  td, sperti dpt hidayah je mlm ni bl tetibe ibu ttengok masterChef episod daporChef dgn chefSelebriti. yeay! ibu dpt idea. . dgg tu ibu nk masak salai lemak cili api.

 'aniq...syg ibu...' pinta ibu. 'auwwwaah' komot aniq smbil tsengih2..basah pipi ibu akibat tindakan refleks anak bujangku bile in hepi mode. (sperti ibu yg hepi dpt resepi Chefanis si manis hos icip icip 703 afc. dlu ms preggy ibu slu tgk.) sejak2 da tau jln ni. keje nk bjalan je dia. tdo pun kejap2 jer sbb nk jln2 punye psl. alahaii laa anak. ok, pth balik ke jln pulang.

 ape istimewa resepi ni. . ? 

part yg menarik tu cmne nk sediakan dgg salai tu biler saiz umah anda saiz 'S' mcm ibu ni. klo duk kg, senang je nk wat kan...kayu api ade byk. bt je bara, pastu display cntek2 dgg ats dia smp masak. asap bkepul2 mcm kilang ais hutan melintang pun xda hal..(heh. lokasi kilang tu kat area umh ibu d kg).
jadi. .klo nk bt gaya tu kat umah ibu ni mau bomba dtg sni tslh info igt kbakaran. hukhuk. caranya, pnskan oben 200c, msukkan tempurung kpala yg tlh dipecah kecik2 dan dibasahkan ats foil aluminium. pnskan selama 15 minit kendian bru salai dgg tu. bl ibu tgk hasilnyer, cntek je chef tu wat. jd semangat ibu. heh. leh cube teknik ni.

klo bhn2 yg digunakan, sume yg besa kite bt msk cili api. cume resepi chefanis tu dia cdg gunekan daun ketumbar dgn akar2 dia skali supaya masakan lebih wangi. msukkan bile da hmpir masak. hurm.. yg ni ibu bru blaja. mesti cuba juga. (ibu slu slh sgka antara daun sup / daun ketumbar. sbb rupa hmpir serupa. cume bau dia yg beza.)

oklah, len ari ble ibu sempat masak ni ibu akn post dlm entri k. buat kenangan. . :) salam sabtu. ibu nk sambung teman aniq men. tattta.

pssstttt: jenuh gak nk cr tempurung tgh2 bandar ni. . idea. .idea. .

pssstttt: harap menjadi resepi dgg korban ni. jgn ke laut. . eh lupe, teknik potong dgg xmo liat, potong melawan urat dia. cmne nk cr urat? tgk alur dia tu. cari ye (nasihat drp chefanis)

psstttt: teruja tgk kesungguhan peserta masterChef . ibu jatuh cinta tgk rncangan ni! (suami senyumkerang tgk pangai ibu yg 'melekat' dpn tb tgu tayangan. smp ms aniq bt 'angkara'. . hu tgk yg repeat je la. .)

sumber: www.dailychilli.com


Thursday, November 10, 2011

menu lunch yg slamber

tadaaaa.......aniq setel da tdo dlm boyan dia. ayh aniq pn da mkn. ibu pn siap cuci pinggan. now tem parking dlm belog ibu sesambil BW sana sini..tau2 karang....titon. hehe(pdhal kertas budak lom tanda lg. huhu. mlm nt je lah. ibu tgh kyg ni. dasar lazy bum!)

si m.a.u.i (kawan ngomel2 ibu ler ni..) request.klo tahap ni ler punye gaye, simpan je la niat tu nk masuk rancangan masak2 ala masterchef dlm tb tu kiah oooiii. huhu.

ok la, dgn rs berat ati nye ibu uplod la menu lunch ibu skeluarga arini.. (agaknyer terlebih nyanyi lgu 'pokok' ni kan. gini laa hasil nyer..hikhik)
*
*
*
ibu da kate dah...msti ssh nk teka kan menu ape ibu masak ni..
sbnyer..
ibu buat asam pedas ikan. tp sbb suami suke bendi bkuah je.
ikan tu ibu anto umh mama ina

menu slamber je. ikan goreng rangup cicah sambal belacan.
pedas berasap.

ringkas. syur goreng sudaaa...:)
putik jgg,bunga kobis,cili besar. lupe plak ibu nk potong carot.
laaa...dh siap bru prasan.

ni budak ni. xde kaitan ngn entri dpo brasap ibu.
dia tiada dtempat kjadian ibu myediakn menu d atas.
(gmbo ibu snap mlm td ms ronda2 kt DD.) 
pssssttt: ms ibu tgh uplod ni, ade budak ngh nangis sakan kt blok bwh ni.. sian jek ibu dgr.

psssstt: cooking with love. tattta.



dapo ku berasap kembali

hi...slm sumer..pmbaca sopan belog ibu...awal arini ibu letak entri yer.. sbnye ibu tak bajet arini abes miting awal.. smbil bwk kete td ttibe otak dikerah bpikir laju2 smada nk pegi amek aniq kt umh bbs ke blk umah dlu. ati cakap blk umah dlu ler masak2. suami ibu pn blk keja kul4 ni. . ibu igt sempat kot nih sesambil kemas2 umah yg xsepertinyer tu (sempat jer bukak belog masak2 jap tgk resepi!) bajet 2jam siap. leh laa amek aniq kat umah bbster a.k.a mama ina pulak. .

alang2 da masak tu masak ler lebih ye tak, tgk ler hasilnye nt klo memuaskan bwk ler bekal bg mama ina. klo idak ibu lupekan lah niat. (agk2 segan plak ibu nak kasi org, sbb klo msuk bab masak tu tahap2 tadika jer ibu ni.wat mkn sendiri tu bleh harap lah.) sian kan..

arini duk dpo sesambil masak tu leh nyanyi lagu 'pokok' jap.(alg2 aniq xde ni. almaklum ibu g 'swasta'kan...sian anak ibu.)okla, ibu nak mulakan operasi memasak skg. cepat siap, bleh dtg ambik aniq. ibu da rindu dia ni. sila doakan ibu bjaya yer. (nt sempat ibu snap pic. menu??? biarlaa rahsia...hehe)

Monday, September 19, 2011

Resepi kek Godek-godek

alkesahnyer..
bermula keberanian ibu utk mencuba godek tepung kek slps dpt resepi kek coklat moist drp bbster aniq. (utk mkluman, bbster ibu ni mmg cekap la tgn dia klo bab masak2 ni. . anak plak 6 org laki sumer mmg ibu kagum la cara dia bela anak plus aniq lg. .hu. mmg terbaekk!)
kebetulan cuti 1 msia bersambung plak ngn wiken .. hb pn xda cuti so ibu request dia tmn ibu bli brg buat kek (dgn konpidennyer bwk list resepi k.ina(bbster) melangkah ke tesco dkt dgn umh ni)ati plak bbunga riang sbb ni ler kli pertama nk godek2 tpg bt kek. neves nya..tbyg hasilnyer adakah layak digelar sebijik kek?wallahualam!
esoknye..aniq tdo siang bmule la operasi ibu. kuarkan balik periuk steamer adiah kwen tu, senduk n besen kecik utk menggodek bhn2 kek redi kat dpo. 
senang je resepi dia..kaedah gaul2 godek2 sukati then kukus 1jam 20minit. ibu selawat sket doa2 jadilah kek ibu ni nk bg hb rasa first time ni. neves!
heh. stlh berusaha n menggodek bhn2 dgn konpiden maka pic di bwh ni adelah hasil akhirnye. kot korg tingin ke nk cube2 terjun ke duania kek ni leh la cube resepi k.ina ni ye.
ms ibu tulih entri ni kek ni berbaki sket dlm peti yg len da slmt ibu kongsi2 ngn rkn2 keje. hb pn nmpknye suke mkn kek ni wp sbnye dia agk alergik si coklat ni gare2 1 aritu ibu kn demam kek batek. asek bt kek batek je. fobia huby ku.hahhaha.toing3
maafla.. rupe yg tidak seberapa. .ibu xde ati nk mghias kek ni sbb duk bimbang isi kat dlm tu masak ke x..




Kek Coklat Moist

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
2 cwn gula pasir
1 cwn susu cair
1 cwn minyak
1 cwn air
2 biji telur
1 camca serbuk penaik
1 camca soda bikarbonat
1 camca esen vanila
secubit garam

topping kek
susu cair(secukupnya)
coklat bar masak
sedikit air

cara membuatnye:
kacau tepung dengan air, masuk susu cair, serbuk koko dan minyak. kemudian gaul dgn air, serbuk penaik dan soda. masuk telur satu persatu kacau lagi. last masuk esen vanila dan secubit garam. leser bekas acuan dgn minyak kemudian tuang adunan. sedia untuk dikukus selama 1jam 20 minit.
bila kek masak, sejuk kan.
utk topping, pnskan mentega kemudian cairkn choc bar ats api kasi susu cair, klo mo cair kasi air sikit. tuang ats kek sejuk rata. ok siap! slmt mencuba :D