Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Showing posts with label sianiqkusayang. Show all posts
Showing posts with label sianiqkusayang. Show all posts

Tuesday, July 09, 2013

Nazar Sempurna

salam.

antara momen penting selepas menerima kedatangan cahaya mata dalam keluarga ialah sunat memberi nama pada hari ke 7 kelahirannya dan menyempurnakan aqiqah buatnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dan keselamatan sepanjang proses mengandung dan melahirkan mereka. 

bagi kes ibu, selesai sudah nazar buat kedua-dua anakanda setelah kelahiran anakanda aisy. buat anakanda aniq ibu bernazar untuk mandi air daripada 7 masjid setelah selesai melahirkan dia dulu. ibu tak tau dari mana datangnya idea berkenaan. ia terlintas dalam fikiran dan terus tersemat niat di dalam hati. ibu diamkan sehinggalah selesai semua urusan kelahiran ibu ajukan pada suami. 

maka, berusahalah suami mencari 7 masjid untuk mendapatkan airnya. ibu masih ingat ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari kampung Perak ke KL. bayangkan kalo dah berenti kat setiap masjid di sepanjang perjalanan? memang la da macam nek bas hop on hop off mcm kat kl tuh. hehe. alhamdulilah. sekian lama bersusah payah ibu dapat lengkapkan mandian air masjid ke 7 semasa mengandungkan aisy.

memang gembira perasaan bila dapat menunaikan niat yang sekian lama tertunda. alhamdulilah masih ade umur dan kesempatan untuk melengkapkan nazar itu. bila tiba giliran aisy, ibu cuma berniat untuk menyempurnakan akikah untuk anak2 kami ketika diorang kecik. mudah-mudahan perjalanan hidup mereka semasa melalui proses tumbesaran mendapat inayah dariNya dan dikurniakan juga kesabaran dan ketekunan buat kami sebagai ibu bapanya untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.in sha Allah

ok, sekian dulu buat masa ni. entri akan datang ibu catatkan pula perjalanan sepanjang majlis aqiqah dan naik buaian anakanda aisy yang sempat fotographer peribadi ibu rakamkan . hehe. wasalam

smt berpuasa yer. buat ibu sile rajin memasak utk berbuka dan bersahur . semoga puasa n amal ibadah diterima.
 #ibu 'sopan' kan aniq. hahaha. saja. membayangkan my future dotter. nge3





Sunday, June 09, 2013

: : kompilasi 2 purnama : :

salam. .

sesambil menyapu habuk di belog kesayangan. maafkan ibu kerana dihimpit masa sampaikan tak berkesempatan menitip berita hampir 2 bulan lamanya. .

byk peristiwa terjadi, byk situasi ibu suami isteri tempuhi. . semuanya seakan terlipat kemas dalam ingatan dan mata hati melewati masa untuk hadam semuanya jadi sebahagian kenangan hidup berumah tangga n membesarkan anak2. ada manis, ade suka, ada duka, ade gundah, ade lega, ade macam2 rasa. . syukurlah, kami redah saja semuanya!

angkara kesibukan dlm mei, aisy terlepas temujanji klinik utk pertama kali. bila rescheduled, baru kemarin suami dapat anta kami ke KD ss17. berat aisy 5 bulan, 5.9kg naik kira-kira dalam 800grm saja dari berat sebelumnya. misi kate berat aisy kurang cantek since berat dia jatuh betul2 kat borderline graf BMI.

ibu da susah ati ni sebenarnye. . mula ibu mikir ape sebabnye. klo ikut kekerapan bf, memang aisy kerap bf. cuma tak lama. ibu anggarkan dlm 15-20 minit saja 1 sesi. kedua, aisy semakin aktif berjaga skg. kalo berjaga memang takda keje len la 2 beradik ni klo bukan main je kejenye.

ketiga, atau mungkin ibu rase ade masalah dengan susu ibu ni. kurang zat seimbang kot. maklum sejak ibu kembali keje, berat ibu turun mendadak terus ke berat asal 47 kg. phewww.. ni da menyamai berat sbm kawen ye.huhu. punca, ibu sibuk plus makan tak tentu mase. bile ank2 da bertenang sumer tido baru ibu senduk nasi. atau, kdg bila hb ade ibu bergilir makan dgn dia. mana laa. . tak hilang berat tu. bukan alasan berdiet atau makan jamu bersalin ker. huhu.

ibu takda pilihan len bt masa ni, kecuali terus bf aisy n mula ambil suplement untuk tambah zat air ssu seperti yg dicadangkn oleh hb. . waaahhh. . ambil suplemen ni perkara paling tak rajin ibu nk buat. huhu. tapi, kerana kesihatan aisy. ibu tabahkan hati juga la ye nak. .

klo entri lepas ibu tulis aniq suke nanges skg situasi da bertukar. aniq da jadi abg yg prihatin, jrg dia nanges n boleh ibu harapkan utk jaga adik aisy kejap2 kala ibu masak kat dapo. mungkin kerana umo dia da bertambah, cerdik sket la kotnya. da mula faham n sebut byk perkataan yg kdg2 ibu sendiri strugle nk faham maksudnya. hihihi. anak. . anak. . cepat betul masa berlalu. ibu masih ingat kenangan menjaga baby aniq yg demanding satu ketika dulu.

kini, 'piala' sudah bertukar tangan. rasakan penangan anakanda aisy pulak yg mengambil alih malahan mengkopipes sebijik pangai abang dia mase kecik. aiiiii... sabo je laa ibu. cuma, beza sket je ibu rase. aisy agak 'mesra alam' sket wpun dgn org lain selain ibu dan ayah dia.

sekian dulu catatan utk masa ni. buat anak2 ibu sekalian, doakan kami tabah membesarkan anakanda berdua. bersabarlah dengan kami, mohon rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kita sekeluarga.

salam sayang,
ibumu.

kamcing: aniq n aisy leka main keter. abg tgh in mood, boleh la kongsi mainan dia.

si madu ibu ayah: aniq 2y7m aisy 5m. notti n playful. 

notakaki : 1 day left. slmt kembali bkeja utk ibu.
notakaki2: Ramadan kian dekat. alhamdulilah ibu da sempurnakan niat beraqiqah buat kedua anakanda



Sunday, April 14, 2013

: Aisy hepi 3 months! (pic unedited) :

   
                     
                                      3 bulan. aisy cuba menerap sendiri. 
berusaha! berusaha!
misi berjaya. tahniah ahmad aisy zafry @ 3 mth!

nostalgia. aniq those days.. 3 bulan
salam.

3 bulan berlalu, wajar ibu nyatakan di sini betapa ibu n ayah gigih berusaha melengkapi satu sama lain untuk menguruskan keperluan anakanda berdua. ibu akui tugas membesarkan anak2 bukan perkara mudah jika tidak diiringi dengan kesabaran dan keyakinan penuh bahawa anakanda berdua dapat diurus dgn sempurna.

ada masa ibu seperti putus asa bila seakan kehabisan tenaga.. ada masa ibu diserang kerisauan. diserang keletihan. tapi janji Allah itu pasti Dia hanya memberi ujian yg terdaya oleh hambaNya. kerana itu ibu kuatkan semangat demi anakanda..demi keluarga.

3 bulan, hanya tangan ibu dan ayah yg kerap kali melayani keadaan sakit demam sihat cergas anakanda berdua. tahniah, anakanda aisy. kamu sudah boleh menerap kala usia menginjak 3 bulan. terima kasih kerana memahami situasi kami berdua yg bekerja. teruskan jadi anak yg baik ya!

buat anakanda aniq, yg kerap menangis skg tanpa alasan. ibu ayah sedang blaja untuk faham. mungkin saja dirimu terasa kurang perhatian. mungkin saja kesilapan teknik keibubapaan. sabar ya nak. kami sedang cuba mencari jalan. n mohon keberkatan surah Luqman.

sekian.

Saturday, April 13, 2013

Pistol pasar malam


Salam.

ni ler keje anakanda aniq bila adiknye tido.. nk main je tau nyer.. hm. . anak.. anak

pantang bile adik tido ni ler projek abg long. men tembak2 katenyer.
da tentu riuh rendah umah dibuatnyer. ibu mule la pening kepala.
antara mainan feveret anakanda.
 janji pistol ada wpun semua peluru da hilang ntah ke mane.
gare2 projek tembak cicak ngn ayah.
(padahal aniq plg takut cicak. keje ibu suke momok dia psl suke sangat bukak tutup peti ais kt dapo.hehe)
ni tak tau la pistol yg ke bape ayah belikan utk aniq.
slu xsampai seminggu  da tamat riwayat pistol2 beliau.
haha. pure2 mati lak tu. aish.. aniq aniq.

psstt: takziah kepada semua wira yg terkorban dalam misi di Lahad Datu tempoh hari. simpati dgn nasib keluarga yg ditinggalkan. tabahnya hati mereka..









Friday, March 15, 2013

Warkah untuk Anakanda

Salam

Aniq sayang,
Anak ibu yg tak jemu minta perhatian
Apalagi bila ibu selalu hilang tumpuan
Bila sibuk menguruskan hal kehidupan
Aniq pun mula lah mencari ragam kerenah alasan
Dengan harapan dapat semua perhatian
Yang sejak mula kehadiran adinda
Perhatian sudah terbahagi dua

Aniq sayang,
Abang Long,
Anak ibu yang sulong,
Ibu ayah sangat sayang pada kamu
Sama seperti kami menyayangi adinda mu
Maka dengan itu
Jangan terlalu menduga kesabaran ibu
Sebab bila sensorang melayan kamu
Ibu boleh naik antu

Aniq sayang,
Kamu sangat comel di mata ibu
Maka nya
Dalam comel kamu itu harap bersabar lah
Beri ibu pertimbangan, peluang
Supaya dapat mengurus kamu berdua
Membesar sihat seadanya
Sama seperti anak2 lain yg seusia dengan kalian berdua

Aniq sayang,
Kamu teman lelaki terbaik ibu
Selepas ayahmu
Maka dengan itu
Terima kasih kerana selalu membuat hari ibu
Terasa ada maknanya bukan sekadar plain ungu

Aisy sayang,
Sudah dua purnama dirimu ibu dakap
Hari berlalu ibu rasa sekejap
Melihat, menyentuh, merasa tubuhmu yg semakin kejap
Tidak beragam hanya senyum yg menambat
Memikat mata ibu yg melihat
Sungguh kuasa Allah tiada had

Aisy sayang,
Semoga dirimu bertambah sihat
Agar reda benak ibu yg pernah terpaku celaru keliru
Akibat khabar dari wad NICU
Dua purnama yg dahulu

Aisy sayang
Banyak sekali yg ingin ibu betulkan
Andai masa itu boleh dikembalikan
Sungguh ibu pohonkan kemaafan
Kerana musim mengandungkan dirimu ibu tak pernah diam
..dan kurang menjaga kesihatan
dek kerana sibukkan hal keduniaan

Aisy sayang
Terima kasih kerana ajarkan ibu
Sabar itu apa maknanya
Bagaimana caranya
Bukan sekadar sepatah kata
Tapi,
Perlu berani kata itu dikota
 
Anakanda berdua,
Kesayangan ayah dan ibu
Ingin sekali buat diri kalian tahu
Kami relakan lebih daripada yang semua kami ada
Hanya untuk memastikan kalian membesar sihat gembira dan sempurna
Jika di pertengahan terkesan kekurangan
Sama sabar kita mengatasi cabaran
Menyulam mawaddah sakinah dan rahmah milik Tuhan.

Sayang selalu
Ibumu

Sekian.

Abg Long yg rajin 'menolong'.  suke sgt sembang 'ayam-itik' berdua.

Me'ngerja'kan dua orang budak ni selalu buat graf adrenalin ibu tidak sekata.
penghibur hati teman tawa berduka ayahbonda
(pic: aniq 2.4 yrs aisy 2mths)

psstt: to-date, baki cuti bersalin ibu tinggal 2 minggu. . hati berat~



Tuesday, February 26, 2013

Puisi buat Anakanda

salam

sesekali mata terpaku di skrin komputer melawat belog sendiri tp jari terasa kaku nk berlarian di kepingan huruf atas keyboard seperti kebiasaannya. .

ibu syak ni kesan sampingan dek kerana terlalu menjebakkan diri dan melayan rutin harian. .sama dan berulang setiap hari. wpun di hujung hari saat merebahkan badan di atas tilam urat saraf seakan kejang dan memberat tapi di hati ibu terbit kelegaan melihat anak-anak tdo bersusun kekenyangan di samping ayahandanya yg sering saja belayar dulu menikmati mimpi indah. ibu adalah manusia terakhir yg dimatikan Allah untuk seketika di penghujung malam. .

umur sudah meningkat tanggungjawab seakan memberat. ibu sedang menggali ilmu mendidik anak-anak dengan harapan mereka membesar tanpa tersalah didikan akibat kelalaian dua manusia bergelar ibu dan bapanya. seringkali kami ingat mengingati agar yang tercacat atau terkhilaf itu tidak ketara di mata anak-anak.

anakanda aniq,
terima kasih kerana hadir dalam hidup ayahanda n bonda
kau bukti janji cinta kami
cahaya cinta yang pertama

anakanda aisy,
hadir dirimu mengukuh tali cinta yg sudah bertaut
walaupun kau yang kedua
kasih sayang kami tetap sama

anakanda aniq dan aisy kesayangan kami
membesar lah kamu berdua di pondok sewa kami ini
jangan lelah meredah payah melayan tangis tawa bersama
jika ada kekurangan kami dalam mendidikmu
di awal kalam kami pohonkan kemaafan
kerana kami juga sedang belajar erti kedewasaan

anak-anak kami
jadilah apa pun dalam kehidupanmu nanti
kerana. .
ibu yang melahirkan
ayah yg tidak pernah keluh kesah mencari di mana ada rezeki
dunia dan akhirat kau tetap anak kami
anugerah Allah sekadar pinjaman
cinta kami pada kalian tidak pernah berhenti
atau berganti

sayang kasih selalu,
ibu mu.

(dialog ibu dengan aniq)
ibu:kalau ibu boleh terbang seperti burung ini mesti ibu bawak aniq kat sayap kanan, aisy belah kiri ibu.
aniq: ayah...???
ibu:jangan bimbang ayah berada di hadapan jadi pemandu arah kita :)
aniq: ...???
ibu: (anak..kau terlalu muda untuk faham)
gambar ihsan gugel.


Saturday, February 16, 2013

Budak tab

salam siaran petang sabtu.

disclaimer: di bawah ni pic anakanda aniq melayan bende alah ni dgn khusyuk nyer..
betul kan ibu cakap? klo dpt tab tu jgn riso la  anak ilang. melekat la aniq kat situ.  (aniq 1y 10m)


jemu mainan dia mula amek tab ibu buat macam dia punya. anak..anak..

tengok..? ni ler coach dia. satu geng. ber 'tab' supaya aniq tak berlarian ke sana sini.haha. ayah ade kepentingan rupanya.
(pic: dlm klinik teman ibu scan bb aisy)

ni kat kenduri. jadi budak baik. duk diam2 layan  ipad (mak cik dia punya) bleh la ibu duduk makan. hehe.
bertenang...bertenang...anak ibu konpem tak hilang!

tab ni sangat berguna terutama masa2 kritikal ibu nk menyiapkan keje2 umah atau masa ibu berurusan kat luar. bagi anakanda main maka statik la dia kat mana ibu mula2 'station' dia. hati tak payah risau dia berlari, memanjat2 atau buat aktiviti yg mendatangkan kecederaan! senang kan??

second, budak ni belum 2 tahun lagi da boleh hafal 123 abc.ayah aniq rajin doload app jenis pelajaran utk kanak2 selain macam2 games dlm tuh. ari2 duk tengok itu mana tak hafal si anak.. ibu layankan je. skg ibu tgh struggle bagi dia kenal alif ba ta plak. . (kene cari app juga nih..)

tapi.. (ada tetapi gak tuh ) . .
klo tak sorok kan mau seharian aniq melekat dengan tab dia. alahai... ngeri juga ibu membayangkan anakanda ibu membesar jadi seorang anti-sosial. xpandai nk berkawan dengan anak orang nanti. aniq kalo dia tak nampak tab dia ni tak apa. . jgn da nampak ibu baru sibuk nk sorok. alamat la riuh umah mcm taska dibuatnya. . 

tapi setakat arini pemerhatian ibu perkara yg ibu takutkan belum lagi terjadi. aniq boleh main dengan anak orang bila bawak kuar berjalan2. cuma vocab dia kurang, mungkin itu buat dia lambat bercakap kot..

sekian.

pssttt: rata2 ibu jupe anak pompuan sebaya aniq da bijak cakap. klo anak laki memang gini kottt..

pssttt: tab ni bukan kami beli. rezeki murah. ihsan orang bagi :)





Monday, February 04, 2013

Aisy n buaian

Salam. .

Bermula kisah pengalaman ibu kali pertama mendodoi anakanda sulung dengan buaian semasa dalam pantang. . ceritanya di sini anakada aniq. benarlah. sejarah kembali berulang. 

Kini,sampai hari ke-25 anakanda Aisy menunjukkan tanda2 minta dibuai. maka, kami pun melancarkan misi menggeledah stor mencari buaian dan kotak enjut letrik yg sudah setahun bertapa dalam stor umah manis kami. semua masih dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan kembali kali kedua. berbaloi juga pelaburan kami selama ni. hehe.

Bab keselamatan turut diambil kira. bahagian lantai buaian suami lapik comforter tebal dan bantal sebagai penghadang keliling kaki besi untuk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini. pengalaman sebelum ni aniq penah turun sendiri drp buaian ms tu umur dia dlm 6 bulan. kali ni awal2 kami letak just in case aniq pula yg testing bawak turun adik dia! dalam buaian pulak letak pelapik untuk menyokong tubuh kecik anakanda aisy.

Sepanjang seminggu pemerhatian, nampaknya aniq xkacau adik dia dalam buaian. cume, dia memang suke baring kat alas comforter sengaja menyakat ibu masa kritikal nak menidokan adik dia. waaahhh geramnya.. 

Mujurlah anakanda kedua ibu ni tak banyak ragam. Alhamdulilah. dengan bantuan buaian jadi proses menguruskan aisy menjadi mudah. tambahan dalam kondisi ibu yg tengah berpantang di rumah sendiri sekarang. nak menangani aniq yg ligat tu pun da jadi sebab pinggang ibu rasa nk patah. hadoiii. kalo ari minggu atau cuti dapatla ibu bertenang sikit since suami ade sepanjang hari. boleh juga dia layankan si budak aniq.

Lena betul aisy tdo dalam buaian yg diwarisi daripada kekandanya. ibu pun secara automatiknya tumpang bersenang lenang juga lah since aktiviti menidurkan aisy bukan isu besar. kenyang menyusu, letak dalam buaian dodoikan paling lama setengah jam. lena lah anakanda. .

tak banyak ragam. riak muka aisy yg baru bangun tido.  (day  30)
ibu belum pasti berapa lama anakanda aisy akan menggunakan perkhidmatan buaian warisan kekandanya. .

Sekian.

buaian kembali beroperasi di usia anakanda aisy masuk hari ke 25. kondisi masik baik.



psstt: merenung wajah baby aisy yg sedang lena terapi berkesan buat ibu. cas balik tenaga. 

psstt: dak aisy yg cerdik. kalo ayah dia yg dodoi terbuntang mata dia xmo tdo. huhu.


Tuesday, January 29, 2013

Makanan Feberet dak Aniq


Salam. .

Salah satu makanan kegemaran anakanda Aniq selain donut gula hasil buatan bbsiter a.k.a mama ina dia ialah keropok. bagi saja ape jenama ape bentuk rupa dan rasa keropok semua di'sapu'nyer. 

22 months Aniq leka dengan sebalang 'opokok'nya .
 (wedding Annys ex-opismate TDM ibu @ Dewan SMK Sri Andalas, Klang)
Masa yg meng'geram'kan bagi ibu bila dia sanggup makan keropok sampai tak nak makan nasi. Aniq sebut nak 'opok' atau 'opokok' yg membawa maksud keropok. oleh kerana ketaksuban anak ibu dengan 'opokok' nya kat umah ibu kena sorok stok keropok di tempat yg sukar dijumpai. sesekali ibu bg dia peluang makan 'opokok' nya sebagai 'upah' dia buat perkara yg baik utk hari berkenaan. kire bagi positive reinforcement utk dia. 

tapi, kalo pegi wedding cenggini . . panggilan 'opokok' gagal untuk dielakkan.aduhai. .anak. .anak. .

31.12.2012 1330hrs Aniq sedang menikmati lunch bersama 'opokok' nye.
(wedding paklang a.k.a hafiz @Dewan SEMESTI, Perak)





Thursday, August 30, 2012

Budak Yakult


Salam khamis. Best day arini sbb esok cuti am.memang ibu nantikan masa ni. Apatah lagi, bbster aniq sudah book tarikh nk dtg beraya wiken ni. Harusla ibu laki bini menggandakan usaha menyediakan pondok untuk menerima kedatangan tetamu. 

Ni kuarga kakak pn lom sampai umah lg beraye.selalu tu dah dlm perjalanan baru diorg tepon. Agak huru hara juga ibu menyiapkan makanan kt dpo. Adui. . Klo ibu ni stok reti masak tu xapa juga.hu. Kakak ibu memang suka mendera psikologi.stress ibu aniq kt dpo.

Ok,yg di atas tu la agenda kuarga ibu minggu ni. Sambil duk umah melayan anakanda aniq yg kuat makan. Keje ibu mmg masak je skg. Kdg xsempat g kdai runcit ibu selamba repeat menu sama je.haha.

Selain makan, ni minuman baru faveret anak ibu. Yakult ni pemberian jiran ibu yg sungguh bermurah hati belikan utk aniq. Terima kasih. Yg buat ibu hairan, susu kultur jenama len kat pasaran xmo plak dia minum. Bertuahnya anak :-)

Pic taken ms ayah aniq dpanggil duty malam. beraye la kami 2 org di umah sambil layan budak Yakult ni :-D

Pssttt: ibu rasa beza betul phase mengandung aisy n aniq. xda alahan seperti kelazimannya. mungkin sebab ni kandungan ibu yang ke-2. ibu sudah TERbersedia mental. haha. tp tahap teruja masih yg sama.

Pssttt: ibu tengok aniq da pandai berkawan n suka bermain di umah bbsiter. macam2 ragam budak.  mungkin ni masa sesuai beri dia sorang playmate di kalangan kuarga sendiri. 

Tuesday, March 27, 2012

Budak Demam

salam,

aniq. . meh ibu tepek gambo aniq demam kali ni. simpan buat kenangan ye anak. ibu dan ayah berusaha bersungguh-sungguh tau nk bagi aniq cepat sembuh. 

16 bulan-- muka standard budak demam. sayang anak ibu.

38.9c kali kedua

salam,


untung ah ibu aniq demam lagi untuk kali ke-dua bulan ni. . memang semangat la ibu bersama suami aka rakan kongsi tomnjerry mengejarkan aniq ke hospital petang senin lepas. bertuahnya anak ibu ni dia cuma serasi dengan ubat hospital. jadi ibu takda pilihan kecuali sabar menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. . 

tapi untuk kali ni, m.a hospital selayang rujuk aniq ke fever center iaitu pusat rawatan demam untuk kanak-kanak. kali pertama ibu masuk situ. rupanya lagi cepat drp yang ibu bayangkan. .alhamdulilah. selamat. tak sempat anak ibu nk menangis bagai. . sekarang, aniq masih belum sembuh sepenuhnya. ibu doakan aniq cepat baik ye. 

sekian.

bekalan ubat aniq untuk siri demam kali ni. botol kecik depan tu ubt titik telinga. ade cedera dalam telinga lps aniq tercucuk cotton bud kat umah bbster. mujur lah cuma cedera ringan.  

pssttt: kes demam ni ibu syak ade kaitan dengan faktor keletihan men indoor games kat Genting Highlands sabtu lepas. turun Genting ibu dapat hadiah tunai. .aniq demam!

pssttt: pelik gak ibu biler akaun tak aktif ibu ade baki pelarasan rm seribu lepas dikemaskini baru-baru ni.ibu syak salah kredit ni.hurm.





Friday, March 16, 2012

beger. orang salji. katak

salam,

gelagat aniq: siap duduk serong lg sambil muncung2 mulut dia nk masuk duit ke dlm tabung.lama dah berlatih nih. skg je baru mahir.

ni dia koleksi tabung kuarga ibu: beger. orang salji. katak.
cepat je dah sampai jumaat. cuti sekola tinggal berbaki 2 ari je lagi. tahap kesihatan anakanda pun da semakin baik selepas ibu dan suami mengharungi cabaran 4 hari 3 malam menjaga aniq budak bertuah yg demam.

entri kali ni, ibu rekodkan aktiviti kuarga iaitu melatih aniq kenal duit syiling n tabung orang salji.beger. katak. selain mainan aniq yg sebakul itu dan beberapa gajet yg len, tabung ni pun masuk gak dlm senarai mainan dia.

maka, terpaksa ibu letak tabung yg berat ni agak jauh dari capaian si budak aniq demi nk mengelakkan kejadian kaki bengkak akibat tertimpa kan si tabung nih. sbb slu main dgn benda alah ni, skg klo ibu bagi duit syiling, kelam-kabut dia nk masukkan dlm tabung. haha. kdg lucu gak ibu tengok tgn kecik aniq yg terkial-kial nk masukkan duit ke lubang kecik tabung tu.

pesanan untuk aniq: rajin-rajin menabung ye anak. ikut pangai ayah yg rajin saving. jgn ikut ibu yg suke spending. tak elok. duss!

klo citer bab tabung ni sebenarnye ade tersembunyi kenangan hidup ibu. tabung pertama ibu ialah tabung 'burung nuri' keluaran bank rakyat. ibu dapat ms ibu sekola tadika sekali dengan buku bank. ibu ingat lagi, punyalah ibu sayang. sampai tido pun sebelah tabung. almaklum tabung pertama.sekarang akaun tu da tak aktif lagi. 

tabung kedua, 'gajah biru' keluaran BSN masa tu ibu sekola darjah 2 tahun 1992. tambah bersemangat ibu menabung kononnya. lama da ibu tak jupe tabung design tu lagi. seingat ibu masa tabung tu da memberat iaitu menunggu masa utk dimasukkan ke akaun tabung gajah ibu tu ilang. memang frust juga ibu masa tu. tapi, frust kanak-kanak kan masa tu. . nangis hentak-hentak kaki sehari je. esok dah tak ingat dah. .

tabung ke tiga, arwah abang ibu adiah kan tabung ' pos malaysia' tak lama lepas kejadian tu. ibu kembali menabung. bile penuh jer. . ibu bukan masuk akaun. tapi ibu pegi belanja beli sepit rambut reben la. . pegi pasar malam lah. . tanpa pengetahuan mak ibu. kalo idak mau kena 'seludang' ngan mak. hu.hu. mak ibu dulu garang ye kawan-kawan. arwah ayah ibu sporting. memang kenangan tabung pos ni. sampai sekarang ade lagi, ibu wariskan kat adik bongsu. dah jadi harta dia.

lepas tu, sampai habis zaman solo ibu takde tabung spesifik. klo ade syiling memang ibu pakat letak dalam dompet la, kocek seluar, beg mekap, henbag, beg sekola, bawah tikar, celah buku rujukan, komik, dalam almari pakaian dsb. . cume lepas ibu kawin dan ade anak baru la ibu ubah tabiat buruk berkenaan. itupun terpengaruh dengan suami yang suke ajak ibu lumba  tabung siapa paling berat. ibu kembali bersemangat menabung. tambah pula, persekitaran umah jadi selamat khasnya bila anak da mula pandai menyelongkar!

antara ketiga-tiga tabung di dalam gambar tuh. yg paling tua si beger. ibu bagi hadiah besday pd suami dalam tahun 2003 dulu. almaklum, zaman tu ibu kat matrik lagi. maka bajet ciput sajalah..(heh. kedekut sebenarnyer.) apelaa kan. bagi adiah pun tabung. x romantik langsung. haha.

kedua, orang salji. tu ibu dan suami berusaha mendapatkannya sekitar tahun 2007. masa tu kami men indoor games kat genting. kumpul kupon banyak2 hasil men game basket ball.  pastu tukarkan dengan tabung tu. padahal klo beli kosnya tak la semahal RM yang ditukar dlm bentuk coins! kaedahnya, makin banyak shoot bola makin banyak kupon dapat. memang syok la game tu. sampai skg ibu tingin lagi nk men. cume takde peluang lagi nak naik genting dengan aniqku sayang.again. suami susah nk dapat cuti.

ok. yg last tu katak. ibu dapat masa acara tukar hadiah dengan kawan2 DPLI ibu di tahun 2009. itu yang terkini. sebenarnyer, ade satu lagi tabung tin biskut munchy's takde dalam gambar. ibu simpan dalam almari tak bagi aniq main. sbb tabung tu kalo tertimpa kaki si aniq alamat seminggu kami xtdo malam ler jawapnyer! 

semua empat tabung ni ambik mase lama juga nk penuh. last time ibu kire hasil duit tabung awal 2010 lepas. masa tu ibu tunggu posting. maka, harusla diingat ibu tak bekerja yer kawan-kawan. duit tabung tu suami guna untuk renew road-tax n insurance kereta. hu. hu. sedih kan? mujurla ade duit tabung.

kalo ikut jadual tahun ni la kami menuai hasil lagi. haha. sekarang tengah berusaha nk penuhkan tabung orang salji saja yg tinggal sikit lagi nak penuh. . tak ada plan lagi nk buat apa dengan duit tu. samada masuk ke akaun yippie aniq atau masuk akaun sogo ibu! duss! amek kaw ibu. . tak reti-reti lagi nk menyimpan???!!

sekian. adanya. selamat berhujung minggu rakan pembaca sopan belog ibu.

pssttt: sikit-sikit lama jadi bukit. ajarkan aniq menabung sambil mengajar diri ibu juga. jangan nanti aniq beso dia pun ajak ibu lumba tabung sapa yg paling berat sudah. tentu la ibu de last bottom 3. konpem calon tersingkir. hahha.

Wednesday, March 14, 2012

The fifth & the sixth

salam,

ibu bru setel buat keje buruh iaitu menyimpan air untuk kegunaan dua hari. itupun selepas ibu terbaca notis kat depan kaunter juruwang kat stesen minyak beberapa hari lepas. minta2 cukup lah air simpanan ibu td nak capai ke jam 8 malam esok. 

sepanjang minggu cuti sekola ni ibu mempunyai kecenderungan untuk menulis entri ringkas2 saja untuk bahan bacaan ringan sekelompok kecil rakan2 sopan belog ibu ni.

okeh. untuk entri pagi ni ibu nk rekod perkembangan gigi aniq pada umo 16 bulan. sehingga ari ni rekod peribadi gigi aniq baru 6 batang saja. itupun setelah suami perasan gigi ke-lima dan ke-enamnya tumbuh sikit minggu lepas. sori. ibu dah teruja.

sekian.

aniq berlakon 'sejuk' lepas menge'pau' jus mangga ibu mlm td. tu dia  4 batang gigi kapak


2 batang gigi baru tumbuh mengapit gigi yang sedia ada. sampai demam anak ibu.(sila abaikan aniq yg comot. pic  diambil 2 jam sebelum aniq masuk tdo mlm td)
pssttt: teruja tengok perkembangan diri anak setiap hari. haha. ibu keje belek anak saja lah cuti sekola ni. suami xda cuti.

Tuesday, March 13, 2012

Entri ringkas aniq tak sihat

salam,

ibu sedang bergelut dengan keadaan anakanda aniq kami yg tidak sihat sejak 3 ari yg lepas. .sangat mencabar ye rakan ku sekalian bile aniq stat demam on-off.


Syafakilah aniq. ibu ayah sangat sayang kamu.
sekian.

pssttt: lama sudah aniq tak demam. mujur ibu cuti sekola. alhamdulilah tapi susah hati.hu.hu.


Tuesday, February 28, 2012

Kesah 17 dan 15 emosi berbeza

salam,

rindu sama belog ibu. wp xde perkara yg fun n interesting ibu nk share tp ibu nk juga hapdet entri arini. . saja ilangkan sikit penat tuntutan tugas yg sama stiap ari. kebetulan aniq tdo sekarang ni. buku chicken soup pn da abes bace minggu ni maka boleh lah ibu menulis sepatah dua kata dlm belog ni isi masa lapang. 

sepanjang minggu ni ibu lebih senang jadi observer saja di kalangan rakan sejawat n di rumah. workload yg makin bertambah hari demi hari dan ragam studen yg pelbagai buat ibu memilih utk meminimakan kata utk perkara penting saja. bagi ibu jika berkata banyak akan kurang impak malahan worst ia mendedahkan ibu  pada risiko menyinggung hati orang lain atau dimanipulasi oleh pihak lain tanpa mercy. 

17 bulan bergelumang--persekitaran keje ibu terasa sedikit stressful nowadays. ibu tiada pilihan selain berusaha mewujudkan benteng kesabaran setinggi yg boleh supaya ibu masih kekal rasional. bukan senang nk pujuk hati tapi bukan perkara mustahil kan? sabar ya ibu. ibu akan lebih memahami dan hidup dengan kerjaya ini selari dengan masa. ini sekadar dugaan kerjaya. semua orang menghadapinya malah ada yg lebih hebat lagi. terima sajalah. .

-----
dalam ibu bergelut dengan masa, sampai terlupa nk aply cuti utk temujanji klinik aniq kat kkia ss17 damansara. mujur suami ingatkan ibu. jadi takdalah terlepas tarikh. sejak ibu pakai buku merah lagi ibu check-up sana. mama ina merangkap bbsiter aniq pun klinik situ. jadi misi da kenal ibu dan aniq cuma aniq yg tak mesra alam budaknya. asek menyorok kat kain ibu je bila misi-misi pelatih pegang dia. 

wp da kenal misi ibu rasa kurang sopan pula nk minta delay tarikh hanya disebabkan kekangan tugas. maka, ada baiknya ibu comply saja. lagipun bagus juga sesekali dapat luangkan masa dengan suami n aniq ke klinik. seingat ibu hanya sekali ibu pg check-up sendiri. lepas tu tak pernah dah.

untuk 15 bulan berat aniq 9.5 kg naik 1.1 kg dari berat dia masa umo setahun dan tinggi 77cm naik 3cm. alhamdulilah aniq membesar sihat seperti kanak-kanak lain.

ohya. first time aniq guna timbang berdiri. takpayah buka baju suar dia mcm biasanya. ibu teruja tengok misi sukat tinggi dan berat dia. cepat betul anak ibu membesar ibu tak perasan. ari2 gomol2 dia macam baby jer.

tahniah untuk diri sendiri dan suami merangkap rakan kongsi tomnjerry yg telah berjaya menjaga aniq sehingga hari ini. kami hidup!yeay!

my boy is growing up.
pssttt: rindu sama mak ibu d kampung. ibu ada beli kain pasang corak yg seakan sama dengan ibu. ibu kirim pada adik yg akan pulang ke kampung minggu ni. harap dia akan suka. . apa ya reaksi mak?

pssttt: minggu ni saja kuar awal pagi. bertenang memandu ke tempat keje. sempat layan radio. kagum dengan kebolehan Johan n the gang mengendali segmen. ok lah. leh juga sengih sensorang dlm kete awal hari.

Wednesday, February 08, 2012

Aktiviti Lepas Kandang

merayap tanpa halangan. aktiviti 2 petang aniq di kg. sile abaikan  kaler selipar  yg tak match langsung ngan baju dia tuh. ibu men sauk je pe yg ade dlm keter.
salam. .

aniq plg sonok biler blk kg. dapat peluang berlarian kat halaman umah seluas padang bola ni . almaklum, umah ibu tidak berlaman. .ni gambo sejam sebelum kaki aniq tercelup kat lecak depan umah. gambo lps tu konpom tak senonoh punyer. comot tak hingat smpai ibu pun lupe nk snap gambo daah. .  

Saturday, February 04, 2012

Karya Agung

salam. .

maaf ya kawan-kawan jika ade menerima call drp no ibu. tapi, biler dengo di talian cume bunyi spt org sdg menekan-nekan keypad hs atau sdg mengomel bahasa2 antarabangsa yg sukar difahami. .

sesungguhnya, itu adalah karya agung anak ibu yg lately entah dr mana dia tau cara nk unlock hs deemed mode ibu. .yg sangat ibu pasti aniq belum kenal huruf lagi.  tp dia tau tekan button unlock atas skrin hs tu. pastu berimaginasi tgh bercakap n giggling dlm tepon jus like us did. *tepuk dahi*

bukan sorg dua yg report mendapat panggilan layang drp no ibu up to today. .maafkan kecuaian ibu. 
aniq the observant. ibu ayah sila jaga tingkah laku  depan budak ini.  pic taken slps ibu  ambik balik hs. muke redha.

Saturday, January 28, 2012

aniq. . bile ibu pegi keje

salam. .

aniq. .
cuti ibu tinggal sehari je lagi. . senin nt ibu da mule keja balik. tinggal aniq kejap umah mama ina mcm biasa ye.tunggu sampai ibu ambik. be good dan tak susahkan mama ina ok.

. .sbb bukan ibu yg akan mandi pagi kan aniq lagi. .gosok kan gigi aniq. .siapkan baju aniq. .suap aniq makan. . buatkan susu aniq. . sampai aniq bangun tido lagi. .semua tu ibu harap mama ina dapat buat kan bagi pihak ibu.

aniq sayang. .
jadi budak yang sihat dan kuat ye. kalo aniq sihat ibu dan ayah pun senang hati. ibu tak payah ambik mc. nanti ibu tgk takwim bila ade cuti lagi. ok.

hugs and kisses.
ibumu.

pic credits
pssttt: slu tem keje, kul 12 ibu da stat telek-telek jarum jam. klo leh tiup-tiup sket kasi cepat putar ke angka 2.

pssttt: aniq da mule pandai banyak perkara . . si copycat yg sangat peka. skg ibu pun kena well-behave supaya tak jadi ibu ketam. hihihi.


Thursday, January 26, 2012

Aktiviti Pecah Lemak ari Rabu

aniq yg masih behave di depan pintu masuk REKA zone


salam . .

bersiaran lg ari ni . . ni ler aktiviti orang yang xdapat nk balik kg. . habis idea nk g mana. sempat lah bawak aniq berlibur kat REKA playland@ioi mall. entri masuk rm6 saja/children. ibu dan suami free entri. murah kan? ape lagi si aniq. . .






bersungguh menolak troli bola ni. ayah layankan saja. lepas punggah bola ni dia plak yg len atas tu. guess sapa yg kena tolak sudahnya?? haha. tepat sekali. da tentu ayah aniq. ibu da semput.jaga kawasan je la.

kan ibu da cakap. . agak luas juga kawasan reka ni yg segmented. ade ruang game yg xsesuai utk aniq. but most of it . . boleh saja. .layan picas lagi. .


bosan duk nek kude sensorang. aniq pegi melawat plak org len punye. anak oo anak.

       
skali-skala dapat kawasan lapang selain umah opah/embah dia kat kg. main sakan si anak ibu. 




aniq dapat kawan. . bb boy ni hampir sebaya dgn aniq. sgt lovely. ibu pgg dia elok je ketawa. 



2 jam habiskan dalam tu. aniq da puas men. ohhya, klo korang xde idea gak nk bwk anak jimba-jimba leh la dtg sni. jgn lupe bwk stokin for hygenic purpose. penat daah...lemak-lemak pun pecah.kami beredar cari lokasi makan-makan plak.
sekian dulu ..

pssttt: childhood years  momen indah yg paling sukar dilupakan. melihat anak membesar juga satu pengalaman indah yg sungguh bermakna utk kami berdua. aniq, ur most welcome son!