Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Tuesday, February 28, 2012

Kesah 17 dan 15 emosi berbeza

salam,

rindu sama belog ibu. wp xde perkara yg fun n interesting ibu nk share tp ibu nk juga hapdet entri arini. . saja ilangkan sikit penat tuntutan tugas yg sama stiap ari. kebetulan aniq tdo sekarang ni. buku chicken soup pn da abes bace minggu ni maka boleh lah ibu menulis sepatah dua kata dlm belog ni isi masa lapang. 

sepanjang minggu ni ibu lebih senang jadi observer saja di kalangan rakan sejawat n di rumah. workload yg makin bertambah hari demi hari dan ragam studen yg pelbagai buat ibu memilih utk meminimakan kata utk perkara penting saja. bagi ibu jika berkata banyak akan kurang impak malahan worst ia mendedahkan ibu  pada risiko menyinggung hati orang lain atau dimanipulasi oleh pihak lain tanpa mercy. 

17 bulan bergelumang--persekitaran keje ibu terasa sedikit stressful nowadays. ibu tiada pilihan selain berusaha mewujudkan benteng kesabaran setinggi yg boleh supaya ibu masih kekal rasional. bukan senang nk pujuk hati tapi bukan perkara mustahil kan? sabar ya ibu. ibu akan lebih memahami dan hidup dengan kerjaya ini selari dengan masa. ini sekadar dugaan kerjaya. semua orang menghadapinya malah ada yg lebih hebat lagi. terima sajalah. .

-----
dalam ibu bergelut dengan masa, sampai terlupa nk aply cuti utk temujanji klinik aniq kat kkia ss17 damansara. mujur suami ingatkan ibu. jadi takdalah terlepas tarikh. sejak ibu pakai buku merah lagi ibu check-up sana. mama ina merangkap bbsiter aniq pun klinik situ. jadi misi da kenal ibu dan aniq cuma aniq yg tak mesra alam budaknya. asek menyorok kat kain ibu je bila misi-misi pelatih pegang dia. 

wp da kenal misi ibu rasa kurang sopan pula nk minta delay tarikh hanya disebabkan kekangan tugas. maka, ada baiknya ibu comply saja. lagipun bagus juga sesekali dapat luangkan masa dengan suami n aniq ke klinik. seingat ibu hanya sekali ibu pg check-up sendiri. lepas tu tak pernah dah.

untuk 15 bulan berat aniq 9.5 kg naik 1.1 kg dari berat dia masa umo setahun dan tinggi 77cm naik 3cm. alhamdulilah aniq membesar sihat seperti kanak-kanak lain.

ohya. first time aniq guna timbang berdiri. takpayah buka baju suar dia mcm biasanya. ibu teruja tengok misi sukat tinggi dan berat dia. cepat betul anak ibu membesar ibu tak perasan. ari2 gomol2 dia macam baby jer.

tahniah untuk diri sendiri dan suami merangkap rakan kongsi tomnjerry yg telah berjaya menjaga aniq sehingga hari ini. kami hidup!yeay!

my boy is growing up.
pssttt: rindu sama mak ibu d kampung. ibu ada beli kain pasang corak yg seakan sama dengan ibu. ibu kirim pada adik yg akan pulang ke kampung minggu ni. harap dia akan suka. . apa ya reaksi mak?

pssttt: minggu ni saja kuar awal pagi. bertenang memandu ke tempat keje. sempat layan radio. kagum dengan kebolehan Johan n the gang mengendali segmen. ok lah. leh juga sengih sensorang dlm kete awal hari.

No comments: