![]() |
| 3 bulan. aisy cuba menerap sendiri. |
![]() |
| berusaha! berusaha! |
![]() |
| misi berjaya. tahniah ahmad aisy zafry @ 3 mth! |
![]() |
| nostalgia. aniq those days.. 3 bulan |
3 bulan berlalu, wajar ibu nyatakan di sini betapa ibu n ayah gigih berusaha melengkapi satu sama lain untuk menguruskan keperluan anakanda berdua. ibu akui tugas membesarkan anak2 bukan perkara mudah jika tidak diiringi dengan kesabaran dan keyakinan penuh bahawa anakanda berdua dapat diurus dgn sempurna.
ada masa ibu seperti putus asa bila seakan kehabisan tenaga.. ada masa ibu diserang kerisauan. diserang keletihan. tapi janji Allah itu pasti Dia hanya memberi ujian yg terdaya oleh hambaNya. kerana itu ibu kuatkan semangat demi anakanda..demi keluarga.
3 bulan, hanya tangan ibu dan ayah yg kerap kali melayani keadaan sakit demam sihat cergas anakanda berdua. tahniah, anakanda aisy. kamu sudah boleh menerap kala usia menginjak 3 bulan. terima kasih kerana memahami situasi kami berdua yg bekerja. teruskan jadi anak yg baik ya!
buat anakanda aniq, yg kerap menangis skg tanpa alasan. ibu ayah sedang blaja untuk faham. mungkin saja dirimu terasa kurang perhatian. mungkin saja kesilapan teknik keibubapaan. sabar ya nak. kami sedang cuba mencari jalan. n mohon keberkatan surah Luqman.
sekian.




No comments:
Post a Comment