Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, June 09, 2013

: : kompilasi 2 purnama : :

salam. .

sesambil menyapu habuk di belog kesayangan. maafkan ibu kerana dihimpit masa sampaikan tak berkesempatan menitip berita hampir 2 bulan lamanya. .

byk peristiwa terjadi, byk situasi ibu suami isteri tempuhi. . semuanya seakan terlipat kemas dalam ingatan dan mata hati melewati masa untuk hadam semuanya jadi sebahagian kenangan hidup berumah tangga n membesarkan anak2. ada manis, ade suka, ada duka, ade gundah, ade lega, ade macam2 rasa. . syukurlah, kami redah saja semuanya!

angkara kesibukan dlm mei, aisy terlepas temujanji klinik utk pertama kali. bila rescheduled, baru kemarin suami dapat anta kami ke KD ss17. berat aisy 5 bulan, 5.9kg naik kira-kira dalam 800grm saja dari berat sebelumnya. misi kate berat aisy kurang cantek since berat dia jatuh betul2 kat borderline graf BMI.

ibu da susah ati ni sebenarnye. . mula ibu mikir ape sebabnye. klo ikut kekerapan bf, memang aisy kerap bf. cuma tak lama. ibu anggarkan dlm 15-20 minit saja 1 sesi. kedua, aisy semakin aktif berjaga skg. kalo berjaga memang takda keje len la 2 beradik ni klo bukan main je kejenye.

ketiga, atau mungkin ibu rase ade masalah dengan susu ibu ni. kurang zat seimbang kot. maklum sejak ibu kembali keje, berat ibu turun mendadak terus ke berat asal 47 kg. phewww.. ni da menyamai berat sbm kawen ye.huhu. punca, ibu sibuk plus makan tak tentu mase. bile ank2 da bertenang sumer tido baru ibu senduk nasi. atau, kdg bila hb ade ibu bergilir makan dgn dia. mana laa. . tak hilang berat tu. bukan alasan berdiet atau makan jamu bersalin ker. huhu.

ibu takda pilihan len bt masa ni, kecuali terus bf aisy n mula ambil suplement untuk tambah zat air ssu seperti yg dicadangkn oleh hb. . waaahhh. . ambil suplemen ni perkara paling tak rajin ibu nk buat. huhu. tapi, kerana kesihatan aisy. ibu tabahkan hati juga la ye nak. .

klo entri lepas ibu tulis aniq suke nanges skg situasi da bertukar. aniq da jadi abg yg prihatin, jrg dia nanges n boleh ibu harapkan utk jaga adik aisy kejap2 kala ibu masak kat dapo. mungkin kerana umo dia da bertambah, cerdik sket la kotnya. da mula faham n sebut byk perkataan yg kdg2 ibu sendiri strugle nk faham maksudnya. hihihi. anak. . anak. . cepat betul masa berlalu. ibu masih ingat kenangan menjaga baby aniq yg demanding satu ketika dulu.

kini, 'piala' sudah bertukar tangan. rasakan penangan anakanda aisy pulak yg mengambil alih malahan mengkopipes sebijik pangai abang dia mase kecik. aiiiii... sabo je laa ibu. cuma, beza sket je ibu rase. aisy agak 'mesra alam' sket wpun dgn org lain selain ibu dan ayah dia.

sekian dulu catatan utk masa ni. buat anak2 ibu sekalian, doakan kami tabah membesarkan anakanda berdua. bersabarlah dengan kami, mohon rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kita sekeluarga.

salam sayang,
ibumu.

kamcing: aniq n aisy leka main keter. abg tgh in mood, boleh la kongsi mainan dia.

si madu ibu ayah: aniq 2y7m aisy 5m. notti n playful. 

notakaki : 1 day left. slmt kembali bkeja utk ibu.
notakaki2: Ramadan kian dekat. alhamdulilah ibu da sempurnakan niat beraqiqah buat kedua anakanda



No comments: