Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Tuesday, July 09, 2013

Nazar Sempurna

salam.

antara momen penting selepas menerima kedatangan cahaya mata dalam keluarga ialah sunat memberi nama pada hari ke 7 kelahirannya dan menyempurnakan aqiqah buatnya sebagai tanda kesyukuran atas nikmat dan keselamatan sepanjang proses mengandung dan melahirkan mereka. 

bagi kes ibu, selesai sudah nazar buat kedua-dua anakanda setelah kelahiran anakanda aisy. buat anakanda aniq ibu bernazar untuk mandi air daripada 7 masjid setelah selesai melahirkan dia dulu. ibu tak tau dari mana datangnya idea berkenaan. ia terlintas dalam fikiran dan terus tersemat niat di dalam hati. ibu diamkan sehinggalah selesai semua urusan kelahiran ibu ajukan pada suami. 

maka, berusahalah suami mencari 7 masjid untuk mendapatkan airnya. ibu masih ingat ketika itu kami dalam perjalanan pulang dari kampung Perak ke KL. bayangkan kalo dah berenti kat setiap masjid di sepanjang perjalanan? memang la da macam nek bas hop on hop off mcm kat kl tuh. hehe. alhamdulilah. sekian lama bersusah payah ibu dapat lengkapkan mandian air masjid ke 7 semasa mengandungkan aisy.

memang gembira perasaan bila dapat menunaikan niat yang sekian lama tertunda. alhamdulilah masih ade umur dan kesempatan untuk melengkapkan nazar itu. bila tiba giliran aisy, ibu cuma berniat untuk menyempurnakan akikah untuk anak2 kami ketika diorang kecik. mudah-mudahan perjalanan hidup mereka semasa melalui proses tumbesaran mendapat inayah dariNya dan dikurniakan juga kesabaran dan ketekunan buat kami sebagai ibu bapanya untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat mereka.in sha Allah

ok, sekian dulu buat masa ni. entri akan datang ibu catatkan pula perjalanan sepanjang majlis aqiqah dan naik buaian anakanda aisy yang sempat fotographer peribadi ibu rakamkan . hehe. wasalam

smt berpuasa yer. buat ibu sile rajin memasak utk berbuka dan bersahur . semoga puasa n amal ibadah diterima.
 #ibu 'sopan' kan aniq. hahaha. saja. membayangkan my future dotter. nge3





No comments: