Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Monday, February 04, 2013

Aisy n buaian

Salam. .

Bermula kisah pengalaman ibu kali pertama mendodoi anakanda sulung dengan buaian semasa dalam pantang. . ceritanya di sini anakada aniq. benarlah. sejarah kembali berulang. 

Kini,sampai hari ke-25 anakanda Aisy menunjukkan tanda2 minta dibuai. maka, kami pun melancarkan misi menggeledah stor mencari buaian dan kotak enjut letrik yg sudah setahun bertapa dalam stor umah manis kami. semua masih dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan kembali kali kedua. berbaloi juga pelaburan kami selama ni. hehe.

Bab keselamatan turut diambil kira. bahagian lantai buaian suami lapik comforter tebal dan bantal sebagai penghadang keliling kaki besi untuk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini. pengalaman sebelum ni aniq penah turun sendiri drp buaian ms tu umur dia dlm 6 bulan. kali ni awal2 kami letak just in case aniq pula yg testing bawak turun adik dia! dalam buaian pulak letak pelapik untuk menyokong tubuh kecik anakanda aisy.

Sepanjang seminggu pemerhatian, nampaknya aniq xkacau adik dia dalam buaian. cume, dia memang suke baring kat alas comforter sengaja menyakat ibu masa kritikal nak menidokan adik dia. waaahhh geramnya.. 

Mujurlah anakanda kedua ibu ni tak banyak ragam. Alhamdulilah. dengan bantuan buaian jadi proses menguruskan aisy menjadi mudah. tambahan dalam kondisi ibu yg tengah berpantang di rumah sendiri sekarang. nak menangani aniq yg ligat tu pun da jadi sebab pinggang ibu rasa nk patah. hadoiii. kalo ari minggu atau cuti dapatla ibu bertenang sikit since suami ade sepanjang hari. boleh juga dia layankan si budak aniq.

Lena betul aisy tdo dalam buaian yg diwarisi daripada kekandanya. ibu pun secara automatiknya tumpang bersenang lenang juga lah since aktiviti menidurkan aisy bukan isu besar. kenyang menyusu, letak dalam buaian dodoikan paling lama setengah jam. lena lah anakanda. .

tak banyak ragam. riak muka aisy yg baru bangun tido.  (day  30)
ibu belum pasti berapa lama anakanda aisy akan menggunakan perkhidmatan buaian warisan kekandanya. .

Sekian.

buaian kembali beroperasi di usia anakanda aisy masuk hari ke 25. kondisi masik baik.



psstt: merenung wajah baby aisy yg sedang lena terapi berkesan buat ibu. cas balik tenaga. 

psstt: dak aisy yg cerdik. kalo ayah dia yg dodoi terbuntang mata dia xmo tdo. huhu.


No comments: