Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Wednesday, January 30, 2013

: Empat :

Salam

Bila buka saja mata dapat mencium harum wangian baby yang lemak masam merupakan momen indah bagi diri seorang wanita bergelar ibu.

Alhamdulilah, dengan izinNya Dia telah menghadiahi kami seorang lagi cahaya mata lelaki tanggal 31 Disember 2012 tepat jam 10.12 malam di Hospital Teluk Intan. 3 jam ibu melawan kontraksi akhirnya anakanda selamat lahir ke dunia seberat 2.89kg. 

Walaupun ini pengalaman kali kedua ibu melahirkan tapi perasaannya masih sama saat kali pertama mencium tubuh kecil mungil pinjaman dariNya untuk kami berdua. Perasaan syukur, gembira dan lega kerana yg dinanti telahpun selamat tiba ke pangkuan. 

Oh ya pengalaman manis kali ini ibu tidak bersendiri kerana suami dapat masuk menemani melalui detik mencabar ini. Alhamdulilah, terjawab sudah doa ibu. Ahlan wasahlan anakanda Ahmad Aisy Zafry b. Ahmad Zahrein.

Kami berempat sudah. yay! Sekian.




Suratan atau kebetulan. ibu kembali menghuni wad dan katil yang sama saat ibu bersalin anakanda Aniq. sejarah berulang kembali dalam tempoh 2 tahun saja. sungguh sempurna perancanganNya.

00:35hrs 1/1/2013 Aisy first picture captured. kening milik ibu, hidung milik ayah, bibir...? hehehe. 

cucu Atok. Aisy bersama ayahanda mertua serta si bambam Atilah adik ipar ibu :)
terima kasih ayahanda kerana setia bertanya kabar dan memahami kesibukan kami yg kurang pengalaman mengurus keluarga kecil kami ini. sob sob.



Day 1 secara rasmi diisytiharkan dak bambam tudung ijau tu ibu beranak dua ye kawan2. .hehe. sonok juge bile org salah teka ibu bersalin anak pertama. kiki.perasan muda seketika :P


Ahmad = yang terpuji ( semoga anakanda membesar dengan akhlak terpuji secantik akhlak nabi kita)

Aisy = yang kaya raya(semoga dirimu diperindah dengan sifat kaya budi pekerti, merendah diri dan mengasihani kami sebagai ibubapamu)


Zafry = kemenanganku (semoga kelak kau sentiasa berjaya dlm kehidupan, menang melawan godaan syaitan, nafsu dan kemarahan)



psstt: ari ni genap anakanda Aisy 30 hari. berat sudah naik ke 900g ke 3.7kg. result tsb turun dr 9.0 ke 2.7. alhamdulilah. semoga beransur sihat ya anakanda. cepat besar nanti kawan baik2 sama abang Aniq ya.

psstt: berat ibu 52kg OMG!!!!

psstt: terima kasih doa teman2 lewat di blog, sms dan fb yang mendoakan keselamatan ibu melalui detik melahirkan anakanda. Allah juga yg membalas budi kalian. syukran jazilan.


No comments: