Ibu kira tempoh menyusukan anakanda aisy adalah satu lagi perjalanan bermakna untuk ibu lalui. kali ini agak bersemangat untuk memberi susu ibu secara ekslusif setelah ibu berjaya mengharungi episod kecederaan.
.......episod kecederaan. . .????
yalah, mana tak cederanya. hari pertama aisy menyusu puting ibu da melecet teruk. siap berdarah lagi. sakit sampai bergenang air mata menahan bila anakanda mula menyusu. aduhaii.. struggle 2 minggu juga baru puting ok. legaaa...tak ada petua. ibu cuci dgn air suam dan biarkan kering. ibu buat masa anakanda tengah tdo. { pengalaman pertama menyusu anakanda aniq: ibu cukup trauma menyusu anak bila puting melecet. masa tu mak ibu dah campo susu formula memandangkan luka puting ibu tak sembuh.aniq pula kuat menyusu. sedih bila ingat kenangan tu. syg, masa tak boleh diputar kembali. tentu ibu boleh buat lebih baik lagi untuk aniq. sob sob}
alhamd. sampai ari ke-43 arini ibu masih meneruskan aktiviti membuat stok ebm untuk aisy sambil rutin menyusu 2 jam sekali. semasa awal pantang aritu, 2x pam purata ibu boleh dapat hampir 15/16 oz.{ibu tak rajin mengepam. senang df lagi sbb tak payah nk asemble pam susu ibu.hehe}
sekarang anakanda aisy semakin kerap bf. ibu pula kurang selera makan plak ni. bila pam susu, purata 10/12 oz saja. jamu bersalin ibu ade banyak lagi kene dihabiskan. .ade org kata ibu bf bila makan jamu boleh mengurangkan kuantiti susu. wallahualam. tunggu ibu try error dlu yer. hm..mungkin juga sudah tiba masa ibu cari milk booster kott. .
![]() |
| stok ebm untuk anakanda day 43. sikit2 lama2 ....xcukup storage. huhu. peti ibu da xmuat. |
![]() |
| anakanda aisy day 43. bw 3.97 kg. syg anak ibu :) cepat besar ya nak. |
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Luqman:14)
Aisy,
Doakan ibu dikurniakan kekuatan, kesabaran dan kemampuan untuk memenuhi keperluan penyusuan dirimu sepanjang 2 1/2 tahun pertama kehidupanmu ini. Ibu sungguh berharap dengan titis-titis susu ibu yang mengalir dalam tubuhmu ini dapat menjadi benteng dan menyembuhkan penyakit yang sedang atau bakal hinggap di tubuhmu nanti. Melihat kau membesar dan sihat seperti kekandamu adalah rahmat untuk kami. Amin.



No comments:
Post a Comment