salam. kira da jadi signature untuk wedding mesti nak ada kek kahwin kan? saiz bentuk dan rupa kek tu pulak mcm2 variasi terpulang kepada tuan punya kek tu.
alkisah, 30hb ni kuarga mertua ibu bakal menyambut menantu di majlis yg akan di adakan di perak nanti. maka, slps bermeja bulat dgn suami kami sepakat nk tempah kek sempena perkahwinan mereka.
keje tempah menempah kek kahwin ni merupakan pengalaman ibu kali pertama. memandangkan masa kami kahwin dulu kek kahwin da termasuk dalam pakej butik pengantin.maka, tak ada request bagai untuk kek tersebut. apa kedai bagi itu kami potong. kesian kan kisah ibu? almaklum, ibu kahwin masa belajar. jadi bajet kahwin memang cukup untuk melaksanakan perkara utama saja. . sedih lagi. .
jadi, agak terkedu seketika bila suami tugaskan ibu menggugel design kek kahwin yg bertebaran di internet. masyaAllah...punyalah banyak. rambang mata ibu mn satu nak pilih. itu tak masuk design cupcakes yg super cumels trend skg org suke gabungkan dlm persembahan kek kahwin atas meja kek pengantin tu. (ibu terpaksa lupakan design cupcakes sbb da pening mn nk pilih.)
then, nk jadi tambah pening pulak bila pikir kat mn nak tempah. memandangkan kami jarang balik kampung dan tak ada idea sebaik mana hasil kerja kedai kek sekitar taman perumahan simpang empat ke teluk intan. hm...masalah lagi. (sebenarnya, ibu mls da nk bw testi drp blogger yg penah buat tempahan kat sana. klo btul2 cari ada kottt)
hm.. lps duk bertenang ibu tingat adik abg ipar ibu yg mengusahakan bisnes bakery daripada umah. ibu try call dia n nego harga kek kahwin fondant. call after call, n sms after sms ibu dapat harga final untuk kek kahwin yg kami nak.
design...? hm... umpama menyempurnakan impian masa kecik ibu yg mengidam nak potong kek kahwin ala english yg belum kesampaian. wpun ibu da selamat 3 tahun berkahwin. agak ralat juga sebenarnya. jadi nasihat ibu, nak kahwin kene tempah kek kahwin sendiri.lagi best! (pinjam jap tagline myvi)
untuk hadiah kek perkahwinan mereka kami berbesar hati memilih design wedding kek ala english mengikut kaler tema soft purple katanye.. suami turut sama finalise design kek sebelum diemel kpd k.ira (adik abg ipar ibu). paling tidak tertunai juga hasrat ibu nk beli kek wedding ala english wpun kek tersebut bukan ditujukan untuk perkahwinan kami tp untuk adik.
memegang polisi bonda ibu, 'alang2 niat nak bagi orang, biar barang yg paling elok'. maka memetik pesanannya, ibu gugel design wedding kek ala british. 4 tingkat lagi. nah, ambik. camne la k.ira tuan punya kedai irabakeri nak buat tuh? request ibu mengandung kepada ibu mengandung juga. memang tak ada kesian. . . haha
hasilnya nt, ibu akan snap pic n post dlm entri akan datang ye. sebelum ibu tutup entri ni, ibu selitkan gambo kek ms ibu kahwin dulu ihsan butik pengantin ibu tempah. simple habis. . . sekian!
| gambo kek solo jelah tanpa tuan punye kek bersama kes tak menepati piawaian aurat yg dibenarkan. kek sebelah lelaki design serupa kaler je biru. haa.. btul2 simple kan? |
pssttt: ibu cume cakap dgn suami impian kek kahwin ibu hanya selepas 3 tahun berkahwin dengannya. reaksi dia? 'okla, kita beli wedding kek utk apis.nt ibu pilih design kek.' katanya. (betul kan ibu cakap, suami ibu bukan spesis romantik.) nasib la laki polis. memang tak emosi, tacing2 nyer. lurus. setel kes itula suami ibu.
No comments:
Post a Comment