Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, January 22, 2012

39.9c

Salam pagi ahad. .
sejuk udara pagi ditemani deruan ujan yang menyimbah bumi dmansara utk ke sekian kalinya selepas diuji dgn cuaca yang agak luar biasa di awal minggu kemarin. .

minggu ini kami sekeluarga diujibarangkali ibu sedang menerima teguran dari yang Di-Atas sana.

ibu berpegang kepada kepercayaan 'when u'r too comfort with something. . but u'r less thankful for it. .then u wait.' 

mungkin itulah yg terjadi pd ibu pd masa ini.

setelah bermuhasabah kami suami isteri, maka kami terima jugalah keadaan ini dgn rela hati. . our heart broke into pieces everytime we listened to his crying. . shafakilah aniq 


aniq demam slps ari pertama pd tahun ni ibu anta ke bbsiter senin lepas.

asal tibe mlm suhu badan dia naik 37c-38c. ibu igt demam biasa saja. ade stok ubat dlm fridge pemberian mama ina, ibu sukat bagi aniq minum. ade ubat demam redon, batuk dan selsema.

sampai lah. . .

mlm semalam. bacaan suhu aniq nek 39.9c. 1 badan aniq drp kepala smpai ke hujung jari kaki panas. ok. enough waiting. 

jam menunjukkan 12.30 pagi. ibu sarung je baju yg ade, isi beg diapers kami bergegas ke hosp selayang.

kul 1.10. . masuk bilik 1 jumpe misi comei amek suhu latest aniq. da turun 38.6c. misi bagi dos pcm (seperti dlm stok ibu) based on berat semasa aniq. utk 9 kg dos pcm yg sebaiknya ialah 5.6 ml.

kul 1.30. . .tgu giliran. aniq merengek xselesa. ayah aniq mundar-mandir. ibu da pening.

kul 2.30. . .masih lagi tgu giliran. aniq merengek lg kuat mengalahkan bb yg ade dlm dewan tu.. aduii la. . ank bertuah.

kul 3.05. . dah nek lenguh ibu bergilir mendukung aniq bertuah yg xmo duduk kat kerusi biru itu brula terdengar nama dia dipanggil. ALHAMDULILAH.

kul 3.15. . lepas bt case study doc arahkan ibu pg amek darah kat pintu satu lagi.

kul 3.40. . result darah aniq masuk ke bilik doc. ibu dimaklumkan tiada sebarang tanda infection termasuk bahagian paru-paru.

l e g a

lps amek ubat ( next entry ibu post kan pic ubatan faberet aniq sejak azali itu) kami bergegas balik ke damansara. ms tu kul4 pagi dah. . ayah aniq msuk keja pagi ari itu.

mmg exhausted tp perasaan lega tu mengatasi semua. (gara-gara ibu terbaca artikel ttg kematian baby akibat jangkitan kuman di rumah pengasuh di Ampang semalam.)

status up-to-date:
1. badan aniq dah meringan. mungkin akibat kehilangan selera mkn sejak 5 ari yg lalu. ibu bg minum ssu picky-eater s26  buat sementara waktu. sgt mencabar ibu nk kasi aniq makan ms dia tak sihat ye kawan-kawan.

2. da mula cergas memunggah sana-sini berbanding 3/4 seharian yg lalu dihabiskan dgn tdo atau melepek kat toto dpn tb. aniq si budak baik tinggal khayalan saja. .

3. poo-poo aniq masih cair mungkin kesan ubatan yg diambil.lucu bile aniq meneran poo-poo nye. dia akan cari port tersembunyi utk menjalankan 'projek' itu.

4. selsema da hilang tp kesian bile dengo aniq batuk berkahak pekat. sengsara. .

pssttt: ibu niat nk pulut kuneng bl aniq da betul sihat nt. . kegembiraan utk dikongsi bersama kan.

pssttt: pengambilan dos pcm yg betul dapat membantu proses penyembuhan yg cepat. ibu cepat belajar.

pssttt: dpt sms tesco sale pampers cap x rm 29.88 . . padahal ibu beli 3 ari lepas rm 34.99 . 2 pek plak tu. . arghhh. ruginyer. . .


No comments: