salam.. jam kehidupan pantas berputar. diam2 usia kandungan ibu sudah masuk minggu ke 30. aisy semakin ligat bergerak dalam perut nih sama ligat dengan keje harian yg ibu lakukan.
maka, dengan ini bermula juga lah aktiviti bangun malam ibu kerana tido sudah tidak lagi seselesa dlu. ibu kerap terjaga samada nak ke toilet atau lapo. memandangkan sudah melalui pengalaman sama sebelum ni, ibu biarkan saja suami melayan mimpi.
selain itu, rutin harian yg ditugaskan oleh misi shomell kkia ss17 ialah mengira pergerakan baby bermula jam 9 am sehingga 10 mlm. 10 kali sehari dan perlu dicatat di dalam carta gerak yang disediakan di ruangan belakang buku merah ibu mengandung tu.
rentetan kejadian bleeding yang lepas dan tekanan darah rendah, ibu cuba untuk lebih peka dengan pergerakan aisy seharian. bila cukup 10 kali dia bergerak, baru ibu rase lega. begitu lah adanya ibu setiap hari dalam melayan kesibukan keje.
alhamdulilah, setakat ni tiada perkara yg ganjil berlaku lagi. purata, aisy cukup 10 kali gerakan aktif bila menjelang 5 pm. jadi, keesokan pagi sebelum memulakan keje tugas pertama ibu ialah menanda carta gerak bayi seperti di bawah ni.
![]() |
| menunggu gerakan aisy untuk kali yang ke-10 setiap hari buat ibu diserang perasaan resah. biasanya gap masa pergerakan ke-9 dan ke-10 lebih sejam. mana lah ibu tak bimbang. |
sekian.
pssttt: ibu, sila istiqamah makan obimin dan iron tab yg dibekalkan untuk memperbaiki tekanan darah ibu.banyakkan makan buah-buahan dan minum air masak ok.
pssttt: baru ni dapat makan buah durian musang king setelah puas mencari sbb sekarang bukan le musim durian ibu aniq oiii... naya ayah aniq melayan kerenah ibu mengandung. aduhaiiii...(versi aniq)

No comments:
Post a Comment