Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, July 23, 2017

Tetamu daripada Damansara

Berbesar hati menerima kunjungan famili pengasuh anak2 daripada Damansara.terima kasih sudi datang

Salam Ahad.pagi Syawal minggu terakhir.barangkali masih ada jemputan Rumah Terbuka hari ni.

Kenalkan pengasuh anak2 ibu di Damansara,k.ina a.k.a mama ina panggilan mesra anak2. Aniq,Aisy dan Annur membesar di rumahnya Balai Bomba Damansara.

Walaupun sedikit jauh daripada rumah sewa, kami sanggup juga redah asalkan anak2 selamat di bawah jagaannya semasa kami keluar bekerja.

Orangnya sangat baik dan ada jiwa keibuan. Tidak pernah berkira dan sentiasa bersedia menjaga anak2 jika kami terpaksa kerja lebih masa. Sakit pening anakanda mama ina tidak kekok menjaga. Alhamdulilah. Kebaikan itu yang ibu tak dapat lupa.

Seperti keluarga sendiri ibu melihat tiada gap antara kami. Ibu mencedok kecekalannya membesarkan 8 orang anak di kuarters. Semua kenangan membesarkan anak di sana akan kekal dlm ingatan kami berdua.

Alhamdulilah.7 tahun berlalu..tiada peristiwa pilu berlaku. Cekap menjaga budak2 dan kerja rumah. Terima kasih kepada beliau. Semoga sihat selalu dn dimurahkan rezeki.

Terubat hati meninggalkan bumi Damansara. Ada juga kenangan yg singgah ke tanah baru daerah Sepang😁 ibu berbesar hati menerima tetamu daripada Damansara.

No comments: