Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Saturday, January 28, 2012

Semak Diri di Penghujung Hari

salam. .

ade ketika ibu rasa seolah-olah macam lupa tujuan utama hidup pula. . bukan kah kita telah berjanji dengan Dia sebelum dilahirkan ke dunia. .???

ibu. .ibu. . kau ni mudah lupa. .

sebelum tido ibu rase ok juga klo sekali-sekala bt sesi mencermin diri  sendiri sementara anakanda kesayangan ibu tgh beradu. . (selalu ibu tak sempat nk buat sesi ini jika teramat letih. asal letak kepala kat bantal. bismilah. ibu pun padam. . .)

ibu petik secara rawak satu video di kalangan ratusan atau mungkin mencecah ribuan video yg bertebaran di youtube tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus buat ingatan diri pada malam ni.

Pesan Ustaz Idrus:
1. manusia sifatnya tidak lari daripada melakukan kesilapan, dosa, dan sejarah hitam. hanya Nabi sahaja yg bersifat maksum. oleh kerana manusia ini penuh dengan kecederaan (hati ibu tersentuh kala Ustaz melafazkan patah kata itu) maka itu Allah sayang. .jangan merasa diri lebih hebat. . baik dari segi harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. ini kerana yg 'lebih' itulah selalunya mendatangkan kemurkaan Allah.

baik, Ustaz. ibu ingat pesan Ustaz.

ibu berharap kasih sayang Allah supaya terlindung keluarga ibu daripada melakukan perkara yg menjadi kemurkaan Dia. amin.

sekian. .wallahualam.

Pic credits
psssttt: aniq sejak azali memang suke indah iman astro oasis. lately, stesen alHijrah jadi kegemaran ibu. ade gak topik nk leisure talk dengan suami.

pssttt: xdapat nk dtg majlis ilmu kat surau/masjid. berpuas hatilah ibu sekadar berkain sarong sambil duduk dpn tb melayan ragam si anak. .








No comments: