Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, January 29, 2012

Qanaah cuma senipis kulit bawang

salam. .

ibu terjentik hati bila sorang ustaz ini menyebut sifat 'qanaah' di dalam tazkirahnya. qanaah ni dalam maksud bahasanya ialah berasa cukup dengan apa yang ada. .dlm konteks perbincangan ustaz itu menyentuh besarnya kebaikan sifat qanaah seorang isteri/suami di dalam mengurus tadbir harta rumah tangga.

sifat qanaah dizahirkan dengan pengucapan syukur di atas rezeki yg dibawa pulang oleh suami/isteri untuk keluarga, membeli barang sekadar perlunya, tidak membazir dan tidak berbelanja melebihi kemampuan sebenar.

lalu, sekali lagi ibu semak diri. . ibu rase ade sedikit clash di antara prinsip hidup ibu dengan pengamalan sifat qanaah ini dalam urusan hidup seharian. ibu akui kesilapan berlaku di sini. .ibu dan suami sependapat kalo pada sesuatu ketika itu kami mampu menampung untuk suatu perbelanjaan mmg kami akan belanjakan. . 

ibu maksudkan untuk barang kehendak (maksudnya, klo tak beli barang itu atau tak pergi ke sesuatu tempat itu untuk melancong contohnya ia tak menjejaskan kelangsungan hidup kami.) 

lazimnya, barang kehendak ini menelan belanja yang agak tinggi. kalo kami buat keputusan untuk membeli, tentunya ade sedikit adjustment di sana sini untuk memastikan bulan berikutnya kami tidak mengalami defisit..dan itu sememangnya tugas ibu untuk mengurus akaun keluarga. . 

ataupun, jika keadaan meminta kami untuk memperuntuk sebahagian daripada pendapatan untuk membantu ahli keluarga yang lain. jarang kami katakan tidak untuk itu kerana inginkan orang dipihak yg meminta tidak berjauh hati melainkan jika keadaan mendesak.

seperti mendapat hidayah malam ni. . syukur Tuhan kerana Kau memberi teguran pada ibu melalui ustaz ini supaya ibu lebih peka ke mana sebaiknya aliran wang ini disalurkan.

kerana ibu ini sifatnya mudah lupa dan terkadang bersikap hanya sambil lewa. . sekian.

psssttt: tingat zaman kecik ibu tengok mak ibu korek tanah dan pendam botol kaca nescafe berisi gumpalan tebal not kertas berikat getah. bertahun mak ibu mengumpul duit. sampai ade not yg dimakan anai-anai. ironinya, mak ibu taruk bawang, paku, rambut dan cebisan jala. katanya, nak elak kena copet ngan toyol.(toyol ijau tu bukan kepala itam a.k.a manusia tapi menoyol.hikhik)


not rm20 lama. banyak dalam simpanan mak ibu walaupun bank da h tak kuarkan lg not ini.
pic credits 

psssttt: kakak ibu menurun sifat mak yg berjimat-cermat malangnya, bukan ibu. sob sob. ibu. .ibu. .bawak-bawak la menyimpan. tapi ini takdir yg boleh diubah kan? ( berangan nak jugak ade peluang ko ibu. .duss!) 

psssttt: mode : insaf yang bukan sekejap. selalu sangat terjadi bile ade lebihan gaji sukenye nk membeli. . ade je laa bende yg hajatkan. bile da dapat baru timbul rase membazir je beli barang ni. . camne tuh? ibu. .ibu. .
qanaah mu senipis kulit bawang.
cantek kan design duit baru. ibu da shake hand ngan suami nk kumpul sapa banyak not rm20 oren tu.  woohoo!kabarnya bulan 6 ni beredar dalam pasaran. pic credits




No comments: