Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Wednesday, February 08, 2012

Aktiviti Lepas Kandang

merayap tanpa halangan. aktiviti 2 petang aniq di kg. sile abaikan  kaler selipar  yg tak match langsung ngan baju dia tuh. ibu men sauk je pe yg ade dlm keter.
salam. .

aniq plg sonok biler blk kg. dapat peluang berlarian kat halaman umah seluas padang bola ni . almaklum, umah ibu tidak berlaman. .ni gambo sejam sebelum kaki aniq tercelup kat lecak depan umah. gambo lps tu konpom tak senonoh punyer. comot tak hingat smpai ibu pun lupe nk snap gambo daah. .  

Sunday, February 05, 2012

Mencari Keberkatan di Maulid Rasul

salam. .

kebelakangan ni ibu kerap bermimpi arwah ayah dan abang. ibu rasa ibu terpandang mereka sekilas dalam mimpi itu kemudian lenyap pergi. bila ibu terjaga. . kolam mata ibu bergenang.

semoga berkat hari Maulidur Rasul 1433H dapat meringankan rasa kerinduan ibu pada insan-insan yang telah pergi jauh meninggalkan kami. 

ibu sekeluarga akan pulang ke kampung hari ini. sesungguhnya, ibu sangat berharap dapat meluangkan masa utk melawat pusara arwah ayahanda dan kekanda ibu dalam tempoh singkat percutian kami kali ini. .

hati ibu cedera setiap kali teringat kenangan membesar dgn arwah abang. byk yg kami kongsi bersama. tp bila sampai di akhir hayatnya ibu xsempat ucap selamat tinggal terhadapnya. ibu sangat kecewa.
manakala ayah ibu, ibu bersyukur kami sekeluarga sempat berjumpa arwah 2 jam sebelum dia pergi. .itu yang membezakan di antara keduanya. tp Allah lebih mengetahui. kalau keduanya ibu gagal, pasti cedera hati ibu ini berganda-ganda bukan. .

sekian dulu.salam Maulid Rasul kepada semua. .

psssttt: hati-hati memandu kepada semua yang berpergian sementara cuti kali ni. doakan juga ibu sekeluarga selamat pergi dan kembali semula ke pondok kami.




Saturday, February 04, 2012

Karya Agung

salam. .

maaf ya kawan-kawan jika ade menerima call drp no ibu. tapi, biler dengo di talian cume bunyi spt org sdg menekan-nekan keypad hs atau sdg mengomel bahasa2 antarabangsa yg sukar difahami. .

sesungguhnya, itu adalah karya agung anak ibu yg lately entah dr mana dia tau cara nk unlock hs deemed mode ibu. .yg sangat ibu pasti aniq belum kenal huruf lagi.  tp dia tau tekan button unlock atas skrin hs tu. pastu berimaginasi tgh bercakap n giggling dlm tepon jus like us did. *tepuk dahi*

bukan sorg dua yg report mendapat panggilan layang drp no ibu up to today. .maafkan kecuaian ibu. 
aniq the observant. ibu ayah sila jaga tingkah laku  depan budak ini.  pic taken slps ibu  ambik balik hs. muke redha.

Belasungkawa. .late Cik Triboh

salam. .

ibu kembali berbloging pagi ni. ibu akan bercuti dgn gumbira n sng ati di umah saja selama 4 ari ni. itupun slps dikejar dateline penyerahan Fail Induk Koku, BRM. . .wats not spjg mgu lepas. 


pertamanya, biar ibu kabarkan berita yg menyentuh hati ibu spjg mgu ni. .

1. pemergian partner tugas meronda suami yg terlibat dlm kemalangan di LDP last kamis. menurut suami, isteri dan anak2nya masih kecil yang kini tinggal di sarawak. suami pegi melawat kt church pj sebelum diterbangkan balik ke kg halaman semalam. 

takziah. (tak dapat ibu bayangkan perasaan isterinya bile dpt perkhabaran ini. . sudahla lama pjj. .bile kembali ke sarawak hanya menerima jasad suami tercinta. .)


skg, we keep on reminding each other to drive safely because suami knows ibu well abt how reckless I am especialy biler da lewat ke skola. . 

almaklum sumer grafiti yg bertepek kt kete skg ni 80% hasil perbuatan ibu. oopps!

psssttt: hargai siapa yg berada dlm lokus hidup kita kerana kita tak tahu bile mereka semua akan pergi meninggalkan kita atau kita yang akan ditarik pergi dari hidup mereka. sekian. 

psssttt: mode; insaf.

                                                         

bunga kemboja a.k.a bunga kubur. ade sepohon besar tumbuh berhampiran pusara ayah dan abang ibu. setiap kali melawat ibu akn bawak balik sekuntum balik. genggam sampai lunyai di tangan bru ibu rs rindu pd yg pergi tu kurang. 

Wednesday, February 01, 2012

Kes ape laa . .pepagi ibu jadi mesin hampagas

salam. .

:: tiup-tiup sket habuk yg singgah dlm belog ibu ni. misi ibu pagi ni ialah menghapdet entri laju-laju (klo yg bace tu, nk lagi cepat bace 1 napas jer. hehe) ::

kesahnyer. .

kul 5.30 am. pusing kiri kanan aniq dan ayahnye still in lala land lagi. ibu bangun sesambil gosok-gosok mate, gosok-gosok tinge (mmg habit ibu biler bangun tido )

suddenly............... alamak!
ilang ah subang kunci ibu (setengah orang panggil subang paku. bende ni kecik ringan je. )

sebelah je plak tu. . hu.

patut ah slu mimpi buruk je lately. (eh, ade kaitan ker mimpi ngn barang ilang?? ahh retorik jer tu. ibu saje exaggerate citer bagi dramatik.)

sudah. . xleh jadi nih. . da mcm mesin hampagas ibu menelek setiap ceruk penjuru. . cepat-cepat. ibu bagi mase 10 minit jer klo idak nt xpasal2 ibu lambat smpai skola..

scan punye scan . . jumpe subang ibu terdampar kat lantai bilik air. fuuuhhhh. . gembira. cari-cari plak kunci belakang dia. bende alah tu maha laa kecik mana mungkin ibu jupe tem sesak gini.


GIVE UP!
maka, bermule la sesi soal-menjawab cik hati dan en. otak ibu. .

hati:  . . ni mesti laa xjupe kunci si subang ni. awal bulan plak ni, amat la kejam klo nk ajak suami g kedai emas plak nk cari replacement. .kan?
otak: aah. tau pun. xpayah pkai subang la klo gitu. . tunggu duit kutu ke tunggakan nt je baru cari.
hati: em.. aah la. cepat ah siap. nt lambat plak nk transit aniq ke umah mama ina. sangkut kat jem baru tau. .ibu sain la attendance depan muke Pengetua nt akibat lambat. sanggup??
otak: tak sanggup. ok, lupekan subang.

(apabile da berjumpe mutual consensus antara keduanya ibu pun siap mcm besa. sempat la ibu report kat suami kejadian pepagi subuh tu. .)

ape reaksi dia? ?

. .citer bersambung. .

lebih kurang gini la ibu nyer. . pic ihsan toke kedai emas ni. leh  la datang menziarah cuci-cuci mate kan.
psssttt: last ibu ilang benda alah ni waktu kem B.I.G kat Gombak 2 tahun lepas. ms tu kes nk menyelamat member ibu yang mujur tak hanyut dibawak arus deras. udah ler kawan tu xtau dia tgh preggy. aiyo. saspen gak ah. .

pssttt: tinggi sentimental value subang nih. ibu beli sekali dengan cincin kawen suami kat pokong tlk intan. huhu.