Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, February 26, 2012

Tukar baju

salam,

bukak saja belog ibu arini tibe terlintas di hati nk 'tukar baju' dia kaler len plak lah. . bukan da jemu dgn bg yg lama. . cume ibu rase lately idea mengembang menguncup setakat dlm minda je tak tertumpah ke cik endey. . sesak jugalah trafik dlm kepala ni. .

dengan harapan bile da 'tuko baju baru' ni maka, jari ibu akan lebih rajin mengetuk kibod utk menghasilkan entri buat kenangan ibu sekeluarga di masa depan. .

selamat berhujung minggu sumer. . :)

duta senyum kat umah ibu


psssttt: tak sempat ibu nk coding bagai cik belog sbb suami ibu duk ligan ibu suh cepat siap nk kuar merayap arini. 


psssttt: tugas keje semakin bertambah jawatan itu ini. sampaikan ibu tertanya: mengapa ibu yg dipilih sedangkan ramai yang jauh lagi layak daripada ibu dari pelbagai segi .. hmm.

psssttt: daripada ibu duk bermenung. .baik saja ibu doa semoga Allah mengurniakan sifat tabah dan ikhlas semasa ibu melaksanakan semua tanggungjawab itu.



Monday, February 20, 2012

Si Peminat Dadih

salam,

mana tumpah kuah kalo tak ke nasi, perli ayah aniq selalu. ala. .ibu dah kebal kalo takat sindiran berbaur cemburu itu. . ape ade hal. . heh. 

situasi ini selalu terjadi bila aniq buat ragam payah nak makan atau menyusu. itu kesah aniq masa dia 7 bulan - 1 tahun tempohari. sekarang aniq da 1 tahun 3 bulan. selera makan da makin baik. semua menu kami dialah yang wajib rasa. bertuah anak.

----entri kali ni ibu nak dokumenkan kudapan kegemaran aniq. seangkatan kuarga puding lebih mesra dipanggil dadih. tak sampai 10 minit dadih siap boleh dimakan suam atau sejuk. resepi ajaib dijamin ringkas, mudah, cepat dan memenuhi selera budak kecik macam aniq. kos produk hanya sekitar 3 hinggit saja. . konpem berbaloi sebab sesuai juga dinikmati oleh orang beso. (keje part-time promoter layak daa ibu ni.he.)

ni dia pek ajaib dadih siap bancuh 3 minit. first tem cube ni agak neves juge kalo tak jadi. ibu men petik je  brand ni kat rak tesko semalam.

dapo ibu takde acuan bes bentuk love ke ikan, so ibu pakai je cup kecik  mana yg ade.aniq tak kisah ibu.beritahu aniq dalam bahasa asing jerman-spain beliau.

tengok. kan da siap tuang. tibe muncul tuperware biru plak masuk korum. cara buat: cume larut dan kacau 3 minit serbuk dadih dalam 550ml air panas.boleh hidang suam atau sejuk dari peti.  
senang kan? aniq suke makan dadih ni. mujur je dia tak reti bukak-tutup peti ais ibu. kalo idak. . .(ibu pun geleng kepala tak pecaya membayangkan situasi itu.he) 

sekian adanya.

pssttt: ibu beli kat luar dadih serupa camni RM2 per cup.kalo aniq sekali makan habis 2 cups. .ari-ari camni serupa ibu takyah beli vacum bulan nih. hihi.

pssttt: resepi senang jimat masa. prinsipnya, janji anak ibu makan. 


Saturday, February 18, 2012

S.E.N.T.A.P tentang semua perkara

salam utk semua,

dalam minggu ni saja ada beberapa perkara buat ibu 'sentap'. ibu sendiri pun hairan kenapa tiba-tiba ibu menjadi manusia perasa. ada banyak miskomunikasi di sana-sini. (mengandung lagi kah ibu ni. haha.. seramm)

kes pertama. venue: umahmanisku. suami gurau tak kena tempat. ibu kecik hati. hu. sebagai hadiah, sengaja ibu mogok tiga ari. dalam mogok tu ibu masak juga. tapi kita yang mintak pujuk dia plak yg merajuk xmo makan. ibu plak yg susah hati.ade ke patut? ade satu malam ibu sengaja pura-pura tido awal, ibu nampak suami sudu nasik makan dalam terang cahaya laptop sambil tgk cite katun onepiece dia tuh.. aduh. tacing ibu. kata...merajuk konon. menyampah! (sedang lidah lagi tergigit kan, sekarang kami da jadi manusia normal balik.he)

kes kedua. dalam kelas: masa waktu relif, sorang pelajar menunjukkan sikap kurang ajar. memang pantang ibu laa ni. ape lagi. memang menyirap.. ibu marah secukup rase pastu ibu anta nama dia masuk ke Unit Disiplin. sian anak murid lain yg tak bersalah terpaksa menyaksikan kejadian itu. selama ini diorang ingat ibu guru mesra telah bertukar menjadi 'harimau jadian' di dalam kelas. dalam geram tu ibu nak ketawa juga dengan pangai diorang ni. . mase ibu nk masuk keta balik sekola ade 2 orang budak laki cina datang pada ibu ala-ala delegasi dari kelas yang membuat onar dengan ibu pagi tadi. dengan penuh ambik berat bertanya samada ibu masih marah pada clasmate dia sambil menjelaskan pelajar tu penah juga buat kes dengan guru len. ibu balas, ibu bukan benci pelajar itu cuma ibu tak suka sikap dia yang degil dan tak hormat orang yg lebih tua. .

kes ketiga. semua guru dimaklumkan sekolah tercalon utk sekolah kluster. maka, sebagai persediaan antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah bahagian dokumentasi. itu buat ibu stress juga. dengan guru yang tak cukup di sekola, ibu ditambah waktu mengajar n nak buat semua keja filing lagi. . ohhh Tuhan. bantulah kami. ibu sangat penat.(sian kawan ibu yang dah 2 minggu tempah koset dgn ibu, ibu tak sempat nak setel lagi. .huhu.)

. . mujur ade juga belog ibu nak mengadu. ibu tak da kawan pompuan nk ngomel2 mcm zaman single dulu. kalo dengan suami ibu lebih suke sembang hal len yang takde kena mengena ngan keje. itu mmg rules of thumb kami. 

sekian.

pssttt: tak kira keje ke tak keje stress tu datang dari pelbagai sumber kan. memang tak dapat dielakkan. so, peace laa ibu. jangan sentap okehh! 

2 orang manusia ini selalu buat suhu badan ibu naik turun. . sabo laa banyak2 wahai kamu ibu. 




Monday, February 13, 2012

Amek feel di pagi ari

salam,

sebenarnye ibu tgh amek feel nk bt persediaan untuk sesi bimbingan inventori kerjaya pel. tingkatan 3 kul 10.30 ni. .sepatutnya ade guru senior da in-cas tp mgu lepas lagi dia minta ibu ganti since dia ade appointment hospital arini. ibu setuju je lah memandangkan sebelum ni dia pun byk pandu ibu wat keje2 skola. kire sesi balas budi ah ni. .

sementara tgh doload bahan leh la jenguk barang sekejap kat belog kesayangan ibu ni. sesambil tu dpt la melonggarkan otot sendi kaki ibu yg dah cramp akibat menekan pedal minyak atas LDP td. arini transit aniq ke umah mama ina. mcm besa ade tukang eskot servis percuma iaitu tidak len tidak bukan suami ibu. dia pun masuk keja kul8. alang-alang da 1 jalan. kami gerak sekali je lah.

stat malam tadi kepala ibu da bz merencana perjalanan hidup ari isnin. . arghh dengan nk berperang dgn sindrom monday blues lagi. .cabaran sungguh. ibu harap arini berjalan dgn sempurna n ibu dapat selesaikan tugas yg diamanahkan. sila berusaha!

ok, tinggal 10% lagi doloding. mud pun dah smpai. elok lah ibu setelkan keje ni dulu.salam.

psssttt: tem ibu xbawak lappy, klo nk cari mud wat preparation ibu lukis umah kat tgh sawah. habit!




Saturday, February 11, 2012

Soalan Buatku Terkedu

salam,

sesekali biler ade yg mule bertanye lebih kurang mcm ni maksudnyer, "bile nk tambah ahli kuarga?"  ibu tak tau nk jawap ape. cume mampu tersenyum kelat je. dalam kepala ligat pictures aniq bersilih ganti da mcm filem lame. 

insyaAllah. .bile sampai masanya. tentulah suka. . (mode: trauma ms labor pain tak abes lagi nih. hoho)



kenangan. suami tgh leka membelek2 bb aniq. bile ingat balik rindu plak aniq yg masih bb. skg dia da pandai macam2.  
sekian.

pssttt: nk jadikan anak itu menjadi seorang manusia. itu cabarannya. ibu masih berusaha untuk aniq.