Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Friday, March 30, 2012

Entri LEGA

salam,

sumpah. ibu letih giler mengharungi ari-ari dalam minggu ni. rasa kaki berjalan atas angin jer. sumer nk extra cepat. anak bertuah ibu di umah tengah menguji kesabaran dengan demamnya, tambah dengan anak murid ibu di sekolah pun tak kurang bertuahnya. kerenah diorang pun buat ibu pitam.  

bila sampai ari jumaat baru terasa menghayati menghirup udara segar kurniaan Allah ni. lega. kesihatan anakanda sudah semakin baik. selera makan dia pn dah kembali. keje sekola sumer da setel setelah hampir semput dikejo dateline. wat a relief~


hmmm. .ibu rase nk pegi buat manicure jer kekdahnyer.wee~. aktiviti menge'pau' poket suami hujung bulan nih. bak kate suami, kalo ibu punye idea asek rugikan dia jer. . hehe. sekian.
rilek ye ibu. jangan stress. aniq cume testing je. sabo idak ibu jaga aniq. sile senyum mcm aniq! pic: aniq at his early age. day 54. 

pssttt: mana lak datang idea nk ber'manicure' ni ibu? kes ibu terbace iklan promo kedai manicure kat cineleisure bbrape ari lepas. nak gak lah merase. best ker yer??
pssttt: aniq demam nk pandai sebut 'ibu' kot. first time he uttered the word ibu rase nk nangis. siyes!

Tuesday, March 27, 2012

Budak Demam

salam,

aniq. . meh ibu tepek gambo aniq demam kali ni. simpan buat kenangan ye anak. ibu dan ayah berusaha bersungguh-sungguh tau nk bagi aniq cepat sembuh. 

16 bulan-- muka standard budak demam. sayang anak ibu.

38.9c kali kedua

salam,


untung ah ibu aniq demam lagi untuk kali ke-dua bulan ni. . memang semangat la ibu bersama suami aka rakan kongsi tomnjerry mengejarkan aniq ke hospital petang senin lepas. bertuahnya anak ibu ni dia cuma serasi dengan ubat hospital. jadi ibu takda pilihan kecuali sabar menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. . 

tapi untuk kali ni, m.a hospital selayang rujuk aniq ke fever center iaitu pusat rawatan demam untuk kanak-kanak. kali pertama ibu masuk situ. rupanya lagi cepat drp yang ibu bayangkan. .alhamdulilah. selamat. tak sempat anak ibu nk menangis bagai. . sekarang, aniq masih belum sembuh sepenuhnya. ibu doakan aniq cepat baik ye. 

sekian.

bekalan ubat aniq untuk siri demam kali ni. botol kecik depan tu ubt titik telinga. ade cedera dalam telinga lps aniq tercucuk cotton bud kat umah bbster. mujur lah cuma cedera ringan.  

pssttt: kes demam ni ibu syak ade kaitan dengan faktor keletihan men indoor games kat Genting Highlands sabtu lepas. turun Genting ibu dapat hadiah tunai. .aniq demam!

pssttt: pelik gak ibu biler akaun tak aktif ibu ade baki pelarasan rm seribu lepas dikemaskini baru-baru ni.ibu syak salah kredit ni.hurm.





Tuesday, March 20, 2012

Tengok orang main wayang

salam,

deria ke-enam ibu jarang berdusta. . bila hati ibu terdetik ada sesuatu yang tidak kena, memang lambat laun perkara itu terjadi. itu la yang ibu rasa pada hari ni.

ibu harap perkara itu tak terjadi. dan ibu sangat berharap bahawa kenyataan ibu tidak dimanipulasi oleh pihak tertentu yang cuma menangguh di air keruh. ibu perasan persekitaran keja ibu agak delicate 2-3 ari ni. terlalu banyak spekulasi yang sedang bertebaran di ruang udara. rasa pandangan naik berjerebu pun ada! 

ibu, tolong fokus pada tugas hakiki dan abaikan isu yang tidak berkaitan dengan diri anda. tidak mengapa jika ibu hanya duduk di kerusi menonton. wayang pun percuma jadi ibu tidak rugi apa selagi ibu tidak membuat sebarang pengadilan terhadap mereka. sila ambil iktibar dan biarkan saja .. 

sekian.

pssttt: kebetulan terlibat dalam perbualan dengan seseorang yang ibu xpernah sembang sebelum ini. sangat ngeri bila ibu recalled  topik perbincangan. ibu rasa dah habis cermat bila memberi kenyataan dalam perbualan itu dan memilih posisi neutral. jangan laa si hamba Allah ni salah tafsir pulak.

pssttt: ibu memang ada masalah insecure terutama dengan orang yang ibu tak biasa bergaul. tak tahula ade ke orang yg spesis ibu di muka bumi ini. .ibu sedang cari ubat penawar hati ni.

berharap ade sepotong kek coklat macam ni depan mata sekarang sebagai penawar bila rasa tak sedap hati. 










   

Friday, March 16, 2012

beger. orang salji. katak

salam,

gelagat aniq: siap duduk serong lg sambil muncung2 mulut dia nk masuk duit ke dlm tabung.lama dah berlatih nih. skg je baru mahir.

ni dia koleksi tabung kuarga ibu: beger. orang salji. katak.
cepat je dah sampai jumaat. cuti sekola tinggal berbaki 2 ari je lagi. tahap kesihatan anakanda pun da semakin baik selepas ibu dan suami mengharungi cabaran 4 hari 3 malam menjaga aniq budak bertuah yg demam.

entri kali ni, ibu rekodkan aktiviti kuarga iaitu melatih aniq kenal duit syiling n tabung orang salji.beger. katak. selain mainan aniq yg sebakul itu dan beberapa gajet yg len, tabung ni pun masuk gak dlm senarai mainan dia.

maka, terpaksa ibu letak tabung yg berat ni agak jauh dari capaian si budak aniq demi nk mengelakkan kejadian kaki bengkak akibat tertimpa kan si tabung nih. sbb slu main dgn benda alah ni, skg klo ibu bagi duit syiling, kelam-kabut dia nk masukkan dlm tabung. haha. kdg lucu gak ibu tengok tgn kecik aniq yg terkial-kial nk masukkan duit ke lubang kecik tabung tu.

pesanan untuk aniq: rajin-rajin menabung ye anak. ikut pangai ayah yg rajin saving. jgn ikut ibu yg suke spending. tak elok. duss!

klo citer bab tabung ni sebenarnye ade tersembunyi kenangan hidup ibu. tabung pertama ibu ialah tabung 'burung nuri' keluaran bank rakyat. ibu dapat ms ibu sekola tadika sekali dengan buku bank. ibu ingat lagi, punyalah ibu sayang. sampai tido pun sebelah tabung. almaklum tabung pertama.sekarang akaun tu da tak aktif lagi. 

tabung kedua, 'gajah biru' keluaran BSN masa tu ibu sekola darjah 2 tahun 1992. tambah bersemangat ibu menabung kononnya. lama da ibu tak jupe tabung design tu lagi. seingat ibu masa tabung tu da memberat iaitu menunggu masa utk dimasukkan ke akaun tabung gajah ibu tu ilang. memang frust juga ibu masa tu. tapi, frust kanak-kanak kan masa tu. . nangis hentak-hentak kaki sehari je. esok dah tak ingat dah. .

tabung ke tiga, arwah abang ibu adiah kan tabung ' pos malaysia' tak lama lepas kejadian tu. ibu kembali menabung. bile penuh jer. . ibu bukan masuk akaun. tapi ibu pegi belanja beli sepit rambut reben la. . pegi pasar malam lah. . tanpa pengetahuan mak ibu. kalo idak mau kena 'seludang' ngan mak. hu.hu. mak ibu dulu garang ye kawan-kawan. arwah ayah ibu sporting. memang kenangan tabung pos ni. sampai sekarang ade lagi, ibu wariskan kat adik bongsu. dah jadi harta dia.

lepas tu, sampai habis zaman solo ibu takde tabung spesifik. klo ade syiling memang ibu pakat letak dalam dompet la, kocek seluar, beg mekap, henbag, beg sekola, bawah tikar, celah buku rujukan, komik, dalam almari pakaian dsb. . cume lepas ibu kawin dan ade anak baru la ibu ubah tabiat buruk berkenaan. itupun terpengaruh dengan suami yang suke ajak ibu lumba  tabung siapa paling berat. ibu kembali bersemangat menabung. tambah pula, persekitaran umah jadi selamat khasnya bila anak da mula pandai menyelongkar!

antara ketiga-tiga tabung di dalam gambar tuh. yg paling tua si beger. ibu bagi hadiah besday pd suami dalam tahun 2003 dulu. almaklum, zaman tu ibu kat matrik lagi. maka bajet ciput sajalah..(heh. kedekut sebenarnyer.) apelaa kan. bagi adiah pun tabung. x romantik langsung. haha.

kedua, orang salji. tu ibu dan suami berusaha mendapatkannya sekitar tahun 2007. masa tu kami men indoor games kat genting. kumpul kupon banyak2 hasil men game basket ball.  pastu tukarkan dengan tabung tu. padahal klo beli kosnya tak la semahal RM yang ditukar dlm bentuk coins! kaedahnya, makin banyak shoot bola makin banyak kupon dapat. memang syok la game tu. sampai skg ibu tingin lagi nk men. cume takde peluang lagi nak naik genting dengan aniqku sayang.again. suami susah nk dapat cuti.

ok. yg last tu katak. ibu dapat masa acara tukar hadiah dengan kawan2 DPLI ibu di tahun 2009. itu yang terkini. sebenarnyer, ade satu lagi tabung tin biskut munchy's takde dalam gambar. ibu simpan dalam almari tak bagi aniq main. sbb tabung tu kalo tertimpa kaki si aniq alamat seminggu kami xtdo malam ler jawapnyer! 

semua empat tabung ni ambik mase lama juga nk penuh. last time ibu kire hasil duit tabung awal 2010 lepas. masa tu ibu tunggu posting. maka, harusla diingat ibu tak bekerja yer kawan-kawan. duit tabung tu suami guna untuk renew road-tax n insurance kereta. hu. hu. sedih kan? mujurla ade duit tabung.

kalo ikut jadual tahun ni la kami menuai hasil lagi. haha. sekarang tengah berusaha nk penuhkan tabung orang salji saja yg tinggal sikit lagi nak penuh. . tak ada plan lagi nk buat apa dengan duit tu. samada masuk ke akaun yippie aniq atau masuk akaun sogo ibu! duss! amek kaw ibu. . tak reti-reti lagi nk menyimpan???!!

sekian. adanya. selamat berhujung minggu rakan pembaca sopan belog ibu.

pssttt: sikit-sikit lama jadi bukit. ajarkan aniq menabung sambil mengajar diri ibu juga. jangan nanti aniq beso dia pun ajak ibu lumba tabung sapa yg paling berat sudah. tentu la ibu de last bottom 3. konpem calon tersingkir. hahha.