Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, January 01, 2012

Takdir yang disyukuri

percikan bunga api mewarnai langit malam tahun baru masihi. ibu dakap aniq yang lena dibuai mimpi lolipopnya. sambil membace sms ucapan tahun baru daripada suami. ibu senyum sendirian. .

lalu, ibu mulakan catatan pertama tahun ini. ahlan wa sahlan 2012.

perlahan 2011 berlalu pergi. . menyimpan kemas di dalam nya catatan kisah hidup ibu sekeluarga lewat 104 entri yang telah ibu rekodkan di dalam belog yg begitu dekat di hati ibu ini.

takdir Allah telah menentukan punca rezeki kami masih statik di wilayah sebelah sini. alhamdulilah. pondok ibu masih di sini dan tidak bercadang utk berubah lokasi dlm masa terdekat ini. 

takdir Allah juga telah memilih kami sebagai pemegang amanahNya dengan mengurniakan insan kecil iaitu anakanda aniQ yg menjadi kesayangan seluruh angggota keluarga.

menjadi ibu di kala pengalaman hanya separas buku lali saja tetap ibu terima dengan hati terbuka. tahun pertama membesarkan aniQ mengajar ibu betapa besarnya nilai kasih sayang dan erti kesabaran secara realitinya.  sungguh, melihat aniQ membesar dgn sihat hari demi hari mengizinkan kami menarik nafas lega tanpa rasa bersalah.

 itulah dia sebuah keajaiban hidup yang amat kami syukuri..




pssttt: smt tahun baru kepada semua rakan2maya ibu semua. semoga tahun ini tahun yang terbaik utk kalian sekeluarga.
    

No comments: