Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Friday, March 16, 2012

beger. orang salji. katak

salam,

gelagat aniq: siap duduk serong lg sambil muncung2 mulut dia nk masuk duit ke dlm tabung.lama dah berlatih nih. skg je baru mahir.

ni dia koleksi tabung kuarga ibu: beger. orang salji. katak.
cepat je dah sampai jumaat. cuti sekola tinggal berbaki 2 ari je lagi. tahap kesihatan anakanda pun da semakin baik selepas ibu dan suami mengharungi cabaran 4 hari 3 malam menjaga aniq budak bertuah yg demam.

entri kali ni, ibu rekodkan aktiviti kuarga iaitu melatih aniq kenal duit syiling n tabung orang salji.beger. katak. selain mainan aniq yg sebakul itu dan beberapa gajet yg len, tabung ni pun masuk gak dlm senarai mainan dia.

maka, terpaksa ibu letak tabung yg berat ni agak jauh dari capaian si budak aniq demi nk mengelakkan kejadian kaki bengkak akibat tertimpa kan si tabung nih. sbb slu main dgn benda alah ni, skg klo ibu bagi duit syiling, kelam-kabut dia nk masukkan dlm tabung. haha. kdg lucu gak ibu tengok tgn kecik aniq yg terkial-kial nk masukkan duit ke lubang kecik tabung tu.

pesanan untuk aniq: rajin-rajin menabung ye anak. ikut pangai ayah yg rajin saving. jgn ikut ibu yg suke spending. tak elok. duss!

klo citer bab tabung ni sebenarnye ade tersembunyi kenangan hidup ibu. tabung pertama ibu ialah tabung 'burung nuri' keluaran bank rakyat. ibu dapat ms ibu sekola tadika sekali dengan buku bank. ibu ingat lagi, punyalah ibu sayang. sampai tido pun sebelah tabung. almaklum tabung pertama.sekarang akaun tu da tak aktif lagi. 

tabung kedua, 'gajah biru' keluaran BSN masa tu ibu sekola darjah 2 tahun 1992. tambah bersemangat ibu menabung kononnya. lama da ibu tak jupe tabung design tu lagi. seingat ibu masa tabung tu da memberat iaitu menunggu masa utk dimasukkan ke akaun tabung gajah ibu tu ilang. memang frust juga ibu masa tu. tapi, frust kanak-kanak kan masa tu. . nangis hentak-hentak kaki sehari je. esok dah tak ingat dah. .

tabung ke tiga, arwah abang ibu adiah kan tabung ' pos malaysia' tak lama lepas kejadian tu. ibu kembali menabung. bile penuh jer. . ibu bukan masuk akaun. tapi ibu pegi belanja beli sepit rambut reben la. . pegi pasar malam lah. . tanpa pengetahuan mak ibu. kalo idak mau kena 'seludang' ngan mak. hu.hu. mak ibu dulu garang ye kawan-kawan. arwah ayah ibu sporting. memang kenangan tabung pos ni. sampai sekarang ade lagi, ibu wariskan kat adik bongsu. dah jadi harta dia.

lepas tu, sampai habis zaman solo ibu takde tabung spesifik. klo ade syiling memang ibu pakat letak dalam dompet la, kocek seluar, beg mekap, henbag, beg sekola, bawah tikar, celah buku rujukan, komik, dalam almari pakaian dsb. . cume lepas ibu kawin dan ade anak baru la ibu ubah tabiat buruk berkenaan. itupun terpengaruh dengan suami yang suke ajak ibu lumba  tabung siapa paling berat. ibu kembali bersemangat menabung. tambah pula, persekitaran umah jadi selamat khasnya bila anak da mula pandai menyelongkar!

antara ketiga-tiga tabung di dalam gambar tuh. yg paling tua si beger. ibu bagi hadiah besday pd suami dalam tahun 2003 dulu. almaklum, zaman tu ibu kat matrik lagi. maka bajet ciput sajalah..(heh. kedekut sebenarnyer.) apelaa kan. bagi adiah pun tabung. x romantik langsung. haha.

kedua, orang salji. tu ibu dan suami berusaha mendapatkannya sekitar tahun 2007. masa tu kami men indoor games kat genting. kumpul kupon banyak2 hasil men game basket ball.  pastu tukarkan dengan tabung tu. padahal klo beli kosnya tak la semahal RM yang ditukar dlm bentuk coins! kaedahnya, makin banyak shoot bola makin banyak kupon dapat. memang syok la game tu. sampai skg ibu tingin lagi nk men. cume takde peluang lagi nak naik genting dengan aniqku sayang.again. suami susah nk dapat cuti.

ok. yg last tu katak. ibu dapat masa acara tukar hadiah dengan kawan2 DPLI ibu di tahun 2009. itu yang terkini. sebenarnyer, ade satu lagi tabung tin biskut munchy's takde dalam gambar. ibu simpan dalam almari tak bagi aniq main. sbb tabung tu kalo tertimpa kaki si aniq alamat seminggu kami xtdo malam ler jawapnyer! 

semua empat tabung ni ambik mase lama juga nk penuh. last time ibu kire hasil duit tabung awal 2010 lepas. masa tu ibu tunggu posting. maka, harusla diingat ibu tak bekerja yer kawan-kawan. duit tabung tu suami guna untuk renew road-tax n insurance kereta. hu. hu. sedih kan? mujurla ade duit tabung.

kalo ikut jadual tahun ni la kami menuai hasil lagi. haha. sekarang tengah berusaha nk penuhkan tabung orang salji saja yg tinggal sikit lagi nak penuh. . tak ada plan lagi nk buat apa dengan duit tu. samada masuk ke akaun yippie aniq atau masuk akaun sogo ibu! duss! amek kaw ibu. . tak reti-reti lagi nk menyimpan???!!

sekian. adanya. selamat berhujung minggu rakan pembaca sopan belog ibu.

pssttt: sikit-sikit lama jadi bukit. ajarkan aniq menabung sambil mengajar diri ibu juga. jangan nanti aniq beso dia pun ajak ibu lumba tabung sapa yg paling berat sudah. tentu la ibu de last bottom 3. konpem calon tersingkir. hahha.

3 comments:

m.a.u.i said...

wah bagusnye aniq..rajin menabung..comey sgt

Anonymous said...

mia pun ade tabung jugak..

tabung botol susu..huhuhu..

disebabkan mama mia x keje,maka hari2,papa mia yang akan letak duit dlm tu..huhuhu..

lagi sikit nk penuh,plan nak bukak acc utk mia..xpun,maybank n b.islam mama mia pun boleh..hahahah

sygibuaniQ said...

m.a.u.i: aniq cuma suka bunyi ktinggg!! bile syiling msuk dlm tabung tuh. he. he.

a.y.u : tabung botol susu tu pn ibu suke. ade yg lutsinar kan? sonok bile tgk syiling bersusun dlm tuh. semangat nk menabung.