Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, March 04, 2012

Kesah Nota Antik dan alFatihah

salam,

dah hampir 2 minggu ibu ke hulu hilir ngan nota2 kelas zaman dpli dulu. ade lebih kurang satu bundle setebal seinci setengah ibu buh dalam beg stanby dalam boot yuna kecik ibu. arini baru sempat ibu mewariskan nota antik kepada kawan ibu yang baru masuk dpli tengah bulan Feb aritu. dia datang sekola arini melawat ibu yg tengah gumbira bersekola ganti dengan anak murid sekalian. hahaha. (penat ibu arini ye kawan-kawan kene jaga checkpoint merentas desa. eh bukan merentas desa. tapi kawasan perumahan saja. yes. umah sukan ibu menang!)


kalo ade rakan pembaca belog sopan ibu nk tau ape tu dpli. ibu ringkaskan, dpli ni satu kos extention bagi mereka yg berminat nk jadi cikgu tapi masa ijazah pertama bukan dari pendidikan. nak dapat tempat ke program ni perlu melalui beberapa fasa contohnya, ujian bertulis dan temu duga. bila lulus semua ni, baru diterima masuk belajo dengan elaun dibiayai oleh KPM. yang tough program ni masa nk lulus ujian medsi sebab kita perlu bersaing dengan ribuan calon. fasa selepas tu dah ok. masa zaman ibu kos ni cuma makan masa setahun saja. tak lama kemudian, posting ke sekola menengah. 

tapi untuk ambilan khas kali ni ibu dimaklumkan setahun enam bulan untuk dihabiskan. member ibu kalo diukur dari segi pengalaman dia lagi banyak makan garam orang tua kate dalam dunia mendidik bebudak generasi Z ni berbanding ibu. sebabnya dia dah jadi guru sandaran dekat 3 tahun manakala ibu cuma sempat merasa gaji guru sandaran setakat 6 bulan saja. lepas tu dapat buat program ni. alhamdulilah. 


ok. berbalik kepada kes. member ibu sms awal pagi 2 minggu lepas mintak bantuan ibu kot-kot ade nota yang sesuai dengan tajuk assignment dia. ibu dah janji balik skola aritu ibu selongkar la setor umah manisku cari balik nota antik berkaitan. (ni ler masalahnye, bila suami yang kemas setor ibu tak tolong.) kotak-kotak khazanah purba zaman bujang ibu dulu entah ke mana dihimpitnyer. . huhu. lebih kurang sejam gak ibu memunggah ceruk sana-sini baru jumpa.

bukak saja kotak ijau a4 paper tu. . ternampak satu bundle nota dpli kemas tersusun. hmm. . terhirup udara nyaman bunch of notes yang kali terakhir ibu struggle with was 2 tahun lepas. secara auto macam ade tayangan filem lama dalam kepala ibu terimbaskan kesah bergelar studen kali terakhir sebelum terjun ke dunia kerjaya yg sebenar.

ibu memang personally-attached dengan setiap nota-nota kuliah zaman belajar dulu. ibu bukanlah kategori nerd tapi kalo kuliah memang ibu pastikan nota atau handouts ibu dapat jugak. jadi setiap nota tersimpan kesah tersendiri cara ibu mendapatkannya. almaklum, masa dpli tu ibu baru kawen. masa 24 jam tiba-tiba jadi singkat. hahha. jadi kena study smart. . hasilnya, wp ade hari ibu xdatang kelas nota kuliah aritu mesti tip-top sampai ke tangan ibu. hahaha. bijak kan?  

zaman dpli: dalam beberapa pensyarah ibu suka sorang pensyarah ni ajar. nama dia Prof. Ahmad Marzuki. dulu ibu ex-uia tapi ibu xpenah perasan ade pensyarah ni. orangnya humble, senyum saja dan macam 'walking library' pada ibu.sangat berilmu dan sabar.mungkin kerana sedikit attachment itu terkena tempiasnya pada aniq yang juga suka senyum. (masa ibu belajar ibu awal preggy).  ibu panggil dia Sir wp rakan lain panggil dia Prof. (ibu rasa ni ade kaitan dengan budaya sesuatu universiti tentang nama panggilan kepada pensyarah. ok kita abaikan.) beliau ni ajar 3 subjek sepanjang ibu buat kos ni. setiap kali clas dia memang ibu da mark ibu akan datang. ibu sangat suka kalo dia mengajar. terserlah kesungguhan dia nk mengajar tu dengan ABM yang pelbagai. senang faham dan terang hati nk jawap periksa. 

ibu rajin post dan follow belog kuliah beliau yg selalu updated. . ibu guna nama samaran bile ibu tanya soalan sebab ibu segan kalo dia dapat cam siapa ibu dalam clas. . banyak lah nasihat yang beliau had shared dalam kuliah mengenai ragam dunia pendidikan menjawab kepada persoalan yang ibu ajukan. dan ibu rasa itu yang membentuk diri ibu sekarang. . kenapa ibu taip had shared? manusia yang berjasa ini telah kembali ke rahmattullah selepas ibu habis belajar somewhere in April 2011. alFatihah.  

maka, nota itulah yang ibu wariskan sementara kepada member ibu. siap buat permohonan lagi tuh. mintak dia jaga baik-baik sebab ibu berhasrat untuk buat library mini yang menempatkan semua buku, nota kuliah ibu dan suami right after kami berjaya memiliki rumah pertama nanti. pastinya, nota arwah Sir akan menjadi penghuni library mini imaginasi ibu itu. 

sekian.

kadang-kadang situasi ini juga berlaku pada ibu until now terutamanya bila struggling with lesson plan.almaklum guru baru a.k.a guru novis. pic credit koleksi photobucket

pssttt: teringat senyuman terakhir allahyarham di hari konvokesyen dpli Oktober 2010. aniq kicked inside me by the time i glanced thru his eyes. terkilan sebab tak sempat beri penghormatan terakhir. ibu dapat berita pemergian seminggu kemudian akibat serangan jantung.

pssttt: ibu sangat berterima kasih pada suami yg setia menghantar ibu pergi-balik uia since ibu tak boleh drive akibat alahan preggy.

pssttt: ibu dapat call mak ibu d kampung ucapkan terima kasih kerana kain pasang yg ibu kirimkan. mak, u dont have to. im ur dotter.

pssttt: malam tadi ibu buat 'lawatan mesra' ke umh jiran. sonok aniq men dengan orang. selalu habit dia menyorok kat kain ibu je. sign anak ibu da beso laa. .~wee



No comments: