Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Friday, October 19, 2012

:: makin nak hujung ::

salam. . penat gile kentang ibu rase biler nk dekat hujung2 tahun gini. . banyak perkara perlu diselesaikan sebelum bermula cuti sekolah 9 November 2012 ni. rase tak sanggup tengok checklist tugasan panjang berderet terutamanya hal menyiapkan dokumentasi program2 sekolah. ibu klo bab2 mengadap lappy mengetuk keyboard berejam2 memanglah suatu perkara yang buat ibu lemah semangat. aduhaiii.....( aniq petah sungguh klo suruh nyanyi lagu tajuk "aduhaiii.." ni. versi budak kecik!)


ibu suke ngomel2 dlm belog ladybird ni je lah. . tp walau camne pun tugas kene disiapkan juga kan? pujuk2 hati dan perasaan supaya dapat bersabar. . 

hampir sebulan episod ibu bleeding anak ke dua ni. selepas ibu dirujuk ke Hosp Selayang. alhamdulilah keadaan semakin baik. ibu gugel juga mengenai bleeding semasa 6 bulan kehamilan. memang ade penjelasan perubatan mengenainya. . tp ibu sengaja tak mahu memikirkan keterlaluan mengenainya. ibu pecaya aisy kuat dan akan lahir dengan sihat sempurna dan selamat seperti juga abangnya. 


kemarin sembang2 kantin dengan rakan kerja ibu yang 'seangkatan' ibu bakal menimang anak tahun depan. dia pun melalui keadaan serupa juga. . arini ibu xsempat nk tanya kabarnya. harapnya dia pun ok juga. ibu syak ni ade kaitan dengan beban tugas di sekolah menjelang akhir tahun. banyak pergerakan mula loceng jam 7.30-2.10 petang. wajiblah ibu ucapkan syukur kerana nama ibu tak naik untuk pergi ke mesyuarat di luar sekolah masa2 genting gini!

banyak keje cmne pun di sekolah, habis waktu kerja memang ibu locked semua tugasan di ofis. balik umah ibu tetaplah isteri untuk suami dan ibu untuk anakanda aniq dan aisy. tak ada monthly payslip for this but i am happy doing it. life is on in watever conditions!

Sekian.

ibu, keep smiling. nyanyi twinkle twinkle litle star jangan jemu untuk aniq n aisy.
( aniq in his great 1yr 11months )

pssttt: terima kasih untuk suami yang memahami saat kesukaran yang ibu lalui sekarang. ade hari ibu seperti kehabisan bateri untuk mengurus urusan rumah tangga. terima kasih kerana kau selalu ada. sayang awk banyak2.

No comments: