(entri kenangan besday ibu yg tersimpan dlm 'draft' lebih seminggu bpunca drp ke'bizi'an mengejar n dikejar keje2 sbm tutup sekola akhir thun)
salam. 4 november kali ni ibu lalui dalam suasana unik daripada tahun-tahun sebelumnya. tiada ucapan, jalan-jalan malam apa lagi hidangan istimewa, kek mahupun hadiah hari jadi.
ibu sambut malam ulang tahun dengan linangan air mata. mata ibu kabur digenangi air mata kala cuba mengatur sebut kalimah Allah di sejadah ungu. ada titik-titik air mata jatuh membasahi dada halaman surah. sesekali ibu dakap erat anakanda aniq yg lena tidonya seawal 10 malam tadi. aisy seakan tahu rasa hati ibu. ibu usapi mesra dirinya dalam diri ibu.
ibu habiskan malam ibu dengan meneliti buku hidup. setiap peristiwa yang berlaku cuba ibu ingati jelas dalam panggung kenangan yg ibu simpan kemas dalam hati. saat-saat suka duka tangis ketawa ibu..
terbit rasa kesyukuran di situ. lantas ibu ungkap kemaafan kepada jiwa-jiwa yang pernah dan sedang menetap dalam hidup ibu. ibu jadi manusia yang lega. bersilih ganti ibu pula teraba-raba kebaikan dan kesalahan yang telah ibu lakukan di jiwa-jiwa mereka. adakah mereka juga sudi memaafkan ibu?
bersempena 28 tahun kehidupan ibu, ibu panjatkan doa kepada Allah agar ibu masih kekal relevan mendukung tugas hidup ibu yang pelbagai terutama sebagai hamba Allah, anak, isteri dan ibu kepada anak-anak kami.peliharakan rumah tangga yg ibu bina bersama cinta zaman kanak-kanak ibu, suamiku Ahmad Zahrein.
harta pn tak dapat membeli harga sebuah kesihatan yang baik. tanpanya pasti urusan hidup ibu akan terjejas n kecewa. di atas nikmat kurnia kesihatan untuk ibu selama ini itu hadiah Allah yg sungguh bererti.Alhamdulilah.
harta pn tak dapat membeli harga sebuah kesihatan yang baik. tanpanya pasti urusan hidup ibu akan terjejas n kecewa. di atas nikmat kurnia kesihatan untuk ibu selama ini itu hadiah Allah yg sungguh bererti.Alhamdulilah.
pssttt: suami ibu berat mulut apa lagi romantik. bila dia ucap sesuatu yg jujur di awal pagi ni air mata ibu menitik laju tak tertahan lagi. benarlah kata bidalan, hati wanita umpama kerak nasi disiram air lembut lah ia.
pssttt: hadiah dari Allah selang 2 tahun selepas kehadiran cahaya mata pertama. anakanda aisy is on due 03012013. semoga dipermudahkan kelahirannya nanti. amin.

2 comments:
eppy bufday ibu..maui doakan semuanya dipermudahkan Allah..eppy2 slalu..hehe
terima kasih maui.terasa mcm bru lagi mninggalkan bgku skola mnengah.pejam celik da jd ibu org rupanya.cpt ms bjalan.menimba pengalaman d spjg jln khidupan.smg mudah sentiasa urusan hidup kita.amin.
Post a Comment