salam. . tajuk kat atas tu tak mengingat. da macam judul citer katun pun ade kan? lupe arini da ahad balik. mate ibu takleh nak pejam rapat lepas subuh tadi. i was mentally wake up.
ni sumer gara-gara memikirkan rancangan untuk membeli benda ni . . misi pencarian baby cot ini da berlangsung sejak 2 minggu lepas.
![]() |
| ihsan pic oleh kedai barang baby paling hampir dengan umah ibu aniq |
sebenarnya, hasrat untuk membeli baby cot ini sudah lama ibu tunda sejak masa buat persiapan menyambut kelahiran anakanda yang pertama lagi di atas beberapa sebab.
pertama, faktor keselamatan.
pada masa tu kami fikir belum memerlukan baby cot ini lagi sebab anakanda aniq nampaknya lebih selesa tido beralas tilam di atas lantai saja. ibu dan suami bergilir menjaga. memandangkan aniq anak yang pertama. ibu rasa tak ada masalah kalo tak ada katil. xda sapa ganggu anak ibu tido bergolek atas tilam kat lantai.
faktor kedua, ruang menyimpan.
memandangkan umah apartmen sekarang mempunyai ruang yang terhad. ibu bimbang kalo ada baby cot ini akan memakan ruang. sedangkan ibu suami isteri lebih gemar meminimumkan penggunaan perabot supaya dapat menyediakan ruang luas untuk anakanda bermain.
faktor ketiga,fungsi jangka hayat tamat tempoh perkhidmatan.
ibu sempat juga BW, ada juga baby yang banyak menghabiskan masa tido di sisi ibu daripada dalam katil dia. itu buat ibu lagi serba salah nk beli pada masa tu. sayang kalo tak digunakan sepenuhnya. tambah lagi, katil ni makan kos juga.
![]() |
| yang ini pun nampak ok juga kan? boleh 2x laras. ringkas. ihsan pic http://www.babyjaya.com/advanced_search_result.php?keywords=baby+cot&x=0&y=0 |
tapi skg, bila menimbang faktor keselamatan baby aisy nanti ibu n suami fikir da tiba masa kami membeli juga baby cot ni. anakanda aniq cukup gemar bermain bola dalam umah, itu tak masuk lagi keta remote dia dll. kalo ibu lalai sekejap pun leh menjemput episod kecederaan. nauzubilah. itu yang kami risaukan.
sejak melancarkan misi pencarian masuk keluar kedai baby beberapa minggu yang lalu, ibu dapati banyak juga pilihan baby cot ni rupanya. ibu sorang je da lama tak ambil tahu. berbanding playpen yg hanya boleh menampung berat bb sehingga 10kg ibu lebih prefer baby cot material kayu yang lebih tahan lasak. dari segi perbandingan kos memang agak tinggi sikit lah. beza harga daripada satu kedai dengan satu kedai yang lain pula tak jauh beza bergantung pakej.
tengok poket, adalah bajet sikit untuk beli baby cot anakanda aisy yang tak lama lagi nak hello kami sumer. setelah tambah tolak darab bahagi, nampaknya ibu terima jugalah cadangan suami nk dapatkan baby cot ni. doakan kami jumpa baby cot yang cantik dengan harga yang berpatutan ye. ( ibu ni, nak lawo tapi bajet nk ciput je. ape daa..) nt bila da jumpa ibu uplod baby cot pilihan hati ibu ok.
sekian.
pssttt: rule sopim ibu: biar penat menelek barang sana-sini sampai jumpa yang betul berkenan d hati. suami letih melayan ragam ibu mengandung nih.
pssttt: cuba berlaku adil pada anakanda kedua, setelah 80% item recycle daripada abangnya. at least, bb cot ni khas untuk anakanda aisy sebagai tuan rasminya :)
pssttt: cuba berlaku adil pada anakanda kedua, setelah 80% item recycle daripada abangnya. at least, bb cot ni khas untuk anakanda aisy sebagai tuan rasminya :)


No comments:
Post a Comment