Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, December 06, 2015

39.5°c annur

Salam.
Mengimbas kenangan anakanda Annur yg diserang demam panas buat pertama kalinya sejak lahir april lepas..

Suhu mencecah 39.5°c..ibu kuatkan semangat bersama huby memantau anakanda di rumah.kalau pengalaman sebelum ini sudah menjadi kebiasaan kami meredah kesesakan menunggu bersama orang lain mendapatkan rawatan di fever center hospital selayang..kali ini kami nekad menjaga anakanda.

Dalam hati terbit bimbang jika demam annur berterusan..berbekal sedikit pengalaman yg dulu ibu beli ubat demam anakanda dari farmasi
Ini ubat hospital yang pnh ibu terima semasa anakanda aisy demam jun 2014 yg lalu
Alhamdulilah.selepas 3 hari demam annur reda.hampir setiap masa ibu basahkan tuala dan balut badan anakanda dgn harapan suhu turun segera. ibu berjaga2 juga jika kalau2 abg2 yg lain dijangkiti.tp alhamdulilah.semua baik2 saja.ibu teruskan tugasan menjaga spm.

Tapi,hari ke4 ibu dapat panggilan dari mama ina badan annur merah2 seperti ruam campak.hati ibu tidak keruan.terbayang di ruang mata kesakitan abg2 yang terkena demam campak dec2014.kenangan itu masih segar di ingatan.panjang doa ibu mudahan anakanda tidak terkena demam itu pada masa ini.
Begini keadaan badan anakanda
Rashes / bintik merah di belakang badan, telinga, kaki dan dahi.cukup buat ibu susah hati.



Rupanya yg dibimbangi tidak menjadi kenyataan.benar seperti info gugel mengenai demam virus.untuk lebih lanjut baca Roseola infantrum. Atas nasihat pengasuh dan kawan2 ibu sapu calamine lotion.cukup sehari alhamdulilah.ruam tu surut dan menghilang.

Lega tengok anakanda boleh bermain dan ceria seperti biasa.insy..jika kita berusaha dan tawakal menghadapi musibah Dia akan berikan jalan. Huby da mula bercuti mulai hari ni.esok boleh lah kita semua menghabiskan cuti seminggu di kampung.

Sekian.

Notakaki:ada byk kerja rumah perlu dibereskan sebelum bertolak pulang ke kampung.mohon diberi kekuatan utk menyiapkannya esok..

Notakaki II : takziah di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil pada 5dec2015 setelah menghidap penyakit kanser hati.semoga Allah mencucuti rahmat ke atas roh baginda.
Siapa tahu jika ini ciuman terakhir anakanda.buat ibu ini ujian utknya.semoga dapat melaluinya dgn tabah.giliran kita siapa tahu?

No comments: