Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Tuesday, April 24, 2012

ent3 minta Bertenang

salam,

sekejap. ibu keluar dari zon ketensionan menyiapkan tugasan individu malam ni. bersempena penghijrahan ibu ke wilayah Sepang selama tiga hari bermula esok cikgu diingat siap membawa bekal barang sebuah assignment berkulit depan kaler ijau bernilai 20 markah. ibu da lama tak buat bende alah ni dan ibu berada dalam situasi ala terpaksa sekarang nih. arrghhh demmm~

kala ibu 'melarikan diri' ke naskhah dunia ibu baru siap taip 5 muka surat. itupun bagai menulis dengan pen yang berdakwat tersekat-sekat, idea tidak meluncur lancar di halaman fikiran ibu. sedangkan masa semakin suntuk. sok kul10 pagi ibu dah nak bertolak. optimis sungguh ibu nak menyiapkan tugasan malam ni jugak. memang ko dah takde pilihan ibu. jangan nak belok-belok lagi. tu lah. . kan suami da selalu ingatkan siapkan assignment awal-awal. .yang ibu duk keje membelek aniq pantang habis keje tu kenapa. .sekarang dapatlah hadiah utama trofi queen tak tido malam ni. mengucapla ibu sensorang. aduiii~

ibu nak pegi mana sebenarnye? cer kabo jelas sikit? ooohhh gini. nama ibu termasuk senarai orang dikehendaki hadir ke kursus induksi sistem saraan Malaysia (KISSM) tahun ni. ini kursus wajib untuk semua pekerja gomen sebelum layak dicop mohor besar sah berkhidmat pada jawatan semasa. kalo dolu-dolu deme pegi berminggu-mingguan, ibu pegi untuk 3 hari saja. bila masa dipendekkan modul yang berminggu tu dikompress. maka, agak terseksa jiwa juga lah nak menghabiskan pembacaannya. kat sekola ibu tak bermimpi nak duk rehat membaca, sebab sekarang keadaan sibuk ditambah dengan masalah kekurangan kakitangan. nak pulak dah dekat exam  mid-year. ibu mengejar silibus and wats not. aiii.. ibu tolong jangan give up~ 

little aniq macam tau ibu nak tinggalkan dia 3 hari. . balik je sekola tadi duk melekap kat ibu. sayu pula ibu bila renung bola matanya. sian anak ibu. apakan daya. tinggal sekejap dengan embah n ayah ye anak~

beberapa anggota badan ibu luka bercalar-calar. ni akibat jatuh tersagat pada jalan tar depan gerai makan sabtu baru ni lepas tapau makan tengah hari. nasib la badan ibu. kali terakhir tercium jalan tar masa ibu nek moto form six 10 tahun dulu. kes kali ni, jalan kaki biasa pun ibu leh jatuh. sudahnye bergrafiti badan tapak tangan, siku, lutut bermacam corak 'menarik'. masih berdenyut-denyut lagi. pedih tak ingat bile ambik wuduk atau mandi. nak basuh botol susu aniq pun ibu struggle. ibu jenaka dengan suami malam semalam, ni kalo member kursus nampak calar-balar kat badan ibu maunyer deme ingat ibu mangsa jenayah domestik. suami senyum kelat sambil terpaksa rela mengambilalih tugas mengurus putera aniq yang lain macam manjanya sejak membeso sihat umpama sinchan itu. ~


maka, dengan ini ibu belum pasti bila ibu akan kembali mengetuk lappy menghasilkan entri berniat meredakan stress lagi. sekian dulu buat kali ini. doakan ibu selamat pergi kembali dari kursus induksi demi pembangunan kerjaya ibu. selamat untuk semua. sayang!

wajah kesayangan ibu.

aktiviti hujung minggu tatkala cuaca baik menghiasi awan kl-sel. peluang aniq  berlari sakan di atas padang hijau


psssttt: sambung kembali menyiapkan the second half. malam ni terkorban masa tido mimpi indah ibu. sok pagi je lah tido dalam kete. mujur ade orang murah hati tawarkan diri nak memandu. sapa lagi kalo bukan rakan kongsi 'si Tom'. hehe. suamiku. kadang kau penyelamat. kadang kau musuh ketat~







Thursday, April 12, 2012

Penangan Induksi

salam,

mcm agak lama je ibu xjenguk belog nih. giless sibuk hal dunia nyata ni xsempat ibu nk berjimba-jimba di alam maya. . kadang bila berhajat nk bukak je lappy si 'askar' ibu pun sibuk juge nk offer diri. sudahnya, byk post pegi ke draft saja. 

ibu sedang membilang hari untuk berangkat ke kursus induksi 3 hari. entah kat mana lah lokasinya ibu belum terima surat lagi. sebelum pegi ada tugasan perlu disiapkan. rasanya dah berpuluh kali ibu baca tajuk soalan yang dibekalkan semasa hadir taklimat 2 minggu lepas tapi ibu tak mula sepatah ayat pun lagi. . huhu. soalan yang ditanyakan sangat asing dengan dunia ibu. manalah ibu nk cari sumber. kat library sekola ibu da setel selongkar kelmarin tapi habuk pun tak jumpa. argghhh.. nak nangis sampai banjir~

lagi 1 hal kena baca pulak nota yang dibekalkan dekat 12 folder. dalam folder tu ade lagi fail slides. camne ibu tak pengsan kalo pikir bila nk menyudahkan bacaan dengan keadaan ibu sekarang ni. aniq makin lasak dan suka minta perhatian. . tunggu dia tido kul10 malam baru ibu dapat lancarkan operasi. camni nk sambung blaja lagi kah ibu?? tunggu aniq masuk asrama lah kaedahnye!

ok, dah tabiat azali ibu. bebel2 hal dunia kejap dalam belog  ilang da stress. boleh la sambung keja balik. sekian, salam sayang


pssttt: tahniah pada team chess ibu muncul johan keseluruhan mssd daerah. muncul sebagai team bukan pilihan rupanya sebuah kelebihan. alhamdulilah.

pssttt: ibu tak sengaja ter'semak' gaji slps pelarasan. sesungguhnya ibu tak paham apa kerani tu terangkan. men angguk jer. lemah math tul ibu ni. sighh~

pssttt: aniq da pandai panjat kerusi. ibu tengok mcm nak pingsan!

Sunday, April 08, 2012

Ceria ahaD

salam,

selain jingles iklan aniq suker tengok video lagu lalala adira & akim, sabar wani feat. hafiz dan teman setia dinyanyikan oleh budak2 kecik lompat2. ibu ingat sapa lah diorang ni. rupanya finalis program realiti kamilah bintang. sigh~ sian ibu. tidak sempat update dengan dunia hiburan terkini.

sabtu ahad ibu pun layan jugalah siaran kat bawah ni. heaven!



Tuesday, April 03, 2012

Chess vs nostalgia cinta budak nerd

salam,

melupakan seketika kekecewaan akibat kegagalan mendapatkan kasut idaman hati semalam. 2 jusko terjah sampai ke wangsa maju pun hampa. tak ada luck~ ok, arini ibu nak sembang kejap tugas khas yang bakal ibu jalani untuk 3 hari bermula ari ni.

satu perkara ibu suka dengan kerjaya ibu sekarang ialah ibu dapat melihat banyak peluang untuk meneroka bidang baru. pokoknya, kita ada keinginan untuk belajar dan cuba menguasai sesuatu bidang tugas itu. contohnya, satu bidang tugas yang ibu terokai sejak 2 tahun ni ialah menjadi guru penasihat kelab permainan yang memang ibu suka sejak di zaman sekolah lagi. apa lagi kalo bukan permainan chess. cuma beza kali ini, ibu berada di posisi seorang guru bukan lagi sebagai wakil sekolah. perasaan itu sangat berbeza dan ia berharga. 

untuk tahun ni ibu mengambil peluang untuk berkhidmat sebagai arbiter chess mssd. ini khidmat sukarela dan ibu tak menerima sebarang elaun pun untuk mengawas sepanjang 3 hari games berlangsung. ibu hanya mahu kutip pengalaman sementara masih berpeluang di samping menaikkan moral team sekolah. ibu teruja untuk menjalani tournament untuk 3 hari ni memandangkan ibu dapat keistimewaan untuk berada dalam set semasa pertandingan berlangsung. harap tahun ini, pemain sekolah dapat memberi cabaran kepada pemain lawan mereka. ibu tahu mereka sangat menjiwai permainan ini seperti ibu juga suatu ketika dulu. 


citer tentang chess ni, ibu ajak pembaca mengimbas sedikit citer zaman ibu di bangku persekolahan. boleh lah kalau ibu kategorikan diri ibu sebagai pelajar yang tidak popular. status ibu sebagai budak baru (tukar sekolah masa form 4) dan karakter ibu yang agak pendiam menyebabkan ibu tak punyai ramai kawan kecuali seorang kawan baik yang tentunya pangai sepesen ibu juga, susaniah namanya. oh Tuhan, masa ibu menaipkan entri ini ibu rindukan dia. lama sungguh kami tak jumpa. kami kongsi hobi yang sama, tido dalam kelas masa guru tak ada, library lepas habis waktu sekola, picit jerawat, men chess bawah meja dan baca komik. tengok kan? sumer aktiviti yang ibu sebut mana ade rakan lain semangat nk join kami. haha. yang lucunya, habis spm kami berdua dapat masuk universiti yang sama tanpa dirancang! memang ade chemistry laa orang purba kata ~

manakala, beza karakter ibu dan suami jarak macam langit dan bumi ibu rasa. kami sebaya dan bersekolah di sekolah yang sama. ibu boleh kategorikan dia jenis manusia yang easygoing dan popular di kalangan teman-teman seangkatan. sukan dia minat pun sumpah ibu tak suke sbb kena berpanas. banyak perkara kami tak sama itu yang menyebabkan sebilangan besar kawan-kawan seangkatan hanya berspekulasi tentang hubungan cinta monyet kami. biler ditanya sumpah ibu tak mengaku girlfren. ibu masih ingat, sampaikan ustaz perli dalam kelas mintak mak ibu jangan letak hantaran tinggi. kesian kat zahrein yang merujuk suami ibu laa itu. sampai gitu pun, ibu buat muka berlakon tak reti-reti lagi. haha. nak rahsia sangat ye? tapi, Tuhan tentukan dialah jodoh ibu. mujurlah. tak monyet dah~

sekarang, memandangkan dia tak ada masa nk menghayun reket tenis kat gelanggang. masa terluang kat umah kami share hobi. men chess lah. lappy ibu ni penuh dia doload chess macam2 versi. kadang aniq tido dapat la duk men sekali. kalo idak ngan anak ibu sekali duk atas chessboard. saja nak sabotaj ibu ayah pasal takda orang nk layan dia. ironi, suami boleh suke men chess lagi drp ibu! kuat juga penangan bile da kawen ni. so, prinsip wat urs is mine memang termaktub dalam klausa peraturan umah tangga kami berdua~

itulah citer serba sikit tentang kepingan sejarah hidup ibu. ibu rekod di sini untuk bacaan anak ibu bila mereka sudah tahu menghargai nilai kasih sayang sesama anggota kuarga. wow dasatnya ayat skema ibu. ampun. kepada pembaca sopan belog ibu  tima kasih daun keladi kerana menghabiskan bacaan anda hingga titik terakhir ayat ibu. ibu pasti anda juga punyai pengalaman hidup yang indah juga kan. lets us cherish all the best moment dat we have ya! salam qaseh to all. bye!

zaman baru nak belajo pakai tudung lilit-lilit ala  wardina la ni. pic first time jumpa lepas suami kuar pulapol in 2008. maafkan tahap 'kehangusan' suami yang begitu menyerlah tu. 


psssttt: mud berblogging tenggelam timbul lately. idea ade tapi masa tak mengizinkan. maka, idea kekal jadi tukun dalam kepala ibu menaikkan kadar trafik jer.~

psssttt: cepat tul masa berlalu. . kagum juga dengan keupayaan otak mengimbas kenangan 10 tahun yang lalu. rasa kembali remaja pulak~ sudah-sudah la tu ibu. 

psssttt iii: ok la. xde p/s lagi. ibu terpengaruh p/s bloggers len. x mo dah!


Sunday, April 01, 2012

Misi 37

salam,
tak dapat nk bawa pulang. gambar rujukan untuk misi 37 episod koceksuamibubocor.hehe.

ibu ter'jatuh hati pada kasut ni. sementara ibu kejar aniq yg tak reti diam kalo masuk mall. ibu pesan suami dapatkan saiz ibu drp salesgirl.

tapi sayang, ibu kehampaan bile saiz 37 ibu biasa pakai dah habis stok. . maka, misi ahad arini ialah menterjah sumer jusko yg berhampiran untuk dapatkan juga. .haha. ketawa jahat~ 

psssttt: koleksi wedges ibu tak sesuai benar untuk pakai berkursus ujung bulan ni. apakan daya~