salam,
sekejap. ibu keluar dari zon ketensionan menyiapkan tugasan individu malam ni. bersempena penghijrahan ibu ke wilayah Sepang selama tiga hari bermula esok cikgu diingat siap membawa bekal barang sebuah assignment berkulit depan kaler ijau bernilai 20 markah. ibu da lama tak buat bende alah ni dan ibu berada dalam situasi ala terpaksa sekarang nih. arrghhh demmm~
kala ibu 'melarikan diri' ke naskhah dunia ibu baru siap taip 5 muka surat. itupun bagai menulis dengan pen yang berdakwat tersekat-sekat, idea tidak meluncur lancar di halaman fikiran ibu. sedangkan masa semakin suntuk. sok kul10 pagi ibu dah nak bertolak. optimis sungguh ibu nak menyiapkan tugasan malam ni jugak. memang ko dah takde pilihan ibu. jangan nak belok-belok lagi. tu lah. . kan suami da selalu ingatkan siapkan assignment awal-awal. .yang ibu duk keje membelek aniq pantang habis keje tu kenapa. .sekarang dapatlah hadiah utama trofi queen tak tido malam ni. mengucapla ibu sensorang. aduiii~
ibu nak pegi mana sebenarnye? cer kabo jelas sikit? ooohhh gini. nama ibu termasuk senarai orang dikehendaki hadir ke kursus induksi sistem saraan Malaysia (KISSM) tahun ni. ini kursus wajib untuk semua pekerja gomen sebelum layak dicop mohor besar sah berkhidmat pada jawatan semasa. kalo dolu-dolu deme pegi berminggu-mingguan, ibu pegi untuk 3 hari saja. bila masa dipendekkan modul yang berminggu tu dikompress. maka, agak terseksa jiwa juga lah nak menghabiskan pembacaannya. kat sekola ibu tak bermimpi nak duk rehat membaca, sebab sekarang keadaan sibuk ditambah dengan masalah kekurangan kakitangan. nak pulak dah dekat exam mid-year. ibu mengejar silibus and wats not. aiii.. ibu tolong jangan give up~
little aniq macam tau ibu nak tinggalkan dia 3 hari. . balik je sekola tadi duk melekap kat ibu. sayu pula ibu bila renung bola matanya. sian anak ibu. apakan daya. tinggal sekejap dengan embah n ayah ye anak~
beberapa anggota badan ibu luka bercalar-calar. ni akibat jatuh tersagat pada jalan tar depan gerai makan sabtu baru ni lepas tapau makan tengah hari. nasib la badan ibu. kali terakhir tercium jalan tar masa ibu nek moto form six 10 tahun dulu. kes kali ni, jalan kaki biasa pun ibu leh jatuh. sudahnye bergrafiti badan tapak tangan, siku, lutut bermacam corak 'menarik'. masih berdenyut-denyut lagi. pedih tak ingat bile ambik wuduk atau mandi. nak basuh botol susu aniq pun ibu struggle. ibu jenaka dengan suami malam semalam, ni kalo member kursus nampak calar-balar kat badan ibu maunyer deme ingat ibu mangsa jenayah domestik. suami senyum kelat sambil terpaksa rela mengambilalih tugas mengurus putera aniq yang lain macam manjanya sejak membeso sihat umpama sinchan itu. ~
maka, dengan ini ibu belum pasti bila ibu akan kembali mengetuk lappy menghasilkan entri berniat meredakan stress lagi. sekian dulu buat kali ini. doakan ibu selamat pergi kembali dari kursus induksi demi pembangunan kerjaya ibu. selamat untuk semua. sayang!
![]() |
| wajah kesayangan ibu. |
![]() |
| aktiviti hujung minggu tatkala cuaca baik menghiasi awan kl-sel. peluang aniq berlari sakan di atas padang hijau |
psssttt: sambung kembali menyiapkan the second half. malam ni terkorban masa tido mimpi indah ibu. sok pagi je lah tido dalam kete. mujur ade orang murah hati tawarkan diri nak memandu. sapa lagi kalo bukan rakan kongsi 'si Tom'. hehe. suamiku. kadang kau penyelamat. kadang kau musuh ketat~





