Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Wednesday, March 14, 2012

The fifth & the sixth

salam,

ibu bru setel buat keje buruh iaitu menyimpan air untuk kegunaan dua hari. itupun selepas ibu terbaca notis kat depan kaunter juruwang kat stesen minyak beberapa hari lepas. minta2 cukup lah air simpanan ibu td nak capai ke jam 8 malam esok. 

sepanjang minggu cuti sekola ni ibu mempunyai kecenderungan untuk menulis entri ringkas2 saja untuk bahan bacaan ringan sekelompok kecil rakan2 sopan belog ibu ni.

okeh. untuk entri pagi ni ibu nk rekod perkembangan gigi aniq pada umo 16 bulan. sehingga ari ni rekod peribadi gigi aniq baru 6 batang saja. itupun setelah suami perasan gigi ke-lima dan ke-enamnya tumbuh sikit minggu lepas. sori. ibu dah teruja.

sekian.

aniq berlakon 'sejuk' lepas menge'pau' jus mangga ibu mlm td. tu dia  4 batang gigi kapak


2 batang gigi baru tumbuh mengapit gigi yang sedia ada. sampai demam anak ibu.(sila abaikan aniq yg comot. pic  diambil 2 jam sebelum aniq masuk tdo mlm td)
pssttt: teruja tengok perkembangan diri anak setiap hari. haha. ibu keje belek anak saja lah cuti sekola ni. suami xda cuti.

Tuesday, March 13, 2012

Entri ringkas aniq tak sihat

salam,

ibu sedang bergelut dengan keadaan anakanda aniq kami yg tidak sihat sejak 3 ari yg lepas. .sangat mencabar ye rakan ku sekalian bile aniq stat demam on-off.


Syafakilah aniq. ibu ayah sangat sayang kamu.
sekian.

pssttt: lama sudah aniq tak demam. mujur ibu cuti sekola. alhamdulilah tapi susah hati.hu.hu.


Sunday, March 04, 2012

Kesah Nota Antik dan alFatihah

salam,

dah hampir 2 minggu ibu ke hulu hilir ngan nota2 kelas zaman dpli dulu. ade lebih kurang satu bundle setebal seinci setengah ibu buh dalam beg stanby dalam boot yuna kecik ibu. arini baru sempat ibu mewariskan nota antik kepada kawan ibu yang baru masuk dpli tengah bulan Feb aritu. dia datang sekola arini melawat ibu yg tengah gumbira bersekola ganti dengan anak murid sekalian. hahaha. (penat ibu arini ye kawan-kawan kene jaga checkpoint merentas desa. eh bukan merentas desa. tapi kawasan perumahan saja. yes. umah sukan ibu menang!)


kalo ade rakan pembaca belog sopan ibu nk tau ape tu dpli. ibu ringkaskan, dpli ni satu kos extention bagi mereka yg berminat nk jadi cikgu tapi masa ijazah pertama bukan dari pendidikan. nak dapat tempat ke program ni perlu melalui beberapa fasa contohnya, ujian bertulis dan temu duga. bila lulus semua ni, baru diterima masuk belajo dengan elaun dibiayai oleh KPM. yang tough program ni masa nk lulus ujian medsi sebab kita perlu bersaing dengan ribuan calon. fasa selepas tu dah ok. masa zaman ibu kos ni cuma makan masa setahun saja. tak lama kemudian, posting ke sekola menengah. 

tapi untuk ambilan khas kali ni ibu dimaklumkan setahun enam bulan untuk dihabiskan. member ibu kalo diukur dari segi pengalaman dia lagi banyak makan garam orang tua kate dalam dunia mendidik bebudak generasi Z ni berbanding ibu. sebabnya dia dah jadi guru sandaran dekat 3 tahun manakala ibu cuma sempat merasa gaji guru sandaran setakat 6 bulan saja. lepas tu dapat buat program ni. alhamdulilah. 


ok. berbalik kepada kes. member ibu sms awal pagi 2 minggu lepas mintak bantuan ibu kot-kot ade nota yang sesuai dengan tajuk assignment dia. ibu dah janji balik skola aritu ibu selongkar la setor umah manisku cari balik nota antik berkaitan. (ni ler masalahnye, bila suami yang kemas setor ibu tak tolong.) kotak-kotak khazanah purba zaman bujang ibu dulu entah ke mana dihimpitnyer. . huhu. lebih kurang sejam gak ibu memunggah ceruk sana-sini baru jumpa.

bukak saja kotak ijau a4 paper tu. . ternampak satu bundle nota dpli kemas tersusun. hmm. . terhirup udara nyaman bunch of notes yang kali terakhir ibu struggle with was 2 tahun lepas. secara auto macam ade tayangan filem lama dalam kepala ibu terimbaskan kesah bergelar studen kali terakhir sebelum terjun ke dunia kerjaya yg sebenar.

ibu memang personally-attached dengan setiap nota-nota kuliah zaman belajar dulu. ibu bukanlah kategori nerd tapi kalo kuliah memang ibu pastikan nota atau handouts ibu dapat jugak. jadi setiap nota tersimpan kesah tersendiri cara ibu mendapatkannya. almaklum, masa dpli tu ibu baru kawen. masa 24 jam tiba-tiba jadi singkat. hahha. jadi kena study smart. . hasilnya, wp ade hari ibu xdatang kelas nota kuliah aritu mesti tip-top sampai ke tangan ibu. hahaha. bijak kan?  

zaman dpli: dalam beberapa pensyarah ibu suka sorang pensyarah ni ajar. nama dia Prof. Ahmad Marzuki. dulu ibu ex-uia tapi ibu xpenah perasan ade pensyarah ni. orangnya humble, senyum saja dan macam 'walking library' pada ibu.sangat berilmu dan sabar.mungkin kerana sedikit attachment itu terkena tempiasnya pada aniq yang juga suka senyum. (masa ibu belajar ibu awal preggy).  ibu panggil dia Sir wp rakan lain panggil dia Prof. (ibu rasa ni ade kaitan dengan budaya sesuatu universiti tentang nama panggilan kepada pensyarah. ok kita abaikan.) beliau ni ajar 3 subjek sepanjang ibu buat kos ni. setiap kali clas dia memang ibu da mark ibu akan datang. ibu sangat suka kalo dia mengajar. terserlah kesungguhan dia nk mengajar tu dengan ABM yang pelbagai. senang faham dan terang hati nk jawap periksa. 

ibu rajin post dan follow belog kuliah beliau yg selalu updated. . ibu guna nama samaran bile ibu tanya soalan sebab ibu segan kalo dia dapat cam siapa ibu dalam clas. . banyak lah nasihat yang beliau had shared dalam kuliah mengenai ragam dunia pendidikan menjawab kepada persoalan yang ibu ajukan. dan ibu rasa itu yang membentuk diri ibu sekarang. . kenapa ibu taip had shared? manusia yang berjasa ini telah kembali ke rahmattullah selepas ibu habis belajar somewhere in April 2011. alFatihah.  

maka, nota itulah yang ibu wariskan sementara kepada member ibu. siap buat permohonan lagi tuh. mintak dia jaga baik-baik sebab ibu berhasrat untuk buat library mini yang menempatkan semua buku, nota kuliah ibu dan suami right after kami berjaya memiliki rumah pertama nanti. pastinya, nota arwah Sir akan menjadi penghuni library mini imaginasi ibu itu. 

sekian.

kadang-kadang situasi ini juga berlaku pada ibu until now terutamanya bila struggling with lesson plan.almaklum guru baru a.k.a guru novis. pic credit koleksi photobucket

pssttt: teringat senyuman terakhir allahyarham di hari konvokesyen dpli Oktober 2010. aniq kicked inside me by the time i glanced thru his eyes. terkilan sebab tak sempat beri penghormatan terakhir. ibu dapat berita pemergian seminggu kemudian akibat serangan jantung.

pssttt: ibu sangat berterima kasih pada suami yg setia menghantar ibu pergi-balik uia since ibu tak boleh drive akibat alahan preggy.

pssttt: ibu dapat call mak ibu d kampung ucapkan terima kasih kerana kain pasang yg ibu kirimkan. mak, u dont have to. im ur dotter.

pssttt: malam tadi ibu buat 'lawatan mesra' ke umh jiran. sonok aniq men dengan orang. selalu habit dia menyorok kat kain ibu je. sign anak ibu da beso laa. .~wee



Friday, March 02, 2012

'Membuat' semula

salam,


baru last entri ibu cakap soal S.A.B.A.R. arini kesabaran ibu diuji lagi. . tengah ibu leka menaip kertas kerja program yang hampir siap tiba-tiba. .

*
*
*
skrin laptop p a d a m. ibu tengok hujung penjuru sebelah kanan dekat suis utama bilik ade sorang studen berdiri tegak sambil memohon maaf sebab tersalah tutup antara plug organ dengan laptop ibu. . 

arghh. ibu nak marah pun tak guna. laptop da padam. ibu sempat bagi amaran saja. 

dan.. yang lebih tragik bagi pihak ibu . . doc yang ibu tulis banyak-banyak tadi xdapat recover. .huhu. 
maka, dipersilakan ibu dengan segala hormatnye. .buat semula.

sekian, tragedi Jumaat.




psssttt: sungguh tension bile kene repeat kejer. . semangat pejuang  terus merudum! mengadu dulu dlm belog baru boleh re-do.

psssttt: sabar ya ibu. da stat program guru penyayang peringkat negeri ni. .

Tuesday, February 28, 2012

Kesah 17 dan 15 emosi berbeza

salam,

rindu sama belog ibu. wp xde perkara yg fun n interesting ibu nk share tp ibu nk juga hapdet entri arini. . saja ilangkan sikit penat tuntutan tugas yg sama stiap ari. kebetulan aniq tdo sekarang ni. buku chicken soup pn da abes bace minggu ni maka boleh lah ibu menulis sepatah dua kata dlm belog ni isi masa lapang. 

sepanjang minggu ni ibu lebih senang jadi observer saja di kalangan rakan sejawat n di rumah. workload yg makin bertambah hari demi hari dan ragam studen yg pelbagai buat ibu memilih utk meminimakan kata utk perkara penting saja. bagi ibu jika berkata banyak akan kurang impak malahan worst ia mendedahkan ibu  pada risiko menyinggung hati orang lain atau dimanipulasi oleh pihak lain tanpa mercy. 

17 bulan bergelumang--persekitaran keje ibu terasa sedikit stressful nowadays. ibu tiada pilihan selain berusaha mewujudkan benteng kesabaran setinggi yg boleh supaya ibu masih kekal rasional. bukan senang nk pujuk hati tapi bukan perkara mustahil kan? sabar ya ibu. ibu akan lebih memahami dan hidup dengan kerjaya ini selari dengan masa. ini sekadar dugaan kerjaya. semua orang menghadapinya malah ada yg lebih hebat lagi. terima sajalah. .

-----
dalam ibu bergelut dengan masa, sampai terlupa nk aply cuti utk temujanji klinik aniq kat kkia ss17 damansara. mujur suami ingatkan ibu. jadi takdalah terlepas tarikh. sejak ibu pakai buku merah lagi ibu check-up sana. mama ina merangkap bbsiter aniq pun klinik situ. jadi misi da kenal ibu dan aniq cuma aniq yg tak mesra alam budaknya. asek menyorok kat kain ibu je bila misi-misi pelatih pegang dia. 

wp da kenal misi ibu rasa kurang sopan pula nk minta delay tarikh hanya disebabkan kekangan tugas. maka, ada baiknya ibu comply saja. lagipun bagus juga sesekali dapat luangkan masa dengan suami n aniq ke klinik. seingat ibu hanya sekali ibu pg check-up sendiri. lepas tu tak pernah dah.

untuk 15 bulan berat aniq 9.5 kg naik 1.1 kg dari berat dia masa umo setahun dan tinggi 77cm naik 3cm. alhamdulilah aniq membesar sihat seperti kanak-kanak lain.

ohya. first time aniq guna timbang berdiri. takpayah buka baju suar dia mcm biasanya. ibu teruja tengok misi sukat tinggi dan berat dia. cepat betul anak ibu membesar ibu tak perasan. ari2 gomol2 dia macam baby jer.

tahniah untuk diri sendiri dan suami merangkap rakan kongsi tomnjerry yg telah berjaya menjaga aniq sehingga hari ini. kami hidup!yeay!

my boy is growing up.
pssttt: rindu sama mak ibu d kampung. ibu ada beli kain pasang corak yg seakan sama dengan ibu. ibu kirim pada adik yg akan pulang ke kampung minggu ni. harap dia akan suka. . apa ya reaksi mak?

pssttt: minggu ni saja kuar awal pagi. bertenang memandu ke tempat keje. sempat layan radio. kagum dengan kebolehan Johan n the gang mengendali segmen. ok lah. leh juga sengih sensorang dlm kete awal hari.