Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Perkenankan ke atasku dgn taubat nasuha…

Zikir Taubat

Sunday, January 29, 2012

Qanaah cuma senipis kulit bawang

salam. .

ibu terjentik hati bila sorang ustaz ini menyebut sifat 'qanaah' di dalam tazkirahnya. qanaah ni dalam maksud bahasanya ialah berasa cukup dengan apa yang ada. .dlm konteks perbincangan ustaz itu menyentuh besarnya kebaikan sifat qanaah seorang isteri/suami di dalam mengurus tadbir harta rumah tangga.

sifat qanaah dizahirkan dengan pengucapan syukur di atas rezeki yg dibawa pulang oleh suami/isteri untuk keluarga, membeli barang sekadar perlunya, tidak membazir dan tidak berbelanja melebihi kemampuan sebenar.

lalu, sekali lagi ibu semak diri. . ibu rase ade sedikit clash di antara prinsip hidup ibu dengan pengamalan sifat qanaah ini dalam urusan hidup seharian. ibu akui kesilapan berlaku di sini. .ibu dan suami sependapat kalo pada sesuatu ketika itu kami mampu menampung untuk suatu perbelanjaan mmg kami akan belanjakan. . 

ibu maksudkan untuk barang kehendak (maksudnya, klo tak beli barang itu atau tak pergi ke sesuatu tempat itu untuk melancong contohnya ia tak menjejaskan kelangsungan hidup kami.) 

lazimnya, barang kehendak ini menelan belanja yang agak tinggi. kalo kami buat keputusan untuk membeli, tentunya ade sedikit adjustment di sana sini untuk memastikan bulan berikutnya kami tidak mengalami defisit..dan itu sememangnya tugas ibu untuk mengurus akaun keluarga. . 

ataupun, jika keadaan meminta kami untuk memperuntuk sebahagian daripada pendapatan untuk membantu ahli keluarga yang lain. jarang kami katakan tidak untuk itu kerana inginkan orang dipihak yg meminta tidak berjauh hati melainkan jika keadaan mendesak.

seperti mendapat hidayah malam ni. . syukur Tuhan kerana Kau memberi teguran pada ibu melalui ustaz ini supaya ibu lebih peka ke mana sebaiknya aliran wang ini disalurkan.

kerana ibu ini sifatnya mudah lupa dan terkadang bersikap hanya sambil lewa. . sekian.

psssttt: tingat zaman kecik ibu tengok mak ibu korek tanah dan pendam botol kaca nescafe berisi gumpalan tebal not kertas berikat getah. bertahun mak ibu mengumpul duit. sampai ade not yg dimakan anai-anai. ironinya, mak ibu taruk bawang, paku, rambut dan cebisan jala. katanya, nak elak kena copet ngan toyol.(toyol ijau tu bukan kepala itam a.k.a manusia tapi menoyol.hikhik)


not rm20 lama. banyak dalam simpanan mak ibu walaupun bank da h tak kuarkan lg not ini.
pic credits 

psssttt: kakak ibu menurun sifat mak yg berjimat-cermat malangnya, bukan ibu. sob sob. ibu. .ibu. .bawak-bawak la menyimpan. tapi ini takdir yg boleh diubah kan? ( berangan nak jugak ade peluang ko ibu. .duss!) 

psssttt: mode : insaf yang bukan sekejap. selalu sangat terjadi bile ade lebihan gaji sukenye nk membeli. . ade je laa bende yg hajatkan. bile da dapat baru timbul rase membazir je beli barang ni. . camne tuh? ibu. .ibu. .
qanaah mu senipis kulit bawang.
cantek kan design duit baru. ibu da shake hand ngan suami nk kumpul sapa banyak not rm20 oren tu.  woohoo!kabarnya bulan 6 ni beredar dalam pasaran. pic credits




Saturday, January 28, 2012

aniq. . bile ibu pegi keje

salam. .

aniq. .
cuti ibu tinggal sehari je lagi. . senin nt ibu da mule keja balik. tinggal aniq kejap umah mama ina mcm biasa ye.tunggu sampai ibu ambik. be good dan tak susahkan mama ina ok.

. .sbb bukan ibu yg akan mandi pagi kan aniq lagi. .gosok kan gigi aniq. .siapkan baju aniq. .suap aniq makan. . buatkan susu aniq. . sampai aniq bangun tido lagi. .semua tu ibu harap mama ina dapat buat kan bagi pihak ibu.

aniq sayang. .
jadi budak yang sihat dan kuat ye. kalo aniq sihat ibu dan ayah pun senang hati. ibu tak payah ambik mc. nanti ibu tgk takwim bila ade cuti lagi. ok.

hugs and kisses.
ibumu.

pic credits
pssttt: slu tem keje, kul 12 ibu da stat telek-telek jarum jam. klo leh tiup-tiup sket kasi cepat putar ke angka 2.

pssttt: aniq da mule pandai banyak perkara . . si copycat yg sangat peka. skg ibu pun kena well-behave supaya tak jadi ibu ketam. hihihi.


Semak Diri di Penghujung Hari

salam. .

ade ketika ibu rasa seolah-olah macam lupa tujuan utama hidup pula. . bukan kah kita telah berjanji dengan Dia sebelum dilahirkan ke dunia. .???

ibu. .ibu. . kau ni mudah lupa. .

sebelum tido ibu rase ok juga klo sekali-sekala bt sesi mencermin diri  sendiri sementara anakanda kesayangan ibu tgh beradu. . (selalu ibu tak sempat nk buat sesi ini jika teramat letih. asal letak kepala kat bantal. bismilah. ibu pun padam. . .)

ibu petik secara rawak satu video di kalangan ratusan atau mungkin mencecah ribuan video yg bertebaran di youtube tazkirah daripada Ustaz Azhar Idrus buat ingatan diri pada malam ni.

Pesan Ustaz Idrus:
1. manusia sifatnya tidak lari daripada melakukan kesilapan, dosa, dan sejarah hitam. hanya Nabi sahaja yg bersifat maksum. oleh kerana manusia ini penuh dengan kecederaan (hati ibu tersentuh kala Ustaz melafazkan patah kata itu) maka itu Allah sayang. .jangan merasa diri lebih hebat. . baik dari segi harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya. ini kerana yg 'lebih' itulah selalunya mendatangkan kemurkaan Allah.

baik, Ustaz. ibu ingat pesan Ustaz.

ibu berharap kasih sayang Allah supaya terlindung keluarga ibu daripada melakukan perkara yg menjadi kemurkaan Dia. amin.

sekian. .wallahualam.

Pic credits
psssttt: aniq sejak azali memang suke indah iman astro oasis. lately, stesen alHijrah jadi kegemaran ibu. ade gak topik nk leisure talk dengan suami.

pssttt: xdapat nk dtg majlis ilmu kat surau/masjid. berpuas hatilah ibu sekadar berkain sarong sambil duduk dpn tb melayan ragam si anak. .








Thursday, January 26, 2012

Aktiviti Pecah Lemak ari Rabu

aniq yg masih behave di depan pintu masuk REKA zone


salam . .

bersiaran lg ari ni . . ni ler aktiviti orang yang xdapat nk balik kg. . habis idea nk g mana. sempat lah bawak aniq berlibur kat REKA playland@ioi mall. entri masuk rm6 saja/children. ibu dan suami free entri. murah kan? ape lagi si aniq. . .






bersungguh menolak troli bola ni. ayah layankan saja. lepas punggah bola ni dia plak yg len atas tu. guess sapa yg kena tolak sudahnya?? haha. tepat sekali. da tentu ayah aniq. ibu da semput.jaga kawasan je la.

kan ibu da cakap. . agak luas juga kawasan reka ni yg segmented. ade ruang game yg xsesuai utk aniq. but most of it . . boleh saja. .layan picas lagi. .


bosan duk nek kude sensorang. aniq pegi melawat plak org len punye. anak oo anak.

       
skali-skala dapat kawasan lapang selain umah opah/embah dia kat kg. main sakan si anak ibu. 




aniq dapat kawan. . bb boy ni hampir sebaya dgn aniq. sgt lovely. ibu pgg dia elok je ketawa. 



2 jam habiskan dalam tu. aniq da puas men. ohhya, klo korang xde idea gak nk bwk anak jimba-jimba leh la dtg sni. jgn lupe bwk stokin for hygenic purpose. penat daah...lemak-lemak pun pecah.kami beredar cari lokasi makan-makan plak.
sekian dulu ..

pssttt: childhood years  momen indah yg paling sukar dilupakan. melihat anak membesar juga satu pengalaman indah yg sungguh bermakna utk kami berdua. aniq, ur most welcome son!




Wednesday, January 25, 2012

Tak tergamak nak tolak permintaan bos

konflik betul ibu ni. . xsampai 1 hari berniat nk diet awal pagi arini ibu da open table ngan menu nasi lemak.

kesahnye, mlm tadi sebelum bertolak g keje suami menyatakan harapan beliau nak mkn nasi lemak buatan ibu pagi ni. .alahai. tak sampai hati plak ibu nk kabo kt dia nasi lemak buatan sendiri boleh menyebabkan ibu terlupe ibu on diet nanti. .

almaklum, agak-agak bile hidang sekali dengan nasi tambah ape akan terjadi??? ish. .ish. .ibu sendiri tolong mkn pengat tapi saja tak mo ingat. hahaha.   

oleh yg demikian kawan-kawan,
maafkan ibu klo lately ibu asek ter'up' entri psl mkanan. almaklum, cuti-cuti sekola ni baru ade can nk mengasapkan dapo umah. selagi boleh ibu sediakan.

. .dan terpakse rela ibu delay dulu la niat nk berdiet ibu tu. ok la, jamu mate tgk menu pagi ibu sekeluarga yg tak sepertinya utk ari ni. .
wasiat daripada onyang. set pinggan lame kesayangan yg menyimpan byk kenangan zaman kecik ibu. 

sekian.

psssttt: ank ibu si budak aniq pun layan gak nasi yg di atas. sekali harung je la. ibu tgk bahan nk wat sup aniq tak cukup. maaf ya anakku. dis is my total fault. ibu lupe nak cek stok. 

Angkara mesin timbang duplohsen


50.4 kg. .. .?????

ibu tk pasan bile ibu gaining weight. yg ibu pasan pola makan ibu memang huru-hara sejak menjak ibu mule cuti skola ujung tahun lepas. mmg ape terdetik kat hati tu ibu akan makan saja.. argghh ini la akibatnya. .

patutlaa. . lately, ibu terbuka hati memakai balik koset lama terlipat kat almari kain ibu tu pegi ke tempat keje atau outing. .

sampai sekarang masa ibu menulih entri ni ibu masih xpecaya yg ibu da nek lagi 2.4kg cume dlm tempoh 2 bulan bcuti rehat saja. . hadoiii.


pasni bertambah lagi satu agenda harian ibu nk menurunkan berat badan plak. . haiii baru berangan-angan nk tempah baju kurung moden . . nmpaknye kena tunda camni.



malasnye ibu nk mule diet balik ni. . nyesal plak g mesin timbang tadi.
leh tak wat azam utk tahun depan punye. huhu.
koleksi photobucket ibu


psssttt: terngiang-ngiang nasihat mak ibu yg slu pesan labur sket duit gaji tu beli jamu. .kite ni org pompuan. dulu ibu dgo mcm angin sepoi-sepoi bahasa je. skg ni. . tampar pipi laju-laju. duss! tu laa ingkar lagi pesan org tua.




Tuesday, January 24, 2012

Belajar-belajar buat kek sensorang kat dapo


ibu up picas kek chocmoist ni utk kenangan peribadi saja. . sejak 27 tahun hidup ni seingat ibu bru 5x ibu godek2 tepung wat kek kt umah sendiri. .termasuk kes arini.

{rentetan kisah ini}sesambil duk bertenang kat dpo pg tadi, ibu bancuh la bahan2 ikut resepi pemberian bbsiter aniq. . (klo ade kwn2 yg nk tau cara buat kek gini leh la pecut ke belog masak2 yg bertebaran di dunia maya ni. ibu segan la nk up resepi kat sini since ibu ni penggodek tepung amatur saja. .)  

kali ni ibu wat kek dgn suntikan 'berjiwa' sket lah. . pendeknya, mind, body & soul tu intact semasa ibu membancuh semua bahan2 yg diperlukan utk menghasilkan sebuah kek itu.

beza dgn tem ibu bru blajar2 dunia kek dulu (ms ibu baru2 kawen. . knon nk hidang menu spesel utk suami terchenta. chewaah.)

bygkan,  ibu slu terkonpius bahan2 penting dlm sebuah kek. cthnye: antara baking powder dgn soda bikarbonat. nmpk sama je. klo sebut esen vanila pun ibu xde idea ape bende tu. dgn sukatan yg terlebih kurang.

so, mesti korg bleh bygkan hasil akhir kek ibu tu camne kan??  hikhik.

panjang citer klo ibu kenang kembali kesah ibu mule mendekatkan diri dgn pinggan mangkuk kuali periuk sudip dan yg seangkatan dengannya ni. . nt biler2 ibu catat kat sni lah ye. .


ibu tutup entri kali ni dgn picas di bawah ni ye kawan-kawan.

awas! begini la keadaan bile anak ibu makan tanpa pengawasan ibu bapa.
comot ya Rabbi ...
sekian adanya.



pssttt: ibu baru kesan aniq sangat suke makan kueh berasaskan coklat. bile ibu cube2 wat kek atau manisan memaksa ibu kurangkan sukatan gula to suit selera si kecik itu.

suami ibu pula kurang minat mkn kek coklat. tp dia paham sgt dah minat isteri beliau yg suke menggodek2 tepung. jadi setiap kali tibe ari belanja dapo dia tau da klo ibu berdiri lame kat rak bahan2 kek kat pasaraya tu ade la bende yg dihajati. dia offer la suh ambik. lalu, tanpa membuang ms ibu pun petik ah barang2 tersebut. hahaha.  

kali ni, ibu bancuh ala kadar cukup utk makan sekeluarga n tapau siket utk jiran sebelah. len kali ibu niat nk wat kek pandan kegemaran suami. tp sampai skg lom jupe resepi yg btul2 yakin ibu nk wat. .cess bunyi cam alasan je kan. ape nak wat. . ini kenyataan:D




Monday, January 23, 2012

Hajat Hati Nak Balik Kg Kejap Pagi ni Tp Tak Jadi

salam pagi......

nyaman sungguh cuti ni. tq CNY dapat ibu golek2 kat umah 9 ari melayan kan ragam si anak bujang ibu yg demam itu.

da besa memaksakan diri bgn awal stiap ari utk ke tempat keje. . bile tem cuti gini cam ade tulang ikan lak menongkat antara kelopak mate ibu ni tatkala jarum jam menghampiri kul6 pagi. .

oh no... . i can't sleep anymore. dem. (ibu da rindu mak ibu d kampung sebenarnye tp suami xdak cuti. tpksa ibu bpuashati cuti raye cine kat sni jek. huhu. sian kan. .)


blehh x ibu wat kejam ajak suami balik kg gak. mlm nt patah balik sni la since dia masuk keje kul 12 mlm nt???

3 jam pjalanan merasa la kami mkn tghari air tangan mak jap lg. . oooohh sedapnye! sambil layan mak ibu yg suke mengomel2 di dapo kala memasak. mmg da tabiat dia camtu. arrgghhh ibu rindu.   (hakikatnya, ini hanye imaginasi ibu saja. bile pikirkan keletihan suami alami akibat melayan kan pangai ibu nt. erkk x jadi lah. baik ibu simpan saja permintaan ini dlm belog ibu saja. )


aniq tdo lagi. . ibu igt drp ibu pikir bende yg ssh ibu nak dapat. . bek ibu men masak2 kat dapo. . mana tau kot menjadi ker makanan. .bleh gak melancarkan aktiviti makan2 dpn tb kan?

biler da kenyang leh la sambung tdo lagik!

sekian.

koleksi photobucket ibu


Sunday, January 22, 2012

39.9c

Salam pagi ahad. .
sejuk udara pagi ditemani deruan ujan yang menyimbah bumi dmansara utk ke sekian kalinya selepas diuji dgn cuaca yang agak luar biasa di awal minggu kemarin. .

minggu ini kami sekeluarga diujibarangkali ibu sedang menerima teguran dari yang Di-Atas sana.

ibu berpegang kepada kepercayaan 'when u'r too comfort with something. . but u'r less thankful for it. .then u wait.' 

mungkin itulah yg terjadi pd ibu pd masa ini.

setelah bermuhasabah kami suami isteri, maka kami terima jugalah keadaan ini dgn rela hati. . our heart broke into pieces everytime we listened to his crying. . shafakilah aniq 


aniq demam slps ari pertama pd tahun ni ibu anta ke bbsiter senin lepas.

asal tibe mlm suhu badan dia naik 37c-38c. ibu igt demam biasa saja. ade stok ubat dlm fridge pemberian mama ina, ibu sukat bagi aniq minum. ade ubat demam redon, batuk dan selsema.

sampai lah. . .

mlm semalam. bacaan suhu aniq nek 39.9c. 1 badan aniq drp kepala smpai ke hujung jari kaki panas. ok. enough waiting. 

jam menunjukkan 12.30 pagi. ibu sarung je baju yg ade, isi beg diapers kami bergegas ke hosp selayang.

kul 1.10. . masuk bilik 1 jumpe misi comei amek suhu latest aniq. da turun 38.6c. misi bagi dos pcm (seperti dlm stok ibu) based on berat semasa aniq. utk 9 kg dos pcm yg sebaiknya ialah 5.6 ml.

kul 1.30. . .tgu giliran. aniq merengek xselesa. ayah aniq mundar-mandir. ibu da pening.

kul 2.30. . .masih lagi tgu giliran. aniq merengek lg kuat mengalahkan bb yg ade dlm dewan tu.. aduii la. . ank bertuah.

kul 3.05. . dah nek lenguh ibu bergilir mendukung aniq bertuah yg xmo duduk kat kerusi biru itu brula terdengar nama dia dipanggil. ALHAMDULILAH.

kul 3.15. . lepas bt case study doc arahkan ibu pg amek darah kat pintu satu lagi.

kul 3.40. . result darah aniq masuk ke bilik doc. ibu dimaklumkan tiada sebarang tanda infection termasuk bahagian paru-paru.

l e g a

lps amek ubat ( next entry ibu post kan pic ubatan faberet aniq sejak azali itu) kami bergegas balik ke damansara. ms tu kul4 pagi dah. . ayah aniq msuk keja pagi ari itu.

mmg exhausted tp perasaan lega tu mengatasi semua. (gara-gara ibu terbaca artikel ttg kematian baby akibat jangkitan kuman di rumah pengasuh di Ampang semalam.)

status up-to-date:
1. badan aniq dah meringan. mungkin akibat kehilangan selera mkn sejak 5 ari yg lalu. ibu bg minum ssu picky-eater s26  buat sementara waktu. sgt mencabar ibu nk kasi aniq makan ms dia tak sihat ye kawan-kawan.

2. da mula cergas memunggah sana-sini berbanding 3/4 seharian yg lalu dihabiskan dgn tdo atau melepek kat toto dpn tb. aniq si budak baik tinggal khayalan saja. .

3. poo-poo aniq masih cair mungkin kesan ubatan yg diambil.lucu bile aniq meneran poo-poo nye. dia akan cari port tersembunyi utk menjalankan 'projek' itu.

4. selsema da hilang tp kesian bile dengo aniq batuk berkahak pekat. sengsara. .

pssttt: ibu niat nk pulut kuneng bl aniq da betul sihat nt. . kegembiraan utk dikongsi bersama kan.

pssttt: pengambilan dos pcm yg betul dapat membantu proses penyembuhan yg cepat. ibu cepat belajar.

pssttt: dpt sms tesco sale pampers cap x rm 29.88 . . padahal ibu beli 3 ari lepas rm 34.99 . 2 pek plak tu. . arghhh. ruginyer. . .


Sunday, January 15, 2012

Bile perasaan itu hilang..

salam ahad.

rasa nya hari ni bru dpt duk betul2 depan lappy bersantai dlm belog kesayangan ibu ni. .

waktu ibu menaip entry ini ibu menghadapi kesukaran utk mencari perkataan yg sesuai utk menterjemahkan perasaan yg ibu rasai skg ini.. wow bunyinye mcm siyes jer yek.

haah. ssungguhnya mmg benar jangkaan tuan/puan pembaca belog sopan ibu. ari ni ibu menghadapi sindrom kegagalan utk mengenal pasti perasaan apakah yg sedang ibu alami ini. .

hampir seminggu ibu suffer keadaan ini. hmm.

hal ni mmg betul mengganggu tumpuan ibu. .

bygkan, bile ibu kat dpo mlm semalam dgn tujuan menyediakan apam coklat utk famili. .but, unfortunately. .it has turned out menjadi setalam puding coklat akibat tlalu lama kt dalam periuk kukusan. .

ibu tgk hasil akhir antara pecaya dan tidak saja. . suami ibu da geleng kepala. dia tau benar, klo resepi ibu xmenjadi hari ni. . esok luse pasti ibu akan buat ulang tayang menu yg sama kasi jadik. haha.

suami dan aniq gak jadi mangsa kene makan resepi berasaskan coklat ibu utk 2x seminggu. rekod tuh!

skg ini ibu hampir pasti i'm not in the state of happiness, or sadden. .or love. .or disgust. .or anger. .or fear to someone or something. .


i feel so numb. 


susah kan. . bile fasa ini terjadi buat pertama kalinyer after a few years when i'm so sure of wat i'm doing with my life. . 


sok ibu kembali bekerja. hrp dis uneasiness akan hilang begitu saja. .


sekian dlu ibu mengadu di belog. salam.

sumber:koleksi photobucket ibu

Wednesday, January 11, 2012

Fikir dua kali

::mode: tiup sket habuk2 yg hinggap kt belog ibu. misi hapdet laju2 since esok hari bkerje. ibu mo tdo awal::

salam rabu

hari yg agak produktif bt ibu pd mggu ni. .it has been a week since i'm back struggling with everyday lesson plans and stuff. cite bab keje mmg xkan habis nya kan? so, ibu tinggalkan kes itu.

bile dpt duk bersantai di belog sendiri sambil memperuntuk sejumlah masa bsiar-siar di belog rakan-rakan ialah satu perkara yg ibu suka lakukan. aktiviti ini hanya nyaman dilakukan setelah si buah hati kesayangan melangkah masuk ke alam mimpinya. .

sesambil bt bajet utk bulan ini ibu tgk kalendar dlm phone ibu ni. . ibu kira days before salary utk bulan ini. . ade 4 hari lagi rupanya. . yeay.

bukak plak jap fb ibu yg agak segan idup mati tak mo itu. . ibu stumbled across to satu status ni ttg penjualan ipadforkids. . ibu pun gedik-gedik ah g risik2 fb bkenaan utk dapatkan harga yg ditawarkan. . ooo..bwh RM50. .ok lah. may be i can buy this one utk dear aniq.


whoa. .chopp! 

(otak ibu kembali rasional) biar betul ibu nk beli ipad nih. . so, tanpa mengambil masa pjg ibu pecut meng'gugel' cari artikel yg berkaitan dgn bende alah ni. .

lalu, ibu terjumpe artikel ini (sile rujuk, jika mahu) yg membuat ibu duk bertenang. dan berfikir dua kali.

. . i wish i can give everything to my dear son. but due to some reasons its always safe to give some rooms to consider. 


lantas, pd pandangan ibu . . dlm hal ini kemungkinan besar tiada ipad atau sebarang gajet2 utk aniq in years to come.
 ibu tak nafikan kepentingan gajet2 IT ini dan pengaruh tv dalam perkembangn minda anak. tp jika dikira, berapa yg baik drp yg buruknya. .
hmm.(ibu recall kenangan first year deg. semasa blaja teori bandura. ada sedikit membantu.)

second personal judgment, memandangkan ibu sedar yg ibu takkan dapat utk supervise dia 100% semasa dia bermain dgn benda-benda ni nanti. (dgn andaian semakin ibu meningkat umo tanggungjawab keje semakin bertambah.masa berkualiti dgn kuarga akan menghadapi sedikit kekangan.)

ibu bimbang sekiranya ibu gagal mengawal the negative side of it then it will slowly consuming perkembangan kemahiran belajar dan bersosial anak sendiri di masa akan datang.

oleh yg demikian,  ibu favor pendekatan tradisional dlm perjalanan mendidik anak sulung ibu dan yg seterusnya (jika ada).

sekian.



picas: aniq mengambil sikit masa utk kenal first book dan handling pen sms mencoret atas magneticboard dia. picas diambil somewhere in mid november tahun lepas.
skg, sudah nampak kemajuan after several series of trials. anak oo anak. mak cikgu belum tentu anak pantas belaja. it's so true in my case. haha.



psssttt: klo ade duit tentu saja boleh membeli benda yg dihajati. . tapi klo seandainya ia tidak memberi manfaat atau menyebabkan hidden -ve side effects kepada si pengguna (dlm hal ini, si budak aniq) ibu belum bersedia utk menanggung kesalan nya.

pssttt: aniq, izinkan ibu mendidik kamu mengikut cara lama ya anakku. mudah-mudahan berhasil.maafkan, minda ibu sedikit konservatif bkenaan hal ini. simply bcos ibu tiada pengalaman. u'r my first child, so i can't say much.

pssttt: ini ialah pandangan peribadi penulis sahaja. . ibu tiada sebarang agenda utk menjatuhkan semangat berparenting rakan pembaca belog sopan ibu yg keen to gajet2 berkenaan. ign ibu beri penegasan di sini, jika anda mampu menyelia anak2 semasa mereka menggunakan gajet2 ini tentu tiada masalah yg berbangkit. insy. peace!





Monday, January 09, 2012

Tamat perkhidmatan


salam ahad yg sempurna
antara perkara yang manis sepanjang ibu bergelar seorang ibu ialah pengalaman mendodoi anak sendiri dlm buaian ini.

baru ibu tahu, mahalnya harga sebuah kesabaran itu bile tibe soal menidokan anak. dpt pula 'ustaz' aniq yg rajin 'mengaji' sejak baby lagi. .

. .dan pentingnya keyakinan diri yg tinggi bahawa anak itu akan tdo slps menikmati 5-6 round lagu sepohon kayu ibunya yg tersengguk-sengguk bersila kt lantai.

ibarat irama dan lagu. . tahun-tahun pertama aniq sgt sinonim dgn poteng dan buaian ini.

seperti peristiwa aniq bercerai susu tanpa sengaja di waktu umo mencecah 6 bulan, kali ini aniq 'bercerai' dgn buaian yg dikasihinya pun berlaku secara semulajadi. i would say. 


aniq. . anak ibu.
ari ini. genap umo ank ibu 1 tahun 1 bulan 3 minggu 2 hari.

ayh kemas semula buaian ini yg telah banyak berjasa since  aniq da pandai tdo celah ketiak ibu pula skg. .

nmpaknya, buaian ini akan mula check-in stor umah maniskita mlm ini sehingga lah khidmat beliau  diperlukan lg di masa akan datang . . jika diizinkanNya.






walau bagaimanapun, ibu gembira dan rasa bertuah kerana diberi kesempatan utk membesarkanmu hingga saat ini dgn tangan ini.

alhamdulilah. melihat kamu tido setiap hari dalam dakapan ibu buat ibu slu berdoa Tuhan tlg hentikanlah waktu.


pssttt: aniq tdo awal arini gara2 keletihan meronda jusco siang td. yg sedih ibu xsempat suap dia mkn mlm td. . tdo berlapar kah anak ibu ini. sob sob.

Saturday, January 07, 2012

Adjust

mode:  s.e.m.a.n.g.a.t!


kembali berpijak d bumi nyata setelah hampir sebulan lebih berbahagia di dunia lala land . .

ibu, sile jadi pekerja yg ikhlas serta berdedikasi yer.

pssttt:  pd mgu pertama ini ibu msh dlm fasa meng'adjust'kan diri. 2x log in lambat ke tmpt keje. totally my bad.~sigh~ 

Thursday, January 05, 2012

Akhirnya. .dunia kita berbeza



kaulah abang. .
kaulah kawan. .
kaulah ayah. .
kaulah yang paling jahat. .
kaulah kesayangan

u are dearly missed. .and hardly forgotten
happy 39th birthday abang Sarwani b. Mohamad Asmungi
may Allah gives His mercy of ur soul. .
al-Fatihah 

satucitepdnotakaki: hati ibu dihimpit kenangan setiap kali menjelang tarikh 5 jan (hari jadi arwah abang) dan 16 mei (beliau meninggal dunia). ibu terhutang budi dgn arwah yang telah banyak memberi dorongan dan membiayai pengajian ibu semasa di universiti.

ade perasaan maha kesal kerana ibu tidak berkesempatan utk meminta maaf kerana mengingkari nasihatnya supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. (ibu curi-curi ikut kawan keje part-time fast food.)

beliau meninggal dunia semasa ibu di tahun akhir pengajian. dapat panggilan dari kg semasa tgh sibuk mencuci pinggan d dapo kdai fastfood itu. 16 mei 2007. dasyat sedih. .mcm orang gile ibu nangis sambil bjalan kaki sepanjang sogo ke puduraya hari itu.

notakakiII: cerita di atas merupakan satu-satunya insiden yang paling ibu terkilan dlm hidup. .menyesal kendian tak berguna lagi. .



Tuesday, January 03, 2012

Welcome back BU4

*mode: hapdet laju2 entri mlm ni since esok pagi akan kembali bertugas. wat a day.... sigh*


 agak sukar membebaskan diri dari ruang selesa (cuti keje dekat 7 minggu). ibu umpamakan semangat nk keje tu masih lagi sembunyi kat celah-celah bantal, bawah sinki, dalam tab mesin basuh, dlm peti ais, bawah rak tb, dlm laci dapo, kat bakul menan aniq, celah lipatan kain, melekat kat siling, bawah kapet umah ibu ni. . ade yg parah tu sebahagiannya seakan ibu da flush kat toilet bulan november aritu ! ai. semak la camni.

eventho ibu da kemas workstation ibu mgu lepas. secara ideal nya, mestila ibu da sedia utk kembali mnjadi working mom. tp xtau nape ni, bile da dekat ms tu mcm berat ati pula. . ibu ibu. kenapa kamu begitu?

sebagai natijahnye, klo ibu xkutip-kutip juge semangat keje mlm ni mau la sok pagi jadi pemberat hati, berat kaki nk melangkah kuar umah meninggalkan sementara dear suami n anak. cuma yg nasib baiknya di sini ialah ibu xperlu drift   pepagi bute nk membelah LDP utk transit aniq ke umah sitter since ayah aniq keja ptg esok.

officially mule skola ialah pd ari rabu 4 jan 2012, tp skola ibu esok ade hari orentasi utk pelajar Ting.1. ade tugas menanti selaku ajk which is semua orang pun terlibat. tapi, awal ibu dapat maklumat partner ibu xdapat join. so ibu akan bertugas utk bahagian kami secara solo nmpk gayanya ni. sob sob. redah saja lah ibu oii..


gambar ihsan : en gugle

pssttt: ibu sangat berharap semangat keje ibu belum nak mati lagi n tidak ada sesiapa yg cube 'membunuh' semangat itu pd tahun ini. termasuk lah diri ibu sendiri..duss!

pssttt: xdapat nak gomol-gomol aniq 24hrs lg except ari minggu. . waaahhh jauh lg nk jupe sabtu!

Monday, January 02, 2012

neves 9 jam

slu klo kuar saja drp umah gajet utama yg wajib bawak da tentu hanset. ptg td, mcm besa suami kuar g keje tp kli ni utk tugas operasi. .leh plak dia tertinggalkan hanset tu duk bercas d sudut dinding. .adoiiii.nk jerit suh suami patah balik ntah dia kat mana. nk g anto sendiri how is it possible with aniq unattended. ibu tgok sepi saja bende alah itu .. blank n helpless. there is no way to hand dis thing to him.


nampaknye, mlm ni dlm tpaksa n redha ibu terputus hubungan buat sementara ngn suami lebih kurang 8/9 jam camtu. . ini yg pertama slps ibu balik habis berpantang aniQ dulu. huhu. ibu harap suami ok sajalah keje luar mlm ni. alamak. hati ibu diserang risau plak. .

salahkan diri sendiri sbb lately byk sgt TERtgok buletin utama yg melaporkan tragedi itu ini. . padahal klo org tag video dlm fb sumpah ibu xkan gedik-gediks nk klik tengok. . sbb ibu sgt2 pasti otak ni jadi sgt cepat sentap klo tgk bende2 mcm tuh. .

dear aniQ meh kite sama2 doa ayah selamat dan baik2 saja okehh. peluk buah hati ibu ketat-ketat.



psssttt: mata ibu mcm ade tulang ikan. realitinya, sgt mengantuk. tp xbleh nk lelap. . pulangkan suamiku dgn selamat Tuhanku. amin.

Sunday, January 01, 2012

Takdir yang disyukuri

percikan bunga api mewarnai langit malam tahun baru masihi. ibu dakap aniq yang lena dibuai mimpi lolipopnya. sambil membace sms ucapan tahun baru daripada suami. ibu senyum sendirian. .

lalu, ibu mulakan catatan pertama tahun ini. ahlan wa sahlan 2012.

perlahan 2011 berlalu pergi. . menyimpan kemas di dalam nya catatan kisah hidup ibu sekeluarga lewat 104 entri yang telah ibu rekodkan di dalam belog yg begitu dekat di hati ibu ini.

takdir Allah telah menentukan punca rezeki kami masih statik di wilayah sebelah sini. alhamdulilah. pondok ibu masih di sini dan tidak bercadang utk berubah lokasi dlm masa terdekat ini. 

takdir Allah juga telah memilih kami sebagai pemegang amanahNya dengan mengurniakan insan kecil iaitu anakanda aniQ yg menjadi kesayangan seluruh angggota keluarga.

menjadi ibu di kala pengalaman hanya separas buku lali saja tetap ibu terima dengan hati terbuka. tahun pertama membesarkan aniQ mengajar ibu betapa besarnya nilai kasih sayang dan erti kesabaran secara realitinya.  sungguh, melihat aniQ membesar dgn sihat hari demi hari mengizinkan kami menarik nafas lega tanpa rasa bersalah.

 itulah dia sebuah keajaiban hidup yang amat kami syukuri..




pssttt: smt tahun baru kepada semua rakan2maya ibu semua. semoga tahun ini tahun yang terbaik utk kalian sekeluarga.